Eksklusive Preview Match - Welcome Home to Marseille, Didi

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 08, 2010





















Malam ni jangan lupe, game dengan Marseille start kul 3.45 pagi.Live @ Channel 813.

Haha, heran jugak, game xpenting manepun still ade live @ Astro.Kalau dulu, game2 Chelsea yang pentingpun Astro wat derk je.Maybe sekarang Chelsea dah glamer.Biaselah team double champions kena show live, sebab kat Malaysia sekarang ni populariti masyarakat yang minat Chelsea semakin meningkat dari semasa ke semasa.Takkan nak tengok kelab tak glamer mane show live at Astro, rugi plak kan ?

Sebelum aku terangkan point utama entri ni, terlebih dahulu ingin aku jelaskan bahawa kite sudah juara group F dengan memenangi 5 0f 5 game setakat ini.Malam ni game ke-6.Kalah mahupun menang, tetap tidak menjejaskan standing kite.Kita dah champions group F.Tapi malam ni kire match pelengkap untuk group F lah.Takkan nak kalah kot ? Kalau menang dapat bagi motivasi & semangat skit untuk game penting dengan Spurs hari sabtu ni.Senang cakap, Chelsea mesti menanglah malam ni.

Oklah, game malam ni memang agak special skit.Special ? Yup, special match untuk Abang Didi kite.Ini kerana Didi pernah bermain untuk Marseille selama 2 tahun lebih iaitu pada season 2003/2004.Memang banyak kenangan indah mahupun pahit sepanjang die perform kat sana.

Didi ni memang dah lali dengan liga Perancis.Sebelum die join Marseillepun, 2 kelab yang die sertai tu jugak adalah kelab dari Perancis iaitu Guingamp & Le Mans.Orang Ivory Coast tapi standard football french.Biaselah tu.Nak cari pengalaman.

Ketika Didi berada di sana, kelab Marseille pada waktu itu belum lagi diuruskan oleh Didier Deschamps tapi manager lain iaitu Alain Perrin.Alain Perrin telah menandatangani Didi dari kelab Guingamp pada tahun 2003.Memang signing terbaik Marseille ketika itu coz Didi sukses score 19 gol pada musim tersebut dan memenangi Player French League of the Year.5 gol di UEFA CL & 6 gol di pentas UEFA Cup.Itulah rekod Abang Didi kite ketika di Marseille.

Akhirnya pada tahun 2004, kesan impak maksima kehebatan Didi tu, lantas Chelsea telah menandatanganinya dengan harga transfer sebanyak 24 juta pound.Hakikatnya, Didi lebih power, glamer & terkenal di Chelsea lagi berbanding Marseille.Thanks to Uncle Jose Mourinho kerana mendidik die menjadi striker terbaik di dunia sekarang ni.

Sempena dengan match di Stadium Stade Velodrome malam ni, pastinya ramai fans Marseille tidak sabar menanti ketibaan dari Abang Didi.Cara celebrate dari fans di sana kepada Didi itu aku tidak tahu & tak dapat aku jelaskan bagaimana ia akan berlaku, cume yang pastinya akan bunyi jugaklah sorakan boo atau kutukan yang kedengaran dari mereka yang anti dengan Didi.

Kata manager Marseille merangkap ex-player kite suatu ketika dahulu, Didier Deschamps mengenai ketibaan Didi di tanah air Marseille pagi nanti


"Every coach appreciates Drogba.If you know a coach who doesn't rate him, maybe you can introduce them to me.He's someone everyone would want to have in their team. He's a player of a very high calibre who had one great season at Marseille and the supporters took him to their hearts, which isn't easy.But tomorrow he's an opponent who, as he's said before, is very attached to Marseille and maybe one day will wear the shirt again. I don't know if that's feasible or not, who knows."(Didier Deschamps, manager Marseille)

 Huhu, watch up Marseille.! Top Drog is coming...

-Menjelang match pagi nanti, CA bakal merehatkan beberapa tonggak utama bagi memberi peluang kepada youngster kite untuk sekali lagi menunjukkan bakat mereka di pentas Eropah.Tidak lupa juga, key player direhatkan untuk persiapan big match dengan Spurs nanti.

-Ashley Cole, Nik antara nama2 utama yang akan direhatkan.Namun Alex, Zhirkov,Benayoun, Lampard still unavailable to perform any match setakat ini dek kerana kecederaan yang dialami oleh mereka itu.

-Hoho, youngster dari Itali iaitu Jacopo Sala, 19 tahun turut serta disenaraikan dalam match dengan Marseille.Begitu juga dengan McEachran,Kakuta, Van Aanholt, Bruma.

- JT akan memimpin team kite di barisan pertahanan.Maybe die akan feat dengan Bruma atau Ivanovic.Bahagian serangan pula akan diisi oleh Kalou,Sturridge & Malouda yang akan membantu Abang Didi kite nanti.

Anyway, harapan aku macam biase, game pagi nanti wajib menang.Walaupun game tu penting atau tidak, kite mesti menang.Harus diingat, 4 minggu kite punya result league drop.Tapi kat pentas UCL, 100% plak menang, heran gak aku.Hanya kemenangan sahaja malam ni yang dapat mengubat duka-lara di kala perfomance player2 kite ketika ini terumbang-ambing dilanggar tembok mane entah.Menang dengan Marseille, akan bagi advantage serta semangat yang tinggi kepada player2 kite untuk game dengan Spurs.Siapapun lawan di pusingan kalah mati, aku tidak peduli, Chelsea is best team in the world & akan menyahut segala cabaran dari pihak lawan tak kire lemah atau kuat, Chelsea tetap boleh fight punya.Keep the blues flying high.

0 Response to 'Eksklusive Preview Match - Welcome Home to Marseille, Didi'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png