Quadruple, misi mustahil atau tidak ?

Posted by KampungChelsea On Friday, December 19, 2014 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea sekarang ini pasukan terbaik di England & salah satu yang terbaik juga di Eropah. Kita juga masih bersaing dalam 4 kompetitif iaitu EPL (sekarang pendahulu), UCL (round of 16), Carling Cup (semi final) & Piala Fa.

Kita berada dalam perfomance yang sangat baik, lebih baik dari musim lepas. Setakat ini kita hanya kalah sekali sahaja dalam semua kompetitif iaitu tewas 1-2  kepada Newcastle dalam saingan liga beberapa minggu lalu. Kemudian kita cover balik kekalahan itu dengan memenangi 3 kemenangan berturut-turut, termasuk game semalam 3-1 ke atas Derby.

Persoalan hangat sekarang ini ialah adakah kita mampu meraih meraih empat kejuaraan sekaligus atau quadruple ?

Ada yang akan kata ya & ada yang akan kata tidak. Harus diingat, tak ada satu kelab England yang pernah menang quadruple. MU pernah memenangi treble pada tahun 1999, tapi itu treble & bukannya quadruple.

Solidirati Fabregas

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 17, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selain dari kejayaan mara ke separuh akhir Piala Liga, ada satu peristiwa unik & menyentuh hati kita dalam perlawanan membabitkan Chelsea dengan Derby County.

Dua player kita, Fabregas & Azpi menunjukkan solidirati yang tinggi dengan membantu pasukan medik mengangkat Kurt Zouma keluar dari padang. Kalau ada sesiapa bangun tengok game pagi tadi, Zouma mengalami kecederaan teruk selepas berlanggar dengan Cech.

Fabregas menghampiri Zouma dengan muka cemas, lantas dia bantu pihak medik mengangkat Zouma keluar dari atas padang. Aksi semangat juang yang tinggi ini juga turut diikuti oleh Azpi. Kejadian ini berlaku pada penghujung separuh masa pertama.

Respect Fabregas. King of assist dari segala aspek.

Perlawanan berkesudahan Chelsea menang 3-1.

0-0 di Stadium of Light

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 02, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunderland kelab pertama yang berjaya menghalang Chelsea daripada menjaringkan sebarang gol. Mereka juga kelab ke-3 musim ini yang meraih keputusan seri dengan Chelsea.

 Faktor utama kenapa Chelsea boleh seri dengan Sunderland ini kerana anak buah Gos Poyet itu bertahan sangat bagus. Mereka parking treler sepanjang perlawanan. Aku tak nak komplain apa2 tentang taktik itu kerana ia tetap sebahagian daripada taktikal bola sepak. Cuma itu sahaja kemampuan yang Sunderland ada. Mereka bermain bagus menentang pasukan hebat namun beraksi hambar ketika menentang lawan yag setaraf dengan mereka. Lawan Soton mereka malu besar, namun bila lawan kelab2 kuat seperti City & Chelsea, mereka tiba2 bermain bagus. Sunderland umpama seperti kelab Real Madrid ketika menentang City & Chelsea.

Seri 0-0 ini bukanlah satu keputusan yang buruk bagi Chelsea. Kita masih unbeaten dan masih berada di laluan yang tepat. City yang sudah meraih form mereka balik dengan menewaskan Soton 3-0 hanya 6 mata sahaja di belakang kita.

Mari belajar peraturan bola sepak

Posted by KampungChelsea On Monday, November 10, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tak ada guna tengok bola sahaja kalau tak tahu rules bola sepak.

Gol pertama Cahill itu, ada sesetengah orang cakap bola kena tangan Matic. Sebenarnya kalau kita lihat balik gol penyamaan Chelsea itu menerusi video replay, lihat secara slow, tengok dari sudut kamera belakang, bola terkena pada peha dan bukannya tangan Matic. Kalau bola betul2 kena tangan Matic, sudah pasti pemain Liverpool ketika itu angkat tangan, membuat protes.


Ini pula berkenaan dengan sebelum terjadinya gol kedua Chelsea.

Ada juga penyokong Liverpool yang cakap bola sudah keluar. Mana keluar beb. Bola kalau melepasi semua baru dikira out. Kalau keluar separuh, ia tidak dikira out. Macam line goal juga. Gol akan disahkan kalau bola melepasi keseluruhan line. Kalau masuk separuh sahaja, ia takkan dikira gol.

Jadi kedua-dua gol Chelsea ialah sah.

Untuk gol Liverpool itu aku tak nak ulas apa2. Ia gol nasib, gol deflection. Tetapi itulah Liverpool yang mampu buat sepanjang 90 minit perlawanan. Score gol deflection & komplen kat ref. Sukarnya untuk menerima hakikat & mengakui bahawa Chelsea pasukan yang lebih baik & lebih layak memungut 3 mata penuh.

|

Liverpool 1 Chelsea 2 : Masih unbeaten!

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 09, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 1+9 = 10 gol
Koyak2 ni saje je nak bagitahu yang dia top scorer. Lepas tukar baju, terus score.


Tahniah kepada Liverpool kerana terus konsisten kalah.

Ya, Liverpool boleh komplen tentang keputusan pengadil yang tidak memberi sepakan penalti kepada mereka last2 minit itu tetapi mereka tak boleh jadikan itu sebagai alasan utama kenapa mereka kalah kepada Chelsea. Penalti atau tidak, the best team won . Chelsea lebih layak menang. Kita lebih banyak melakukan shot on target berbanding Liverpool. Dari segi game play, permainan Chelsea lebih kemas, lebih tersusun, serangan yang lebih menonjol, control ball yang bagus. Jadi Liverpool hanya perlu menyalahkan diri mereka sendiri dengan kekalahan ini. Mereka perlu mengkritik pengurus mereka yang berbelanja besar lebih dari 100 juta pound namun sampai sekarang tidak memberi sebarang impak. Jual Suarez dan beli striker yang langsung tak melakukan sebarang shot on target sepanjang perlawanan. Berbeza dengan Chelsea, kita hanya beli 1 striker, 1 sahaja playmarker, sekarang ini kekal di puncak liga, masih unbeaten, paling penting 15 mata jauh meninggalkan Liverpool.

Lihat pada gol yang kita bolos itu pun nasib kerana sepakan Emre Can ada refleksi, terkena badan Terry. Chelsea ini bila ketinggalan tak perlu tunggu lama untuk score balik. 5 minit berikutnya Cahill score gol penyamaan dalam satu  situasi kelam kabut. Tiada sebarang kontroversi. Itu gol sah, bola meleppasi garisan putih. Ini pentingnya goal line technologhy. Menghapuskan kekeliruan dan perdebatan. Kemudian gol kemenangan dijaringkan oleh abang bengis, Diego Costa, yang mana Azpi menjadi penggerak dengan larian bijak, berlari sambil mengayamkan pemain tengah Liverpool, Coutinho sebelum melakukan umpanan ke tengah. Cross tersebut gagal dihalau keluar oleh bek Liverpool, Costa tak melepaskan peluang & terus score. Chelsea menang.

Terlalu power!

Rumusan perlawanan : MU 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 28, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Para pemain MU ini celebrate macam mereka menang liga pula. Tetapi itu lah bukan senang nak seri dengan bakal juara liga musim ini iaitu Chelsea. Tak ramai yang boleh seri dengan Chelsea. Seri dengan Chelsea ini umpama macam menang, ikut logik akal MU.

Ada 3 faktor kenapa kita gagal meraih 3 mata penuh di Old Trafford semalam :

1) Tak bunuh game lebih awal & bolos last2 minit
2) Keputusan pengadil ubah perlawanan

Point pertama, sudah banyak kali aku kata yang leading 1-0 tak selamat. Selepas mendahului 1-0, kita ada beberapa peluang yang kita patut bunuh game lebih awal namun kita sia2kan. Jika Hazard atau Drogba menyudahkan salah satu peluang yang mereka miliki, kita sudah memenangi perlawanan ini lebih awal lagi. Dalam perlawanan besar, kita tak boleh bergantung dengan hanya 1 gol kerana kita tahu last2 minit apa2 boleh berlaku. Benda ini nampak gayanya sudah menjadi rutin bagi Chelsea. Leading 1-0, bertahan dan lawan menyamakan kedudukan pada lewat permainan. Begitu juga ketika menentang City & Schalke, kalau kita memanfaatkan peluang, bunuh game lebih awal, leading 2/3-0, lawan takkan dapat lawan balik dengan scorline itu.

Pertukaran dibuat oleh Mourinho yang mana Oscar keluar, digantikan dengan Mikel. Ini juga salah satu faktor yang merugikan Chelsea. Tak salah untuk mengamalkan corak bertahan selepas leading. Namun sekurang-kurangnya biar kita score 2/3 biji dulu baru boleh keluarkan attacking player kepada defensive player.

Point kedua, keputusan Phil Dowd yang mengecewakan. Phil Dowd ini kalau kita nilai mutu pengadilannya, ia lebih banyak buruk daripada baik. Ok aku boleh terima kalau hanya 1 kesilapan. Namun dalam perlawanan ini terdapat banyak kesilapan. Jika Ivanovic dapat kad kuning, Phil Dowd sepatutnya melayangkan kad kuning yang sama juga kepada pemain MU yang menarik Ivanovic di kotak penalti & seterusnya menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea.

Bukan setakat penalti, terdapat beberapa lagi keputusan hambar dari Phil Dowd. Antaranya throw-in, tekel terhadap Hazard & ada free kick yang sepatutnya dihadiahkan kepada Chelsea.

Apa pun keputusan seri 1-1 di Old Trafford ini masih lagi okey bagi aku. Sekurang-kurangnya kita tidak kalah dalam perlawanan besar & kita juga belum lagi kalah dalam liga. Untuk menyamai rekod The Invincible Arsenal masih lagi jauh kerana ada baki 29 game.

Chelsea masih no 1, masih pendahulu liga, masih di persada liga, 4 mata di belakang Soton, 10 mata di belakang MU. Minggu depan pertembungan adik beradik Manchester, manakala kita pula akan melayan kunjungan QPR. Di situ kita berpeluang untuk menjarakkan lagi point dengan pencabar2 utama.


P/S : Jaringan Drogba membuktikan bahawa otai masih berbisa. Kita turun tanpa penyerang utama, penyerang kedua namun penyerang ke-3 yang veteran pun masih boleh score lagi. King Drogba!

Chelsea 2 Arsenal 0

Posted by KampungChelsea On Monday, October 06, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidiladha dan salam 2-0.

Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal & Arsenal selamanya akan berada di bawah Chelsea. Tengok rekod unbeaten Mourinho pun masih belum boleh dipatahkan oleh Wenger. Senang cakap macam ini lah, sebelum game memang gerenti Chelsea akan menang. Setiap musim pasti 6 mata penuh lawan anak buah Wenger ini.

Kita lihat gol pertama. Hazard memenangi penalti untuk Chelsea & dia juga menyempurnakan penalti itu. Gol kedua Costa score, hasil daripada hantaran cantik bekas player kesayangan Wenger iaitu Fabregas. Itu gol ke-9 Costa dan masih lagi memegang status top scorer epl setakat ini. Begitu juga dengan Fabregas dengan 7 assist  dan menjadikan dia top assist di EPL. Costa top scorer, Fabregas top assist.

Aku enjoy dengan kemenangan ini dan aku enjoy dengan perfomance Chelsea. Dari awal permainan hingga tamat, player kita bersungguh-sungguh kejar bola, rampas bola, bahagian attacking tolong barisan pertahanan. Back 4 juga harus diberi kredit kerana solid dan compact. Kita tak bagi langsung ruang untuk Arsenal melakukan percubaan2 bahaya. Bola sepak ialah permainan berpasukan dan hari ini Chelsea bermain sebagai satu unit. Arsenal bernasib baik untuk tidak kalah besar kerana dalam perlawanan ini kita tidak mencipta banyak peluang. Jika tak, Arsenal boleh mengalami kekalahan yang sama seperti musim lepas iaitu kena lauk 6-0. Aku malas nak ulas tentang tekel kasar Welbeck ke atas Fabregas dan Koscielny ke atas Hazard yang mana dua insiden itu seharusnya diakhiri dengan kad merah.

Tahniah Chelsea. Kita masih kekal di puncak liga dengan memiliki kelebihan 5 mata di belakang pencabara terdekat, City.

UCL : Sporting 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 01, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mensia-siakan peluang.

Sepatutnya boleh score 5/6 gol. Tolak dengan save2 hebat keeper Sporting pun, Chelsea patut menang mudah dengan scoreline 4 atau 5-0.

Apa pun yang penting result 3 mata penuh.

p/s : nama kelab sporting, tapi penyokong tak sporting suluh laser kat muka player2 lawan.

Chelsea 3 Aston Villa 0 :

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 28, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. 3 gol tanpa balas. Satu aksi mantap ditonjolkan oleh Chelsea. Aku boleh katakan ini pefomance 5 star. Semua perform bagus, dari defend hingga striker.

2. Gembira melihat Diego Costa melakukan apa yang Eto & Torres tak boleh buat musim lepas. 8 gol dalam 6 game, top score setakat ini.

3. Dalam perlawanan ini Chelsea telah bunuh game lebih awal dan tak bagi peluang langsung kepada Aston Villa untuk memberi saingan. Oscar score gol pertama, Diego Costa score gol ke-2 menerusi tandukan dan Willian dengan gol tap-in untuk scoreline 3-0.

Gol ke-25 Oscar bersama The Blues

4. 3-0, 3 mata penuh, 3 mata mendahului Southampton yang berada di kedudukan no 2. Top of the league lagi !

Mangsa seterusnya, Arsenal.

Ulasan perlawanan : City 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 23, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Secara jujur aku boleh cakap, Chelsea datang ke Etihad bukan untuk menang, tetapi untuk seri. Mourinho sudah dapat objektif yang dia nak iaitu 1 mata walaupun dalam game ini kita berpeluang untuk raih 3 mata penuh

2. Jika rembatan Costa tidak mengenai palang dan masuk, Chelsea sudah 2-0 dan waktu itu aku fikir game over dan kisah Lampard score gol lawan ex-teamnya itu tidak akan masuk headline utama. Kita sudah 1-0 & lawan pula bermain kurang 1 player kerana kad merah, dan sepatutnya kita jaga possession untuk 5 minit terakhir.

3. Ketika Schurrle masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol, aku mula hidu bau kemenangan. Kita boleh gandakan gol menerusi Diego Costa namun sayang bola terkena palang. Peluang untuk bunuh game disia-siakan dan ketika semua player City di atas padang itu gagal menembusi benteng kebal Chelsea, Pellegrini memasukkan legend kita, Lampard untuk menyelamatkan keadaan. Chelsea hero to become City hero. Lampard score gol penyamaan untuk City. Waktu ini seluruh penyokong Chelsea terkedu, terkesima, tak tahu nak cakap apa. Speechless, priceless. Umpama macam satu panah menusuk hati. Siapa sangka legend yang dah 13 tahun bersama Chelsea menjaringkan gol ke atas Chelsea.

Apa boleh buat, kita tak boleh salahkannya kerana itu tugas Lampard. Dia buat kerja dia, kita buat kerja kita. Kita yang lepaskannya, takkan kita nak suruh dia score gol sendiri pula sedangkan dia player City.

4. 1-1 game berakhir. Taktik Mourinho ini aku sudah dapat jangka dah sebenarnya. Dalam big game especially away game, Mourinho akan lebih fokus ke defensive. Bila main kat home baru kita akan serang kaw2 City nanti. Sekurang-kurangnya seri lebih baik daripada kalah. Macam musim lepas semua big game kita tak kalah. Away game seri, home game menang.

Mourinho kan jurulatih yang pragmatik.

Manchester City 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Monday, September 22, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hanya lagenda Chelsea yang mampu score gol lawan Chelsea.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi, speechless dengan gol Lampard ini.

UCL : Chelsea 1 Schalke 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 18, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea membazirkan banyak peluang. Sepatutnya kita sudah boleh score 2/3 gol dan bunuh game lebih awal. Tetapi itulah bola sepak. Kalau anda sia2 kan peluang, lawan akan ambil kesempatan, lebih2 lagi dalam kejohanan berprestij seperti Champions League ini memang sering kali terjadi upset.

Debut penuh Drogba tidak seperti yang kita harapkan. Aku menyanjung tinggi Drogba sebagai legend Chelsea namun sayangnya dalam perlawanan ini dia beraksi hambar.

Seri 1-1 dengan Schalke ini bukanlah "kiamat" bagi Chelsea. Ini baru perlawanan pertama. Kita masih ada 4 game lagi dan aku optimistik Chelsea akan menang semua baki game itu dan menjuarai kumpulan, seterusnya layak ke pusingan kalah mati.

Costa hatrik, Remy debut + score sebijik

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 14, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Diego Costa sudah "naik gila".

Bukan 1, bukan 2, tapi 3 gol. Dia score hatrik ! 7 gol dalam 4 game, ini baru betul world class striker.

Remy juga membuat debut pertamanya dan mencatat nama sebagai penjaring gol ke-4 perlawanan. Costa score, Remy pun score. Dua2 striker Chelsea score gol hari ini. Inilah yang membezakan Chelsea musim ini dan musim lepas.

Hebat menyerang tapi lemah bertahan. Kita sudah bagus di bahagian attacking namun apa yang perlu diperbaiki ialah corak bertahan. Chelsea sudah bolos 6 gol dalam 4 game. Itu sesuatu perkara yang jarang berlaku pada kelab Chelsea. Musim lepas kita defend, defend, defend, dan jarang dibolosi lebih dari 1 gol. Musim ini kita attack, attack, attack tetapi longlai ketika bertahan. Hakikatnya itulah yang berlaku jika bermain open play dan super attacking. Jika anda bermain permainan terbuka, lebihkan menyerang, sudah pasti anda akan kerap dibolosi.

Menang ke atas Burnley 3-1, Leicester City 2-0, Everton 6-3 dan Swansea 4-2. Top of the league !

Bukan pembelot tapi professional

Posted by KampungChelsea On Friday, September 05, 2014 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai yang mengkritik perpindahan Lampard ke Manchester City.

Sebenarnya dia hanya ke City secara pinjaman, itu pun dalam tempoh 6 bulan sahaja. Memandangkan MLS akan bermula pada bulan Mac tahun depan, takkan Lampard nak habiskan sisa2 6 bulan itu dengan sekadar menonton bola di kaca tv sahaja.

Lampard sebenarnya ingin kekal lagi bersama The Blues tapi sayangnya pihak pengurusan Chelsea tidak berminat untuk memperbaharui kontraknya. Jadi dalam soal ini kita tak boleh salahkan Lampard.

Apa pun pemain datang pemain pergi. Hidup mesti diteruskan.

Jersi no 9 dibiarkan kosong tak terpakai

Posted by KampungChelsea On Friday, September 05, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas Torres pergi , Chelsea memilih untuk membiarkan  jersi no 9 kosong tak terpakai.

Loic Remy yang baru sertai The Blues dari QPR sempat ingin memakai no itu tetapi akhirnya dia memilih no 18.

Belum ada "luck" bagi pemegang no 9 selepas Jimyy Flyod Hasselbeink. Kita semua tahu, Torres dan Shevchenko memakai nombor keramat itu tapi sayang mereka berdua gagal menyerlah.

Diego Costa - "Azimat Chelsea yang hilang"

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 04, 2014 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pembuka dan Penutup.
Menjaringkan gol pertama dan gol terakhir dalam perlawanan thriller yang menyaksikan 9 gol telah terhasil di Goodion Park. 

Costa akan bawa Chelsea ke tahap yang lebih tinggi musim ini. Jangkaan aku tepat, dia sememangnya the real number 9 yang sangat diperlukan oleh Chelsea. 4 gol dalam 3 game, Costa pembelian sempurna Chelsea. Dia nampak fit dengan sistem & taktik Mourinho. Kau orang semua boleh lihat setiap game, dia begitu dahagakan gol dan dahagakan kemenangan. Apa yang menjadi kekurangan kepada Chelsea musim lepas ialah kita tiada striker yang killer instinct. Jika kita memiliki Costa, tak lupa Fabregas di bahagian midfield, sudah tentu kita sudah juara liga.


Burnley 1 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 21, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Gol ini memang bermutu tinggi. Lihat hantaran Fabregas, pehhh!



Otak geliga Mourinho

Posted by KampungChelsea On Monday, August 04, 2014 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1)Jual David Luiz ke PSG £50 juta, Lukaku ke Everton £28 juta = £78 juta.

2) Beli Diego Costa (£32 juta), Filipe Luis (£15 juta) Fabregas £30 juta = £77juta.

bisnes bijak !


Selamat hari raya aidilfitri 2014

Posted by KampungChelsea On Monday, July 28, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tak faham aku dengan Torres ni.

Tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya ada abang2 power macam Drogba dan Diego Costa yang boleh bantu serta cover striker tempang macam Torres ni.

Apa pun sempena dengan hari raya ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan juga batin kepada semua pembaca blog kampung chelsea. Mohon maaf kerana sudah lama tak mengemas kini blog.

KTBFFH.

#FreePalestine
#SaveGaza
#Pray4MH17

Selamat tinggal Legend!

Posted by KampungChelsea On Friday, July 25, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Legenda sejati Chelsea
Super Frank 8

UCL : Chelsea 1 Atletico Madrid 3

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 01, 2014 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai yang tak expect dengan result ini. Ramai yang fikir final Chelsea lawan Real. Tetapi statistik tak pernah menipu. Mana2 team yang kalahkan Barca, semuanya dapat masuk final & juara. Inter Milan, Chelsea(2 musim lepas) dan Bayern Munich kalahkan Barca masuk final dan seterusnya juara. Kali ini giliran Atletico Madrid pula.

Mourinho mungkin orang paling kecewa dengan kekalahan ini. Apa tidaknya ini kali ke-3 dia tewas di semi final UCL bersama Chelsea. Hajat untuk membawa Chelsea mara ke final tak kesampaian. Dia masih genius tapi kegeniusannya ada hadnya. Mourinho sentiasa melakukan subsitution yang memberi impak namun dalam perlawanan ini ia tidak membuahkan hasil. Mengeluarkan Torres, Ashley Cole dan memasukkan Eto'o merupakan satu keputusan buruk dan menjadi turning point kepada kekalahan Chelsea.

Apa pun aku tak nafikan kehebatan Atletico Madrid. Mereka berhak ke final. Diego Costa & rakan sepasukannya terlalu kuat untuk Chelsea. Mereka mempunyai semangat juang tinggi, karekter kuat dan berjaya mengeksploitasi kelemahan pertahanan Chelsea. Mereka sempat ketinggalan 1-0 sebelum melakukan 3 gol comeback. Mereka satu2nya pasukan yang belum tewas dalam game UCL. Mereka juga pendahulu La Liga. Jadi Chelsea tewas kepada pasukan yang lebih baik. Kredit kepada anak buah Diego Simeone.

Liverpool 0 Chelsea B 2

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 29, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Liverpool dimalukan oleh skuad kedua Chelsea. Hanya berbekalkan skuad simpanan dengan ketiadaan ramai pemain utama seperti Cech, Terry, David Luiz, Ramires, Hazard, Oscar, Eto'o, kita tetap berjaya menumbangkan mereka di stadium keramat itu.

2. Peduli kalau orang nak cakap Chelsea parking bus, chelsea anti-football, chelsea defensive team, yang penting adalah 3 mata. Dalam situasi sekarang, akhir2 musim ini kita harus pentingkan taktikal daripada permainan cantik. Chelsea tidak sebangang Arsenal & Spurs untuk bermain terbuka menentang Liverpool. Kalau kita tidak bermain secara taktikal, nescaya lauklah Chelsea malam itu. Oleh kerana taktikal defensive Chelsea lah, Suarez & Sturridge gagal membolosi gawang yang dijaga oleh budak muda berusia 20 tahun dan keeper back-up Schwarzer.

3. Kekuatan Chelsea ialah defensif. Lihat pada statistik, Chelsea kelab paling sedikit sekali dibolosi dalam liga. Manakala Liverpool bersandarkan pada bahagian serangan menyaksikan mereka kelab paling banyak menjaringkan gol dalam liga. Kekuatan Chelsea ialah defensif, manakala Liverpool ialah offensive. Mereka mempunyai dua striker yang mana masing2 top scorer epl iaitu Suarez dengan 30 gol, Sturridge 20 gol. Nak bandingkan striker2 Chelsea. Tiada satu pun yang boleh score lebih dari 10 gol. Lihat pula di bahagian tengah Mikel-Lampard. Corak permainan dua player ini ialah defensif. Jadi Mourinho tidak bodoh untuk menyuruh Chelsea bermain cantik dengan player2 seperti itu. Kita tahu Liverpool begitu hebat di Anfield dengan bahagian serangan yang tak henti2 score gol. Jadi untuk bermain secara terbuka merupakan satu kerja tak berakal.

4. Kata Brendan Rodgers Chelsea tidak bermain untuk menang & parking dua bus. Ye lah main tak nak menang pun boleh menang dan parking dua bus pun boleh menang 2-0 macam mana tu hahaha. Itu belum parking ferrari lagi. Bayangkan kalau Chelsea beraksi dalam prestasi terbaik, menggunakan skuad utama, agak2 berapa biji lagi Liverpool akan bolos malam itu ? Kita score gol hasil daripada kesilapan player mereka. Bayangkan jika Chelsea mencipta banyak peluang, entah2 Liverpool boleh kena lauk sampai 4/5 gol.

5. Tapi aku faham, Brendan Rodgers kecewa kerana dikalahkan oleh skuad Chelsea B. Mourinho pun tak sempat nak ajar dia cara2 nak menang menggunakan taktik "special" ini. Brendan Rodgers kena tahu dalam bola sepak, permainan cantik takkan bagi anda menang setiap game

P/S : Di Stamford Bridge kita tak parking bus tapi boleh menang 2-1, di Anfield kita parking bus dan menang 2-0. Kita kalahkan Liverpool dua kali dalam dua permainan yang berbeza

Preview : Liverpool vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Friday, April 25, 2014 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lawan Liverpool ini Chelsea akan guna skuad kedua. 4/5 player utama sah tidak akan beraksi. Cech out sampai habis musim, Terry pun sama, cuma dia boleh beraksi kembali jika Chelsea layak ke final UCL. Ramires digantung 4 perlawanan kerana menyiku muka player sunderland (terlepas juga game pembukaan season depan). Eto'o juga cedera, manakala Hazard msih 50%-50%. Ini memberikan kelebihan besar buat Liverpool untuk memenangi perlawanan memandangkan Chelsea 3 hari berikutny akan menentang Atletico Madrid. Kita akan berdepan dalam situasi sulit, kena fokus dua kompetitif dalam 1 masa, ditambah pula ramai key player yang cedera + suspension. Walaupun Chelsea memiliki skuad yang besar tetapi ada di antara player kita yang baru masuk itu masih dalam proses transition, proses untuk beradaptasi dengan kelab bru. Sejujurnya agak sukar untuk beraksi dalam big game tanpa ketidaan banyak player utama. Macam Liverpool lah, kalau Suarez, Sturridge, Gerrard, Sterling tak main, boleh tak mereka top of the league sekarang ? Hazard, top scorer & bakal player terbaik Chelsea musim ini msih tidak dipastikan sama ada boleh beraksi di Anfield, begitu juga dengan Eto'o. Dua player ini yang menjadi hero kemenangan The Blues ketika menewaskan Liverpool 2-1 di Stamford Bridge. Ada juga beberapa player lain terpaksa direhatkan demi memberi fokus kepada game Champions League hari rabu nanti.

Jika Liverpool berada dalam situasi yang sama seperti Chelsea dengan ketiadaan ramai key player, terpaksa bermain 2 game dalam msa 4 hari, mereka sudah pasti akan struggle. Penyokong Liverpool boleh enjoy dengan kejuaraan liga musim ini, memandangkan merek tak main apa2 kejohanan eropah, di samping player Chelsea ketika ini lebih fokus kepada UCL berbanding EPL. Nanti musim depan kita akan lihat the old Liverpool dalam menempuh pelbagai kompetitif, especially beraksi dalam saingan eropah. Masa itu mereka akan faham beraksi dua game seminggu, kurang waktu rehat boleh efek level kecergasan pemain. Ini ialah fakta kerana bukan mudah untuk beraksi dua kejohanan dalam tempoh masa yang terhad. Bila berlaku macam ini, kita terpaksa korbankan sesuatu perkara, antaranya terpaksa merehatkan beberapa player utama demi menjaga fitness dan mengelakkan faktor keletihan pemain supaya tak menjejaskan perfomance dalam kompetitif lain.

P/S : Kata Mourinho, dia lebih prioti Champions League berbanding EPL. Itu betul kerana jika melihat situasi sekarang, kita tahu kompetitif mana yang Chelsea boleh capai secara pragmatik. Dalam saingan liga, kalau kita menang sekali pun ke atas Liverpool, tetapi jika Liverpool menang dua game selepas itu pun tidak ada guna juga kerna kita tetap tidak akan menjadi juara liga. Nasib kejuaraan liga tidak ditentukan oleh Chelsea. Liverpool yang hanya boleh menentukan sama ada mereka boleh juara atu tidak, bukan bergantung kepada Chelsea. Ia hanya akan boleh diubah jika City & Liverpool drop point dalam 2 game terakhir.

FA England yang tongong

Posted by KampungChelsea On Friday, April 25, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FA England yang tongong. Mereka langsung tak prihatin dengan apa yang berlaku kepada kelab England di pentas eropah. Chelsea satu2 nya wakil Engand di Champions League, yang sentiasa mengharumkan nama Ratu Elizabeth di pentas eropah, jadi kenapa kita tidak diberi perhatian khusus oleh badan induk bola sepak negara sendiri. Tengok macam persatuan bola sepak negara lain. Aku bagi contoh macam di Itali. Jika ada kelab mereka yang bermain game UCL pada hari rabu (suku akhir/separuh akhir) mereka akan diberi cuti rehat 1 hari berbanding pasukan2 liga mereka yang lain. Mereka akan berman perlawanan liga pada hari jumaat. Di situ mereka akan ada cuti rehat lebih bagi mempersiapkan perlawanan di saingan eropah pada hari rabu. Chelsea akan lawan liverpool hari ahad, kemudian 3 hari berikutnya semi final penting lawan Atletico Madrid. Kita tidak diberi kelebihan untuk berjaya di Eropah oleh FA England yang tongong.

Atletico Madrid 0 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 23, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai yang mengkritik Chelsea dalam perlawanan ini kerana kita "parking bus". 100% bermain dengan corak bertahan, dari mula sampai habis game.

Yang kelakarnya penyokong & pemain Atletico Madrid juga turut bersuara tentang taktikal Chelsea ini, sedangkan pasukan mereka 2x5 sahaja. Mereka tak sedar taktikal yang mereka guna ketika menentang Barcelona juga sama seperti Chelsea.

Ya Mourinho memang nak cari seri sahaja. Walaupun 0-0, namun kelebihan tidak memihak kepada Chelsea juga kerana kita tidak memperolehi away goal. Kalau seri 1-1/2-2, mungkin lebih melegakan. Ada sebab kita beraksi dengan cara seperti ini. Pertama, ramai key player cedera. Ivanovic tidak beraksi, jadi Azpilicueta dilaihkan ke posisi RB, Ashley Cole pula buat pertama kali beraksi selepas beberapa bulan tak sentuh padang. Matic dan Salah cup-tied, Hazard pun masih cedera, Eto'o pun sama. Jadi kita tak boleh bermain dalam super attacking yang diinginkan kalau pemain yang disebutkan ini tiada di atas padang. Ditambah pula kecederaan awal Cech dan berikutnya pula kapten utama, Terry.  Dengan apa yang berlaku, sebagai penyokong Chelsea kita harus gembira dengan result 0-0. Melihatkan pula form Atletico Madrid kini lebih menyerlah dengan pemain mereka rata2nya berada dalam prestasi terbaik dan fresh leg(mempunyai 1 hari rehat). Striker mereka juga dalam hot-form, jadi tak salah untuk Chelsea (dibelenggu masalah kecederaan + striker yang tak boleh score banyak gol) meletakkan "10 men behind the ball".

Ada sesetengah perlawanan kita boleh guna taktikal real attacking, dan ada sesetengah perlawanan yang kita tak boleh melakukan strategi berkenaan. Bergantung kepada team yang kita hadapi dan pemain yang beraksi di atas padang. Menggunakan taktikal parking bus ini walaupun tidak menarik tetapi ia masih dianggap sebagai football tactic. Bukan semua team boleh melakukan taktik ini dengan berjaya, ia harus memiliki back 4 yang solid. Tambhan lagi musim ini kekuatan Chelsea lebih ke arah defensif berbanding offensive.

Chelsea 1 Sunderland 2

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 20, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liverpool harus berterima kasih kepada Sunderland kerana "membantu" mereka menggagalkan misi kemenangan dari pasukan pencabar kejuaraan liga. Minggu lepas City, minggu ini pula giliran Chelsea. Jadi kini segalanya terserah kepada Liverpool. Mereka sendiri boleh tentukan sama ada mereka akan juara liga atau tidak. Jika mereka menang ke atas norwich, mereka akan leading 5 mata dan hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran.

Bagi Chelsea pula, ini satu kekalahan yang sangat mengecewakan. Kalah di saat2 genting, dalam misi A-Must-Win-Game. Ditambah puka rekod kebal 77 game Mourinho di Stamford Bridge dalam liga juga lebur.

Walaupun ada beberapa keputusan pengadil tidak menyebelahi Chelsea dan kita juga beraksi tanpa keeper utama Cech dan pemain terbaik tahun ini iaitu Hazard tetapi aku tidak akan menjadikan alasan itu sebagai punca utama kekalahan. Kita kalah kerana kita kurang motivasi menentang team2 bawahan seperti Sunderland, Crystal Palace, Aston Villa, Stoke City. Apa pun aku harap kekalahan ini tidak akan bagi efek untuk game Champions League hari rabu ini, lawan Atletico Madrid.

Official : Jersi home 2014/2015

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 16, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Swansea 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Monday, April 14, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Walaupun menang tapi kalau kita lihat secara keseluruhan, Chelsea struggle menentang 10 player Swansea. Peluang untuk menjaringkan gol banyak disia-siakan. Eto'o patut score 3/4 gol, Salah pun sama. Apa pun menang tetap menang walaupun dalam situasi winning-ugly. Kredit buat Matic. Dia membuat hantaran cantik yang berjaya disudahkan oleh Ba untuk gol kemenangan Chelsea. Tak lupa juga pujian untuk Mourinho yang bijak membuat substitution. Ramires & Schurrle beraksi hambar dan mereka berdua terus digantikan dengan Oscar & Eto'o pada separuh masa kedua.

Jadi dengan kemenangan 1-0 ini masih meletakkan Chelsea di tangga kedua, 2 mata di belakang Liverpool yang baru sahaja menang 3-2 ke atas City. Persaingan merebut kejuaraan liga semakin lama semakin sengit. Seperti yang aku katakan sebelum ini, perlawanan di antara Liverpool menentang Chelsea di Anfield nanti akan menentukan siapa yang bakal juara liga walaupun City masih ada dua baki perlawanan.

Jika ada kelab yang boleh spoil kan Liverpool di Anfield, kelab itu pastinya Chelsea seperti mana yang kita lakukan ke atas City, first team to win at Etihad.

Tak celebrate tapi bagi arahan - Mourinho

Posted by KampungChelsea On Friday, April 11, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mourinho tak celebrate gol ini. Selepas Ba score, dia terus berlari macam budak kejar penjual ais krim, masa semua player chelsea berkumpul satu tempat, Mourinho bagitahu kepada beberapa player kita apa yang perlu mereka buat selepas itu.

Walaupun nampak reaksi pertama Mourinho seakan-akan nak raikan gol kedua Chelsea itu, lebih2 lagi aksi tersebut mengingatkan kita ketika Mourinho melakukan style macam itu masa Porto singkirkan MU di Old Trafford beberapa puluh tahun dulu, tetapi sebenarnya dia berlari untuk bagi arahan. Mourinho guna cara itu dalam beberapa saat untuk tukar taktik kerana kita tahu kalau Chelsea tidak ubah strategi, PSG bila2 masa sahaja boleh score gol & singkirkan kita dari Champions League.

Dalam ulang tayang di kaca tv, dia ada cakap sesuatu kepada Torres, Eto'o. Aku petik balik kata2 Mourinho :

"No, not to celebrate. To tell Fernando [Torres] and Demba the changes we had to do. Because there was still three minutes plus extra-time and playing the way we were playing was too risky.

I wanted Demba to play in front of the defenders and I wanted Fernando to defend Maxwell.

Genius Mourinho!

P/S : Moyes patut buat juga cara begini masa Evra score gol. Mungkin kalau dia berlari macam Mourinho dan bagi arahan kepada beberapa player MU, tak adalah Bayern boleh score dua gol mudah selepas pada itu haha.

Chelsea 2 PSG 0 : Epic comeback!

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 10, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Tahniah buat Mourinho & Chelsea kerana berjaya mara ke separuh akhir Champions League. Tak ramai sebenarnya yang menjangkakan kemenangan Chelsea ini kerana PSG lebih dianggap faveret kerana mereka menang pada first leg 3-1. Tetapi itulah bola sepak, apa2 boleh berlaku.  Kita berjaya mengulangi comeback seperti dua musim lepas ketika menentang Napoli dengan memadam defisit 2 gol milik PSG.

2. Dejavu Cavani & Lavezzi. Sebelum ini ketika mereka bersama-sama beraksi untuk Napoli, mereka menang first leg 3-1 ke atas Chelsea tetapi tersingkir pada 2nd leg di Stamford Bridge. Jadi apa yang terjadi kepada mereka dua tahun lalu berulang kembali. First leg PSG menang 3-1 namun disingkirkan lagi sekali oleh Chelsea pada 2nd leg di Stamford Bridge. Aku fikir dua player ini memang akan cuak kalau bertemu dengan Chelsea lagi musim depan.

3. PSG sangat bernasib baik. Dalam perlawanan ini Chelsea sepatutnya boleh menang besar 4/5 gol. Dua kali percubaan Chelsea terkena palang. Satu dari Schurrle , satu lagi dari Oscar. Kalau tengok balik apa yang berlaku pada 1st leg, 3 gol PSG juga hasil daripada kesilapan mudah pertahanan Chelsea. Satu gol refleksi, satu lagi own gol David Luiz & gol ke-3 juga tiada marking dibuat.

4. Kunci kejayaan ? Mourinho. Taktikalnya genius, sebab itu dia dianggap The Special One. Dua sub yang dibuat olehnya membuahkan hasil. Dua2 sub juga menjaringkan gol kemenangan. Schurrle & Ba.

Mourinho ketika post-match interview :


We gave everything. My four defenders were brilliant. The midfield were animals. Luiz was a monster. Our forwards were brave. 

5. Kita memiliki 11 leader di atas padang. Sebab itu kita boleh menang dengan team seperti PSG. Semua 11 player Chelsea memiliki mentaliti kemenangan dalam Champions League. Ini lah yang membezakan kita dengan PSG & City. Sama2 kaya namun Chelsea lebih memiliki pengalaman & semangat juang tinggi.

6. Kelakar rasanya apabila Hazard dikeluarkan pada minit ke-17 kerana cedera, penyokong PSG mula bersorak "We’re in the semi-finals". Mereka tidak tahu yang Chelsea bukanlah one man team. Kita bukanlah seperti sesetengah pasukan yang hanya bergantung kepada satu player sahaja. Hazard cedera, kita ada Schurrle. Matic tak ada, kita ada David Luiz. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama masuk menggantikan Lampard berjaya menjaringkan gol kemenangan. Chelsea adalah pasukan yang sukar dijangka, sapa2 pun boleh menjaringkan gol.



7.Walaupun PSG tanpa striker sensasi mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic namun itu tidak boleh dijadikan alasan. Chelsea juga tanpa Hazard yang cedera dan terpaksa keluar pada awal permainan namun masih boleh menang. Harus diingat, Chelsea juga tanpa beberapa peman utama seperti Ramires(digantung), Matic (cup-tied) tak lupa Salah yang tengah hot-form.

8. Mourinho layak diberi kredit. Dia memiliki kemampuan untuk membaca game, melakukan perubahan positif pada waktu yang tepat dan itu yang membuatkan dia pengurus terbaik di dunia.

9. Tak kisah lah siapa yang bakal Chelsea tentang di separuh akhir nanti. Sama ada Barcelona atau Real Madrid, kita sekarang ini sudah cukup konfiden untuk tewaskan mana2 pasukan faveret. Bring it on, Barca/Real.

Chelsea = Pride of London.

Chelsea 3 Stoke City 0

Posted by KampungChelsea On Monday, April 07, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya Chelsea bangkit menunjukkan satu perfomance yang bagus selepas sebelum ini kita mengalami kekalahan dua kali berturut-turut.

Bagi aku MOTM ialah Salah. Dribble, pace & work rate bekas pemain Basel ini cukup hebat. Dia menjaringkan gol pertama serta memenangi penalti untuk Chelsea. Jadi tak salah Chelsea membeli beli Salah. Jika dia terus dengan aksi seperti ini aku yakin dia akan jadi key player seperti Hazard pada musim depan. Kredit juga kepada Matic & Willian yang juga mempamerkan perfomance berkualiti.

Berkenaan dengan Torres, game ini antara perfomance dia paling teruk musim ini. Aku boleh katakan dia semakin kurang keyakinan diri. Dia membazir peluang mudah di depan gol dan dia takut untuk melakukan percubaan. Boleh lihat reaksi kecewa Mourinho di kaca tv dengan perfomance Torres. Jika aku jadi Mourinho, untuk game hari rabu ini aku lebih prefer Ba sebagai striker utama jika Eto'o masih belum fit 100%.

Harapan aku agar game hari rabu ini kita dapat mempamerkan aksi yang sama seperti kita membenam Stoke 3-0 ini. Alangkah bagus kalau Salah & Matic tidak cup-tied.

PSG 3 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 03, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Defensif sangat2 teruk, boleh dikatakan paling teruk musim ini. Lihat gol ke-3 PSG, memang cukup mengecewakan untuk dibolosi dengan cara sebegitu. Wajar kita kalah 1-3 kepada PSG. Kita kalah kepada lawan yang lebih baik, sama ada dari segi pertahanan atau menyerang, PSG lebih baik berbanding Chelsea.

Semoga 2nd leg nanti kita dapat melakukan comeback seperti mana yang kita buat masa lawan Napoli 2 musim lepas. Paling penting, harap Eto'o dapat sembuh sebelum game itu kerana sekarang ini hanya dia sahaja satu2nya striker Chelsea yang boleh diharapkan.

Peluang Chelsea juara liga

Posted by KampungChelsea On Monday, March 31, 2014 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liverpool kembali merampas kedudukan pendahulu liga, mendahului 2 mata di depan Chelsea. City masih ada dua baki game, kalau mereka menang dua game itu, mereka akan kembali ke puncak, liverpool no 2 chelsea no 3.

Jadi di sini aku boleh katakan bahawa peluang Chelsea juara bergantung kepada result team lain. Kita terpaksa mengharapkan City & Liverpool drop point. Game Liverpool lawan City, Liverpool lawan Chelsea nanti akan jadi game crucial dan dua game tu mungkin boleh menentukan siapa yang berhak juara liga musim ini.

Aku tak setuju apabila orang mengatakan fixture liga Chelsea berikutnya lebih mudah. Harus diingat tiada game mudah di EPL melainkan kalau team anda hanya bermain 1 kompetitif sepanjang musim dan tak terlibat dalam apa2 kejohanan eropah macam Liverpool, ia akan jadi cerita yang berbeza. Namun 6 game liga Chelsea selepas ini rata2nya menentang team bottom 10. Tak mudah kerana kita akan berdepan dengan pasukan yang sedang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran dan tak lupa result Chelsea menentang team2 bawahan sejak kebelakangan ini juga mengecewakan.

Crystal Palace menyukarkan lagi peluang The Blues

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 30, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kita tewaskan City, tewaskan Liverpool, tewaskan MU, tewaskan Arsenal tetapi bila lawan dengan pasukan2 mediocre seperti Crystal Palace, Stoke City, Aston Villa kita kalah. Big games kita menang tapi bila lawan dengan team relegation kita kalah. Aku tak fikir dalam perlawanan ini kita memandang rendah keupayaan lawan, kita sudah cuba sehabis baik untuk merobek gawang mereka tetapi gagal. Faktor utama ialah ketumpulan di bahagian penyudah. Bila striker seperti Torres, kita semua tahu dia tak akan lakukan banyak perbezaan. Sebab itu aku risau bila Eto'o cedera kerana kita semua tahu Torres tiada killer instinct di depan gol. Eto'o cedera ketika dia sedang berada dalam prestasi yang baik.

Chelsea & Crystal Palace masing2 melakukan 1 kesilapan. Apa yang membezakan kita dengan mereka dalam hal ini ialah mereka memanfaatkan kesilapan lawan ,sedangkan kita tidak. Contoh own goal dari John Terry, Crystal Palace memanfaatkan kesilapan kapten kita itu. Crystal Palace melakukan 1 mistake pada lewat permainan dengan back-pass ke goalkeeper namun apa yang Torres buat ? Dia tak tahu nak buat apa melainkan mensia-siakan peluang keemasan untuk score gol. Walaupun keeper lawan cekap menangkis serangan yang dibuat tetapi ada kala sesuatu peluang itu kalau dilakukan dengan teknik yang betul, bola tetap akan menerjah jaring juga. Itulah masalah Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini. Kita tak mempunyai x-factor di bahagian striker.

Kredit kepada anak buah Tony Pulis. Mereka berhak dengan 3 mata penuh ini.

"Title is Man City's to lose". Jika mereka menang ke atas Arsenal(game yang bakal bermula 10 minit lagi), aku boleh katakan mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk merangkul kejuaraan liga. Dan begitu juga dengan Liverpool kalau mereka berjaya tewaskan Spurs nanti, mereka akan pintas kedudukan kita. Aku mengharapkan respons Chelsea pada hari rabu nanti.

Chelsea underdog dalam title race

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 29, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk perebutan takhta liga, aku fikir pada waktu ini ia hanya membabitkan 3 penjuru, Chelsea, City & Liverpool. Arsenal ? secara matematik mereka masih berpeluang namun dalam satu peluang yang agak tipis.

Apa yang katakan oleh Mourinho adalah benar tentang "The title is Man City's to lose". Mereka masih ada dua baki perlawanan. Jika mereka menang dua game itu, mereka akan kembali ke puncak sambil mendahului 3 mata di depan Chelsea, 4 mata di depan Liverpool.

Jika kau orang tanya aku dalam 3 penjuru ini siapa underdog ? Aku akan cakap Chelsea. Kenapa ? kerana waktu ini kita bermain di Champions League, sedangkan dua lagi team itu tidak. Walaupun fixture liga Chelsea selepas ini lebih mudah berbanding dua lagi team itu, namun Chelsea kena fokus dua kompetitif penting dalam satu masa yang sama, itu lebih sukar sebenarnya. Waktu ini juga Chelsea berada dalam situasi yang sulit kerana kita akan berdepan dengan salah satu pasukan feveret, PSG dalam saingan suku akhir Champions League. City & Liverpool tak perlu fikir tentang itu kerana mereka hanya akan fokus 1 kompetitif sahaja iaitu EPL. Jadi mereka mempunyai persediaan yang lebih rapi berbanding Chelsea. Berbeza dengan Chelsea, kita kena bermain dalam jarak 2/3 hari. Kita kena ubah fokus dari EPL ke Champions League dan kembali semula ke EPL.

Liverpool paling beruntung. Tahun ini mereka tidak bermain apa2 kejohanan eropah, yang mana itu memberikan keuntungan besar kepada mereka dalam saingan liga musim ini. Chelsea kena bermain di Champions League dan kita tak punya waktu yang cukup untuk mempersiapkan perlawanan seperti Liverpool. Itu memberikan advantage besar kepada mereka.

Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 26, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Kata Mourinho "2-0 after seven minutes the game is over". Kad merah atau tidak, Arsenal sudah "kalah" pada 7 minit pertama. Turning point ialah gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh Schurrle, bukannya kad merah Gibbs itu. Anda fikir selepas Arsenal ketinggalan 0-2 pada awal 10 minit, mereka boleh buat comeback ? Ini team Chelsea di bawah pimpinan Jose Mourinho, bukannya AVB. Kalah 6-0 dalam perlawanan yang ke-1000 ibaratkan satu kemalangan ngeri di jalan raya. Harus diingat perlawanan ke-500 Wenger, waktu itu mereka juga kalah 0-1 kepada Chelsea( Ogos 2005) di Highbury pula tu. Jadi di sini kita boleh faham apa yang dimaksudkan oleh Mourinho kepada Wenger tentang "Specialist in Failure". Arsenal di bawah pimpinan Arsene Wenger takkan berjaya kalahkan Chelsea di bawah pimpinan Mourinho. Hakikat yang harus penyokong Arsenal terima. Ini ialah realistik.

2. Sebut pasal kad merah, tak kisahlah pengadil Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain yang salah atau tidak, hakikatnya Arsenal tetap kena beraksi dengan 10 pemain juga. Pemain yang menahan bola dengan sengaja sambil menjatuhkan diri dalam situasi menafikan gol lawan, anda fikir kad mana lagi yang patut pengadil keluarkan dari poketnya ?

"From the dug-out we see one player diving like a keeper and touching the ball." kata Mourinho. HAHA.

 Jika Gibbs beraksi sampai 90 minit Arsenal mungkin akan kena lebih teruk dari 6-0. Mereka harus sedar kerapuhan pertahanan mereka yang menjadi faktor utama kenapa mereka menjadi lauk kepada team Chelsea.

3. Minggu lepas sebelum game lawan Chelsea, aku masih ingat lagi beberapa penyokong mereka mengatakan ketiadaan Ramires & Willian akan memberikan mereka peluang untuk memalukan Chelsea di Stamford Bridge tetapi mereka tidak sedar betapa midfield Chelsea lebih perkasa di bawah partner David Luiz dan Matic.

4. Secara jujurnya team yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan liga tak boleh kalah 3-6 kepada City, kalah 1-5 kepada Liverpool dan kalah 0-6 kepada Chelsea. Arsenal bolos 5-6 gol kepada team top 3, jadi adakah mereka masih berfikir mereka boleh juara liga ? Melihatkan situasi yang berlaku, mereka juga boleh terkandas dari top 4 spot.

5. Taktikal Mourinho genius di samping mantapnya, solidnya kubu pertahanan Chelsea menjadi kunci kemenangan 6-0 Chelsea ini. Begitu juga di bahagian tengah. Matic & David Luiz, dua pemain yang mnutup semua ruang dan peluang yang diciptakan oleh bahagian serangan Arsenal.

Kesimpulannya Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal. Tak perlu kita sebut pasal rekod Mourinho menentang Wenger, di sini kita semua tahu siapa winner dan siapa loser. Pasal Wenger, penyokong Arsenal jangan risau, kalau Arsenal kalah 6-0 lagi lepas ini Wenger takkan dipecat. Dia masih boleh latih Arsenal lebih dari 30-40 tahun yang dia nak kerana Wenger lebih besar dari Arsenal.

Last words, happy 1000th game Wenger !

Chelsea 6 Arsenal 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 23, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1-0 Eto'o 

2-0 Schurrle 

3-0 Hazard

4-0 Oscar

5-0  Oscar

6-0 Salah 

1000th game 


Aston Villa 1 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 16, 2014 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aston Villa berhak dengan kemenangan ini. Defends mereka sukar ditembusi. Para pemain Chelsea pula memang nampak letih + malas. Kalau tengok rekod Aston Villa lawan kelab2 besar musim ini agak mengagumkan juga. Mereka tewaskan Arenal di Emirates 3-1, tewaskan City 3-2 dan seri 2-2 dengan Liverpool di Anfield. Level konfiden mereka tinggi ketika menentang lawan2 besar.

Perlawanan ini juga dipenuhi dengan drama & kontroversi. Dua layangan kad merah (willian dan ramires) + Mourinho juga turut diperintah keluar padang pada last2 minit. Walaupun ada beberapa keputusan tidak tepat dari pengadil(chris foy dengan keputusan tipikalnya semua orang tahu), tetapi Aston Villa tetap berhak dengan kemenangan ini. Mereka beraksi lebih meyakinkan berbanding pasukan kita.

Meski pun kalah, Title race masih lagi diteruskan. City pun ada beberapa game sukar selepas ini. Mereka akan lawan MU di Old Trafford, mereka juga bakal lawan Arsenal & Liverpool kat away. Di situ mereka mungkin akan tercicir mata. Aku masih lagi optimistik dengan peluang Chelsea merebut takhta liga.

Segalanya tidak mustahil

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 13, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebelum itu aku mengajak kita semua terus berdoa agar Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu segera ditemui. Aku mengharapkan kita semua berfikir dengan menggunakan akal yang waras dan berhenti membuat spekulasi atau andaian tak berasas atau lebih dahsyat lagi buat kerja2 bodoh tahyul khurafat macam bomoh "do re mi" di KLIA tu. Seperti kata Kapten Norudin Abd Majid, "Kita perlu kembali kepada Pencipta sains iaitu Allah SWT". Sains yg tercanggih pun tak boleh mencabar kuasa Allah. Mohon doa dari semua.

Berbalik kepada point asal artikel ini, berkenaan dengan Champions League, seperti sedia maklum semalam dua kelab EPL tersingkir dari saingan berprestij Eropah itu. Kini maruah England terletak kepada dua lagi wakil Chelsea & MU. Chelsea lebih berpeluang layak ke pusingan seterusnya berdasarkan result positif pada 1st leg, manakala MU pula nampak lebih sukar selepas dimalukan 0-2 kepada kelab Greece, Olympiakos.

Aku fikir, bila sesuatu pasukan itu mara ke suku akhir, segalanya tidak mustahil. Maksud aku peluang untuk menjuarai trofi Champions League terbuka kepada sesiapa pun. Jadi pusingan kalah mati ini penting kepada semua pasukan.

Jangan ada diantara kita yang cakap "Alah Chelsea kalau lepas pusingan kalah mati ni pun masuk suku akhir nanti kalah juga dengan team macam PSG, Real Madrid, Bayern Munich dan Barcelona". 


Fikir positif.

Walaupun PSG, Real Madrid, Bayern Munich dan Barcelona kelab faveret untuk menjuarai kejohanan itu tahun ini namun tidak mustahil bagi kelab underdog seperti Chelsea boleh memenanginya juga. Ramai yang menganggap Chelsea kelab underdog dalam kompetitif ini dan aku gemar bila ramai yang beranggapan sedemikian kerana kelab underdog kebiasaannya boleh membuat kejutan.



Sebagai contoh, Chelsea memenanginya pada 2012 yang mana ketika itu Chelsea bukanlah kelab pilihan. Dan Real Madrid dan Barcelona yang dianggap pasukan pilihan musim lepas terkandas di separuh akhir, tewas kepada kelab Jerman.

Faveret hanya di atas kertas. Perfomance di atas padang yang menentukan result sebenar. Jadi segalanya tidak mustahil.

Ujian getif 4 kelab EPL di pusingan kalah mati Champions League

Posted by KampungChelsea On Monday, March 10, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejujurnya dalam saingan Champions League ini, aku mengharapkan semua wakil EPL mara ke pusingan seterusnya. Chelsea, City, Arsenal & MU. Meskipun dalam liga, 4 kelab ini rival satu sama lain namun tidak salah untuk kita saling menyokong di kompetitif eropah.

Cuma jika kita melihat dari situasi sekarang ini selepas berakhir sudah 1st leg pusingan kalah mati, kelab EPL yang lebih berpeluang layak ke suku akhir hanyalah Chelsea. Aku bercakap dari sudut realistik. Namun dalam bola sepak apa2 boleh berlaku, lebih2 lagi kalau ia melibatkan kelab EPL. Kalau penyokong Liverpool, mereka boleh ungkit balik kisah kebangkitan Istanbul mereka itu dari ketinggalan 0-3 dan seterusnya menjadi juara Champions League.

Keputusan 1st leg pusingan kalah mati :


1. Galatasaray 1 Chelsea 1
2. Olympiakos 2 ManUtd 0
3. Arsenal 0 Bayern Munich 2
4. ManCity 0 Barcelona 2


Syarat untuk mara ke suku akhir Champions League :


 Chelsea
  • Menang dengan jumlah berapa sekali pun
  • Seri dengan scoreline 0-0.

ManUtd
  • Menang 3-0
Arsenal
  • Menang 3-0 atau 3-1.

Manchester City
  • Sama macam Arsenal, City kena menang 3-0 atau 3-1.

Jadi mari kita sama2 lihat sama ada mampu atau tidak 4 kelab EPL ini memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tahukah anda, pada musim 2011/2012 Chelsea satu2nya kelab EPL yang berjaya melepasi pusingan kalah mati, mara ke suku akhir & seterusnya menjuarai trofi Champions League.


#Pray4MH370

Chelsea 4 Tottenham 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 09, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Pada minit pertama keeper Spurs, Lloris sepatutnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Eto'o dan Chelsea patut dianugerahkan sepakan penalti namun typical linesman EPL mengatakan Eto'o berada di kedudukan offside sedangkan kedudukan Eto'o sama level dengan defender Spurs.

2. Spurs bagus pada separuh masa pertama. Mereka tidak memberi banyak ruang kepada player kita untuk menembusi pertahanan mereka. Namun aku tak pasti apa yang mereka buat pada masa rehat kerana masuk sahaja separuh masa kedua, Spurs sudah mula terumbang ambing. Bermula dengan back-pass Vertonghen kepada Eto'o, kemudian fault Kaboul terhadap Eto'o, selepas pada itu Sandro pula tergelincir membolehkan Ba score gol ke-3 dan gol ke-4 itu juga hasil daripada kesilapan pemain right back mereka, Kyle Walker. Jadi 4 player Spurs ini, Vertonghen, Kaboul, Sandro & Kyle Walker memberi assist kepada 4 gol Chelsea. Aku boleh katakan ini perfomance Spurs paling teruk musim ini.

3. Ini bukanlah perfomance terbaik Chelsea tetapi harus diingat walaupun bukan berada dalam prestasi terbaik, Chelsea tetap berjaya mengalahkan salah satu lawan terkuat di EPL. Itu belum Chelsea mempamerkan aksi yang sebenar lagi.

4. Adakah wajar pengadil Michael Oliver melayangkan kad merah kepada Kaboul ? Tidak tetapi keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea adalah tepat. Namun dia harus melayangkan kad kuning kedua kepada Sandro atas kekasaran yang dibuat terhadap Oscar. Begitu juga dengan Lloris pada minit pertama itu.

5. Selain dari kegopohan pertahanan Spurs, satu lagi perkara yang menjadi turning point bagi kemenangan Chelsea dalam derby London ini ialah substitution yang dibuat oleh Mourinho. Dia mengeluarkan Lampard dan memasukkan Oscar. Bila Oscar main, tenpo permainan Chelsea semakin rancak. Jadi di situ kredit buat Mourinho kerana cepat response dengan apa yang berlaku.


6. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama tetap berjaya mencatat nama sebagai penjaring ke-3 & ke-4 perlawanan. Masuk menggantikan Eto'o, Ba hanya memerlukan 75 saat untuk menjaringkan dua gol. Eto'o juga memainkan peranan penting dalam perlawanan ini.dengan menjaringkan gol pertama dan memenangi penalti untuk Chelsea. Menarik juga cara dia celebrate gol. Orang mempersoalkan umurnya dan dia membalas balik kritikan itu dengan menjaringkan gol pertama serta menyuntik semangat pemain2 lain.

7. Dengan hanya tinggal 9 lagi perlawanan, Chelsea kini berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan liga. City masih tak bermain 3 perlawanan, jadi kita sama2 boleh lihat sama ada mereka mampu meraih 9 mata penuh untuk baki2 perlawanan tersebut.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png