Senarai 23 Pemain Chelsea untuk Kejohanan FIFA Club World Cup

Posted by KampungChelsea On Friday, November 30, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ini senarai 23 pemain Chelsea untuk kejohanan Fifa Club World Cup (FCWC) yang akan berlangsung di Jepun pada bulan Disember ini :

Penjaga gol : Petr Cech, Ross Turnbull, Hilario

Pemain Pertahanan:
Branislav Ivanovic, Ashley Cole, David Luiz, Paulo Ferreira, Gary Cahill, John Terry, Cesar Azpilicueta, Ryan Bertrand.

Pemain Tengah :
Oriol Romeu, Ramires, Frank Lampard, Oscar, John Obi Mikel, Eden Hazard, Marko Marin, Lucas Piazon.

Penyerang :
Fernando Torres, Juan Mata, Victor Moses, Daniel Sturridge.

Kita akan memulakan saingan ini dengan menentang pemenang di antara juara AFC, Ulsan Hyundai FC atau juara Amerika Latin, Monterrey.


Harus diingat, The Blues belum lagi memenangi trofi Piala Dunia Kelab. Jadi kita membawa misi penting ini demi melengkapkan secara keseluruhan trofi di almari kabinet Chelsea.

Rafa pernah merasai gelaran FCWC ini ketika beliau membimbing Inter Milan pada tahun 2010. 5 tahun sebelum itu, Rafa gagal memberi gelaran ini kepada Liverpool selepas kelab history channel itu tumpas 1-0 kepada kelab Brazil, Sau Paulo angkara gol dari bekas pemain tengah Chelsea iaitu Mineiro.

5 perkara yang Rafa perlu IMPROVE

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 29, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya, season masih panjang tapi kalau Chelsea terus perform macam ini, kita akan terus berada di belakang City & MU.

Kata Rafa, Chelsea masih mampu menjuarai EPL dengan syarat, we have to improve. Improve ? Apa yang perlu diimprove ?

1. Taktikal Rafa itu sendiri

- Formasi yang diguna 4-2-3-1 ialah formasi yang tidak offensive. Menentang Fulham yang menerapkan formasi 4-4-1-1, Rafa perlu menggunakan formasi 4-3-3. Lawan kepada bertahan ialah menyerang. Fulham memang banyak bertahan, dan bila lawan lebihkan bertahan, masa ini kita harus menyerang.

Defensif sudah improve tapi offensive kurang jitu.

3 winger ditugaskan untuk support seorang striker yang "lost" memang tak menjadi. Sebab segala passing nak deliver kepada Torres, nampak sangat kita hanya nak improve Torres tapi bukan improve perfomance Chelsea. Striker yang bagus ialah dia sendiri yang mencari jalan penyelesainnya & tak boleh terlalu bergantung kepada orang lain.

2. Beli striker baru atau improve striker2 yang ada

- Kalau tak nak beli striker baru, ada risikonya. Jika Rafa tetap bertegas untuk tidak membeli apa2 striker pada bulan 1 nanti, apa yang beliau harus buat ialah kembangkan striker2 yang ada.

Maksud kembangkan striker yang ada bukannya memainkan Torres sahaja setiap game & just improve perfomancenya. Lucas Piazon, Sturridge perlu diberi peluang sama rata. Torres kalau dia perform bagus pun, dia tak konsisten. Perlu ada striker yang bermain di belakangnya. Seperti ketika di zaman CA, CA kerap memainkan dua striker iaitu Drogba di hadapan, dibantu oleh Anelka.

Di belakang Torres perlu ada striker yang support nya. Hazard-Mata-Oscar hanya mat2 provider & Rafa perlu letak one supportive striker, biar ada keep in touch dengan seorang lagi striker.

Moses boleh beraksi di posisi centre forward. Rasanya elok Rafa jadikan dia sebagai penyerang. At least lawan boleh gugup jika kita mengambil inisiatif dengan memainkan dua striker. Tak adalah segala passing nak dituju kepada satu forward sahaja.

#panggil balik Lukaku pun satu idea yang bernas.

3. Improve MAZACAR (Mata-Hazard-Oscar)

- Sejak akhir2 ini aku rasa macam ada something wrong dengan perfomance mereka bertiga. Dalam 2/3 game yang lepas nampak macam tiada chemistry.

Oscar banyak hilang bola & kadang2 dia tidak tahu nak hantar bola kepada pemain mana. Mata lebih sesuai bermain di 1st starter kerana dia banyak function. Hazard punya perfomance sangat berbeza dengan apa yang dia tonjolkan pada dua bulan yang lepas.

Rafa kena ambil serius tentang perkara ini. Midfield ialah bahagian yang paling penting dalam setiap pasukan. Midfield umpama seperti mesin, andai rosak mesin ini, maka rosaklah secara keseluruhannya.


4. Improve mentaliti Torres

- Problem Torres sekarang ini ialah mentalitinya. Dia ada mental problem yang telah menjejaskan secara keseluruhan prestasinya.

Rafa wajib kena basuh "minda" Torres, disamping mengubah corak permainan lembiknya.

Terakhir sekali, improve result. Itu yang boleh mengelakkan beliau dipecat. Jika Chelsea konsisten dalam permainan & result juga konsisten, maka tak ada masalah untuk beliau kekal lebih lama di Chelsea.

Sekarang ini kita nampak majoriti fans Chelsea di Stamford Bridge memang tak suka dengan Rafa. So apa yang perlu Rafa buat untuk mendapat kepercayaan dari semua fans Chelsea ialah improve 5 perkara di atas ini, termasuk sekali dengan result Chelsea. Macam RDM, first game ketika dia lantik sebagai interim manager musim lepas, mana mendapat sambutan yang menggalakkan dari fans Chelsea. Ada yang mengejinya dari belakang, disamping mengharapkan Jose Mourinho kembali semula ke Chelsea. Tapi ketika RDM berjaya menghadiahkan dua trofi kepada Chelsea dalam tempoh 3 bulan, beliau telah berjaya mendapat kembali kepercayaan dari fans Chelsea untuk mengemudi skuad The Blues.

Rafa juga boleh melakukan perkara yang sama. Bekerja demi pasukan & bukannnya kerana individu atau sebaliknya. Keep the blues flag flying high.

 


Chelsea 0 Fulham 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 29, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Dalam game ni aku cuma boleh ringkaskan :

West London Derby yang membosankan dengan Chelsea bermain dalam tempo yang sangat slow, passing kurang accelerate. Ada sesetengah pemain terlalu lama control bola & ada juga yang tak tahu nak passing kat sapa.

Dua game clean sheet. Seri dengan City boleh diterima, namun seri 0-0 dengan Fulham dalam corak permainan yang hambar ni tersangat mengecewakan.  Walaupun defensive Fulham bagus, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan kenapa offensive Chelsea menjadi sangat lembab & tidak berkualiti.

Tak tahu apa yang dirancang oleh Rafa sampaikan trio yang sebelum ini dianggap berbisa iaitu Oscar-Mata-Hazard bermain tidak tentu arah. Torres ? Torres perlu lebih work hard lagi. Ada some part yang boleh dia score tapi dia tak score. Perlu lebih lasak, lebih tough untuk berhadapan dengan bek2 lawan. Satu hal lagi, dia harus berada di posisi yang betul supaya midfielder kita mudah cari dia untuk membuat passing.

City & MU menang, manakala Chelsea seri  lagi dalam game yang sepatutnya boleh menang. Serius aku kecewa dengan performance & result Chelsea.

P/S
: Marin perlu diberi banyak pendedahan lagi.

Chelsea 0 Manchester City 0

Posted by KampungChelsea On Tuesday, November 27, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum game, aku tengok majoriti fans Chelsea di Stamford Bridge kebanyakannya memang tak suka dengan rafa.  Jelas terpancar sepanduk2 seperti “No Rafa” “In RDM We trust In Rafa No Trust”. 

Separuh masa pertama sangat membosankan dengan City mendominasi permainan manakala Chelsea bermain dalam tempo yang slow. Hanya ada ½ shoot sahaja yang on target, lain2 kita banyak bertahan.  Separuh masa kedua pun juga boring walaupun Chelsea ubah sedikit tempo. Rafa nak kita nak cari 1 gol, & seterusnya bertahan sampai habis game. Sayangnya kita tak dapat apa2 gol, melainkan bertahan sampai tamat perlawanan. 

Bila Rafa ambil alih, aku tengok bahagian defensive kita kembali kukuh. David Luiz, Ivanovic, Azpilicueta & A.Cole  masing2 menggalas tugas dengan baik. Sampaikan David Silva, Yaya Toure memang tak boleh berbuat apa2. Aguero pun hanya ada 1 peluang sahaja. Tak salah kalau aku cakap, ini kali pertama untuk musim ini, Chelsea mengamalkan corak bertahan dengan bijak& teratur. Kita tak memberi ruang langsung kepada lawan.

Rafa seolah-olah macam nak replicate taktik yang RDM buat musim lepas iaitu lebihkan bertahan & serang bile perlu. Ia memang taktik parking bus. Torres pun kadang2 turun bawah bantu defend.  Ia mengingatkan aku kepada Abang Drogba yang selalu main macam tu masa lawan big team. 

Kita mengamalkan corak bertahan menentang juara bertahan yang memiliki 4 striker hot-form.  So aku rasa itu planning yang smart dari Rafa. Ye lah, Chelsea sekarang ini tiada striker yang boleh “score gol”. Bila berlaku perkara seperti itu, lebih baik kita defends dari membuat attacking secara semberono. Attack  sahaja tapi tak score ibaratkan pungguk rindukan bulan. Seperti mana yang berlaku di Turin tempoh hari, jika amalkan taktik defensive seperti lawan City, kita dapat elakkan kekalahan. At least draw kita dapat point daripada kalah langsung tak dapat apa2.

 City sepatutnya rasa  bertuah kerana mereka mempunyai 4 striker yang  power.  Kita dapat lihat, bila Dzeko tak menjadi, Tevez ganti. Bila Aguero tak menjadi, Balotelli masuk. Namun ke-empat2 mereka itu masih gagal menumbangkan skuad Chelsea yang dilanda masalah kecederaan key player serta kekurangan option di bahagian striker.


Selain perubahan di bahagian pertahanan, perkara kedua yang aku nak tengok Rafa buat ialah mengubah style permainan Torres. Dalam perlawanan ini, seperti biasa aku tak nampak apa2 perubahan pun. Torres seperti biasa malas & lembik.  Aku selalu cakap yang masalah Chelsea sekarang ini bukan sebab RDM ke, Benitez ke, tapi Torres itu yang bermasalah. Mungkin Rafa akan bagi alasan “Dlam masa dua hari, sukar untuk saya kembalikan hot form Torres.” Ok, kita tengok apa yang boleh Torres buat untuk game yang seterusnya.

Seri dengan City ini bukanlah satu keputusan yang teruk.  Kita seri dengan kelab yang berstatuskan juara bertahan, di samping mendapat clean sheet buat kali pertama ketika menentang big team.  Ini ialah result yang positif. Lagipun bila manager baru ambil alih, ia perlukan sedikit masa untuk stabilkan balik performance Chelsea. Aku pasti ramai fans Chelsea di seluruh dunia tak mengiktiraf pelantikan Rafa. Dalam hal ini, kita kena professional. Aku tak kisah siapa yang manage sekalipun, yang penting beliau kena lakukan yang terbaik untuk Chelsea.  Dan Rafa pun telah mengatakan yang beliau akan menangkan 5 trofi untuk Chelsea musim ini. So kita tunggu & lihat sahajalah nanti, adakah beliau berjaya melakukan perkara itu.

Mengikut kajian aku lah, jika Rafa nak kekal lama di Chelsea, beliau sekurang-kurangnya kena hadiahkan 2 trofi kepada kita musim ini. Sama ada EPL/UCL, dua gelaran itu yang boleh menyelamatkan nasib beliau. Kalau tak, macam biasa kena tending dengan Roman lah. Itupun kena seiring dengan prestasi semasa. Roman tak pandang sejarah2 lepas.

Perlawanan seterusnya West London Derby, Fulham !

Official : Selamat datang Encik Rafa Benitez !

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 22, 2012 15 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berdasarkan statement dari laman web rasmi CFC :

Chelsea Football Club can confirm Rafael Benitez has been appointed interim first-team manager until the end of the season.

The owner and the Board believe that in Benitez we have a manager with significant experience at the highest level of football, who can come in and immediately help deliver our objectives.

The 52-year-old Spaniard is due to meet the players at the training ground in Cobham tomorrow.

Chelsea lantik Rafa atas sebab nak kembalikan semula form Torres ?

Sumpah kelakar. Pemain no 9 itu dah memang flop, panggil lah mana2 manager sekalipun, kalau dah perfomance hancur, hancurlah.

Pasal Benitez tu pulak, kononnya beliau orang paling sesuai untuk kembalikan prestasi terbaik Torres atas sebab di Liverpool, Torres banyak score gol ketika di zaman beliau.

Dulu lain sekarang lain.

Benitez itu umpama "benda yang direject". Di Liverpool pun kena pecat, & kemudiannya di Inter tak sampai setahun kena pecat juga. Sudah berapa tahun dia jadi penganggur. Sejak dipecat dari Inter Milan pada Disember 2010, beliau mana dapat offer job dari kelab lain.

Jadi disebabkan hal itu, aku tak expect terlalu banyak dari beliau. Sesuailah jadi interim manager Chelsea. Kalau gagal mentuntaskan objektif yang Roman tetapkan, macam biasa habis musim ditunjuk pintu keluar.

Pep Guardiola pun sudah standby musim depan. Musim ni dia reject sebab percutiannya di US belum habis lagi.

Terima kasih RDM

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 22, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RDM tidak lagi bersama kita.

Beliau telah dipecat atas sebab perfomance hambar Chelsea dalam 4/5 game terakhir. Aku syak pemecatannya itu ada kaitan juga dengan prestasi merosot Torres. Tapi itulah azabnya dalam menjadi pengurus Chelsea. Sekali anda buat silap, anda akan terus "dipancung" walaupun anda berjaya menghadiahkan gelaran2 berprestij kepada kelab.

Mark Hughes yang sampai sekarang ini pun gagal memberi kemenangan kepada QPR tapi masih tidak dipecat. AC Milan yang kini berada di tangga ke-13 liga masih memberi kepercayaan kepada coachnya. Ada satu manager itu, team dia lebih dari 6 tahun tak menang apa2 cup tapi masih kekal bercangkung di atas padang. RDM ? hanya 2 game sahaja kalah terus dipecat.

Susah kalau ada owner yang "penyabar".

Aku tak pernah salahkan RDM. Dalam kes ni, yang bersalah ialah pemain, lebih2 lagi striker no 9 itu. Kita semua tahu, Chelsea ketika ini mengalami masalah di bahagian striker. Kita tak ada killer striker seperti musim yang terdahulu. Ditambah lagi dengan beberapa key player yang cedera. Itulah yang memberi impak negatif kepada prestasi Chelsea. Memang betul taktikal RDM dalam 2/3 game terakhir kurang berhasil, tapi kalau kita nilai secara keseluruhan, yang menjadikan perfomance Chelsea hambar ialah pemain itu sendiri. Torres takkan kembali ke form asal dia, walau apa jua sistem yang diterapkan sekalipun. Chelsea sudah banyak memberi peluang kepada Torres tapi persoalan di sini adakah dia memanfaatkan peluang itu ? Di zaman Ancelotti pun tak menjadi, zaman AVB pun tak menjadi, zaman RDM pun tak menjadi, jadi di sini salah siapa ?

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada RDM di atas jasanya kepada Chelsea. Bersama RDM, kita memenangi trofi UCL buat kali pertama dalam sejarah kelab The Blues, di samping menjuarai Piala FA. Beliau telah melakukan satu perkara yang tak mampu dibuat oleh bekas2 pengurus Chelsea sebelum ini, even Mourinho pun gagal membawa Chelsea memenangi Champions League. Dalam masa 3 bulan sahaja, RDM berjaya melakukan perkara itu.

Terima kasih RDM, jasamu di kenang. Legends#

Empayar Roman

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 21, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dipecat
Letak jawatan 

        dipecat 

dipecat

undur diri

dipecat

dipecat
........
..................
.......

dan terkini

21.11.2012


 dipecat


WELCOME TO CHELSEA FOOTBALL CLUB

|

Juventus 3 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 21, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea berada dalam krisis sekarang ini. 4 game liga tanpa kemenangan. Dan sebentar sahaja tadi, kita mengalami kekalahan kedua dalam groupstage UCL.

First half Chelsea main okey. Ada beberapa peluang untuk score namun player kita gagal menterjemahkannya. Masuk separuh masa kedua hancur. Semua serba tak kena. Defensif jadi makin kelam kabut. Serius aku cakap Chelsea tewas kerana kita gagal memanfaatkan peluang, Oscar Mata Hazard patut score sebijik sorang. Nak menunjukkan Chelsea memang tak ada "finisher" Sampaikan RDM menggugurkan Torres di bangku simpanan & memainkan Hazard sebagai centre forward. Dengan Sturridge yang cedera, memang kita kekurangan option di bahagian striker.

Ketiadaan Lampard & Terry memang memberi impak buruk kepada perfomance Chelsea. Kita tak ada true leader di atas padang. Defensive pula makin teruk. Kita tak tahu bertahan dengan cara yang baik. Walaupun dalam game ini, RDM telah meletakkan 5 bek (ivanovic, azpilicueta, cahill, david luiz,a.cole) pun masih gagal menyekat asakan dari Juventus. Chelsea tak ada clue, tak ada idea untuk hentikan juara Itali itu.

Best perfomance ialah Ramires. Aku puji dengan corak permainan dia yang berani & kental. Dia pantas berlari & membuat set up kepada attacker kita. Mungkin Ramires boleh digelar sebagai box to box midfielder.. Tapi sayang, kehebatannya tidak dapat membantu pasukan kita meraih kemenangan. Cech pun banyak save percubaan dari pihak lawan. Gol pertama mungkin susah nak hadam sebab ada deflection, begitu juga dengan gol kedua Juventus. Gol ke-3 Cech hilang fokus sikit dengan keluar posisi terlalu awal, tak ikut timing.

Kekalahan mudah 3-0 ini meletakkan Chelsea di zon penyingkiran. Kita di ambang pintu keluar dari saingan Champions League. Dengan Shakhtar Donetsk menang besar 5-2 ke atas Nordsjaelland membolehkan mereka secara automatik layak ke pusingan kalah mati, manakala di tangga ke-2 Juventus dengan 9 mata, 2 mata beza dengan Chelsea yang berada di tangga ke-3. Last game kita perlukan miracle (keajaiban). Satu2 nya jalan untuk kita layak ke pusingan seterusnya ialah dengan menewaskan Nordsjaelland, disamping mengharapkan Juventus kalah di Donetsk.

West Bromwich 2 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 18, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang kurang tentang Chelsea sekarang ini ialah kita tiada finisher. Sama ada Torres atau Sturridge, lebih kurang sahaja mereka berdua ini.  Aku selalu kutuk Torres, padahal Sturridge pun 2x5. Flop of the match sememangnya "Wasteful" Sturridge. Dia mensia-siakan 3 peluang keemasan. Mata, Oscar, Moses telah set up peluang yang terbaik untuk dia score namun Sturridge tetap menghampakan Chelsea. Ada bagusnya juga berita tentang Falcao akan ke Chelsea itu kerana ia boleh menyentapkan bahagian striker kita yang tersangatlah lemau.

Kesilapan yang dibuat oleh RDM dalam game ini ialah beliau tidak memainkan Mata & Oscar dalam kesebelasan utama. RDM tidak memasukkan mereka berdua lebih awal. Sejurus Mata & Oscar masuk pada pertengahan separuh masa kedua, bahagian attacking Chelsea menjadi lebih aggresif & ganas. Kita melancarkan serangan bertubi-tubi tapi tidak berhasil, atas sebab dua striker "typical". Sturridge patut memanfaatkan peluang kerana midfielder kita banyak support dia dengan hantaran2 yang cantik.

Satu lagi yang menjadi masalah kita ialah kepincangan di bahagian pertahanan. Buat kali ke berapa entah, Chelsea bolos hasil daripada set piece pihak lawan. Sejak Terry & Ashley Cole tiada, defensif Chelsea nampak senang dibolosi. Kita tak mampu nak block hantaran lintang pihak lawan. Bertrand kurang menyerlah di posisi left back. Ashley Cole pun rasanya dah boleh main untuk perlawanan yang seterusnya kerana tadi, dia ada di sub. Mungkin RDM tak nak turunkannya kerana dia belum fit 100%.


Best perfomance bagi aku ialah Moses & Azpilicueta. Moses banyak mengucar kacirkan bek lawan dengan gerakan2 liar & lincanhnya. Kalau tak silap aku, kita sepatutnya dapat penalti kick. Ada contact yang dibuat oleh defender West Brom terhadap Moses. Bagi Azpilicueta, aku puji corak permainannya. Mungkin tak sebagus Ivanovic, namun ada sedikit kemajuan dalam prestasinya. Azpi banyak naik atas untuk buat over lapping & gol Hazard itu juga hasil daripada cross nya.

Secara keseluruhannya, ini bukanlah perfomance yang teruk dari Chelsea. First half hambar sebab tiada banyak peluang yang dibuat namun separuh masa kedua, kita ubah sedikit tempo selepas kemasukan Mata & Oscar. Cuma seperti biasa ketumpulan penyudah yang menjadi penghalang untuk Chelsea mengutip 3 mata penuh.

Ketika memasuki pertengahan bulan 11, drop point sudah menjadi lumrah bagi Chelsea. Habit buruk kita itu berulang kembali. 4 straight game liga tanpa kemenangan. Kekalahan kepada West Brom ini menjarakkan lagi kedudukan City & MU untuk mantain di persada liga. West Brom pun hanya 1 mata sahaja beza dengan kita & kini anak buah Steve Clark itu berada di top 4.

RDM perlu berhati-hati sebab musim ini Roman lebih inginkan kejuaraan liga berbanding trofi Champions League. AVB musim lepas pun dipecat sejurus selepas Chelsea kalah 1-0 kepada West Brom.


Berita hangat pasal Falcao itu biarlah masa yang menentukannya. Lambat lagi transfer window bulan Januari tu. Jangan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa pun aku memag berharap yang Falcao join Chelsea. Bak kata David Luiz, striker seperti Falcao ini sukar diramal. Benda itu yang tidak ada pada pemain no 9 & 23 Chelsea sekarang.

Chelsea 1 Liverpool 1

Posted by KampungChelsea On Monday, November 12, 2012 21 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kecewa dengan keputusan seri ini. Lebih kecewa melihatkan Chelsea drop point lagi.

Secara keseluruhannya aku rasa Chelsea boleh tamatkan perlawanan dengan ini dengan 3 mata. Kita patut menang mudah je dengan Liverpool. Jika Mata score gol sebelum halftime, scoreline 2-0 & masa itu memang game over dah beb.

1st half memang Chelsea control game, kita block semua ruang lawan. Defensive pun solid dengan kehadiran semula JT. Sampaikan Gerrard & Suarez pun macam "ais beku", mereka berdua tak mampu berbuat apa-apa.

Namun bila peluang terbaik disia-siakan, lawan mengambil kesempatan. Liverpool figh balik pada separuh masa kedua & pada waktu itu, aku tengok ada beberapa pemain kita leka. Liverpool dapat corner kick & Suarez hanya tunggu tanduk je, seterusnya score. Aku tak salahkan Ramires untuk gol Suarez itu kerana dia bukan centre back, jadi bile ditepinya seorang striker yg liat, memang susah dia nak hadam. Sudahlah depan gol pula itu.

Terry score untuk Chelsea, manakala Suarez score untuk Liverpool. Dua2 gol melalui tandukan, dua2 gol melalui set piece (corner kick).

Sebut pasal Terry. gembira tengok dia score & kecewa melihatkan dia cedera lagi. Satu berita yang sangat buruk kerana di saat genting, kita memang memerlukan seorang true leader untuk pimpin team. Ketika JT ada, defensive kita strong balik. Dalam game ni, JT diusung keluar kerana mengalami kecederaan selepas bergelut dengan Suarez. Tak salah kalau aku cakap, turning point bagi Liverpool ialah ketiadaan Terry di atas padang, disamping player mereka mendapat cuti rehat lebih lama dari player Chelsea. Satu hal lagi aku tengok Liverpool ini, mereka terlalu bergantung kepada Suarez. Kalau tak ada Suarez, aku tak boleh bayangkan apa nak jadi dengan Liverpool musim ini.

Line-up kali ini tersangatlah berbeza. RDM menggandingkan Ivanovic dengan JT, manakala posisi sayap kanan Azpilicueta, kiri Bertrand. Sepatutnya biar Terry berduet dengan Cahill, posisi RB Ivanovic handle. Azpilicueta banyak naik atas buat overlapping tapi cross dia tak sharp, tersangat mendatar crossingnya. Dengan Ashley Cole yang injured, Bertrand kurang menyerlah di posisi left back. Nasib baik Liverpool tak banyak buat set pice.

Pujian buat keeper kita, Cech. Dia menyelamatkan satu situasi yang mana kalau tersilap langkah memang membawa padah. One by one dengan Suarez, namun Cech lebih pantas mengekang striker Uruguay itu dari menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool. Cech juga menyelamatkan percubaan dari man of the match, Jose Enrique.


Torres ? Harap maaf lah Torres kurang memuaskan. Kadang2 dia bagus kadang2 hampeh. Dia punya dribble bola cantik tapi finishing hancur. Dalam game ini ada deiver pass yang menarik untuknya tapi dia sia2kan. Itulah yang menjadi masalah kepada Chelsea sekarang ini. Kita tidak ada seorang finisher. Sturridge masuk pun banyak hilang bola. Nak beri peluang Piazon main, memang itu bukan pilihan management Chelsea. Board club kita memang tak suka youngster dari akademi main 1st starter.

Keeper top class, defender terbaik, midfield smart, winger superb tapi striker overrated. Itulah gambaran yang aku dapat jelaskan mengenai skuad Chelsea sekarang. Jadi bila berlaku benda macam ni, wajib bulan 1 nanti kita beli striker baru.

3 game kita drop point. Bermula ketika menentang MU, seterusnya dengan Swansea & terkini Liverpool. Sayangnya keputusan seri 1-1 dengan Liverpool ini menyebabkan kita jatuh satu anak tangga lagi. MU masih leading carta liga dengan 27 mata, City 25 & Chelsea 24.

Untuk jadi juara, kita harus konsisten. Come on Chelsea !

Preview : Chelsea vs Liverpool

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 11, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Big Sunday Match", tagline paling sesuai untuk perlawanan malam ni.

Sayangnya ia hanya sekadar tagline. Pada 4/5 tahun lepas, perlawanan ini boleh juga digelar sebagai "big 4 match". Namun memandangkan Liverpool semakin hari semakin terpesong jauh dari top 4, anggap sahaja ia perlawanan "besar" yang biasa2 sahaja. Aku hairan, ada segelintir penyokong Liverpool masih mengatakan kelab mereka tidak cukup kuat dalam hal2 financial. Dan kononnya faktor itu menyebabkan mereka tidak boleh bersaing dengan kelab2 kuat seperti MU, Chelsea, Manchester City.

Agak kelakar kerana musim lepas berbelanja hampir 100 juta pound & mereka masih merungut dalam hal2 kekurangan bajet untuk membeli pemain gempak.100 juta dilaburkan, tapi impaknya hanya sekadar merangkul piala kecik yang ala2 mickey mouse, besertakan kedudukan pertengahan liga.

Jadi, point di sini ialah jangan salahkan tiada bajet tapi salahkan kebangangan dalam membeli pemain. Brendan Rodgers juga sekali sekala kena mengaku yang kelemahan Liverpool, bukan disebabkan tiada bajet tapi sistem pengurusan yang tidak betul, sejak dari zaman berzaman lagi. Kena terima hakikat yang Liverpool sekarang ini bukan lagi kelab top 4. Mereka lebih kepada mid-table club. Andai kata Liverpool menang dengan Chelsea malam ini, aku tak rasa yang mereka akan kembali ke persaingan 4 teratas liga. Kita lihat musim lepas, Liverpool menang dua kali dengan Chelsea pun, namun masih gagal berada dalam top 4 spot. Jangan nak kata top 4 spot tapi top 6 pun tak lepas. Aku tak dapat nak expect yang liverpool akan kembali menjadi liverpool seperti 6/7 tahun lepas, begitu juga dengan Torres. Aku tak rasa yang Torres akan kembali mengganas seperti Torres yang aku kenal 5 tahun lepas

Sebut pasal Torres, perlawanan malam ini adalah perlawanan yang "special" bagi dirinya. Bertemu dengan ex-club yang selalu dia bangga-banggakan sangat di sidang media. Sedar tak sedar, hampir 2 tahun Torres meninggalkan Liverpool. Dalam masa tempoh tersebut, aku tak nampak yang Torres nak tunjuk lagak dia kepada ex-clubnya. First game dia disiku oleh Agger. Second game di Anfield, dia di boo 'judas' oleh penyokong The Kops. Dan setiap game dia bertemu dengan Liverpool, aku tak nampak yang dia bersungguh-sungguh, komited untuk "hentam" ex-clubnya. Sampai sekarang dia masih bercakap tentang Liverpool, menonton gol2 nya yang dia score untuk Liverpool. Nampak seolah-olah Torres masih "sayang" dengan Liverpool."


So untuk game malam ni, aku harap sangat dia tak main. Aku takut perkara yang sama berulang seperti 2 musim lepas. Di Liverpool dulu, Torres score 5 gol dalam 4 game menentang Chelsea. Dan di Chelsea, dia tak mampu nak membalas balik karma itu. Aku tak nampak yang Torres akan jadi "Van Persie" yang dapat score gol lawan ex-clubnya.

Bunyi macam menyakitkan tapi inilah hakikatnya. Aku tak nampak dah Torres akan kembali berbisa seperti dia di Liverpool dulu. Yang aku nampak sekarang ialah dia seorang striker yang manja, merungut bila tak dimainkan, lembik & mudah jatuh. Dia senang "dibuli" oleh bek lawan. Demi kepentingan kelab,  aku prefer Sturridge/Moses untuk posisi Torres malam ini.

Menjelang pertembungan menentang Liverpool, kita akan menyambut kembali "kepulangan" kapten marvel. Terry sudah selesai dari hukuman penggantungan 4 perlawanannya & dia boleh beraksi beraksi bersama Cahill/Luiz malam ini. Memandangkan kita punya defensive sejak kebelakangan ini rapuh, jadi dengan adanya JT, harap bahagian centre back akan kembali kukuh. Chelsea masih perlukan semangat leadership JT.

Namun begitu,ada dua key player kita yang masih cedera iaitu Lampard & juga Ashley Cole.

Harapan Chelsea sudah pasti terletak di bahu 3 player ini iaitu Mata-Oscar-Hazard. Trio berbisa ini akan menjamin kemenangan kita, ditambah pula dengan stok pelari pecut dari Brazil iaitu Ramires. Jangan dilupa ayam tambatan baru Chelsea iaitu Moses yang mungkin akan sekali lagi menjadi match winner bagi kita dengan tandukan berbisanya itu. Untuk Mikel, seperti biasa dia akan control di bahagian centre midfielder.

Di bahagian bek, JT akan stronghold balik sistem defensive kita. Ivan mungkin akan kerap naik atas buat overlapping & cross dia juga cun. Bertrand kena fokus betul2 untuk marking set piece pihak lawan.  Bukan mudah untuk ambil alih tempat A.Cole, dan dia harus galas tanggungjawab itu sebaik mungkin.

Brendan Rodgers banyak develope dia punya youngster. Dan pemain2 muda seperti Shelvey, Suso, Sterling memang perlu diberi perhatian. Jangan pikir Suarez & Gerrard sahaja ancaman kita, ada lagi beberapa pemain Liverpool lain yang harus dikekang.

Possible line-up (4-2-3-1) :

------- ------- --Cech ---- ---- ---
---- Ivanovic, JT, Cahill, Bertrand --- ----
-------- ---Mikel, Ramires---- -----
--------Mata, Oscar,Hazard,---- --------
------ ---- Sturridge/Moses. ----- -----


KTBFFH !

Moses penyelamat !

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 08, 2012 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fuh, gol dramatik Moses membuatkan aku terbangun dari tempat duduk.

Ketika perlawanan seolah-olah nampak akan berakhir dengan keputusan seri, Moses menjadi penyelamat dengan tandukan berbisanya pada last2 minit membantu Chelsea mencatat kemenangan epik 3-2 ke atas Shakhtar Donetsk.

Dua2 pasukan bermain dengan bagus namun Chelsea lebih layak menang. Kita berusaha berhabis-habisan mencari gol, mengasak dari setiap sudut, bertarung sehingga ke titisan terakhir. Hasilnya, Moses score & the best team won.

Tak nafikan dua gol kita hari ini berpunca dari kesilapan keeper lawan. Ketika dalam cubaan membuang bola. sepakan Pyatov terkena kaki Torres & bola terus menerjah jaring. Tersangatlan naif untuk melepaskan gol seperi itu. Gol Torres memang tak bagi efek apa2 kepada game kerana 3 minit berselang, Shakhtar menyamakan balik kedudukan.

Keeper Shakhtar melakukan kesilapan lagi, membolehkan Chelsea mendahului kembali 2-1. Pyatov keluar dari posisi dalam menghalang Torres dari mendapat bola, namun clear nya menuju kepada Oscar. Dengan hanya satu kali control ball di dada, Oscar melepaskan rembatan tepat ke arah gawang Shakhtar yang kosong tidak dijaga.


Gol Oscar itu memang terbaik, world class.

Halftime Chelsea 2 Shakhtar 1.

Separuh masa kedua bersambung, Willian menjaringkan gol kedua perlawanan, mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Pada minit ke-75, Chelsea sepatutnya memperolehi sepakan penalti selepas Ramires dikasari oleh Srna. Dalam ulang tayang kita boleh lihat ada contact yang dibuat oleh kapten Shakhtar itu. Tak dapat penalti ? ahhh sudah lali dengan hal sebegini.

 Mikel score !

tapi sayang offside...

Turning point dalam game ini ialah kemasukan Moses & keluarnya Torres. Kata pengulas, Chelsea akan lebih mudah menjaringkan gol sekiranya Torres tiada di atas padang. Masalah besar di bahagian serangan ialah jika centre forward tak mempunyai penyudah yang mantap. Jadi sebab itu RDM memasukkan Sturridge & Moses untuk menjadikan attacking lebih aggresif. Supersub Moses menyudahkan satu peluang satu gol. Itulah ciri2 striker yang kita cari, memanfaatkan peluang dengan sebaiknya.

Gol kemenangan hadir pada masa kecederaan. Masuk menggantikan Oscar pada minit ke-82, Moses yang tidak dikawal, menanduk kemas menewaskan Pyatov selepas menerima hantaran sepakan penjuru dari Juan Mata. Chelsea menang dalam game thriller ini 3-2. Misi balas dendam di Donetsk tempoh hari terbalas !

Secara keseluruhannya Chelsea masih mempamerkan permainan sepak bola yang hebat. Main cantik & menang, itu yang kita mahukan. Jangan main cantik sahaja, tapi tak menang. Kredit juga buat pasukan Shakhtar kerana memberi tentangan sengit. Sama ada Chelsea mahupun Shakhtar, dua2 team beraksi dalam attacking football yang smart. Aku rasa berdebar setiap kali Shakhtar lancarkan serangan, kerana mereka boleh score gol dari pelbagai perspektif. Percubaan yang mereka lakukan sangat bahaya & melihatkan kelemahan Chelsea sejak2 akhir ini tertumpu kepada barisan pertahanan, lawan tough seperti Shaktar ini bila2 masa sahaja boleh memerangkap kita.

Bagi Chelsea, kelemahan ketara ialah di bahagian defensif. David Luiz ini ada pro & kontranya. Kekurangannya ialah dia selalu keluar posisi & cuai. Dua perkara ini yang menyebabkan lawan mudah membolosi gawang kita. Aku lebih prefer Terry berduet dengan Cahill, masing2 stabil dengan posisi mereka. Perfomance Ivanovic tetap konsisten, sama ada menjadi bek tengah atau pemain sayap. Dia membuat blocking & banyak mengekang shoot2 lawan.

Setakat ini aku bangga dengan pencapaian Chelsea. Walaupun tanpa Terry, Lampard & Ashley Cole, player mudah kita masih mampu menjalankan tugas dengan baik. Bukan mudah untuk menewaskan lawan yang unbeaten sejak dari November 2011 & Chelsea kelab pertama yang meleburkan rekod itu. 


Kata RDM

 "The spirit the group showed again to just keep going to the end. We knew we probably needed to score a goal from a set-play at the end and we did so. It was good that Victor got on the end of the corner."

Kemenangan penting ke atas Shakhtar Donetsk ini menghidupkan peluang Chelsea untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Kita lihat persaingan dalam group E sangat sengit dengan Juventus yang baru mencatat kemenangan pertama mereka. Apa pun Chelsea leading group, berkongsi 7 mata dengan Shakhtar namun unggul dari segi kelebihan gol. Juventus mengekori rapat dengan 6 mata. Bagi Nordsjaelland, ucapan takziah buat mereka kerana telah tersingkir dari perebutan ke pusingan kalah mati. Cuba lagi ye.

Kepada Pep Guardiola "Teruskan bercuti". Aku masih pro RDM,hehehe.

Swansea 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 04, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu ini Chelsea drop point lagi & terpaksa berpuas hati dengan hanya 1 mata.

Perlawanan berlangsung agak sengit, yang mana dua2 team saling mengasak & Chelsea terlebih dahulu mengungguli permainan menerusi tandukan Moses namun Swansea berjaya mendapat gol penyamaan melalui pemain tengah mereka iaitu Pablo Hernandez.

Gol lewat Swansea itu menyebabkan Chelsea gagal merampas kedudukan pendahulu liga dari Manchester United.

Analisis Perlawanan

  •  Tanpa Juan Mata yang cedera, kita kurang luck. Jika Mata ada, rasanya Chelsea boleh menjaringkan lebih dari 2/3 gol & memenangi perlawanan. 
  •  Kombinasi Moses-Oscar-Hazard sama hebat seperti kombinasi Mata-Oscar-Hazard. Moses seperti "predator" dengan lariannya yang pantas serta kerap mengasak kubu lawan.
  •  Cuma attacking Chelsea memang bermasalah kalau ada pemain yang no 9 itu. Letaklah Zidane ke, Pirlo ke, George Best ke di bahagian tengah, kalau pemain no 9 itu flop, memang tak boleh buat apa2 juga. Attacking Chelsea kurang menyengat kerana adanya pemain no 9 itu.
  •  Cech menyelamatkan beberapa percubaan & untuk gol penyamaan Swansea itu, sukar untuk dia tepis kerana ia satu shoot yang berkualiti dari Pablo Hernandez.
  •  Dengan David Luiz yang mengalami kecederaan hamstring, memaksa Ivanovic kembali ke posisi bek tengah bergandingan dengan Cahill, manakala untuk posisi sayap diambil oleh Azpilicueta yang membuat penampilan pertamanya di EPL. Azpilicueta banyak naik atas untuk membuat over lapping namun cross dia tak semantap Ivanovic.  Cahill pula seperti "striker" lebih2 lagi jika dia berada di area lawan. Setiap set-piece yang dibuat, Cahill sentiasa berada dalam posisi yang betul untuk score gol. Sebagai bukti kita boleh tengok, corner kick Hazard yang ditanduk tepat Cahill & kemudiannnya disudahkan Moses melalui dua combo header dalam membikin 1 gol.
  •  Romeu juga membuat penampilan pertamanya musim ni dalam saingan liga, bergandingan dengan Mikel. Namun bahagian tengah tak kreatif, tidak berfungsi kerana tiada persefahaman dari dua player itu sehinggalah RDM memasukkan Ramires, manakala Mikel digantikan dengan Sturridge supaya attacking menjadi lebih aggresif & jitu.

Habits

- Kerap bolos pada last2 minit. Inilah yang sering terjadi kepada Chelsea. Sejak dari zaman JM lagi, habits ini tak boleh nak diubah. Lawan Swansea, aku tengok RDM nak stick dengan 1 gol, padahal advantage 1 gol tak cukup selesa untuk kita survive sampai 90 minit.


Bila sudah masuk lingkungan minit 70-80, player kita sedikit leka, ye lah sebab sudah leading 1 gol. Swansea bukan team yang cap ayam, mereka bila2 masa boleh counter balik.

Teramatlah kecewa dengan situasi seperti ini. Kita control game, tapi dengan hanya sedikit kesilapan di bahagian defensive menyebabkan lawan mendapat gol & menafikan 3 mata penuh yang sepatutnya kita perolehi.

Kata RDM :

"I thought we had a little more of the game and more clear chances than Swansea. When the opposition equalise late on you always feel it is a bit unlucky."

Ketiadaan JT

- Tak nafikan tanpa Terry, kita sedikit pincang di bahagian pertahanan. Tengoklah sejak Terry tiada, sudah banyak kali kita bolos.

Terry kapten yang berinspirasi, motivated player. Dalam situasi genting, dia ada dalam saat yang kita perlukan.

RDM pun bagitahu yang beliau "feeling of Terry absence"

Marin oh Marin, di manakah kau ?


Hazard dibeli dengan harga 32 juta pound, Mata 23 juta manakala Oscar 25 juta. Hazard-Mata-Oscar dibeli dengan harga mahal & sering beraksi dalam kesebelasan utama. Tapi kenapa Marin "tidak dilayan" seperti mereka bertiga ?

Dibeli dengan harga murah 7 juta pound, adakah ini menyebabkan Marin semakin dipinggirkan ? Aku tertanya-tanya kedatangan Marin ini sekadar untuk memanaskan bangku simpanan atau sebaliknya ?

Semalam Marin ada di bangku simpanan. Aku ingatkan RDM nak turunkan dia pada pertengahan babak permainan, tapi sebaliknya pemain lain yang masuk.

Marin seorang pemain yang hebat, sama hebat dengan Mata. Dia seorang "game changer". Penyokong Jerman ada yang panggilnya "Messi German" kerana kelincahannya serta skill yang unik dalam membuli bek2 lawan dengan. Kecil2 cili padi.

RDM patut beri peluang pula kepada Marin untuk dia tonjolkan bakatnya. Sayang kalau potentialnya hanya dilihat di bangku simpanan. Tak semesinya harga murah tak berbaloi & tak semestinya harga murah harus dilayan dengan cara yang berbeza.

Konklusi :


Game yang sepatutnya boleh menang tapi seri. Secara keseluruhannya aku kaji, ada 1/2 player yang perform hambar telah efek satu team punya perfomance. Pemain itu aku perhati banyak kali juga dia beraksi teruk. Tiap2 game main & tiap2 game juga tak nampak apa2 function yang dia buat untuk team. Dia lebih banyak menyalurkan sumbangang dari sumbangan.

Seri dengan Swansea ini menyebabkan Chelsea turun ke posisi kedua dengan 23 mata, 1 mata sahaja beza dengan pendahulu liga MU. Kita bernasib baik juga kerana City seri dengan West Ham yang meletakkan mereka di tangga ke-3 dengan 22 mata.



Dendam terbalas, The Blues ke suku akhir

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 01, 2012 13 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika perlawanan berlangsung secara adil & saksama, inilah keputusan yang kita dapat.  Referee okey, maka kemenangan akan berpihak kepada pasukan yang power.

Dalam perlawanan yang boleh dianggap dramatik ini, 9 gol terhasil. Sama ada Chelsea mahupun MU, masing2 saling membalas serangan. Kita dapat lihat pada awal permainan, MU terlebih dahulu mengungguli perlawanan 1-0, sebelum Chelsea menyamakan kedudukan 1-1. Seterusnya begitulah perlawanan berjalan, kedua-kedua pasukan saling membalas gol.

Selepas Nani meletakkan MU 3-2 di depan, RDM memasukkan trio utama, Ramires-Oscar-Hazard. Kemasukan 3 pemain ini merancakkan lagi tempo permainan Chelsea dalam mencari gol penyamaan & juga kemenangan.

Ketika perlawanan seolah-olah nampak akan dimenangi oleh MU, Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan buat kali ke-3, menerusi sepakan penalti Hazard pada masa kecederaan. Lee Mason, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Ramires dikasari oleh anak ikan Ferguson.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan terikat 3-3 dalam 90 minit permainan.

Dipendekkan cerita, bla bla bla Chelsea menyumbat dua gol menerusi adik Ramires & Sturridge untuk membawa The Blues ke suku akhir Piala Capital One.

Betul kata pepatah orang putih "Revenge is so sweet". Kita membalas luka apa yang berlaku 3 hari lepas.


Walaupun menang, tapi aku harus mengkritik titik kelemahan yang ada pada Chelsea sekarang ini. Antaranya ialah kita lambat panas. Bila lawan sudah leading, baru nak main bersungguh-sungguh. Ketika tengah leading pula, aku nampak ada beberapa player Chelsea hilang fokus & leka. Namun masalah paling ketara ialah di bahagian pertahanan. Defend kita kerap cuai & keluar posisi, yang mana ia telah menyebabkan Chelsea mudah dibolosi. Defensive error dari bek2 Chelsea menghadiahkan dua gol mudah untuk MU. Aku harap Chelsea akan improve bab2 defensive ini. Tiada guna kalau attacking smart, defensive hancur.

Aku suka kombinasi Moses-Sturridge kerana bahagian attacking kita lebih terbuka, lebih aggresif & lebih baik jika nak banding dengan Torres yang lebih banyak jatuh daripada melakukan percubaan ke gawang lawan. Dalam suka itu ada pro & kontranya. Kita banyak mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan. Peluang terhidang tapi gagal memanfaatkannya. Macam Moses, 1 by 1 dengan keeper tapi gagal menyudahkan gol untuk Chelsea. Kalau nak ikutkan, kita boleh menang dengan MU lebih dari 6/7 gol. Sturridge ? Dia okey tapi sikap tamaknya itu tetap terserlah. Kata orang kelantan "nak make sore". Dia punya dribble bagus, tapi kalau terlalu lama dribble, sakit hati juga menengoknya. Beza Sturridge dengan Torres ialah Torres tak tamak & lebih bersikap setiakawan tapi kalau nilai dari sudut finishing, Sturridge lebih hebat. Oh ye lupa, Piazon juga sempat beraksi dalam perlawanan ini. Mungkin kurang menyerlah kerana baru 1st game main & RDM perlu lebih banyak beri peluang kepada player ini untuk menonjolkan lagi bakatnya.

Kekalahan MU ini, pastinya penyokong mereka akan memberi alasan seperti "alah MU guna skuad reserve, bolehlah Chelsea menang", "piala mikey mouse tak heran". Bagi aku, tak perlu hurai panjang lebar mengenai benda ini kerana kita semua tahu, typical manure fans memang macam itu. Ada sahaja alasan mereka, tak nak akui kekalahan MU. Jika menang dengan Chelsea atas bantuan pengadil pun, mereka akan mengungkit kisah2 lepas. Typical Manure fans, haters gonna be hate.

Alex Ferguson nampak macam over confident. Turunkan player simpanan, apa dia ingat Chesea ni team cap ayam macam liverpool ke. Sudah tahu Chelsea power, turun 1st team lah.

Nak dikaji balik, kalau mereka guna 1st team pun bukan boleh menang juga. Kalau menang pun dengan cara kotor. Sebagai bukti, kita lihat 3 hari lepas. 9 lawan 11 tapi MU tetap mengharapkan gol offside juga untuk menang. Sudah la 1 gol lagi itu, disumbangkan oleh player Chelsea itu sendiri.

Tak benar juga kalau nak kata Chelsea guna keseluruhan pemain utama kerana yang beraksi dalam kesebelasan utama hari ini separuhnya pemain reserve. Antaranya Piazon, Romeu, Bertrand, Azpilicueta, Moses. Manakala Sturridge pula lebih banyak berada di bench jika Torres ada. Dan sejak bila pula Chicharito, Welbeck, Lindegaard, Anderson, Rafael diklasifikasikan sebagai pemain B team & bukannya A team ? alasan typical manure fans.

Easy to say, dua perkara yang membolehkan MU menang dengan Chelsea ialah kad merah & pengadil. Kalau tiada dua keutamaan itu, MU takkan menang. Mungkin Alex Ferguson boleh praktikkan balik dua formula itu untuk game dengan Arsenal nanti.

Chelsea menang namun masih ada lagi beberapa keputusan yang memihak kepada MU. Jangan lupa dalam perlawanan ini, bek MU patut dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Sturridge. Situasi fault itu lebih kurang sama dengan fault yang dibuat oleh Ivanovic kepada Ashley Young 3 hari lepas. Tapi Lee Mason hanya melayangkan kad kuning sahaja. Satu lagi, ada handball dari bek MU tapi Chelsea tak dapat penalty pun.

Apa pun usaha tangga kejayaan. Chelsea memang layak menang kerana usaha gigih kita tanpa mengharapkan bantuan ke-12. KTBFFH.

 
P/S : Menanti Chelsea di suku akhir ialah Leeds United.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png