Liverpool 0 Chelsea B 2

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 29, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Liverpool dimalukan oleh skuad kedua Chelsea. Hanya berbekalkan skuad simpanan dengan ketiadaan ramai pemain utama seperti Cech, Terry, David Luiz, Ramires, Hazard, Oscar, Eto'o, kita tetap berjaya menumbangkan mereka di stadium keramat itu.

2. Peduli kalau orang nak cakap Chelsea parking bus, chelsea anti-football, chelsea defensive team, yang penting adalah 3 mata. Dalam situasi sekarang, akhir2 musim ini kita harus pentingkan taktikal daripada permainan cantik. Chelsea tidak sebangang Arsenal & Spurs untuk bermain terbuka menentang Liverpool. Kalau kita tidak bermain secara taktikal, nescaya lauklah Chelsea malam itu. Oleh kerana taktikal defensive Chelsea lah, Suarez & Sturridge gagal membolosi gawang yang dijaga oleh budak muda berusia 20 tahun dan keeper back-up Schwarzer.

3. Kekuatan Chelsea ialah defensif. Lihat pada statistik, Chelsea kelab paling sedikit sekali dibolosi dalam liga. Manakala Liverpool bersandarkan pada bahagian serangan menyaksikan mereka kelab paling banyak menjaringkan gol dalam liga. Kekuatan Chelsea ialah defensif, manakala Liverpool ialah offensive. Mereka mempunyai dua striker yang mana masing2 top scorer epl iaitu Suarez dengan 30 gol, Sturridge 20 gol. Nak bandingkan striker2 Chelsea. Tiada satu pun yang boleh score lebih dari 10 gol. Lihat pula di bahagian tengah Mikel-Lampard. Corak permainan dua player ini ialah defensif. Jadi Mourinho tidak bodoh untuk menyuruh Chelsea bermain cantik dengan player2 seperti itu. Kita tahu Liverpool begitu hebat di Anfield dengan bahagian serangan yang tak henti2 score gol. Jadi untuk bermain secara terbuka merupakan satu kerja tak berakal.

4. Kata Brendan Rodgers Chelsea tidak bermain untuk menang & parking dua bus. Ye lah main tak nak menang pun boleh menang dan parking dua bus pun boleh menang 2-0 macam mana tu hahaha. Itu belum parking ferrari lagi. Bayangkan kalau Chelsea beraksi dalam prestasi terbaik, menggunakan skuad utama, agak2 berapa biji lagi Liverpool akan bolos malam itu ? Kita score gol hasil daripada kesilapan player mereka. Bayangkan jika Chelsea mencipta banyak peluang, entah2 Liverpool boleh kena lauk sampai 4/5 gol.

5. Tapi aku faham, Brendan Rodgers kecewa kerana dikalahkan oleh skuad Chelsea B. Mourinho pun tak sempat nak ajar dia cara2 nak menang menggunakan taktik "special" ini. Brendan Rodgers kena tahu dalam bola sepak, permainan cantik takkan bagi anda menang setiap game

P/S : Di Stamford Bridge kita tak parking bus tapi boleh menang 2-1, di Anfield kita parking bus dan menang 2-0. Kita kalahkan Liverpool dua kali dalam dua permainan yang berbeza

Preview : Liverpool vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Friday, April 25, 2014 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lawan Liverpool ini Chelsea akan guna skuad kedua. 4/5 player utama sah tidak akan beraksi. Cech out sampai habis musim, Terry pun sama, cuma dia boleh beraksi kembali jika Chelsea layak ke final UCL. Ramires digantung 4 perlawanan kerana menyiku muka player sunderland (terlepas juga game pembukaan season depan). Eto'o juga cedera, manakala Hazard msih 50%-50%. Ini memberikan kelebihan besar buat Liverpool untuk memenangi perlawanan memandangkan Chelsea 3 hari berikutny akan menentang Atletico Madrid. Kita akan berdepan dalam situasi sulit, kena fokus dua kompetitif dalam 1 masa, ditambah pula ramai key player yang cedera + suspension. Walaupun Chelsea memiliki skuad yang besar tetapi ada di antara player kita yang baru masuk itu masih dalam proses transition, proses untuk beradaptasi dengan kelab bru. Sejujurnya agak sukar untuk beraksi dalam big game tanpa ketidaan banyak player utama. Macam Liverpool lah, kalau Suarez, Sturridge, Gerrard, Sterling tak main, boleh tak mereka top of the league sekarang ? Hazard, top scorer & bakal player terbaik Chelsea musim ini msih tidak dipastikan sama ada boleh beraksi di Anfield, begitu juga dengan Eto'o. Dua player ini yang menjadi hero kemenangan The Blues ketika menewaskan Liverpool 2-1 di Stamford Bridge. Ada juga beberapa player lain terpaksa direhatkan demi memberi fokus kepada game Champions League hari rabu nanti.

Jika Liverpool berada dalam situasi yang sama seperti Chelsea dengan ketiadaan ramai key player, terpaksa bermain 2 game dalam msa 4 hari, mereka sudah pasti akan struggle. Penyokong Liverpool boleh enjoy dengan kejuaraan liga musim ini, memandangkan merek tak main apa2 kejohanan eropah, di samping player Chelsea ketika ini lebih fokus kepada UCL berbanding EPL. Nanti musim depan kita akan lihat the old Liverpool dalam menempuh pelbagai kompetitif, especially beraksi dalam saingan eropah. Masa itu mereka akan faham beraksi dua game seminggu, kurang waktu rehat boleh efek level kecergasan pemain. Ini ialah fakta kerana bukan mudah untuk beraksi dua kejohanan dalam tempoh masa yang terhad. Bila berlaku macam ini, kita terpaksa korbankan sesuatu perkara, antaranya terpaksa merehatkan beberapa player utama demi menjaga fitness dan mengelakkan faktor keletihan pemain supaya tak menjejaskan perfomance dalam kompetitif lain.

P/S : Kata Mourinho, dia lebih prioti Champions League berbanding EPL. Itu betul kerana jika melihat situasi sekarang, kita tahu kompetitif mana yang Chelsea boleh capai secara pragmatik. Dalam saingan liga, kalau kita menang sekali pun ke atas Liverpool, tetapi jika Liverpool menang dua game selepas itu pun tidak ada guna juga kerna kita tetap tidak akan menjadi juara liga. Nasib kejuaraan liga tidak ditentukan oleh Chelsea. Liverpool yang hanya boleh menentukan sama ada mereka boleh juara atu tidak, bukan bergantung kepada Chelsea. Ia hanya akan boleh diubah jika City & Liverpool drop point dalam 2 game terakhir.

FA England yang tongong

Posted by KampungChelsea On Friday, April 25, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FA England yang tongong. Mereka langsung tak prihatin dengan apa yang berlaku kepada kelab England di pentas eropah. Chelsea satu2 nya wakil Engand di Champions League, yang sentiasa mengharumkan nama Ratu Elizabeth di pentas eropah, jadi kenapa kita tidak diberi perhatian khusus oleh badan induk bola sepak negara sendiri. Tengok macam persatuan bola sepak negara lain. Aku bagi contoh macam di Itali. Jika ada kelab mereka yang bermain game UCL pada hari rabu (suku akhir/separuh akhir) mereka akan diberi cuti rehat 1 hari berbanding pasukan2 liga mereka yang lain. Mereka akan berman perlawanan liga pada hari jumaat. Di situ mereka akan ada cuti rehat lebih bagi mempersiapkan perlawanan di saingan eropah pada hari rabu. Chelsea akan lawan liverpool hari ahad, kemudian 3 hari berikutnya semi final penting lawan Atletico Madrid. Kita tidak diberi kelebihan untuk berjaya di Eropah oleh FA England yang tongong.

Atletico Madrid 0 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 23, 2014 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramai yang mengkritik Chelsea dalam perlawanan ini kerana kita "parking bus". 100% bermain dengan corak bertahan, dari mula sampai habis game.

Yang kelakarnya penyokong & pemain Atletico Madrid juga turut bersuara tentang taktikal Chelsea ini, sedangkan pasukan mereka 2x5 sahaja. Mereka tak sedar taktikal yang mereka guna ketika menentang Barcelona juga sama seperti Chelsea.

Ya Mourinho memang nak cari seri sahaja. Walaupun 0-0, namun kelebihan tidak memihak kepada Chelsea juga kerana kita tidak memperolehi away goal. Kalau seri 1-1/2-2, mungkin lebih melegakan. Ada sebab kita beraksi dengan cara seperti ini. Pertama, ramai key player cedera. Ivanovic tidak beraksi, jadi Azpilicueta dilaihkan ke posisi RB, Ashley Cole pula buat pertama kali beraksi selepas beberapa bulan tak sentuh padang. Matic dan Salah cup-tied, Hazard pun masih cedera, Eto'o pun sama. Jadi kita tak boleh bermain dalam super attacking yang diinginkan kalau pemain yang disebutkan ini tiada di atas padang. Ditambah pula kecederaan awal Cech dan berikutnya pula kapten utama, Terry.  Dengan apa yang berlaku, sebagai penyokong Chelsea kita harus gembira dengan result 0-0. Melihatkan pula form Atletico Madrid kini lebih menyerlah dengan pemain mereka rata2nya berada dalam prestasi terbaik dan fresh leg(mempunyai 1 hari rehat). Striker mereka juga dalam hot-form, jadi tak salah untuk Chelsea (dibelenggu masalah kecederaan + striker yang tak boleh score banyak gol) meletakkan "10 men behind the ball".

Ada sesetengah perlawanan kita boleh guna taktikal real attacking, dan ada sesetengah perlawanan yang kita tak boleh melakukan strategi berkenaan. Bergantung kepada team yang kita hadapi dan pemain yang beraksi di atas padang. Menggunakan taktikal parking bus ini walaupun tidak menarik tetapi ia masih dianggap sebagai football tactic. Bukan semua team boleh melakukan taktik ini dengan berjaya, ia harus memiliki back 4 yang solid. Tambhan lagi musim ini kekuatan Chelsea lebih ke arah defensif berbanding offensive.

Chelsea 1 Sunderland 2

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 20, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liverpool harus berterima kasih kepada Sunderland kerana "membantu" mereka menggagalkan misi kemenangan dari pasukan pencabar kejuaraan liga. Minggu lepas City, minggu ini pula giliran Chelsea. Jadi kini segalanya terserah kepada Liverpool. Mereka sendiri boleh tentukan sama ada mereka akan juara liga atau tidak. Jika mereka menang ke atas norwich, mereka akan leading 5 mata dan hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran.

Bagi Chelsea pula, ini satu kekalahan yang sangat mengecewakan. Kalah di saat2 genting, dalam misi A-Must-Win-Game. Ditambah puka rekod kebal 77 game Mourinho di Stamford Bridge dalam liga juga lebur.

Walaupun ada beberapa keputusan pengadil tidak menyebelahi Chelsea dan kita juga beraksi tanpa keeper utama Cech dan pemain terbaik tahun ini iaitu Hazard tetapi aku tidak akan menjadikan alasan itu sebagai punca utama kekalahan. Kita kalah kerana kita kurang motivasi menentang team2 bawahan seperti Sunderland, Crystal Palace, Aston Villa, Stoke City. Apa pun aku harap kekalahan ini tidak akan bagi efek untuk game Champions League hari rabu ini, lawan Atletico Madrid.

Official : Jersi home 2014/2015

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 16, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Swansea 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Monday, April 14, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Walaupun menang tapi kalau kita lihat secara keseluruhan, Chelsea struggle menentang 10 player Swansea. Peluang untuk menjaringkan gol banyak disia-siakan. Eto'o patut score 3/4 gol, Salah pun sama. Apa pun menang tetap menang walaupun dalam situasi winning-ugly. Kredit buat Matic. Dia membuat hantaran cantik yang berjaya disudahkan oleh Ba untuk gol kemenangan Chelsea. Tak lupa juga pujian untuk Mourinho yang bijak membuat substitution. Ramires & Schurrle beraksi hambar dan mereka berdua terus digantikan dengan Oscar & Eto'o pada separuh masa kedua.

Jadi dengan kemenangan 1-0 ini masih meletakkan Chelsea di tangga kedua, 2 mata di belakang Liverpool yang baru sahaja menang 3-2 ke atas City. Persaingan merebut kejuaraan liga semakin lama semakin sengit. Seperti yang aku katakan sebelum ini, perlawanan di antara Liverpool menentang Chelsea di Anfield nanti akan menentukan siapa yang bakal juara liga walaupun City masih ada dua baki perlawanan.

Jika ada kelab yang boleh spoil kan Liverpool di Anfield, kelab itu pastinya Chelsea seperti mana yang kita lakukan ke atas City, first team to win at Etihad.

Tak celebrate tapi bagi arahan - Mourinho

Posted by KampungChelsea On Friday, April 11, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mourinho tak celebrate gol ini. Selepas Ba score, dia terus berlari macam budak kejar penjual ais krim, masa semua player chelsea berkumpul satu tempat, Mourinho bagitahu kepada beberapa player kita apa yang perlu mereka buat selepas itu.

Walaupun nampak reaksi pertama Mourinho seakan-akan nak raikan gol kedua Chelsea itu, lebih2 lagi aksi tersebut mengingatkan kita ketika Mourinho melakukan style macam itu masa Porto singkirkan MU di Old Trafford beberapa puluh tahun dulu, tetapi sebenarnya dia berlari untuk bagi arahan. Mourinho guna cara itu dalam beberapa saat untuk tukar taktik kerana kita tahu kalau Chelsea tidak ubah strategi, PSG bila2 masa sahaja boleh score gol & singkirkan kita dari Champions League.

Dalam ulang tayang di kaca tv, dia ada cakap sesuatu kepada Torres, Eto'o. Aku petik balik kata2 Mourinho :

"No, not to celebrate. To tell Fernando [Torres] and Demba the changes we had to do. Because there was still three minutes plus extra-time and playing the way we were playing was too risky.

I wanted Demba to play in front of the defenders and I wanted Fernando to defend Maxwell.

Genius Mourinho!

P/S : Moyes patut buat juga cara begini masa Evra score gol. Mungkin kalau dia berlari macam Mourinho dan bagi arahan kepada beberapa player MU, tak adalah Bayern boleh score dua gol mudah selepas pada itu haha.

Chelsea 2 PSG 0 : Epic comeback!

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 10, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Tahniah buat Mourinho & Chelsea kerana berjaya mara ke separuh akhir Champions League. Tak ramai sebenarnya yang menjangkakan kemenangan Chelsea ini kerana PSG lebih dianggap faveret kerana mereka menang pada first leg 3-1. Tetapi itulah bola sepak, apa2 boleh berlaku.  Kita berjaya mengulangi comeback seperti dua musim lepas ketika menentang Napoli dengan memadam defisit 2 gol milik PSG.

2. Dejavu Cavani & Lavezzi. Sebelum ini ketika mereka bersama-sama beraksi untuk Napoli, mereka menang first leg 3-1 ke atas Chelsea tetapi tersingkir pada 2nd leg di Stamford Bridge. Jadi apa yang terjadi kepada mereka dua tahun lalu berulang kembali. First leg PSG menang 3-1 namun disingkirkan lagi sekali oleh Chelsea pada 2nd leg di Stamford Bridge. Aku fikir dua player ini memang akan cuak kalau bertemu dengan Chelsea lagi musim depan.

3. PSG sangat bernasib baik. Dalam perlawanan ini Chelsea sepatutnya boleh menang besar 4/5 gol. Dua kali percubaan Chelsea terkena palang. Satu dari Schurrle , satu lagi dari Oscar. Kalau tengok balik apa yang berlaku pada 1st leg, 3 gol PSG juga hasil daripada kesilapan mudah pertahanan Chelsea. Satu gol refleksi, satu lagi own gol David Luiz & gol ke-3 juga tiada marking dibuat.

4. Kunci kejayaan ? Mourinho. Taktikalnya genius, sebab itu dia dianggap The Special One. Dua sub yang dibuat olehnya membuahkan hasil. Dua2 sub juga menjaringkan gol kemenangan. Schurrle & Ba.

Mourinho ketika post-match interview :


We gave everything. My four defenders were brilliant. The midfield were animals. Luiz was a monster. Our forwards were brave. 

5. Kita memiliki 11 leader di atas padang. Sebab itu kita boleh menang dengan team seperti PSG. Semua 11 player Chelsea memiliki mentaliti kemenangan dalam Champions League. Ini lah yang membezakan kita dengan PSG & City. Sama2 kaya namun Chelsea lebih memiliki pengalaman & semangat juang tinggi.

6. Kelakar rasanya apabila Hazard dikeluarkan pada minit ke-17 kerana cedera, penyokong PSG mula bersorak "We’re in the semi-finals". Mereka tidak tahu yang Chelsea bukanlah one man team. Kita bukanlah seperti sesetengah pasukan yang hanya bergantung kepada satu player sahaja. Hazard cedera, kita ada Schurrle. Matic tak ada, kita ada David Luiz. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama masuk menggantikan Lampard berjaya menjaringkan gol kemenangan. Chelsea adalah pasukan yang sukar dijangka, sapa2 pun boleh menjaringkan gol.



7.Walaupun PSG tanpa striker sensasi mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic namun itu tidak boleh dijadikan alasan. Chelsea juga tanpa Hazard yang cedera dan terpaksa keluar pada awal permainan namun masih boleh menang. Harus diingat, Chelsea juga tanpa beberapa peman utama seperti Ramires(digantung), Matic (cup-tied) tak lupa Salah yang tengah hot-form.

8. Mourinho layak diberi kredit. Dia memiliki kemampuan untuk membaca game, melakukan perubahan positif pada waktu yang tepat dan itu yang membuatkan dia pengurus terbaik di dunia.

9. Tak kisah lah siapa yang bakal Chelsea tentang di separuh akhir nanti. Sama ada Barcelona atau Real Madrid, kita sekarang ini sudah cukup konfiden untuk tewaskan mana2 pasukan faveret. Bring it on, Barca/Real.

Chelsea = Pride of London.

Chelsea 3 Stoke City 0

Posted by KampungChelsea On Monday, April 07, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya Chelsea bangkit menunjukkan satu perfomance yang bagus selepas sebelum ini kita mengalami kekalahan dua kali berturut-turut.

Bagi aku MOTM ialah Salah. Dribble, pace & work rate bekas pemain Basel ini cukup hebat. Dia menjaringkan gol pertama serta memenangi penalti untuk Chelsea. Jadi tak salah Chelsea membeli beli Salah. Jika dia terus dengan aksi seperti ini aku yakin dia akan jadi key player seperti Hazard pada musim depan. Kredit juga kepada Matic & Willian yang juga mempamerkan perfomance berkualiti.

Berkenaan dengan Torres, game ini antara perfomance dia paling teruk musim ini. Aku boleh katakan dia semakin kurang keyakinan diri. Dia membazir peluang mudah di depan gol dan dia takut untuk melakukan percubaan. Boleh lihat reaksi kecewa Mourinho di kaca tv dengan perfomance Torres. Jika aku jadi Mourinho, untuk game hari rabu ini aku lebih prefer Ba sebagai striker utama jika Eto'o masih belum fit 100%.

Harapan aku agar game hari rabu ini kita dapat mempamerkan aksi yang sama seperti kita membenam Stoke 3-0 ini. Alangkah bagus kalau Salah & Matic tidak cup-tied.

PSG 3 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 03, 2014 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Defensif sangat2 teruk, boleh dikatakan paling teruk musim ini. Lihat gol ke-3 PSG, memang cukup mengecewakan untuk dibolosi dengan cara sebegitu. Wajar kita kalah 1-3 kepada PSG. Kita kalah kepada lawan yang lebih baik, sama ada dari segi pertahanan atau menyerang, PSG lebih baik berbanding Chelsea.

Semoga 2nd leg nanti kita dapat melakukan comeback seperti mana yang kita buat masa lawan Napoli 2 musim lepas. Paling penting, harap Eto'o dapat sembuh sebelum game itu kerana sekarang ini hanya dia sahaja satu2nya striker Chelsea yang boleh diharapkan.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png