Luahan hati Big Phil

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 31, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sape tak kenal Scolari, uncle tua yg membuat banyak kemerosotan skuad Chelsea pada season 2008/2009.Rekod unbeatan 86 game Chelsea di stamford brdge hancur berkecai disebabkan taktik & pengurusan die yg xleh pakai tu lah.

Bukan nak kutuk tapi ni memang realiti.Sebelum Roman pecat die, memang player2 Chelsea yg lain dah siap buat meeting utk sabotaj Big Phil tu.Taktik, pengurusan, komunikasi die teruk.That why player Chelsea x berape suke dengan cara Scolari manage team.

Kalau korang nak tahu, berape juta duit Roman habis pegi bayar duit pemecatan Scolari tu.Pastu senang je die keluar n pegi makan angin kat kelab Uzbekistan.And then skrg ni tetibe je buat statement secara terbuka meluahkan rasa tak puas hati dengan ape yg die terima kat Chelsea dulu :


"My exit from Chelsea was sad because the Premier League is a wonderful competition and a sensational place to work.I was very depressed after my exit and for two months I didn't want to even talk about football."


"There were many big stars and good players but their behaviour was very different.Drogba believed he was the star in the squad and I did have conflicts with him.I wanted Abramovich to swap Drogba for Adriano at Inter because it was easier to control him than Drogba."


"Ballack wanted to be one of the owners of the dressing room and the relationship with the German was not easy.He seemed jealous of Deco, did not want his arrival and I had to explain that I was the coach and it was up to me.I... wanted Deco to work it out with Ballack, but it wasn't possible. They didn't speak to each other."


Tengok ? ade hati die nak tukarkan Didi dengan Adriano yg gemuk,buncit tu ? Tu pasal aku cakap idea orang2 tua Brazil ni xleh pakai.Lebih2 lagi si Pele & Dunga tu.Diorg lah yg cakap player muda brazil xde masa depan kalau main kat England. Aku tak bleh bayangkan kalau time tu Didi kena swap dengan Adriano.Punyalah hebat Didi waktu itu, ape kejadahnya die nak tukarkan dengan player sudah ketinggalan zaman.

1 lagi, Scolari jenis x pandai nak solve problems.Contoh macam ape yg die cakap mengenai kes Ballack dengan Deco.Benda kecik cmtupun tak leh nak solve ke ? Adeh, patutlah si Scolari ni xkekal lame kat Chelsea.Kalau JM tahu ni, konfem die gelak kaw2 nanti.

Nak jadi coach kelab Chelsea ni, first mesti pandai berkomunikasi dengan player.Second, strategi dan taktik kena bagus.Ketiga, bijak menguruskan masalah yg dihadapi oleh player star.Lain2, wajib kenal pasti kekuatan setiap pemain yg ade pada 1 team tersebut.Tapi keempat-empat benda ni langsung tak de dalam diri Scolari.Tu pasal die punya pengurusan teruk beb, tak leh pakai.Team habis caca marba dibuatnya.Drogba letak kat bench, Lampard mental down, ni semua berpunca daripada perancangan entah ape entah Scolari tu.

Naseb baik Guus Hiddink datang tepat pada masanya.Baiki ape yang patut.Selamatkan krisis yg dihadapi oleh Chelsea.Tak sampai 3 bulan, dah dapat hadiahkan Chelsea sebuah trofi.Standing leaguepun still terbaik.Tu baru 3 bulan,kalau 3 tahun Hiddink di Chelsea,tak ke berguni piala kat almari roman tu.


Yang peliknya bile Hiddink datang, aku tak dengar satu pun masalah yg dihadapi oleh Didi,Ballack dengan Deco.Tapi di zaman Scolari, banyak betul kes yg kurang sedap kite dengar yg berlaku pada kem Chelsea.Inilah die, bile individu yg kurang arif menguruskan sesebuah pasukan, jadilah seperti tikus membaiki labu.Hendak memperbaiki barang yang ia sendiri tak tahu, maka rosaklah jadinya.

Hangat : 7 pemain luar yang dikaitkan dengan Chelsea musim depan

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 30, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Darijo Srna & Willian (Shakhtar Donetsk)
- Sejak dari musim lepas lagi nama Srna banyak kali dikaitkan dengan kelab Chelsea.Kini kapten kelab Shakhtar Donetsk & Croatia itu sekali lagi di-link kan dgn kem kite.Kontrak Srna bakal tamat tak lame je lagi, so berbaloi ke tidak kite mendapatkan right back yg berusia 28 tahun itu ? 1 lagi, team-mates Srna, Willian juga berjaya menarik perhatian board Chelsea utk transfer bulan 6 nanti.Willian merupakan salah satu winger Brazil yang sangat berbakat.Kalau korang perasan, die telah menjaringkan 2 gol cantik ketika membantu Shakhtar menyingkirkan AS Roma dalam pusingan kalah mati UCL yg berlangsung beberapa minggu yg lalu.

Andrea Pirlo (AC Milan)
- Perlukah kite mendapat kuda tua Itali ni ? Rasenya tak kot.Pastinya ramai di antara kite yg tidak bersetuju kalau Chelsea cuba nak dapatkan playmarker yg berusia 31 tahun ini.Pirlo dikaitkan dengan Chelsea selepas die dikhabarkan akan menamatkan kontraknya bersama AC Milan akhir musim ini.Tambah lagi, Pirlo juga pernah beraksi di bawah pimpinan CA.Persoalan di sini, adakah CA mahu reunion kembali dengan bekas anak muridnya itu ?


Romelu Lukaku (Anderlehct)
- Bukan sahaja The Blues, malah "Kembar" Didi ini juga dikaitkan dengan kelab2 seperti Arsenal,Real Madrid,Juventus dan Bayern Munich.Lukaku sentiasa berhubung dengan Didi melalui telefon.Kalau korang nak tahu, Didi pernah mengajak Lukaku supaya menyertai skuad Chelsea.Lukaku juga pernah datang melawat ke SB tahun lepas.

Neymar ( Santos)
- Nama yang tidak asing lagi bile dikaitkan dengan kelab Chelsea.Jika tahun lepas die rejek tawaran Chelsea, so adakah musim depan pandangannya akan berubah balik ? Maybe n just maybe.Chelsea sudahpun bersiap sedia dengan tawaran harga sebanyak 22 juta pound untuk mendapatkan Neymar.Roman juga bercadang mahu menggandingkan die dengan Torres jika Didi sudah tiada nanti.

Javier Pastore (Palermo)
- 50 juta pound, antara harga yang telah ditetapkan oleh kelab Palermo untuk Pastore.Harga yang tidak masuk akal,kan ? Wlpn kite semua tahu Pastore seorang pemain muda yg berkualiti serta berbakat besar, tapi sanggupkah Chelsea & Roman mengeluarkan dana yg sebesar 50 juta pound lagi untuk mendapatkan bintang muda Argentina itu ?

Gregory Van der Wiel (Ajax)
- Jika Bosingwa dijual pada akhir musim nanti, maka Van der Wiel antara calon utama untuk mengambil alih tempat Bosingwa itu.Van der Wiel mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain terbaik dunia jika die beraksi bersama kelab seperti Chelsea.That why Chelsea sedang membuat bidaan sebanyak 12 juta pound untuk right back Belanda itu.

Drogba bakal tersingkir ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 29, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa depan Didi bagaikan telur dihujung tanduk.Ade di antara kite yang bimbang dengan berita yg mengaitkan Didi akan keluar dari Chelsea akhir musim ini.

Bukan sahaja Didi malah nama2 seperti Flo(Malouda),Kalou,Nik,Bosingwa,Mikel dan Zhirkov juga termasuk dalam list player yg bakal disingkirkan oleh Roman.

Aiseh, dah macam AF lah plak, nak main singkir2 ni...

 Drog flick out for Nando ?

Roman bercadang mahu menjadikan Torres sebagai striker utama yg bakal memimpin jentera Chelsea musim depan.Di samping membuat perancangan untuk membeli player2 muda berbakat seperti Javier Pastore,Lukaku & Neymar untuk bergandingan dengan Torres.

Jika perkara itu terjadi, jalan penyelesaian yg perlu dibuat oleh board Chelsea adalah menyingkirkan Didi .So persoalan di sini, sanggupkah anda melihat perkara tu berlaku ?

Didi banyak membuat jasa kepada Chelsea.Bukan sahaja mempunyai rekod terbaik dalam menjaringkan gol, malah sumbangannya melalui assist tidak mampu kite menilainya.Trofi yg diperolehi oleh Chelsea sebelum inipun kebanyakannya hasil daripada bantuan die jgk.

Memang, memang aku tahu...Didi sudah tua dan perfomancenya makin hari makin kurang berbisa.Tidak seperti dulu, die sudah hilang sengat.Kini die sukar serta bergelut untuk mendapat tempat utama di hati CA & Roman.So that why orang menganggap masa depan die bakal berakhir tak lame je lagi.Tapi bagi aku, Didi masih lagi berbisa.Walaupun shooting, teknik penyudahnya sudah tumpul namun dari segi assist, die masih berguna untuk skuad Chelsea.Tak de die, maka kite tak akan lihat gol dari David Luiz ketika Chelsea menang 2-0 ke atas ManCity minggu lepas.Didi masih lagi lagenda terbaik The Blues.Sama seperti JT & Super Frankie, Didi ade karekter special yg tak semua player bola memilikinya.Akhir kate, sayanglah kalau jual die beb.

 Always be The Blues King..

Eksklusif : Hey Neymar.!

Posted by KampungChelsea On Monday, March 28, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Acap kali, acap kali kite mendengar transfer news mengenai Neymar.Lebih2 lagi mengenai spekulasi penghijrahannya ke Chelsea.

Semalam kalau sape menonton game friendly Brazil lawan Scotland, konfem korang terpikat dengan aksi talented dari budak muda yg berumur 19 tahun itu.Final score, Brazil menang 2-0.2 gol tersebut hasil daripada sentuhan klimaks Neymar.

Memang sebelum ni kite sudah tahu bahawa Neymar telah membuat statement yg die tidak mungkin akan keluar dari kelab Santos dan berhijrah ke England.Actually benda itu terjadi disebabkan pengaruh kuat dari familynya serta beberapa pihak yang emo dengan kelab England.Honest aku cakap Neymar sebenarnya mahu ke Chelsea tapi family tidak merestui requestnya.Tambahan pula, ade beberapa mulut busuk yang memperalatkan mindanya supaya jangan sertai Chelsea.

Guest what ? sape golongan yg bermulut busuk itu ? Korang tekalah sendiri.Diorg cakap player Brazil tak akan berjaya di England.Dan jika Neymar join Chelsea, maka masa depannya musnah.


Skrg kite bleh nampak kate2 mereka hanyalah sampah dan ia boleh diibaratkan indah khabar dari rupa.Buktinya ? sila tengok perfomance terkini brader Luiz & Ramires.Tak sampai 3 bulanpun Luiz dah mempamerkan perfomance yg terbaik dr ladang.5 match with 2 goals, wlpn die hanya bertarafkan centre back.Begitu juga dengan Ramires.Kecil2 cili padi.Makin lame kite boleh nampak peningkatan dan impak positif dari 2 budak baru Brazil ini.

So perspektif mengenai player muda brazil tak mampu survive di England hanyalah satu propaganda yg x masuk akal dan hanya sekadar ingin mencetuskan konspirasi untuk memperburukkan institusi bola sepak England sahaja.

Jika Neymar sertai Chelsea kelak, maka kite akan lihat generasi terbaik Brazil akan tercetus di England.Kite boleh nampak banyak option jika Neymar berada dalam skuad kite.Dengan Piazon yg akan memasuki pintu Stamford Bridge bulan januari tahun depan, maka rumah Roman Abramovich bakal dipenuhi youngster yg mempunyai talent dan kreativiti terbaik dalam memimpin jentera skuad Chelsea yg serba-boleh.

Mano Manezes merangkap manager skuad Brazil skrg ni pun dah bagi lampu hijau kepada Neymar supaya die cepat2 join Chelsea.Manezes memberitahu lagi bahawa tanah England sesuai dengan jiwa dan gaya permainan Neymar.

So ape tunggu lagi, Neymar ? Cepat2lah call Chelsea skrg...

P/S : Kurangkan kuda tua, lebihkan youngster.Itulah matlamat serta projek mega jangka masa panjang CFC.Kalau betul Neymar,Lukaku join kem Chelsea next season, rasenya kite tidak akan lihat lagi kelibat Didi,Nik,Flo & Kalou nanti.

Result from the Captain

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 27, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam biasa 3 player CFC beraksi cemerlang di stadium Millenium,Wales semalam.Lebih menggembirakan kem Chelsea lagi apabila Super-Frank score salah satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Wales.

Tak hairanlah kubu kebal England diperkuatkan oleh captain marvel, JT & juga Ash.Lilitan armband "baru" JT telah memberi inspirasi serta high spirit kepada skuad England.

Jika anda tengok match ni semalam, anda boleh dengar penyokong pihak lawan bukan sahaja membuat bunyi "boo" kepada JT & Ash malah lagu kebangsaan pasukan England turut di "boo" sekali.

Sorakan kuat "boo" tidak memberi ape2 kesanpun kepada team England.Kesian, penyokong mereka terpaksa gune taktik kotor utk melemahkan semangat juang player England, last2 team diorg jugak yg kalah.


“It’s not nice [hearing the national anthem being booed. It’s our national anthem and we’re proud of it and when you’ve got a stadium booing it can have the reverse effect for them because it definitely gets you pumped." (JT)


P/S : Sesuka je diorg boo lagu org, tapi nak tanye skitlah kpd supporter Wales, bilekah kali terakhir team anda layak qualify ke Euro & WC erk ?

Video : Malu-malu kucing

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 26, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Serius, Luiz mmg kena amik exam MUET,kehkeh. 1 lagi, die nampak cam pemalu skit,kan ?

Bile aku tengok video ni, baru aku faham kenapa sampai sekarang Ferreira masih berguna lagi di Chelsea.Selain sub right back, Ferreira bleh juga jadi tukang translate Luiz & Ramires,haha..

EPL cuti 10 hari...

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 26, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Yeeehaaaa...!

Start dari 21 Mac - 1 April...EPL mengumumkan cuti rehat selama 10 hari bagi memberi laluan kepada international week.

Alahai, bile bunyi epl amik mc, mesti ade di antara kite yg rase chuak...Yelah, baru nak tgk kem Chelsea hot form, tetibe international week kacau daun...

Ape2pun ade hikmahnya juga di sebalik percutian 10 hari epl tu.Pasal ? CA bleh take time to create & plan taktik yg lebih fresh utk skuad Chelsea.Maklumlah bulan April nanti bulan busy skit.Lebih2 lagi lawan geng2 setan merah utk semi final ucl.So kena rancang taktik yg lebih ganas, lebih aggresif utk warm-up kan lagi condition team & player.

Macam biasa, bile minggu international ni konfem ade yg melibatkan player chelsea.So kat bawah ni, korang boleh tengok list friendly match serta Euro qualify 2012 yg menarik utk sajian die hard fan bola sepak seantero dunia :

 Armenia vs Russia (EQ) 26 Mac

Serbia vs Northen Ireland (EQ) 25 Mac

Spain vs Republik Czech (EQ) 25 Mac

Brazil vs Scotland (FM) 27 Mac

France vs Croatia (FM) 29 Mac
Luxembourg vs France (EQ) 25 Mac

England vs Ghana (FM) 29 Mac
Wales vs England (EQ) 26 Mac

Portugal vs Finland (EQ) 29 Mac 

Nota alas kaki : FM ialah Friendly match manakala EQ Euro Qualify.

Diharapkan janganlah ade yg balik nanti dengan kaki tempang.Maksud aku jangan ade yg injured plak.Kadang2 berdebar juga sebab international week ni tough skit, takut ade yg terkena bias kecederaan.Harap player the blues pulang ke kem Stamford Bridge dengan 100 % fitness sprt sedia kala.KTBFH.

Top 5 " Why JT still be England Marvellous Captain "

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 24, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5) More Than 7 Years As A Marvellous Blues Captain 

JM memilih JT sbg the blues captain pada season 2004/2005, dan pada musim itu jugalah Chelsea juara EPL, menamatkan badi 50 tahun trophyless league.Impak dari JT membuahkan hasil sehinggalah skrg ni beb.

4) Master Header

Bukan sahaja pakar defensif malah pakar dalam bab2 menanduk bola.Musim ni & musim lepas dah banyak kali JT score gol melalui kepalanya.

3) Defensive "Kamikaze"  

Tak ramai centre back yang mempunyai teknik defensif "gile mati" cam JT ni.Demi England, gune kepalapun boleh bai... (sanggup melayangkan badannya utk tahan shoot player Solvenia tu...)

 2) Stim di dalam, Klimaks di luar 

Maksudnya, kes skandal dgn Vanessa Perroncel tidak ada kena mengena dengan JT kat atas padang bola.Itu kes luar, dalam padang, JT tetap professional.

1) Orang main bola, die main Twitter

Inilah faktor utama nape Rio tak dapat mempertahankan armband kapten England.Aku nak tanya korang, berapa kali si Rio tu sentuh padang musim ini ?

Nipun same gak.Antara sebab kenape die x bleh jadi full-time kapten england.Orang cium piala, die cium kamera, ish2...


The Special One : My next job will be in England

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 23, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seronok bile berbicara tentang JM especially news yg mengaitkan die bakal kembali semula ke Chelsea.So memetik kate2 terbaru dari JM hari ini, ade beberapa persoalan hangat yang sentiasa bermain di minda aku ketika ini...

"I miss England and my next job will be in England,"

Next job yang dimaksudkan oleh JM di England itu...maybe di London ? going home to Chelsea again ?

JM berkate lagi... "There is unfinished business."

Dan bile JM bercakap mengenai "there is unfinished business" sudah tentu ia merujuk kepada Chelsea.JM seorang manager yang sangat tegas dan mempunyai pendirian yg tetap.Target utama JM ketika di Chelsea ialah memenangi trofi UCL dan target itu sampai sekarang masih belum dilunaskan oleh beliau dan juga Chelsea sendiri.Maybe die rase bersalah kerana meninggalkan Stamford Bridge tanpa menghadiahkan gelaran tersebut kepada Roman & juga fans CFC.So that why he said  "There is unfinished business". It's all about Chelsea.JM will be going Chelsea again n agin. 

Not for MU, not for MC, not for The Gunners kerana JM sudah beberapa kali cakap die tak akan manage kelab yang menjadi rival kpd Chelsea.His soul, his heart only for The Blues.

"My Chelsea time was amazing as a football manager and family man. My family and I enjoyed it so much. We made so many friends here. We still keep in touch, we still come back." (best quote of Jose Mourinho)

Mesej dari Bob

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 22, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"I am really delighted that the fans have taken to me so soon but the best thing is that the team are in a good way. I always work hard and like to help the team.

"We want to do everything this season.We want to catch United in the Premier League and beat them in the Champions League. We have to believe - we can win the title."


"There are still many games and a lot of points to play for. I can't play in the Champions League because I am cup-tied but I am very close to the team. The happiness of my team-mates will be my happiness if they do well.


Info: D.Luiz mempunyai nickname sprt "Sideshow Bob" kerana wajahnya yg agak mirip dengan salah satu karekter dalam kartun The Simpsons.Wlpn berperwatakan pendiam tetapi Luiz sangat aggresif & energetik ketika berada di atas padang.Tak hairanlah baru 5 match die sudah melengkapkan 2 gol utk Chelsea wlpn posisinya hanya centre back.Genius, kan ?

P/S : Aku sedikit hairan dan terkilan dengan perangai tidak professional dr fans lalang.Bace blog luar, bace news tu semuanya sdng hangit duk persoalkan bile Torres nak score.Bagi aku, Torres score atau tidak, itu tak penting.Yang penting Chelsea menang.Fans sejati Chelsea sprt aku ni pun xkesah die score ke x, janji Chelsea menang.Kenapa ade beberapa pihak yang tiada kaitan cube mem busy bodkan diri & berbicara mengenai masalah ini ? Fans Chelsea cool je, tapi fans luar plak yang lebih2...

Torres perlukan masa, perlukan sistem yg sesuai utk die adapt dgn style game Chelsea.Kenapa fans luar perlu emosi gile berbicara mengenai tag harga 50 juta itu ?.Itu duit Roman, masalah tersebut biarlah die dengan pihak Chelsea yang lain menyelesaikannya sendiri.Pihak yang tidak terbabit khususnya fans fool usah sembang kosong mengenai perkara ini, anda tak dapat keuntungan ape2pun.Tak perlu nak jage tepi kain orang, kalau tepi kain sendiri sudah caca marba...

Luiz & Ramires pemacu kejayaan Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 22, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Kemenangan 2-0 sudah cukup utk membenam cabaran ManCity dr bersaing dalam gelaran kejuaraan liga.Kejayaan ini telah membuka sekali lagi peluang Chelsea untuk mengekori rapat MU.Dari 15 mata, sehinggalah rapat ke 9 mata + 1 game in hand, peluang kite untuk menjadi juara epl masih lagi terbuka luas.Mentaliti & semangat player akhir2 ni tetibe je jadi cekal balik.Semuanya berkat 2 gol dari Luiz & Ramires.

Taktikal baru CA 
- Dalam match kali ini, CA membuat strategi yang berisiko tinggi dengan menduetkan Torres-Kalou sbg forward striker.Kenapa strategi ini dibuat ? Rupanya CA mahu mencuba kolaborasi baru itu selepas sebelum ni gandingan Didi-Torres agak kurang menjadi.Walaupun kolaborasi tersebut tidak 100% mantap, namun kite boleh lihat Torres & Kalou memainkan peranan yang baik dan sempat mengucar-kacirkan benteng kebal City yang dipimpin oleh Kompany.

Drogba changed the game
- Kemasukan lewat Didi ada hikmahnya.Taktala Kalou-Torres masih gagal menembusi kekentalan defensive City, akhirnya CA membawa masuk fresh super-sub Didi-Nik.Tak sangka, taktik kedua CA itu menjadi apabila Didi dengan mudah menyelinap masuk gawang City satu demi satu.Pada minit ke-79, hadirlah gol yg kite nantikan dr Luiz.Berpunca dari free kick Didi & Luiz menyambut baik pass tersbut dengn tandukan cantik menewaskan Joe Hart.Jika tak score, Didi mampu menyumbangkan assist kepada team dan itu yang penting sebenarnya.

Nampak macam Drogba lebih on-form sebagai super-sub, kan ?


Defensive kental, Midfield control the game
- Walaupun bahagian striker tidak efektif mane, namun bahagian defends & midfield berjaya cover all part of the game. Kite mendominasi keseluruhan perlawanan.JT,Luiz,Ivanovic,A.Cole melaksanakan tugas dengan baik.Membuat halangan serta blocking player2 lincah sprt D.Silva & Y.Toure adalah 1 misi yang sempurna bg mereka berempat.


Kekentalan defensive Chelsea membuatkan midfield & attacking City hancur.Playmarker diorg, Yaya Toure & David Silva tidak bernafsu seperti yg biasa mereka buat sebelum ni.Dzeko lagilah hancur barai.

Midfield kite control game.Tanyalah Essien, tanyalah Ramires, dua mamat ni berkuasa penuh di bahagian tengah. Mereka tidak seperti Lampard & Flo yg agak mengecewakan.Super-Frank tidak superb mane.Peluang byk kali terhidang tapi gagal disempurnakan dengan baik.Flo masih dalam mental down.Passing, shoot sgt lemah.Lebih baik jika selepas ini, kite melihat kudrat dari Zhirkov pula sebagai starter & Flo di-benchkan.

No score, no problem
- Lebih 5 game, nando masih membisu.Gol yang dinantikan masih tersembunyi.Di mana kedengaran bunyi boo menghala kepadanya bukan lah datang dari suara2 merdu fans Chelsea.Boo terhasil ada dari fans lalang & ade juga segelintir fans fanatik Blues rase kurang senang melihatkan Torres di-sub kan sekali lagi without score any goals.


Torres perform bagus.Cume dia tidak mampu melaksanakan tugas sebagai world class striker yg lain iaitu score the goal.Ape yang menjadi masalah di sini ialah bukanlah berpunca dari torres tu sendiri tp bahagin midfield kite kurang bagi support kat die.Support tu ade tapi tidak sekuat mane.Torres memerlukan hantaran yang kemas dari midfielder, namun benda itu dia tidak dapat.Die sudah berusaha namun orang lain tidak menyumbangkan ape2 kepadanya.Striker berkualiti seperti Torres memerlukan pass yg menarik dari team-mates.Dulu di Liverpool, Torres banyak score gol hasil daripada bantuan Stevie G.

Midfield kite ego.Aku tidak cakap kepada Essien,Ramires kerana tugas mereka lebih kepada defensive centre.Cume benda ni kite kena serahkan kepada Lampard & Flo.Tapi sayangnya 2 orang itu beraksi hanya utk mereka berdua & bukan utk orang lain.Lampard banyak membuat shoot berterabur dari menyumbangkan assist.Begitu juga dengan Flo malouda.Dapat peluang terus nak shoot sedangkan space tu sempit.Ade hati juga nak buat shooting.

That why aku cakap kalau benda tu masih berterusan, Torres xscorepun aku xkesah.50 million ke, 100 milllion ke, janji Chelsea mencapai kemenangan.Torres orang baru, posisinya centre forward & bukan winger striker seperti Suarez, so die perlukan mase utk adapt style care permainan geng2 Chelsea.Oh ye, Carroll ape cite skrg ni ?


Brazillian brilliant
- 22 juta pound + 24 juta pound = hasilnya ? sangat berbaloi.Sape yang cakap golongan warganegara Brazil kurang menjadi di tanah england, mereka silap besar.

Cukup tertarik dengan gol kedua dr Ramires.Jika 1st gol tandukan stylo dari Luiz, so gol kedua dr Ramires lebih bijak & kreatif. Berhadapan dengan benteng kebal City, namun ia tidak menjadi masalah besar buat Ramires kerana die dengan slumbernya merongkah satu demi satu bek handalan City itu dan berjaya menewaskan Joe Hart utk scorline 2-0.Beautiful artwork by young brazillian.

Luiz & Ramires.Kedua-duanya anak jati Brazil yang didatang khas dari kelab Benfica.Mereka sememangnya mempunyai agenda & kualiti yang tersendiri.Ramires memerlukan masa 3 bulan utk mengimprovekan prestasinya sedangkan Luiz tidak memerlukan mase wlpn sesaat untuk menjadi pahlawan Chelsea.

Setakat ini , mereka masing2 menghasilkan 2 gol untuk The Blues.Patutlah skrg ni scout Chelsea byk sign player2 muda dari Brazil sebab kite dah tahu kualiti negara sana sangat bermutu tinggi di tanah Stamford Bridge.

Syabas Luiz, tahniah Ramires...Merekalah pemacu kejayaan Chelsea.

Chelsea 2 ManCity 0 : Samba like Luiz & Ramires.!

Posted by KampungChelsea On Monday, March 21, 2011 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

First kena ucap terima kasih kat Didi...Tak de die maka xdelah gol dari brader stylo, Luiz.Didi pencetus gelora adrenalin The Blues hari ini...


Sape sangka adik kecil Ramires mampu meratah bek2 City yang sebesar anak badang.Jaringan solonya di masa kecederaan menutup tirai hari malang City.Sudah jatuh ditimpa tangga.Peribahasa yg sesuai ditujukan kepada geng2 cik siti tu.Sudahlah kalah, kedudukan no.3 plak dikebas org.Ish2....

22 juta pound Ramires + 25 juta pound Luiz = berbaloi-baloi...

D.Silva + Balotelli  + Dzeko + Y.Toure + Kolarov + Milner = ?????? bakar duit sheikh je diorg ni...

Kemenangan 2-0 ini meletakkan Chelsea di tangga ke-3 liga, 9 mata menghampiri rapat MU + 1 game in hand.Ape yang bestnya, dendam musim lepas sudah terbalas.Kpd Mancini & ManCity, u lose man...This time is the blues victory & always remember this day is brazillian day....

Anyway, hepi besday to nando yg ke-27 tahun.No score no problemo bro...Tak lupe juga congrats to JT kerana berjaya mempertahankan balik ban-kapten england dari player injured of the year, Rio Ferdinand.

Keep the blues flying high...

Dari jambatan ke sebuah mahkamah ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 19, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Identiti Chelsea juga berdasarkan Stamford Bridge.Stamford Bridge diibaratkan rumah pelindung bagi player Chelsea.Segala sejarah, segala kenangan pahit manis di kongsi bersama di Stamford Bridge.Tapi tidakkah anda terfikir bahawa ada kemungkinan besar Chelsea bakal meninggalkan pentas Stamford Bridge & berhijrah ke stadium yang lain pula ?

Sejak dibeli oleh Roman, perbelanjaan serta pembelian pemain Chelsea setiap musim memakan berpuluh-puluh juta pound.Ada yang untung & ada juga yang rugi.Ada beberapa pihak atasan Chelsea mengusulkan supaya Chelseaa meninggalkan Stamford Bridge dan berhijrah ke satu kompleks stadium yang lebih fresh & bertaraf tinggi.

Sebab utama untuk meninggalkan stamford bridge ialah kerana kapasiti stadium tersebut sangat terhad.Ia hanya mampu memuatkan 40 ribu tempat duduk penonton sahaja.Dari segi kutipan tiket, keuntungannya juga bakal terjejas.

Chelsea memerlukan stadium berkapasiti besar untuk mendapatkan lebih banyak penonton & juga hasil penjualan tiket.Earls Court adalah solutionnya. Stadium ini boleh memuatkan sebanyak 60 ribu tempat duduk, 20x ganda lebih banyak dari Stamford Bridge.

Persoalan hangat di sini ialah adakah perancangan ini akan menjadi realiti ? sanggupkah Chelsea meninggalkan stadium yg penuh dengan sejarah, kenangan pahit manis yang tersemai kepada fans di sana ? (macam fans liverpool lah plak bile bercakap bab2 sejarah ni...)

Jika ia benar, diharapkan stadium baru yang dimaksudkan tersebut mampu membawa kejayaan demi kejayaan yang diperolehi setiap tahun sama seperti yang dikecapi di Stamford Bridge.Jangan jadi macam stadium london yang satu lagi tu, penuh dengan lalang, trofinya enggak ada ape2pun.Yang lama penuh dengan kenangan tapi yang baru penuh dengan lalang dan semak samun.

 Adakah ini Earls Court yg dimaksudkan tu? Dari jambatan ke sebuah mahkamah pula ?

MU di Quarter Final

Posted by KampungChelsea On Friday, March 18, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Undian di Nyon,Switzerland sebntar sahaja tadi menyaksikan dua musuh tradisi dari England akan berentap sesama mereka dalam saingan suku akhir UEFA CL.

Chelsea vs MU.

Tepat sekali jangkaan aku...Team epl jumpe team epl gak di quarter final.

Terkezut ? Bagi aku, x surprise mane, pasal memang tulah storyboard UCL setiap musim, akan ade team negara sendiri berentap sesama mereka di suku akhir.Jika dulu asyik terkena dgn Liverpool, kali ini giliran MU pula melayan kem kite.

Bukan sahaja untuk mara ke semi final, malah misi kite dalam quarter final kali ini untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada final 3 tahun yg lepas di Moscow ketika Chelsea tumpas kepada MU dalam penentuan sepakan penalti, sekaligus mentabalkan mereka sebagai juara ucl 2007/2008.

Jika kite berjaya beat MU, maka oppenent di semi final sudah pasti Inter/Schalke.Tapi buat mase skrg, ia masih terlalu awal untuk menentukan sape yg layak & sapa yang tersingkir kerana quarter final akan bermula pada 5/6 April nanti.

Quarter-final draw (5/6 and 12/13 April)
Real Madrid CF v Tottenham Hotspur FC
Chelsea FC v Manchester United FC
FC Barcelona v FC Shakhtar Donetsk
FC Internazionale Milano v FC Schalke 04

Semi-final draw (26/27 April and 3/4 May)
1 FC Internazionale Milano/FC Schalke 04 v Chelsea FC/Manchester United FC
2 Real Madrid CF/Tottenham Hotspur FC v FC Barcelona/FC Shakhtar Donetsk

Final (28 May, Wembley)
Winner semi-final 2 v Winner semi-final 1

Video : Goallest Blues...

Posted by KampungChelsea On Friday, March 18, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The game that we should have been won 5-0 but but ended with goallest network...


Reaction of Drog & Mikel after the boring game...

Official : Chelsea sign "New Kaka"

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 17, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selepas Alex, Ramires & Luiz, kini datang sorg lagi mamat Brazil yg muke ala2 Kaka skit.

Kelab Sau Paulo secara rasminya mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan player muda talented diorg, Lucas Piazon ke Chelsea selepas kelab Juventus mengaku kalah dalam proses rundingan transfer tersebut.

Piazon berhijrah dari Sau Paulo ke Stamford Bridge dengan tag harga sebanyak 5.3 juta pound.Wlpn nilai harga tersebut tidak segempak nilai Torres & Luiz tapi kedatangan Piazon pastinya akan menaikkan lagi taraf industri youngster Chelsea.Baguslah dengan transfer kali ni, murah + muda...biasanya asyik beli player2 star je, so tindakan pihak scout chelsea kali ini lebih bijak dari tahun sebelumnya. iaitu mengutamakan player masa depan dari player tua yg dah pancut awal.

Untuk pengetahuan anda, Piazon bermain di posisi yg sama sprt Abang Lampard & Kaka iaitu Attacking Midfielder(CAM)

Dia juga telah lulus dalam ujian test medical dari klinik Chelsea.Tapi buat mase sekarang Piazon belum boleh lg beraksi bersama kite pasal umurnya baru 17 tahun.Mengikut undang2 dari pihak FA England, hanya player yg berumur genap 18 tahun baru bleh join secara official team tersebut.So, Piazon akan datang balik ke Chelsea pd bulan Januari tahun depan.Yakni selepas die habis exam SPM.

P/S : Tak dapat Kaka yg real tupun xpe, coz kite dah dapat "new Kaka junior" punye,hehe.Lebih murah, lebih power & lebih berbaloi-baloi.

FT : Chelsea 0 FC Copenhagen 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 17, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0-0 beb... Qualify ke quarter final tupun memang dah sahlah, cume result goallest buat aku x rase xpuas hati skit.

Lebih 14 shot ke gawang lawan, 7 peluang terbaik untuk score gol tapi tiada satupun yg berjaya masuk ke net.Pelik + hairan sungguh aku dibuatnya.Memang player Chelsea suke bazir banyak peluang erk ?

Overall semua perform ok cume yg problemsnya ialah kaedah menyelesaikan peluang agak sengal.Seolah-olah macam kite gagal menembak seekor burung yg berada tepat di hadapan mata kite wlpn berdas-das kali peluru dilepaskan ke arahnya.

Nasihat aku selepas ni ialah kena improve lagi ketajaman penyudah & fokus membuat sesuatu shoot.Mengantuk aku tengok sorang2 buat shooting, semuanya ke laut daaa... Next game against Cik Siti billionare.

Mood match : Boring + Mengantuk...

Preview : Jangan leka

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 16, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berbekalkan kemenangan 2-0 di Copenhagen bulan Februari yang lalu, maybe ia dianggap satu advantage besar bagi skuad Chelsea utk layak ke quarter final.Di atas kertas & angka score memang sah milik kite, namun di atas padang, sangat berbeza.Ape2 sahaja boleh berlaku.

Menjelang pertemuan 2nd leg di SB pagi esok, kite masih berkelebihan aggregat 2 gol tanpa balas.Satu advantage yang sangat bagus dan lebih bagus lagi jika kita memanfaatkannya di depan ribuan supporter kite dengan meghadiahkan kemenangan yg lebih besar supaya mampu layak ke quarter final dengan bergaya.

Walaupun sebelah kaki sudah layak, tp kite dinasihatkan supaya tidak leka dengan advantage yg kite miliki itu.Wlpn pressure memang menghala kepada player Copenhagen namun jika kite leka & tidak fokus, padah yang akan menimpa nanti.Segalanya bakal terjawab jika mereka menjaringkan 1 gol di awal permainan & pada masa itu akan adelah drama & konflik yg timbul.

Skuad Chelsea menerima perkhabaran baik apabila Alex & Benayoun sudahpun pulih dari kecederaan.Kali terakhir Alex bersama skuad Chelsea pada bulan November tahun lepas namun terpaksa diketepikan selama 4 bulan ekoran dari kecederaan lutut yg dialaminya.Begitu juga dengan Benayoun yg mengalami kecederaan archiless sejak dari bulan September yg lalu.Utk game esok, mereka belum lagi boleh beraksi kerana CA mahu memastikan diorg berada dalam keadaan 100% fit sepenuhnya.Barangkali, game dgn City hujung minggu ni, diorg baru bleh perform as much as a super-sub.

Nik menjadi hero dalam kemenangan 2-0 di Copenhagen bulan lepas akan menjadi starter utk match pagi nanti.Selepas direhatkan dalam game dengan Blackpool, CA akan menggandingkan balik Nik dengan Didi.
Macam mana plak dengan Torres ? Torres terpaksa direhatkan.Atas sebab ape, akupun xtahu.Dengan keadaan die yg masih goallest, CA maybe xnak bagi die pressure sangat.Yelah, kalau masih gagal menjaringkan gol, nanti akan adelah sstgh pihak yg mempersoalkan perkara yg sama kat die nanti.

Barisan kemungkinan (4-4-2)

Cech; Bosingwa, Ivanovic, Terry, Cole; Ramires, Essien, Lampard, Malouda; Drogba, Anelka.

Match shedule
3.45 AM, Live @ Channel 812.

Macam biase, KTBFH.

Eksklusif : The Return of The Special One ?

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 13, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Mourinho is a big coach and is very much wanted at Chelsea.I'll work with him anytime but I know it's difficult."

Bukan aku yg cakap tp Torres sendiri yg mengungkapkannya.Bangun pagi, bukak lap-top, check news, terkejut gak bile bace "Jose Mourinho akan kembali semula ke England.". Memang news yang sangat gempak.Tapi persoalannya adakah news ini real atau sekadar rumours yg diperkotak-katikkan oleh pihak media sahaja ?

"Kembalilah ke England...jadilah coach Chelsea balik" Kate-kate ini memang akan ade pada fikiran kite skrg ni.Mengingatkan ape yang berlaku pada sepanjang musim ini, maybe ramai yang dah meluat serta menyampah dengan pengurusan yg dibuat oleh CA.Tatkala bile benda itu terjadi, maka timbullah satu kisah yang mengaitkan kembali Jose Mourinho(JM) ke Chelsea.

Hanya ade 2 perkara sahaja yg akan dibuat oleh JM jika die kembali ke England iaitu sama ada mahu menetap di London atau kembali semula manage Chelsea.JM pernah berkata dia tidak akan mengkhianati Chelsea dgn menerima tawaran dari MU,Arsenal,Spurs mahupun ManCity kerana kelab tersebut menjadi rival kepada Chelsea.

The Special One quote - "But I would not coach a rival of a team with whom I have been happy."

1 news with 1000 speculation.Hanya 1 sahaja soalan yg bermain di minda kita skrg ialah adakah benar JM akan kembali ke Chelsea ? Jawapannya ada pada JM itu sahaja.Hanya dia sahaja yg berhak membuat keputusan itu.Jika korang bertanya kepada aku mengenai hal ini, akupun hanya bleh menjawab barang-kali atau mustahil.Itu sahaja.Lagipun bukan mudah nak tgk JM kembali ke England & latih Chelsea balik.Perkara ini tidak semudah dengan perkara yang kite lakukan di pejabat, di sekolah, di tusyen atau di mana-mana.Perkara ini berkaitan dengan maruah, konflik & konspirasi.

Pernah dengar ayat "Dah ludah jilat balik" ? Bukan senang JM nak terima semula Chelsea selepas ape yang dilakukan oleh Roman terhadapnya sebelum ini, bagai menikamnya dari belakang, jika JM terima jawatan tu lg, seolah-olah dia menjilat balik benda yg die sudah ludah itu.

Tapi dalam bola sepak, tiada benda yang mustahil.Sekelip mata sahaja ia bleh berlaku.Fikiran manusia tidak terbatas.Akan ade sahaja perubahan yang dibuat.JM pernah berkata dia sayang kepada Chelsea seperti die menyayangi diirnya sendiri.Wlpn sudah lebih 3 tahun die meninggalkan Stamford Bridge, namun JM sentiasa bercakap mengenai Chelsea & memuji kelab kite itu.JM menjaga player Chelsea seperti die menjaga anak bininya sendiri.That why, korang boleh nampak mane ade problems yg berlaku kepada playernya  jika JM yang handle sesuatu team.1 lagi, JM pandai bermain dengan kate2 yang mana ia membolehkan playernya itu yakin dengan perfomance yg mereka miliki.Mase menang dengan Chelsea last season di UCL , die x celebratepun dengan kemenangan Inter.Itu menunjukkan betapa respeknya die kepada Chelsea.Mane nak cari manager royal cmtu bai..fikirkanlah.

"Keep the faith". Itulah ungkapan ringkas dari JM kepada player Chelsea beberapa minggu yg lalu.

Apepun, jika benarlah JM akan kembali semula ke Chelsea, aku tak de masalah.Dia manager terbaik di dunia.He's my icon in football manager.Ape yang die buat di Chelsea sebelum ni memang tak akan ade yang mampu membalasnya.Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.Welcome back to Stamford Bridge, Jose.Kepulangan anda sangat dinanti-nantikan oleh fans Chelsea.

P/S : Buat mase skrg, biarlah kite fokuskan ape yg berlaku pada 2 bulan terakhir ini.FA Cup, Carling Cup sudah tersingkir, so kite masih ade 2 lagi trofi target dalam genggaman iaitu UCL & EPL.Jika kita gagal melunaskan 2 misi yg tinggal itu, maka korang sendiri fahamlah ape yg berlaku kepada CA.Jika tidak Jose, maybe hanya ade 2 sahaja name lain yg akan akan mengisi kerusi manager Chelsea musim depan iaitu sama ada Guus Hiddink ataupun Pep Guardiola.

Cetusan hati Drogba

Posted by KampungChelsea On Saturday, March 12, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika ditanya, ke mana hala tuju player bola sepak selepas mereka bersara nanti ?

Pastinya ada di antara mereka yang menjawab dan berkata bahawa mereka mahu membuka bisnes sprt menjual satay, membuat lempeng dan tidak lupe juga bekerja sebagai part-time DJ radio di kindergarten.Ada juga yang berminat untuk menceburi bidang pengurusan & kejurulatihan.

Tapi berbeza pula dgn prinsip seorg striker sensasi sprt Abang Didi.Apabila ditanya ke mana hala tujunya slpas pencen nanti ? Didi tenang menjawab  :


“Working with the humanitarian thing is something very important to me.It’s not just because I am playing – I am not doing this just to promote myself. I’m using my image to promote my foundation, so it is something I want to do long-term.

“It’s not something you do and after three years you.It’s something very serious. I’m not doing it for fame.Actually it’s my main passion. When I retire, it will become my priority number one.


Tengok ? Tak ramai yang menyangka bahawa Didi sanggup menolak perkara yg berkaitan dgn hal keduniaan dan memilih untuk melakukan amal kebajikan.Kata Didi, dia lebih berminat untuk membuat kerja2 kemasyarakatan kerana amalan tersebut jarang dilakukan oleh masyarakat sedunia pada hari ini.

Kan bagus jika ade player yg berfikiran seperti Didi.Sebelum nipun dia sentiasa terlibat dalam hal2 kemanusiaan seperti kempen mencegah HIV/AIDS & menolong golongan fakir miskin.Sama ada di dalam mahupun luar padang, karakter Didi sentisa menyerlah sebagai seorang manusia yang emosional & berhati tulus.

Kalau tanya kat CR7, Shrek...diorang hnya tahu nak berfoya-foya & pergi disko je tiap2 malam.

Muka mmg nampak ganas tapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Welcome home Claudio Ranieri

Posted by KampungChelsea On Friday, March 11, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sape tak kenal uncle ni, baik x payah jadi die hard fan Chelsea lah...

Chelsea & Stamford Bridge memang sangat sinonim dengan Claudio Ranieri.Sebelum Roman datang takover CFC, beliau sudahpun bertapak di sana.Wlpn tidak meyumbang sbrang trofi, namun Ranieri banyak membuat perubahan yang drastik & positif untuk skuad kita.Tak heranlah nama2 seperti William Gallas,Damien Duff,Jesper Gronkjaer,Emmanuele Petit dan Zenden yg berada di Stamford Bridge hasil daripada kerja keras beliau.Super-Frank yg berhijrah dari West Ham ke CFC pun atas daripada usaha Ranieri juga.Ditambah lagi dgn zaman Zola,Hasselbaink,Wiese yang pernah berurusan dengan beliau.

Selama 4 tahun berada bersama kem kite, Ranieri membawa Chelsea mara ke semi final UCL iaitu pada season 2003/2004 dgn menyingkirkan Arsenal di quarter final namun tewas di separuh akhir kepada AS Monaco.Pada season itu juga, beliau berjaya menempatkan Chelsea ke final Piala FA.

Jika Jose Mourinho penyuluh cahaya & then Ranieri is a light bearer(pembawa cahaya).Tapi sayangnya jodoh beliau di SB xlama & akhirnya beliau telah menjadi pengurus Chelsea pertama yang dipecat oleh Roman.Pada masa itu hadirlah zaman The Special One that always give more succesful for us.


So, sempena dengan kedatangan Ranieri ke Chelsea minggu ini, ramai yang menyangka adakah kedatangan beliau ke London atas dasar lawatan old friend atau ade motif lain ?

Jawapannya hanya sekadar lawatan.Just for entertainment.Tiada motif buruk yang lain.Ranieri baru sahaja meletakkan jawatan sbg coach Roma beberapa minggu yg lalu.So minggu ini beliau memgambil keputusan untuk datang singgah kejap ke CFC.Kate Ranieri, pulang ke London merupakan sesuatu perkara yang sangat menyenangkan hati daripada berada di Itali yang bagaikan satu tempat neraka baginya.

Ranieri juga sempat training bersama JT, Lampard & player yang lain di pusat latihan Cobham.Hmmm baguslah dengan kunjungan dr Ranieri ni.Boleh juga die bagi advice & semangat kpd player kite especially kat Didi yg lost confidence tu.Lebih best, bagi tips konfiden utk Torres sekali.

By the way, thanks a lot for ur trip, uncle Ranieri & also ur support for CFC until now.Like Jose & Ray Wilkins, jasa mu tetap dikenang sampai bile2.Terima kasih daun keladi, harap lain masa kite jumpe lagi.KTBFH.

P/S : Secara jujurnya, kalau Ranieri offer nak jadi assistant CA skrg ni, no problemo & aku on je.Emenalo bukannya akrab sangat dengan CA.Ranieri is a professional man n amp; so like CA too.Jika mereka bergabung serta; bekerjasama, aku rase pengurusan Chelsea akan jadi lebih baik utk masa yang akan datang nanti.Well, look & think smart about this bro.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png