Hajat untuk merangkul Uefa Super Cup tidak kesampaian

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 31, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bayern akhirnya dapat tuntaskan misi balas dendam mereka dua musim lepas dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Chelsea.

Manakala Chelsea mengulangi skrip yang sama seperti tahun lepas iaitu gagal menjuarai UEFA Super Cup.  Musim lepas tewas kepada Atletico Madrid, kali ini kepada Bayern Munich pula. Hajat Mourinho untuk merangkul gelaran Uefa Super Cup pertamanya tidak kesampaian.

Jika jaringan penyamaan yang dramatik oleh Javi Martinez pada minit2 akhir extra time itu tidak terjadi sudah tentu Chelsea ditabalkan sebagai juara. Hasil daripada gol tersebut membolehkan scoreline manjadi 2-2 & mengajak perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalty. Kesemua pemain berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam sepakan penalti kecuali Lukaku selepas sepakan lemahnya berjaya diselamatkan oleh Neuer.

Aku hampir2 nak raikan kejayaan Chelsea pada minit ke-120 tetapi Javi Martinez memang betul2 spoilkan keadaan. Apa boleh buat, itulah bola sepak. Macam2 boleh berlaku.

Walaubagaimanapun ini bukanlah satu kekalahan yang memalukan. Bermain 10 orang & hanya tewas menerusi sepakan penalti, jadi di sini kita tahu Bayern cuma bernasib baik dapat menewaskan Chelsea. Kredit kepada semua pemain terutama sekali Cech yang begitu banyak sekali menyelamatkan percubaan dari pihak lawan.

KTBFFH.

Official : Selamat datang Eto'o

Posted by KampungChelsea On Friday, August 30, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Ini bukanlah keputusan yang sukar. Saya melihat kualiti yang dimiliki oleh Chelsea, lantas saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya juga gembira dapat bekerja sama dengan Jose Mourinho."

Samuel Eto'o Fils.

Yeah, ini baru betul pemain yang kita mahukan.

Pedulikan Rooney, walaupun Eto'o bukan pilihan utama Mourinho namun kerana shrek itu memilih untuk kekal bersama MU, jadi biarkan. Mourinho mahu menyelamatkan kariernya daripada terus berada di belakang Van Persie tetapi dia memilih untuk tetap setia di Old Trafford, jadi apa boleh kita buat. MU terlalu istimewa buat Rooney, so let it go. Karier dia tidak akan berkembang pun jika diletakkan sebagai pilihan kedua.

Jadi Mourinho meneruskan plan B nya itu dengan menandatangani Eto a.k.a bekas anak didiknya di Inter. Dulu ketika era pertama bersama Chelsea, Mourinho pernah cuba untuk beli Eto tetapi Barca tidak mengizinkan. Mourinho pernah plan untuk gandingkannya dengan Abang Drogba tetapi tidak kesampaian. Kita semua tahu konflik Mourinho & Barca macan mana.

Eto'o ini masih antara striker terbaik di dunia. Kalau dia dapat ulang prestasinya sewaktu di Barca & Inter, masalah Chelsea di bahagian striker aku anggap sudah setel. Tidak ada masalah untuk kita memenangi treble musim ini.

Cemerlang bersama Barca, cemerlang bersama Inter & tidak salah jika aku katakan bahawa striker kelahiran Douala, Cameroon itu akan tampil cemerlang juga bersama Chelsea.

Harapan aku agar Eto'o dapat beraksi sehabis baik untuk tempoh 1 tahun terakhir di Stamford Bridge. Apa boleh buat, dia hanya sain kontrak selama setahun. Selepas pada itu bergantung kepada board club sama ada mahu memperbaharui atau tidak kontraknya itu.

Eto'o datang, Torres ? Ba ? macam mana pula ?

Ba mungkin akan di-loan ke Newcastle, manakala Torres tidak kemana-mana. Sukar untuk melepaskan pemain yang mempunyai tag price 50 juta. Perform teruk sekalipun, harganya itu telah menyelamatkan Torres. Nasib baik Ba dibeli hanya 7 juta sahaja.

Info lain : Hasil undian peringkat kumpulan Champions league semalam meletakkan Chelsea di group E bersama dengan FC Schalke, FC Basel & Steau Bucharest. Ini group yang normal & rasanya tidak ada masalah untuk melepasi ke peringkat yang seterusnya. Musim lepas kita pernah menyingkirkan dua dari 3 team tersebut di saingan Europa League. Namun itu tidak bermakna kita harus memandang rendah keupayaan mereka. Mungkin musim ini mereka lebih kuat, siapa tahu kan ?

MU 0 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 27, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku menonton game MU lawan Chelsea ini macam aku tengok perlawanan ragbi. Sangat membosankan. 90 minit macam tak ada apa2, kosong. Kalau ada lagi game bola macam ini pukul 3 pagi, konfem aku masuk bilik & tidur.

Schurrle, De Bruyne tak menjadi. Masuk pula Torres & Mikel, tempo game jadi blind terus. Kalau nak menang, Mourinho patut masukkan Mata & Lukaku. Kedua-dua pemain itu sangat menyerlah ketika menentang MU musim lepas. Lukaku score hatrik, manakala Mata score gol kemenangan ketika Chelsea menang 1-0. Cuma kredit untuk bahagian pertahanan. Cahill & Terry seperti yang aku katakan sebelum ini sukar dibolosi. Mereka berdua begitu solid.

Kesimpulan ? MU & Chelsea sama2 kuat. Sepanjang perlawanan berlangsung, dua2 team tak ciptakan peluang bahaya. Masing2 menggagalkan serangan lawan. Bagi Chelsea, seri di Old Trafford bukanlah satu result yang buruk. Lawan dengan juara bertahan, dapat 1 mata serta clean sheet boleh dikira satu hasil yang baik. Lagipun ini baru awal2 musim. Nantikan klimaks yang sebenar dari Chelsea di Stamford Bridge.

Next game Uefa Super Cup lawan Bayern Munich, hohohoho.


Official : Reject Liverpool & Spurs, Willian pilih Chelsea

Posted by KampungChelsea On Monday, August 26, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea Football Club can confirm an agreement has been reached with both Willian and his club Anzhi Makhachkala for the transfer of the Brazilian player. The transfer is subject to a work permit hearing on Wednesday.

Kenyataan dari laman web rasmi Chelsea Football Club.

Bengang ye Spurs ? haha.

Walaupun mereka dianggap faveret untuk dapatkan Willian dengan yuran perpindahan serta terma & syarat sudah dipersetujui oleh kelab Anzhi, malah hampir2 untuk menjalani medical test namun kemudian Spurs enggan untuk naikkan pakej gaji yang menyebabkan proses perpindahan tersebut tergendala & pada waktu itu juga Chelsea menjalankan tugas dengan bijak dengan membuat tawaran yang tidak complicated & akhirnya Willian memilih untuk menyertai kelab Chelsea.

Ceritanya mudah, nak beli pemain yang berkualiti harus offer harga yang tinggi. Dan jangan refuse dalam soal untuk naikkan salary pemain.

Liverpool pun boleh berkongsi kedukaan ini bersama-sama dengan Spurs.

Paling kesian sudah tentu AVB. Dia yang paling beria nak dengan Willian ini. Ketika bersama dengan Chelsea dua musim lepas, dia pernah cuba untuk dapatkan Willian tapi gagal kerana Shakhtar Donetsk tidak mengizinkan Willian berhijrah ke Stamford Bridge.

Willian seorang pemain yang bagus. Of course dia sertai Chelsea kerana Chelsea adalah kelab besar & tak lupa beraksi di Champions League. Jadi benda itu mudah untuk menarik minat pemain. Willian juga berhasrat untuk bermain di World Cup tahun depan. Jadi peluangnya untuk dipanggil oleh Felipe Scolari mungkin lebih cerah memandangkan dia seorang pemain kelab Chelsea.

Dia akan menjadi pemain ke-6 Brazil dalam skuad Chelsea selepas David Luiz, Ramires, Oscar, Lucas Piazon & Wallace. Bekas pemain Shakhtar Donetsk itu juga akan menjadi pemain ke-4 terbaru The Blues selepas Van Ginkel, Schurrle & Mark Schwarzer.
   

Willian datang, Mata keluar ? Tak. Salah tu. Mata tidak kemana-mana. Mourinho sendiri menjelaskan bahawa Mata masih dalam perancangan beliau. Walaupun banyak sekali option di bahagian tengah tetapi Mata tetap akan menjadi pemain penting Chelsea.

Mungkin yang keluar rasanya Moses & Ba.

Oscar, Mata, Hazard, De Bruyne, Schurrle, Ginkel, Ramires, Lampard, Willian. Begitu ramai sekali pemain attacking Chelsea. Dan aku tak rasa yang pembelian Willian ini membazir kerana Chelsea mungkin akan bermain banyak perlawanan seperti musim lepas. Jadi dalam situasi ini pemain akan di-rotate. Untuk bermain banyak perlawanan, lebih2 lagi beraksi dalam kompetitif EPL, Piala Fa, Carling Cup & Champions League, Chelsea harus memiliki skuad yang besar. Jadi sekarang ini kita sudah memiliki skuad dalam satu kapasiti yang mencukupi.

Apa pun selamat datang ke Stamford Bridge, Willian de Borges.

# Samuel Eto'o agaknya tengah on the way. Nak tunggu Rooney sampai kesudah MU tak nak jual.

P/S : Kick-off Chelsea lawan MU jam 3 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 810 & 831.

Chelsea 2 Hull City 0

Posted by KampungChelsea On Monday, August 19, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemenangan kompetitif pertama Jose Mourinho bersama Chelsea, di samping meraih sambutan yang menggalakkan dari para peminat di Stamford Bridge. Special one kembali, jadi aku faham mengapa ramai yang menjangkakan Chelsea akan memenangi EPL musim ini.

Oscar menterjemahkan gol pembukaan namun aku lebih tertarik dengan gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh abang legend no 8 iaitu Lampard. Sepakan percuma yang kencang menewaskan keeper lawan, Allan McGregor. Kalau tidak kerana kecekapan penjaga gol Hull City itu, rasanya Chelsea boleh menang lebih dari 3/4 gol. Walaupun melakukan kesilapan pada awal permainan dengan mengasari Torres & seterusnya membolehkan Chelsea mendapat sepakan penalti namun McGregor menidakkan sepakan penalti berkenaan & juga menggagalkan tandukan Ivanovic.

Tandukan Ivanovic itu situasi bolanya hanya masuk separuh & bukan sepenuhnya. Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol. Orang putih cakap cross the line. Kalau bola belum melepasi secara keseluruhan garisan, ia tidak akan dikira sebagai gol. Itulah pentingnya penggunaan goal-line technology. Aku tidak mempunyai masalah dengan teknologi seperti ini. Kalau nak harapkan keputusan dari linesman, konfem Chelsea dapat gol ke-3 & mutu pengadilan bola sepak EPL akan terus dipersoalkan lagi.

Hazard, De Bruyne & Oscar masing2 mempamerkan aksi cemerlang. Ketiga-tiga mereka ini berhak memperolehi MOTM. Torres ? Torres okay. Dia memenangi penalti & free kick untuk Chelsea. Tetapi sepanjang dia main kat atas padang itu tiada sebarang percubaan dibuat. Lukaku yang hanya beraksi kurang dari 15 minit pun dapat juga melakukan tendangan ke arah gawang lawan. Torres ini style permainannya bukan macam striker, ia lebih ke arah winger. Itu baru lawan Hull City, belum lawan lagi team macam MU & Manchester City. Jadi harapan aku agar lepas ini biar Ba/Lukaku yang jadi 1st starter. Torres ini macam tidak bernafsu untuk menjaringkan gol.

Hull City sempat juga melawan pada separuh masa kedua namun barisan pertahanan Chelsea terlalu kebal. Tidak mudah untuk merobek gawang Chelsea jika ada pemain pertahanan seperti Cahill & Terry.

Permainan Chelsea hari ini lebih menarik pada separuh masa pertama berbanding separuh masa kedua. Pada separuh masa kedua permainan Chelsea lebih ke arah taktikal. Kita semua tahu Mourinho inginkan gaya permainan yang realistik iaitu mencapai objektif sesebuah perlawanan. Jadi objektif yang diinginkan tercapai iaitu 3 mata penuh. Menang sambil meraih clean sheet. Itu yang kita mahu dalam sesebuah perlawanan dari mempamerkan aksi berseni seperti kanak2 tadika Arsenal tapi dimalukan oleh Aston Villa di tempat sendiri.

Apa pun musim masih panjang.

King Drogba !

Posted by KampungChelsea On Monday, August 05, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kenapa Drogba selalu mempermainkan perasaan kanak2 tadika Arsenal ?

Dalam 14 perlawanan menentang Arsenal, Drogba telah menjaringkan 13 gol. Campur 2 gol tadi, semuanya 15 gol.

Emirates Cup, satu2 nya peluang untuk Arsenal meraih gelaran buatan sendiri selepas 7 tahun tak berpiala gagal selepas dikecewakan oleh seorang wira yang diangkat sebagai lagenda The Blues.

Kenapa Drogba ? Kenapa selalu menjadi mimpi ngeri buat penyokong Arsenal ?

Cuba lagi tahun depan ye arsenal


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png