2 In 1 : Abramovich Hapus Hutang Chelsea & Blackburn Panjangkan Kontrak Di Santo

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 31, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea tidak lagi berhutang kepada mana-mana pihak/lembaga kewangan kerana Roman Abramovich telah melangsaikan hutang kelab tersebut sebanyak 340 juta.

Daily Mail memberitahu bahawa tindakan oleh Abramovich ini akan membuatkan Chelsea terlepas dari hukuman dan peraturan FIFA, yang memerlukan kelab tersebut bebas dari berhutang dengan mana-mana pihak.

Bruce Buck, pengerusi Chelsea mengatakan bahawa dia lega kerana hutang kelab Chelsea sudah dapat dilangsaikan dan kelab Chelsea akan menjaga kredibiliti dan kestabilan kelab bagi masa panjang.

Blackburn Rovers akan memperpanjangkan masa pinjaman penyerang muda Chelsea, Franco Di Santo sehingga akhir musim ini.

Masa pinjaman Di Santo sebenarnya berkahir pada bulan Januari ini tetapi Chelsea dikatakan tidak berniat untuk memanggil pulang kepada Di Santo walaupun chelsea sekarang ini kehilangan Kalou dan Drogba selama 5 minggu.

Selamat Tinggal Tahun 2009 Daripada Kampung Chelsea

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 31, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aku Umar Abdul Aziz merangkap sebagai penulis blog Kampung Chelsea ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pelawat blog ini khususnya penyokong Chelsea.Semoga di tahun baru ini iaitu 2010 menjadi tahun paling gemilang dan hebat kepada korang semua.Jadikan tahun 2009 sebagai tahun paling bermakna kepada korang semua.Walaupun banyak kenangan pahit atau manis korang pada tahun 2009 itu, namun korang perlu jadikan ia sebagai pembakar semangat bagi menempuh cabaran dan dugaan yang baru pada tahun 2010.

Aku ingin meminta maaf jika selama tahun 2009 ini aku ade buat salah dan silap khusunya kepada pelawat-pelawat blog ini.Aku hanya manusia biasa yang tidak akan lari daripada kesilapan.

Harapan aku ialah semoga kita semua menjadi manusia yang dapat mencapai matlamat dan impian yang diimpikan oleh kita selama ini.Mungkin ramai tak dapat mencapai matlamat dan impian yang diinginkan pada tahun 2009, namun ape kata korang cube pulak untuk merealisasikan matlamat korang tu pada tahun 2010 pulak.Buat azam baru ok...

P/S : Jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam memeriahkan blog ini iaitu kepada Mirul,Raiden,BenG,Cleo,AnakSedaraDrogba,Padil,Azmel,Aiman dan kepada semua(minta maaf kalau ade name yang aku tak sebut tu) yang terlibat dalam memeriahkan blog kampung chelsea ini.Terima kasih banyak2 di atas penglibatan korang dalam blog ini.Tanpa korang mungkin blog ini tidak akan bertahan sehingga sekarang.Akhir sekali diharapkan korang sentiasa keep in touch with this blog.Namun ape yang penting ialah always support our best team,Chelsea forever.Keep the blues flying high.

Fireworks Crowd Pictures, Images and Photos

|

Sturridge Yakin Boleh Ganti Tempat Drogba

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 30, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daniel Sturridge mengatakan bahawa dirinya cukup mampu menjalankan peranan dan tugas yang baik sebagai pengganti Drogba dan Kalou.

" Kami semua ingin bermain dan kami ingin bersatu dalam satu pasukan.Saya berharap saya mendapat banyak kesempatan tetapi saya tidak mahu beranggapan bahawa sayalah yang paling layak untuk bermain kerana masih ade pemain lain yang beraksi dalam skuad utama kami," kata Sturridge.


Menurut Sturridge, dirinya perlu bekerja lebih keras dan berharap prestasinya berada dalam tahap yang terbaik.Sturridge juga ingin mendapat kesempatan untuk memperlihatkan kemampuannya di depan peminat

"Sungguh hebat dapat menggantikan Drogba dan Kalou.Saya tidak pernah mendapat banyak kesempatan seperti itu sejak tiba di Stamford Bridge.Saya yakin boleh menjaringkan gol.Saya telah belajar banyak dari Drogba dan Anelka.Kedua-dua pemain ini hebat.Saya harap saya dapat menjadi pemain seperti mereka," ujar Sturridge lagi.

Cech Mahu Ancelotti Beli Pemain

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 30, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cech dan pemain Chelsea yang lain meminta Ancelotti mengubah keputusannya dan membeli penyerang baru, pada bulan Januari 2010.

Daily Mail memberitahu bahawa Ancelotti menolak untuk membeli penyerang baru.Chelsea akan kehilangan Drogba dan Kalou yang perlu mewakili skuad kebangsaan mereka.Nicolas Anelka pula mengalami kecederaan hamstring.

Ancelotti berjanji untuk memberi kepercayaan kepada dua penyerang muda iaitu Sturridge dan Borini.Kedua-duanya dianggap calon paling layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Drogba,Anelka dan Kalou. Cech sempat menyampaikan desakan ini ke Ancelotti.

"Bagi kami, Drogba,Kalou, Essien dan Mikel sangat penting," kata Cech.


Roman Abramovich tidak terlalu masuk campur dalam urusan pembelian pemain.Dia hanya menyediakan 50 juta untuk perbelanjaan pemain dan Ancelotti bakal bersiap sedia untuk menggunakan dana tersebut untuk membeli satu atau dua penyerang.

Hot News : Ancelotti Tidak Akan Beli Pemain Baru

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 30, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ancelotti menegaskan bahawa dia tidak akan menghabiskan duit Chelsea untuk membeli pemain baru pada jendela perpindahan pemain pada bulan Januari nanti walaupun terpaksa kehilangan banyak pemain penting yang sudah pergi beraksi untuk skuad kebangsaan mereka di Piala Afrika.

Walaupun terpaksa mengharungi keadaan yang menyukarkan ketika Chelsea mencatat kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam perlawanan Derby London semalam, Ancelotti tidak mahu menambah pemain baru.Ancelotti mengaku bahawa dia berpuas hati dengan skuad yang dimiliki olehnya sekarang.

"Saya merasakan sekarang ni ialah skuad terbaik saya dan saya fikir bahawa kami sudah mempunyai skuad yang bagus dan mantap.Kami sudah mengetahu perkara ini(pembelian pemain baru) sejak musim ini bermula.Pemain kami sudah banyak.Anelka akan kembali pada Januari nanti dan kami sudah mempunyai kekuatan yang terbaik," kata Ancelotti kepada Sky Sports.

Galeri/Foto : Goodbye 2009 EPL From Chelsea !!!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome Home Jose...

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 29, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Korang perasan tak semalam Jose Mourinho datang kat Stamford Bridge tengok match dengan Fulhamkan ? Mesti korang perasankan...Hehe selamat kembali ke Stamford Bridge Mourinho...

"i'm still The Special One".Itulah gelaran paling popular Jose Mourinho ketika dia membimbing chelsea suatu ketika dahulu.Hehe datang nak tengok match chelsea saje ke atau datang nak kaji strategi dan taktik permainan chelsea untuk match UCL nanti Jose ? Hehe

Video Highlights & Gol : Chelsea 2 Fulham 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

From Down To Fight & Win !!!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 29, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
F**k,Adoi,Ermmm,ARGHHHH,EISH dan FUH.! itulah ungkapan yang aku tak henti2 sebut daripada match tadi.Akhirnya kita berjaya mendapat 3 mata daripada match tadi walaupun terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk menang dengan team kebal giler,Fulham.Thanks 2 Drogba lagi dan thanks bebanyak kepada player Fulham,Smalling kerana menghadiahkan golnya untuk chelsea.2 gol dalam mase 2 minit,Fuh giler betul.Walaupun menang tapi yang penting kita terus berada di puncak liga dan memiliki kelebihan 5 mata dengan United.Lastly aku ucapkan Alhamdulillah syukur kite menang.

ULASAN AKU :

-Aku tak berapa hepi sangat dengan perfomance kita tadi.Walaupun menang, kita masih kurang menyengat di bahagian serangan.Kita serang tak henti-henti tadi namun takder satu peluang terbaik yang mampu kita buat.Fulham memang defend 100% lepas diorg leading kite 1-0 tu.Namun yang aku geramnyer player kita masih nervous time bawak bola di kawasan kubu Fulham.Betul kate Ancelotti, player kita tiada keyakinan.Ferreira tak mampu nak bawak bola untuk memasuki lebih rapat di kubu Fulham, asyik buat cross.Gembira tengok Zhirkov main dalam starter 12 chelsea dalam match tadi namun tak hepi skit dengan persembahan die tadi.Zhirkov tak macam selalu.Match tadi, dia cam ragu2 nak masuk lebih rapat ke kubu Fulham.

-Cech plak asyik nak keluar je.Aku geram la.Bila high ball dari Fulham masuk ke kubu kita, Cech asyik nak keluar je dari kawasan die.Sampaikan Ballack jatuh kena halangan die tu.Bukan dengan match fulham je, Cech kalau main kat stamford Bridge selalu keluar dari kawasannya time high ball dari pihak lawan.Bahaya tu...

-Frust dengan Lampard.Shooting selalu tak menjadi.Ballack plak mujur die defend je hari ni,die amik tempat Essien.Patutpun dalam match tadi die x buat shootingpun.Sakit hati dengan Mikel.Ade ker nak shooting jauh tadi.Die ni lemah bab2 shooting,geram giler nak shoot jauh.Passing n bawak bola je keje ko Mikel.

-Kemasukan Ivanovic denngan menggantikan Ferreira memang strategi bagus dari Ancelotti.Hasilnya dia punyer passing kepada Drogba dan Drogba berjaya score.Tak lupe juga jasanya menghalang percubaan bahaya player fulham tadi.Kemasukan Sturridge juga strategi yang bagus dari Ancelotti.Kalau dia tak shoot ke arah player Fulham yang score gol sendiri tu tadi mungkin kite akan seri je tadi.

P/S : Secara puratanya Fulham memang defend paling mantap yang tak pernah aku tengok dalam epl.Diorang punyer defend power giler, sampai player kite asyik buat croos/set piece je tadi.Tapi tahniah la kepada player kita yang berjuang bermati-matian untuk menang tadi.Aku salute dan bangga.Namun jangan hepi sangat kerana match masih banyak dan persembahan tadipun bukanlah persembahan terbaik, jadi kena ambil iktibar daripada kemenangan ini agar terus bersemangat untuk terus menang dan menang.Keep the blues flying high.

Preview Match Malam Ini : Bangkit Atau Terus Jatuh

Posted by KampungChelsea On Monday, December 28, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea kembali akan menghadapi pasukan liat untuk dikalahkan iaitu Fulham malam ini.Fulham jelas sekali bukan lawan mudah buat Chelsea malam ini.Namun persoalannya susah atau senangnya Fulham malam ini, takkan kita perlu nak drop points lagi seperti mana yang kita telah melepaskan peluang ketika menetang West Ham dan Birmingham.

Namun kelebihan sedikit memihak kepada Chelsea malam ini kerana perlawanan akan berlangsung di Stamford Bridge.

Fulham yang berjaya memalukan Manchester United 3-0 dan mengikat seri tanpa jaringan dengan Spurs di Craven Cottage cukup membuatkan kenapa mereka adalah team sukar untuk dikalahkan pada malam ini.

"Birmingham dan Fulham berada dalam prestasi terbaik ketika ini.Saya merasakan bahawa perlawanan isnin(malam ini) sukar.Anelka dan Essien merupakan pemain penting kepada kami kerana mereka ada kualiti.Tapi sayangnya mereka cedera dan saya terpaksa mencari pengganti lain," kata Ancelotti.

P/S : Malam ni ade live kul 11 malam.Harapan aku ialah melalui match ini dan seterusnya ialah kita wajib bangkit untuk terus menang dan menang sehingga akhir musim.Seri atau kalah malam ni bermakna kita akan terus jatuh dan jatuh.

Pemain Kita Tak Ade Keyakinan : Ancelotti

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 27, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Joe Hart dan Cech yang masing-masing terlibat dalam insiden perlanggaran kepala tetapi dalam situasi yang berlainan.Kepala Cech yang kita dapat lihat pada match semalam terkena tiang gol namun ia sempat "diselamatkan" oleh helmet(perlindungan) kepalanya.)

Disebabkan kekurangan kepercayaan diri, Chelsea gagal meraih kemenangan ketika menghadapi Birmingham City dalam perlawanan Boxing Day semalam.Seri 0-0 di St Andrews semalam membuatkan Chelsea kehilangan 2 mata berharga.

Carlo Ancelotti kecewa dengan keputusan tersebut dan mengakui bahawa pemainnya tidak ade kepercayaan diri.Kesannya, Chelsea gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terbaik untuk menjaringkan gol.

"Semalam, kami memiliki 5,6 dan bahkan 7 peluang yang boleh menghasilkan gol.Kami tidak memiliki kepercayaan diri dalam bermain.Kami juga kepenatan dan kehilangan beberapa pemain penting kerana mereka mengalami kecederaan," kata Ancelotti.

Disebabkan hal itu, Ancelotti mengingatkan kepada para pemainnya untuk mempercayai diri dalam perlawanan menetang Fulham esok.

"Kami tidak boleh kehilangan kepercayaan diri lagi.Kami perlu bermain baik dan fokus pada perlawanan menetang Fulham," ujar Ancelotti lagi.

Komen aku : Alasan Ancelotti ialah pemain kita takder keyakinan diri tapi kalau kita kalah/seri lagi match lawan fulham esok,ape lagi alasan Ancelotti nanti ? Mungkin xcukup makan plak alasannya die nanti.

Tak Tahu Nak Cakap Ape...

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 26, 2009 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tak tahu nak cakap ape mengenai match tadi.Keputusannya kita seri dan terus sengaja mencicirkan mata berharga di St Andrews tadi.Teruknya Malouda kena buang padang, dah ler main xbest,pastu kena kad merah plak,ape la malang nasib ko Malouda.Bengangnya aku dengan Ancelotti ialah kenapa dia sanggup mengeluarkan Lampard dan menggantikan Joe Cole yang main entah ape entah tu.Patutnya Malouda tu yang kena ganti dengan Joe Cole....

Preview Match Malam Ini : The Final 4 !!!

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 26, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini merupakan aksi terakhir 4 orang player kita sebelum berangkat ke Angola bagi menghadapi Piala Afrika iaitu John Obi Mikel,Didier Drogba, Salomon Kalou dan Michael Essien.Micahel Essein mungkin dikecualikan pada aksi terakhir malam ini kerana dia masih dibelenggu kecederaan.Selepas match dengan Birmingham malam ini, selama 1 bulan kita tidak akan melihat wajah2 mereka beraksi di EPL.Selamat maju jayalah kepada semua !!!

P/S : Posisi Mikel dan Essein mungkin akan digantikan dengan Deco/Malouda/Joe Cole.Drogba dan Kalou pula pastinya akan digantikan dengan Fabio Borini/Sturrdige.

Preview Match Malam Ini : Birmingham Vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 26, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Malam ini jam 8.40 malam akan bermulalah perlawanan menarik di antara team kite menetang Birmingham di Stadium St Andrews.Kita tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan Birmingham malam ni kerana dalam 5 perlawanan terakhir mereka,mereka tidak kalah.Dan lebih mencabarkan lagi team kita malam ini ialah team Birmingham begitu sukar dan liat untuk dikalahkan di tempat mereka.

Krisis kecederaan Chelsea sudahpun melanda apabila Anelka mengalami kecederaan di bahagian lututnya dan tidak akan beraksi malam ni dan match menetang Fulham.Seperti mana yang kita tahu pemain lain yang mengalami kecederaan ialah Bosingwa dan Essein.

Barisan kemungkinan malam ini : Cech, Ashley Cole,Terry,Carvalho/Alex,Ivanovic, Lampard,Ballack,Mikel,Deco/Malouda ,Drogba,Kalou/Sturridge/Borini


Preview Match : Kalah Atau Menang ?

Posted by KampungChelsea On Friday, December 25, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Esok Chelsea akan melawat ke Birmingham di St Andrews dengan berbekalkan harapan yang tinggi iaitu membawa 3 mata penuh dan sentiasa berada sebagai pendahulu liga.Namun mampukah kita memenangi 3 mata penuh berharga malam esok.Jika hendak mengikut rekod 5 perlawanan terakhir kita sebelum ini, tugas malam esok amatlah sukar.Seri 1-1 dengan West Ham minggu lepas cukup membuktikan bahawa persaingan sebenar EPL akan bermula.Tidak mustahil untuk kita memperolehi keputusan seri lagi malam esok kerana dalam 5 perlawanan terakhir kita sebelum ini kita berjaya mencatat keputusan seri sebanyak 3 kali.Namun malam esok badi seri mungkin akan berakhir kerana malam esok kita akan menyarung jersi kedua kita itu dan keputusannya sama ada menang atau kalah.

P/S : Esok kita akan memakai jersi no 2 kita tu.Sejak kita memakai jersi no.2 tu musim ni kita tak pernah menang dan asyik kalah je.Tak tahu la camner lawan Birmingham malam esok.

Lampard Lagenda Terbaik England Dekad Ini

Posted by KampungChelsea On Friday, December 25, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Frank Lampard terpilih sebagai pemain terbaik England pada DEKAD(selama 10 tahun) ini hasil daripada pemilihan akhbar The Sun.Munculnya nama Lampard berdasarkan persembahan dan penampilan yang telah dinilai dari 1 Januari 2000 hingga sekarang.

Pemain yang berumur 31 tahun ini telah mencatat pemain yang telah beraksi dalam jumlah perlawanan dan kemenangan yang terbanyak.Lampard bermain sebanyak 346 kali dan meraih 210 kemenangan.Lampard berada di tempat teratas sementara pemain pertahanan Liverpool, Jamie Caragher berada di kedudukan kedua.

"Hal ini membuatkan saya berasa gembira dan bangga kerana Lampard merupakan pemain yang unik.Dia merupakan pemain yang FLEKSIBEL.Itu tidak mengejutkan saya kerana dia memang bagus dalam statistik, lebih bagus jika nak dibandingkan dengan pemain bintang yang lain," puji Claudio Ranieri,yang merangkap bekas manager Chelsea.

Sturridge Ganti Anelka

Posted by KampungChelsea On Friday, December 25, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cederanya beberapa player Chelsea sehingga akhir Januari nanti memberikan kelebihan dan kesempatan kepada beberapa player muda Chelsea untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.Ancelotti berharap beberapa pemain muda yang sentiasa berada di bangku simpanan akan memanfaatkan kesempatan ini dengan baik.

Pada hari Boxing day bermula pada hari sabtu dan isnin ini nampaknya menjadi tugas sukar setiap kelab EPL.Masalah yang dihadapi oleh Chelsea dibarisan serangan ketika ini ialah Anelka mempunyai kecederaan lutut yang menyebabkan dia tidak akan bermain dalam boxing day.

Ketika berhadapan dengan Birmingham City pada hari sabtu ini, Ancelotti akan menggandingkan Drogba dengna Sturridge.Ancelotti mahu melihat persembahan Sturridge ketika menetang Birmingham nanti sebelum dia kembali ke skuad negaranya dalam Piala Afrika 2010.

" Sturridge mempunyai kesempatan untuk menunjukkan kualitinya yang tersendiri.Dia bermain baik dalam perlawanan menetang West Ham walaupun dia cuma beraksi di separuh masa kedua sahaja.Menetang Birmingham nanti, dia akan berada dalam skuad utama.Saya masih percaya kepada pemain penyerang kami.Tidak hanya Drogba dan Anelka, tetapi juga kepada Sturridge dan Borini.Menetang Fulham, mungkin kami hanya memiliki Sturridge dan Borini.Namun di Januari nanti, kami sudah ada Anelka balik," kata Ancelotti.

Roma Nak Pinjam Zhirkov

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 24, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Persembahan cemerlang AS Roma di Seri A sejak kebelakangan ini dan berjaya mara ke peringkat 32 terbesar dalam Liga Eropah telah membuatkan pengurus mereka yang juga merangkap bekas manager team kita iaitu Claudio Ranieri ingin menambah pemain baru dalam skuad mereka.

Salah satu pemain yang telah menarik perhatian mereka ialah pemain pertahanan sayap kiri team kita iaitu Yuri Zhirkov.Roma tertarik untuk mendapatkan Zhirkov ini dengan status pinjaman pada bulan Januari ini.

Penampilan Zhirkov bersama Chelsea tidak boleh dikatakan begitu bagus ketika ini kerana dia hanya baru sekali sahaja beraksi bersama Chelsea dalam EPL dan tiga kali di UCL.
Masalah kecederaan yang dialami oleh Zhirkov tidak membuatkan Ranieri risau.Namun, keadaan kewangan kelab Roma tersebut menyebabkan kelab Itali itu terpaksa mendapatkan pemain baru secara pinjaman.

Hot News : David Villa Mahu Bermain Di EPL

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 24, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penyerang sensasi Sepanyol dan Valencia, David Villa bersiap sedia untuk meninggalkan Valencia.Sebelum ini Villa dikatakan menolak untuk bermain di England(EPL) tetapi sekarang ini dia memberi isyarat dan bersedia untuk bekerjasama dengan kelab Inggeris.

Berita ini pastinya telah menarik minat banyak kelab Inggeris seperti Chelsea,Manchester United dan Manchester City.Ini kerana Villa sangat tertarik untuk berpindah ke England kerana dia gagal untuk bekerjasama dengan BArcelona dan Real Madrid.

Sebenarnya VAlencia memang tidak bercadang untuk memasukkan Villa dalam senarai nama untuk dijual kepada kelab lain.Tetapi bila Valencia mendapat tawaran yang lumayan, mereka mungkin akan bersiap sedia untuk melepaskannya kerana kelab Sepanyol ini dikatakan tidak mempunyai dana kewangan yang baik dan mempunyai hutang yang banyak.

Real Madrid Pantau Ivanovic

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 23, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea bakal menyerahkan segala kudrat mereka untuk mempertahankan defend utama, Branislav Ivanovic kerana Ivanovic sekarang ini sedang dipantau oleh gergasi Sepanyol,Real Madrid.Penampilan Ivanovic semakin berkembang di Chelsea ini nampaknya menarik minat Real Madrid.

Ivanovic yang mengalami kesukaran ketika diambil dari kelab Russia, Lokomotiv Moscow pada Jnuari 2008.Sekarang ini Ivanovic menjadi defend utama kekuatan Chelsea sejak kedatangan Ancelotti di Chelsea.

Madrid khabarnya berharap untuk mendapatkan Ivanovic untuk menggantikan Pepe yang mengalami kecederaan di bahagian lutut yang menyebabkan Pepe terpaksa berehat sehingga akhir musim.

55 Juta Khas Untuk Beli Pemain Januari Ini

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 22, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea menggunakan/memanfaatkan penangguhan hukuman oleh FIFA yang mana Chelsea akan menggunakan peluang tersebut pada bulan Januari ini.Roman Abramovich sudah bersiap sedia untuk menyiapkan dana sehingga 55 Juta untuk mendatangkan dua muka baru dalam team Chelsea januari ini.Wow...!!!

Akhbar The Sun memberitahu bahawa daripada jumlah dana tersebut Chelsea akan membeli Aguero dari Atletico Madrid.Dan selebihnya itu akan digunakan untuk membeli seorang lagi pemain defend dari kelab Perancis, AC Monaco iaitu Jerko Leko.Kedua-dua pemain tersebut akan menjadi sasaran utama dalam pembelian Chelsea Januari ini.

Khabarnya lagi menurut sumber dari pihak Abramovich mengatakan bahawa jika dua pemain tersebut dihargakan melebihi dana tersebut, Chelsea akan mengalihkan perhatian untuk mendapatkan Luis Suarez pula.

"Abramovich sudah mendaftar beberapa pemain yang akan dibeli pada tahun baru nanti(Januari).Kalau tidak berjaya mendapatkan Aguero dan Jerko, Abramovich akan mencuba untuk mendapatkan Suarez pula.Ini mungkin akan menjadi masa yang sibuk kerana kewangan dan kemahuan untuk mendapatkan pemain sudah ada," kata Sumber dari pihak Abramovich.

Terry Ambik Duit 10 Ribu ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 22, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carlo Ancelotti menafikan dan membela Terry atas tuduhan sebuah media yang megatakan bahawa ketua Chelsea itu tealh menerima bayaran sebanyak 10 ribu dari beberapa peminat yang mahu membuat perlawanan tour di tempat latihan Chelsea di Cobham(tempat latihan player2 chelsea) secara senyap/tersembunyi.

"Itu tidak betul.Kelab, saya, dan pemain lain percaya kepada Terry dan dia tidak melakukan apae-ape kesalahan mengenai.Dia sangat pendiam, tenang dan sentiasa menumpukan perhatian kepada perlawanan kami.Tidak ada sebarang masalah mengenainya," kata Ancelotti.

Ketika ditanya adakah Terry telah memberitahu kepada Ancelotti mengenai hal ini dan apakah jawapan Ancelotti ? "Ya.Saya pecaya kepada ketua pasukan saya.

Menurut pihak pengurusan Chelsea, Terry tidak pernah menerima sebarang wang mengenai pelawaan para peminat di tempat latihan itu.Menurut pengurusan Chelsea lagi, Terry bersama dengan pemain lain diberi tugas dan tanggungjawab menjadi pemandu kenderaan peminat Chelsea yang melawat ke Cobham tersebut.

P/S : Ini semua tipu helah media/akhbar-akhbar Inggeris je semua ni.Saje nak memburukkan nama Terry.Entah-entah media Inggris nak kaut keuntungan dengan menyebarkan berita palsu mengenai hal ni kat Terry.

Hiddink Kembali Ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Monday, December 21, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Guus Hiddink,jurulatih kebangsaan Russia sekarang ini dan bekas manager team kita dijadualkan akan kembali ke Chelsea bulan depan.

Akhbar The Mail memberitahu bahawa Hiddink akan kembali bekerjasama bermula Januari 2010.??? Betul ke ni ? Kedatangan Hiddink sudah pasti membuatkan Ancelotti tertekan dan wajib memenangi EPL dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.Kalau tak, aku rase Hiddink mungkin akan ambil alih balik manager Chelsea.Hehehe berita baik ke berita buruk ni ? Kalau berita baik, kesian kat Ancelotti karang...

Menurut akhbar tersebut, Hiddink akan memutuskan masa depannya pada Januari 2010.Namun terdapat juga khabar lain mengatakan bahawa Hiddink akan memanjangkan kontraknya bersama Russia lagi.Mane satu ni ? Hiddink khabarnya tidak akan menguruskan sesebuah kelab kerana dia masih lagi mempunyai kontrak bersama Russia.Namun Hiddink masih berminat untuk membuat kontrak baru dengan Chelsea.

Sebelum meninggalkan Stamford Bridge, Hiddink sentiasa memberitahu bahawa dia akan kembali ke Chelsea tetapi tidak sebagai jurulatih.

Penalty Drama Last Night

Posted by KampungChelsea On Monday, December 21, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perkara yang paling menarik berlaku dalam match west ham menetang chelsea semalam pastinya ialah drama 3 kali penalti yang dilakukan oleh Lampard.Hairan,pelik aku ? nape penalti pertama dan kedua Lampard tidak diterima oleh pengadil tak betul tu,Dean.Tapi penalti ketiga Lampard lebuh baik daripada penalti pertama dan kedua tu.Berdebar giler aku time mase Lampard sepak penalti semalam.Aku takut kali ketiga tak score,hehehe tapi Lampardkan master of penalti,hehehe.


P/S : Bend like Lampard.!!!

Akhirnya Seri & Kecewa...

Posted by KampungChelsea On Monday, December 21, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aku tak tahu nak cakap ape mengenai match ni.Team kite serba tak kena tadi.First half atau second half tetap same je permainan.Hanya sepakan penalti Lampard yang telah menyelamatkan maruah team kita daripada kekalahan.Aku tak mahu ulas banyak mengenai 3 kali sepakan penalti Lampard tadi sebab semuanya tidak berguna kerana kita telah mencatatkan keputusan seri yang sangat mengecewakan.Lebih mengecewakan aku lagi ialah kita kehilangan 2 mata berharga daripada match ini.Aku berharap kita dapat mencatat kemenangan yang bergaya dan mengungguli liga dengan 6 mata di bawah MU melalui match ini.Namun seri match tadi menjadi penghalang.Faktor-faktor yang bermain di minda aku selepas match tadi :

1)Drogba yang kita sentiasa harapkan bermain sangat teruk.Hanya 1/2 peluang/sepakannya yang boleh diambil kira melalui match tadi.Begitu juga dengan Joe Cole, banyak giler peluang tetapi disia-siakan.Namun aku pelik di bahagian striker, Ancelotti menggandingkan Drogba dan Kalou sedangakan aku tertanya-tanya di manakah Anelka ? Mungkin die injured atau sebaliknya.Ketiadaan Anelka sedikit merosakkan bahagian serangan chelsea dalam match ini.Kalou tidak memainkan peranan yang sebaiknya.

2)Aku mempersoalkan line up team kita dalam match tadi.Kenapa Carvalho masih boleh berada dalam kesebelasan utama tadi ? Kenapa tidak memasukkan Alex dan menggantikan Carvalho ? Carvalho tidak memainkan peranan dan tanggungjawab dengan baik dalam match ini.Asyik2 buat fault je.Mane formasi baru Ancelotti yang digembar-gemburkan oleh pihak Chelsea ? Sebab aku tengok kelainan line up chelsea hanyalah ketiadaan Anelka sahaja.

3)Barisan tengah tadi hanya Lampard sahaja yang berfungsi.Ballack,Malouda,Mikel,Joe Cole semuanya hancur dalam permainan tadi.Tahniah kepada Lampard kerana berjaya menjaringkan "3" penalti tadi.

4)Joe Cole bermain teruk di first half.Tapi yang aku pelik nape Ancelotti masih menaruhkan kepercayaan kepadanya di second half.Patutnya start je secind half tu Joe Cole patut digantikan.Why Deco tak main ? Die 2x ganda lebih baik dari Joe Cole.

5)Individu yang bermain bagus tadi ialah Sturridge dan Zhirkov.Tahniah kepada korang.Dan aku ucapkan takziah kepada Ancelotti kerana sampai je minit ke 70 baru nak masukkan Zhirkov.Zhirkov laju,bijak dan mempunyai penyudah yang mantap walaupun dia hanya bertugas sebagai pemain sayap kiri.Pergerakannya sangat bagus dalam macth tadi dan mungkin ramai di antara kita bersetuju untuk mengatakan bahawa Zhirkov bermain baik.Namun bagi Ancelotti masih ragu-ragu untuk memberikan dia peluang beraksi dan masih mempercayai Carvalho dan Ivanovic itu.

P/S : Akhir sekali kita seri dan drop 2 points.Jangkaan aku sentiasa tepay.Jika MU drop points,secara tak langsung atau langsung kita juga akan drop points gak.Walaupun tak kalah, tetapi aku rase sangat bengang,kecewa dan marah sebab team kita tidak mempamerkan persembahan yang bagus dan berkualiti dalam match ini.

Preview Match Malam Ini : Ayuh,Gegarkan Upton Park Malam Ini !!!

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 20, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kekalahan Liverpool 2-0 kepada Porstmouth semalam dan kekalahan teruk MU 3-0 kepada Fulham juga memberikan advantage yang paling baik untuk kita menjarakkan 6 mata malam ini jika kita menang ke atas West Ham malam ini.Namun aku harap malam ni takder player kita yang "cari pasal " dan bermain dengan bersungguh-sungguh dan baik malam ini.Amalkan corak serangan yang agresif dan kukuhkan di barisan pertahanan pastinya menjanjikan 3 mata penuh bergaya malam ini kepada team kita.

Barisan kemungkinan malam ini : Cech, Ivanovic,Terry,Alex,Ashley Cole, Mikel,Ballack,Lampard,Deco/Malouda , Anelka,Drogba/Kalou

P/S : Aku harap malam ini Drogba sembuh dan fit sepenuhnya serta main malam ni di Upton Park.Aku bace news tadi, Ancelotti ragu-ragu untuk bagi Drogba main malam ini kerana Drogba masih belum cergas sepenuhnya .Wei risau aku ni kalau Drogba tak main plak malam ni.

|

Preview Match Malam Ini : Murid Vs Mahaguru

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 20, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tahukah anda ? Carlo Ancelotti pernah membimbing kelab Parma sebelum melatih AC Milan.Tapi ape kaitannya dengan Zola ? Zola tu bekas pemain Parma yang pernah dibimbing oleh Ancelotti di Parma pada tahun 1996.

Malam ini pastinya menjanjikan pertembungan klasik dan menarik apabila Zola,sebagai anak murid akan berhadapan dengan bekas mahagurunya iaitu manager kita, Ancelotti di Upton Park malam ini.Namun banyak persoalan yang timbul kenapa dan mengapa Zola keluar dari Parma dan berpindah ke Chelsea pada tahun tersebut.Adakah Ancelotti yang menjual Zola ke Chelsea atau Zola sendiri yang sendiri mahu ke Chelsea pada tahun itu.

Jawapannnya ada pada Zola sendiri."Ketika saya di Parma,karier bola sepak saya sangat teruk.Pada ketika itulah, saya sangat mahu beraksi di Piala Eropah.Namun di Parma tidak menunjukkan sebarang perubahan ke arah matlamat tersebut.Kadang kala pada masa itu, saya sendiri mahukan perubahan dan perpindahan dalam hidup saya.Bukan Carlo yang menjual saya tapi saya yang mahukan pengalaman baru di Chelsea.Jadi, saya tidak menyalahkan dia.Carlo tetap pengurus yang bagus.Cuma pada masa itu, saya mahukan pengalaman di kelab baru iaitu Chelsea," kata Zola.

P/S: Siapakah yang akan menang ? Murid atau Mahaguru ? Hehe same-same kita tunggu dan lihat malam ini yang akan berlangsung pada pukul 11.55 malam.

Preview Match : Always Respect Zola

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 19, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Match malam esok entah kul brapa start team kita akan berkunjung ke Upton Park bagi melayan team yang penuh bersejarah bagi kelab Chelsea lebih2 lagi kepada beberapa player kita.Menetang West Ham malam esok di Upton Park bukanlah satu tugas mudas yang harus dipimpin oleh Ancelotti.Ape yang perlu dibawa bekal malam esok ialah strategi hebat dan corak permainan menyerang yang perlu diutamakan.Isu kecederaan yang dialami oleh Drogba dan Essien perlu ditolak ke tepi kerana kemenangan malam esok adalah berdasarkan team work dan yang penting ialah kita bermain dengan penuh bersemangan dan penuh keyakinan.Jangan over konfiden sudah.!

Sebelum kita terpaksa berpeluh hingga ke punggung untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Porstmouth beberapa hari yang lepas.Namun tugas di Upton Park lebih sukar daripada yang dijangka.Kita jangan memandang rendah keupayaan team West Ham walaupun kedudukan mereka sekarang ini agak goyah dalam EPl.

Namun individu yang paling penting di West Ham malam esok pastinya tertumpu kepada bekas lagenda team kita, Gianfranco Zola.Jika team mereka kalah esok di tangan team kita, pemilik West Ham pastinya tidak teragak-agak untuk memecat Zola dan pembantunya, Steve Clark yang juga merupakan bekas pembantu Chelsea juga.Antara player kita yang pernah beraksi untuk West Ham ialah Lampard dan Joe Cole pastinya tidak sabar untuk beraksi di depan bekas penyokong mereka dan kelab mereka sendiri.Kalah atau menang malam esok, kita harus respek dan tabik kat Zola yang membuat banyak jasa untuk team Chelsea pada suatu ketika dahulu.Always Respect Zola...!!!

We Meet Uncle Mourinho Again !!!

Posted by KampungChelsea On Friday, December 18, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Undian pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah(UCL) telahpun diumumkan tadi.Dan...hehe mesti dah ramai yang tahukan bahawa kita akan berjumpa dengan Inter Milan pusingan 16/kalah mati.Surprisenya ialah team kita akan berhadapan dengan bekas majikan kita yang paling kita sayang iaitu Jose Mourinho.Hehehe tentu ramai yang tak sabar nak tengok team kita lawan team Mourinho kan nanti.Welcome Back Mourinho To Stamford Bridge !!!

UNDIAN PENUH PUSINGAN KALAH MATI UCL 2009/2010 :

*VfB Stuttgart - Barcelona
*Olympiakos - Bordeaux
*Inter Milan - Chelsea
*Bayern Munich - Fiorentina
*CSKA Moscow - Sevilla
*Lyon - Real Madrid
*Porto - Arsenal
*AC Milan - Manchester United


P/S : Perlawanan pusingan kalah mati ini akan bermula pada 16/17 dan 23/24 Februari 2010 untuk First Leg dan second leg pula 9/10 dan 16/17 Mac 2010

Chelsea Sesuai Dengan Gaya Saya : Aguero

Posted by KampungChelsea On Friday, December 18, 2009 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sergio Aguero, penyerang sensasi Atletico Madrid berpeluang berpindah ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan pemain bulan Januari nanti.Anak menantu Maradona ini dikhabarkan akan mencari kesepakatan sebelum menandatangani dalam satu surat kontrak bernilai 32 juta.

" Chelsea suka kepada saya, kerana mereka telah menilai saya sebagai pemain penting kepada mereka.Saya fikir, saya tidak mempunyai masalah dengan gaya permainan mereka.Apabila saya menonton EPL di televisyen, saya menilai EPL sebagai liga terbaik di dunia bersama dengan La Liga," kata Aguero.

P/S : Aguero berasa yakin bahawa dirinya boleh menjadi pemain hebat dan penting di Chelsea seperti mana yang telah dilakukan oleh Torres di Liverpool.Namun persoalannya, Aguero masih belum memberikan jawapan sama ada dia pasti akan berhijrah di Chelsea pada Jnuari nanti atau musim depan.


I'm Still Believe Frank : Ancelotti

Posted by KampungChelsea On Friday, December 18, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ancelotti memuji Lampard kerana berjaya menjaringkan penalti tersebut selepas dia gagal melakukannya ketika tewas 1-2 kepada Manchester City dua minggu lalu.

"Saya percaya kepada Frank kerana dia bagus dalam sepakan penalti," kata Ancelotti.

"Jaringan penaltinya sangat bagus malam ini (kelmarin) kerana ia bukannya mudah. Tekanannya sungguh hebat dan dia berjaya melakukannya dengan baik."

Sumber : Kosmo

300 Post : Galeri 24 Disember

Posted by KampungChelsea On Friday, December 18, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lampard meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti untuk membantu Chelsea menewaskan Porstmouth.Borini dan Malouda sempat meraikan bersama Lampard.

Reaksi kecewa Borini selepas gagal menyempurnakan peluang untuk menjaringkan golnya untuk chelsea semasa menetang Porstmouth.

Penampilan ke 100 Anelka untuk Chelsea dalam match ini.

"THANKS GRANT!!!," Itulah ungkapan/ucapan oleh Fans Chelsea kepada Grant yang membimbing Chelsea pada tahun 2007.Bukan itu sahaja, selepas Lampard menjaringkan gol penaltinya, Lampard juga sempat memeluk Grant, tanda respek lampard kepada Grant.


TAHNIAH MALAYSIA !!! Negara kita telah berjaya menumbangkan keangkuhan Vietnam 1-0 dan berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Sea kali ini dalam acara bola sepak.Hehe bajupun same kaler cam Chelsea,ape-apepun MALAYSIA BOLEH !!!


Akhirnya 3 Mata Dicapai...

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 17, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penalti Lampard pada 11 minit sebelum match berakhir memberikan 3 mata penting untuk chelsea pagi tadi.Jaringan Lampard menerusi sepakan penalti pada minit ke 79 telah memberikan kemenangan sukar 2-1 ke atas barisan pimpinan Avram Grant.Walaupun menang, aku sedikit kecewa dengan persembahan team kita pada second half kerana kita bermain tidak sebagus first half.Sepatutnya kita dapat score lebih banyak gol pada first half.Namun Deco,Lampard dan Anelka mensia-siakan peluang.Aku terkejut jugak line up chelsea pagi tadi kerana Kalou beraksi dan aku tidak menyangka bahawa Kalou akan bermain dalam match pagi tadi(Aku ingat Kalou masih injured).Satu lagi Ballack still play untuk Chelsea walaupun tidak mempamerkan persembahan yang baik pagi tadi.Tahniah kepada Anelka kerana menjaringkan gol untuk Chelsea pagi tadi pada minit ke 23.Hasil gerakan dan hantaran Alex kepada Anelka dan disudahi oleh Anelka.Menang tapi still bolos...mmmm...

Kite menang pagi tadi tanpa Drogba dan Essien.Namun kemenangan tersebut sangat sukar.Barisan serangan kita kurang menyengat tanpa Drogba.Contohnya kita boleh lihat mase second half.



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png