Piala Liga : Chelsea mara ke pusingan seterusnya

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 25, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tidak perlu bersusah payah untuk mara ke pusingan ke-4 kerana skuad kedua Chelsea mencatat kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan divisyen tiga, Swindon Town. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Torres & Ramires pada separuh masa pertama. Kalau nak ikutkan Chelsea boleh menambah 2/3 gol lagi di separuh masa kedua namun peluang banyak disia-siakan.

Pujian buat Torres. Dia menjaringkan gol pertama & memberi assist untuk gol kedua. Perfomance Torres bagus cuma dia perlu tajamkan lagi penyudahnya. De Bruyne hambar begitu juga dengan Willian yang bermain lebih ke arah individualistik, ada satu peluang itu sepatutnya diberikan
kepada Torres namun lebih memilih untuk melakukan percubaan tapi akhirnya sia2. Mata pula okey, dia menjadi penggerak bagi gol pertama  namun secara keseluruhan aku tak rasa perfomance nya hari ini dapat mengagumkan Mourinho. Aku expect game hujung minggu ini lawan Spurs, Oscar masih tetap akan dijadikan pilihan utama.

Chelsea 2 Fulham 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 22, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu lepas sangat mengecewakan. Kalah 1-0 kepada Everton & kemudiannya kalah 1-2 kepada Basel di Stamford Bridge. Jadi sebelum lawan Fulham memang banyak tekanan yang dihadapi oleh Mourinho & para pemain sehinggakan Roman Abramovich datang ke bilik persalinan selepas perlawanan menentang Basel.

0-0 pada separuh masa pertama. Dan agak kosong juga style permainan Chelsea. Kita dapat lihat sendiri di kaca tv Roman Abramovich murung & kurang ceria. Sehingga minit ke 52 baru Chelsea dapat gol. Dengan sedikit kesilapan dari keeper lawan membolehkan pemain faveret Mourinho iaitu Oscar menyudahkannya untuk gol pembukaan. Mata yang jarang bermain sekali pun bangun dari tempat duduk memberi tepukan kepada Oscar. Inilah semangat kesukanan yang kita inginkan.

Mendahului 1-0 masih lagi belum selamat kerana kita tidak mahu insiden pada hari khamis lepas berulang. Dengan kemasukan Torres menggantikan Eto'o membuatkan permainan Chelsea menjadi lebih baik. Dan hasilnya pada minit ke-84 Mikel mengejutkan kita dengan mencatatkan nama sebagai penjaring gol kedua tuan rumah. Menerusi sepakan sudut Lampard, Terry membelokkan bola yang mengarah tepat kepada Mikel & kemudiannya pemain tinggi lampai Nigeria itu melepaskan rembatan kaki kanannya untuk merobek gawang Fulham. Selepas 7 tahun menyepi, itu gol pertama Mikel di EPL.

Secara keseluruhan aku fikir Chelsea perlu improve beberapa aspek. Contohnya dari segi komunikasi & chemistry. Aku tak nampak ada link up dari bahagian tengah dengan striker. Yang bagus cuma di bahagian pertahanan. Cahill-Terry-Ivanovic memang superb. Ketiadaan David Luiz membolehkan ketiga-tiga pemain itu memantapkan kembali bahagian defensif Chelsea. Posisi terbaik Luiz adalah di bahagian defensif midfielder. Seeloknya Mourinho mantain kan Cahill & Terry di posisi bek tengah. Berkenaan dengan Mata, perlawanan menentang Swindon selepas sini dia akan main. Aku harapkan tiada personal issue membabitkan dia dengan Mourinho. Mata masih lagi pemain penting Chelsea, cuma Mourinho masih belum lihat key value yang ada pada pemain sayap Sepanyol itu. So Mata harus step up & buktikan kepada Mourinho dalam game menentang Swindon itu nanti.

Buat masa sekarang, Chelsea top of the league namun bila2 masa sahaja posisi tersebut akan dicantas bergantung kepada game Arsenal, City, MU nanti. Manakala Everton pula masih kekal sebagai pasukan tunggal yang belum kalah lagi. Tadi Lukaku memenangkan pasukan mereka di Upton Park.

Everton 1 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 15, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengikut perspektif aku, Chelsea memandang rendah keupayaan Everton. Mereka tak begitu aktif dalam transfer window baru2 ini + 3 kali berturut-turut seri + di bawah pengurus baru, jadi para pemain kita akan fikir ia akan jadi satu game mudah. Sikap acuh tak acuh memakan diri. Jika nak ukur kualiti bahagian serangan Chelsea & Everton, sudah tentu kita tahu yang mana lagi hebat. Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, Everton lebih aggresif, lebih dahagakan gol berbanding Chelsea. Sememangnya mereka layak untuk memungut 3 mata penuh.

Bila sudah kalah & tak menjaringkan apa2 gol, sudah tentu kita akan persoalkan taktikal yang dibuat oleh pengurus. Schurrle tidak sepatutnya bermain dalam kesebelasan utama. Dia mensia-siakan peluang terbaik untuk Chelsea leading 1-0 sebelum Naismith score. Dan aku pasti ramai yang tidak berpuas hati ketika Mata dikeluarkan. Mata adalah pemain terbaik Chelsea untuk dua musim berturut-turut & juga game-changer, di situ terdapat sedikit kekeliruan ketika dia digantikan dengan Oscar. Jika Mourinho lebih awal memainkan Hazard, Oscar & Mata, rasanya situasi mungkin akan jadi berbeza. Kemasukan Torres pula hanya sekadar melengkapkan substitution. Mankala debut pertama Eto'o kurang memuaskan. Jadi secara keseluruhan Chelsea bermain buruk. Kita harus terima kekalahan ini & mengakui kehebatan Everton. Kalau lihat statistik pun, sebelum ini Chelsea selalu dapat mimpi ngeri di Goodison Park. Lebih2 lagi mengingatkan kita kepada Carlo Ancelotti & AVB yang dipecat sejurus sahaja Chelsea kalah 1-0 di sana.

Walaupun kalah aku masih berfikiran positif. Jangan fikir kalah dengan Everton ini prestasi kita sudah merosot lah, Chelsea main makin teruk. Ini baru awal musim. Terlalu awal untuk kita nilai semua itu.  MU musim lepas pun kalah 1-0 dengan Everton di sana & 9 bulan berikutnya mereka juara liga. Chelsea sudah tentu akan bangkit segera selepas ini. Tidak guna jika awal musim bagus, tapi kemudiannya tidak konsisten & terus tercicir mata.

Legend no 8

Posted by KampungChelsea On Thursday, September 12, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
100 kaps bersama England + 204 gol untuk Chelsea = Super Frankie Lampard!

Teknologi garisan gol diperkenalkan. Positif atau negatif ? Hilang drama & emosi bola sepak ?

Posted by KampungChelsea On Sunday, September 08, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teknologi garisan gol yang diperkenalkan di EPL tidak memberi apa2 masalah pun sebenarnya. Mungkin ada yang akan berkata "kalau guna teknologi video, tak de lah drama dalam bola sepak"  "kalau dah pakai teknologi tu, paper dgn website bola tak boleh cari makan la..tak boleh nk tulis mcm2".

Harus diingat, dengan kegunaan sistem ini sekalipun, bola sepak masih belum "mati" dari soal kontroversi atau drama. Kontroversi yang berlaku di atas padang bukan tertumpu kepada soal ini sahaja, banyak sebenarnya perkara yang kita boleh perdebatkan.

Aku pun tidak suka jika semua keputusan di atas padang ditentukan oleh teknologi. Namun aku fikir gabungan keputusan manusia & teknologi adalah yang terbaik, sistem teknologi garisan gol merupakan satu idea yang bagus. Ia dapat elakkan pertengkaran & paling penting sekali para pengadil pun boleh hidup dengan tenang tanpa menerima ugutan bunuh oleh sebilangan penyokong yang tidak berpuas hati nanti.

Aku pun tak ingin jika bola sepak didominasi oleh teknologi dengan pengadil & linesman adalah robot, tetapi teknologi garisan gol masih okay kerana kita semua tahu pengadil sukar untuk membuat keputusan yang tepat dalam soal ini. Ia boleh jadi satu perkara yang mengecewakan jika sesuatu pasukan itu menjaringkan gol pada minit ke-90 & pengadil menafikannya. Dan cuba bayangkan kalau ini berlaku pada final Piala Dunia nanti ? Dan cuba bayangkan lagi kalau perkara ini berlaku kepada pasukan bola sepak negara kita ?


Masihkan kau orang dengan insiden ini ? gol yang belum melepas garisan inilah yang menidakkan Chelsea mara ke final Champions League pada 8 tahun yang lalu.

Memang suatu perkara normal kalau berlaku kesilapan di atas padang. Namun kalau ia terjadi secara kerap pun tak boleh juga. Ia akan sering memberi keuntungan kepada pasukan2 yang bernasib baik seperti MU & Barcelona.

Umpama seperti "si ikan bilis ditekan-tekan,si ikan jerung dibiarkan terlepas kekenyangan".

Timba pengalaman bersama Everton

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 04, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Agak kelakar rasanya apabila beberapa minggu yang lalu ramai di antara kita mengatakan bahawa Lukaku akan menjadi future star Chelsea, lebih bagus dari Torres & Ba, bakal menyerlah pada musim baru ini akhirnya dipinjamkan ke Everton. Selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam keadaan yang high pressure ketika menentang Bayern, ramai pihak mahu melihatnya keluar dari Chelsea. Atas sebab kerana hanya miss satu penalty kick. Dulu apabila dia menjaringkan hatrik & perform gempak, ramai yang berkata "Chelsea silap loankan dia kelab ini, itu, ini". Tetapi bila dia hanya miss satu penalty kick, timbul anggapan seperti "Lukaku tak menyerlah, striker yang teruk". Tipikal manusia. Torres yang sudah bermusim-musim di Stamford Bridge & diberi banyak peluang sekali pun tetapi masih belum membuktikan nilai 50 juta nya itu. Sampaikan Mourinho pun ada mengeluarkan statement "Torres masih belum justify nilai 50 jutanya itu, nilainya sekarang lebih kurang 20 juta." Sebab itu Mourinho ushar Rooney & Eto'o kerana beliau tahu ketidakkonsistenan Torres bila2 masa sahaja akan berlaku lagi.

Apa pun ini satu penghijrahan yang bagus dari Lukaku. Boleh tingkatkan prestasinya, timba lebih banyak pengalaman dalam kancah EPL serta belaja dari kesilapan. Everton pun kalau tak silap aku, musim ini mereka beraksi di Europa League, jadi di situ Lukaku dapat ambil peluang untuk menyinar di pentas Eropah pula. Jika tidak di-loan, di Chelsea dia akan berada di bangku simpanan sampai akhir musim & perkara itu boleh menjejaskan dirinya untuk beraksi di World Cup tahun depan.  Jika dia mampu mengulangi prestasinya seperti mana yang dilakukan bersama kelab West brom musim lepas, aku percaya Lukaku akan dapat balik kepercayaan Jose Mourinho.

Eto'o pun hanya sain kontrak satu tahun, selepas musim ini, dia mungkin akan keluar. Jadi masih ada peluang untuk Lukaku buktikan sesuatu yang lebih gempak kepada Chelsea, lebih2 lagi kalau nak main dalam kesebelasan utama.

Nota kaki : Steve Clarke mesti akan cakap "Kalau aku tahu Chelsea nak loankan Lukaku, aku dulu yang akan hantar offer." (sebab Lukaku punya impak bersama kelab West brom musim lepas memang terbaik, tengok statistik dia lah kalau tak percaya.)

Serba sedikit info tentang apa yang berlaku kepada kem Chelsea pada transfer deadline day semalam :

# Moses diloankan ke Liverpool.
# Ada beberapa lagi pemain muda Chelsea yang di-loan ke kelab2 luar.
# Dua hari lepas Chelsea beli pemain sayap Porto, Christian Atsu & kemudian pinjamkannya ke kelab Vitesse,
# Arsenal gagal dapatkan Ba secara pinjaman walaupun ada sumber mengatakan Ba sudah menjalani medical test di sana. Try harder Wenger.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png