3 trofi menanti sebelum 2013

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 31, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Piala FA Comunity Shield
vs Manchester City pada 12 Ogos 2012, berlokasi di Stadium Villa Park.


UEFA Super Cup
vs Atletico Madrid, pada 31 Ogos 2012, lokasi stadium di Stade Louis II,Monaco.


Fifa Club World Cup
6-16 Desember 2012, Yokohama Japan.

3 kejuaraan ini bakal melengkapkan secara mutlak kabinet trofi Chelsea sebelum kita memasuki tahun baru 2013. Sama ada berjaya atau tidak, aku tetap yakin musim depan kita mampu meraih lebih dari apa yang kita capai pada musim lepas.

Pra-musim : Chelsea 0 AC Milan 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 29, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea kalah lagi dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut. Minggu lepas tewas 3-2 kepada barisan MSL All Star, kali ini tumbang pula kepada AC Milan 1-0, yakni itu game terakhir dalam siri jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Sudah pasti ini keputusan yang mengecewakan. Namun kita harus berfikir positif. Kita hanya kalah di perlawanan persahabatan sahaja. Jadi, dalam perlawanan ujian seperti ini bukanlah menentukan secara mutlak prestasi kelab Chelsea.

Bukan Chelsea sahaja yang mencatat keputusan hambar dalam pra-musim. Manchester City pun tewas 1-0 kepada kelab Asia, Al-Hilal. Real Madrid lagi teruk, tumbang mengejut 2-5 kepada Benfica.

Perkara penting ialah meraih kemenangan di perlawanan yang kompetitif. Musim lepas Chelsea menang semua friendly match tapi sukar untuk menang dalam perlawanan kompetitif.

Perlawanan persahabatan Chelsea di US sekadar nak menguji tahap prestasi pemain. Nak melihat corak permainan serta keserasian pemain muda dengan pemain senior. Tak hairanlah, RDM membuat banyak pertukaran. Dari keeper hingga striker.

Tapi masalahnya bila terlalu banyak buat pertukaran, tempo hancur. Contoh macam Malaysia lawan Arsenal. Malaysia hampir-hampir untuk menang, namun K.Rajagopal membuat banyak pertukaran sehingga Arsenal berjaya mendapatkan dua gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 3 minit nak tamat.

Messi versi Jerman

Dari segi penilaian aku, Hazard, Marin & Piazon mempamerkan prestasi yang bagus. Mereka nampak sudah serasai di antara satu sama lain. Cuma Lukaku lambat panas. Kejap bagus kejap hambar. Kena banyak training lagi kalau nak capai level Abang Drogba. Sekarang masih di tahap amateur. Begitu juga dengan Kevin De Bruyne yang agak kaku. Terlalu lama pegang bola & ketika dapat bola, dia tak tahu nak hantar bola kepada siapa.

Jersi ke-3

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 29, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekali lagi Samsung telah melibatkan diri dalam menjadi sponsor jersi Chelsea.  Design pula seperti biasa dibuat oleh Adidas.

Bagi pendapat aku, jersi ke-3 ini aku agak unik kerana ia macam robot bumble bee "transformer". Lihat sahaja keunikannya di bahagian dada.

Apa pun gabungan warna combo kuning hitam, serta stripes kuning di bahu masih boleh dianggap sebagai satu jersi yang cantik.

Apa pula pendapat anda ?

|

Official : Selamat datang Oscar

Posted by KampungChelsea On Friday, July 27, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya, usaha kita untuk dapatkan Oscar berhasil selepas dia diumumkan sebagai pemain baru Chelsea pada hari rabu lepas.

Pihak Chelsea secara besar hatinya telah melengkapkan pembelian yang bernilai 25 juta pound dari kelab Internacional, Brazil. Oscar telah sain kontrak selama 5 tahun dan akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2017.

Oscar, pemain terbaru, yakni ke-4 Chelsea selepas sebelum ini kita berjaya mendapatkan Marko Marin & dua beradik Hazard ( Thorgan & Eden).

Sebenarnya, kedatangan Hazard & Marin sudah cukup untuk mengubah tempo di bahagian tengah Chelsea. Kedatangan Oscar bagi aku, umpama seperti kuota yang berlebihan. Apa tidaknya, di bahagian tengah kita sudah ada banyak pemain yang berbakat. Selepas dapat Hazard & Marin, Chelsea sepatutnya fokus untuk beli pemain di posisi yang lain. Drogba sudah tiada, di situ Chelsea sudah hilang aura striker yang berpengalaman. Beli striker & bukannya another talented midfielder. Apa guna kalau banyak pemain tengah, tapi di bahagian striker lemah. Torres tidak begitu impresif sangat musim lepas dan Lukaku hampir sahaja nak di-loankan. Sturridge pula tidak konsisten. Jadi, kita harus menitik beratkan juga di perspektif berkenaan. Option yang banyak tidak bermakna ianya bakal menjadi satu perubahan drastik pada masa akan datang. Bergantung kepada cara pengurusan kelab itu sendiri untuk mengendalikannya dengan baik.


Ramai yang cakap, si Oscar ni lebih hebat dari Lucas Moura (pemain yang MU nak beli sangat tu). Apa yang aku kaji tentang Oscar ni, gaya permainnya unik. Dia bijak bermain one two pass dan kemas dalam membuat through ball, yakni hantaran tersebut sangat digemari oleh Abang Torres.

Apa pun, semoga Oscar berjaya di Chelsea. Pekara penting yang dia perlu buat ialah menyesuaikan diri terlebih dahulu. Cari kesefahaman dengan rakan baru. Jika tiada chemistry, macam mana nak menggerakkan jentera tengah, apetah lagi untuk mencantikkan tempo permainan sepasukan.

P/S : Oscar telah sumbangkan dua assist ketika Brazil menang 3-2 ke atas Mesir dalam saingan sukan Olimpik di London, semalam.

Official : Chelsea beli adik Eden Hazard

Posted by KampungChelsea On Wednesday, July 25, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebentar sahaja tadi, Chelsea telah lengkapkan pembelian Thorgan Hazard dari kelab RC Lens., harga tidak dinyatakan.

Thorgan ni baru berusia 19 tahun, 3 tahun lebih muda dari Abangnya, si Eden torai tu. Thorgan sama juga macam Abangnya, bermain di posisi tengah menyerang.

Dia akan diserapkan terlebih dahulu dalam skuad muda Chelsea bawah 21 tahun sebelum masuk ke skuad senior.

Untuk berita penuh tentang Thorgan ini, anda boleh ke website CFC.

P/S : Suka betul Chelsea beli pemain tengah ni,haha. Musim lepas Piazon, Ulises Davila, kali ini Thorgan pula. Konfem lepas habis main di skuad bawah 21 tahun nanti, dia akan kena loan pula. Aku harap projek mega masa depan Roman ni akan berjalan dengan lancar. Jangan lepas loan nanti, pergi jual pula.

Pra-musim : Chelsea 1 PSG 1

Posted by KampungChelsea On Monday, July 23, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
kenapa perlu beli Oscar, sedangkan kita sudah ada Piazon...

Lucas Piazon "New Kaka"

Seattle Sounders 2 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 19, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kem The Blues mencatat kemenangan bergaya 4-2 ke atas Seattle Sounders dalam perlawanan pra-musim World Football Challenge yang berlangsung di CenturyLink Field, Amerika Syarikat.

Dalam 4 gol yang dihasilkan itu, dua di antaranya di jaringkan oleh Lukaku, manakala Hazard & Marin masing-masing menyudahkan gol yang selebihnya.

Rata-rata semuanya beraksi kecuali ada beberapa pemain yang mewakili negara di Sukan Olimpik London iaitu Mata, Romeu, Bertrand & Sturridge. Cech, Meireles direhatkan & Terry dibantu oleh Ashley Cole baru sahaja selesai kesnya dengan Anton

Ada apa dengan Oscar ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 19, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Entah, ada apa dengan Oscar aku tak tahu.

Umumnya pemain muda Brazil itu khabarnya akan berhijrah ke Chelsea dalam waktu yang terdekat ini dan berita itu sendiri dijelaskan oleh Presiden kelab Internacional.

Bagi pandangan aku, Chelsea tak payah sebenarnya beli Oscar. Kita sudah ada Lucas Piazon, Kevin de Bruyne, Marko Marin dan kenapa perlu beli lagi seorang pemain tengah ?

Tambahan pula harga si Oscar mahal. Bukan 5 juta, bukan 10 juta, tapi 30 juta. Kelab mana yang akan reject offer sebegitu rupa kalau melibatkan dana sebesar 30 juta.

Tak nafikan Oscar pemain muda yang berbakat seperti kata RDM "he is very talented midfielder" tapi kita harus tahu yang Chelsea sudah ada banyak option di bahagian tengah. Kedatangan Oscar mungkin akan menyebabkan De Bruyne di-loankan lagi, begitu juga dengan Piazon. Dan macam mana pula dengan Lampard ? Ramires ? Meireles ?

Buat masa sekarang apa yang perlu Chelsea beli ialah seorang pemain sayap kanan (RB) dan bukannya pemain tengah.

Bosingwa keluar, Maicon masuk ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 07, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beberapa hari lepas, pihak Chelsea telah melepaskan secara rasminya Bosingwa & Kalou. Kontrak dua pemain itu telah tamat & berstatuskan free transfer. Bagi mana-mana kelab yang berminat, boleh berhubung terus dengan agen mereka.

Maka dengan itu, posisi yang ditinggalkan oleh Bosingwa kosong. Desas desus mengatakan Chelsea berminat nak beli Maicon, right back Inter Milan. Khabarnya agen Maicon telah berada di london semalam bagi mentuntaskan transfer kliennya ke Chelsea.

Kalau tak silap, harga perpindahan sekitar 6.5 juta pound. Murah kan ? Padanlah harga itu dengan umur Maicon yang semakin meningkat usia.

Agak terkejut juga dengan berita ini kerana pada mulanya aku menyangka pihak Chelsea akan memantau pemain seperti Debuchy, Van der Wiel atau Azpilicueta. Tapi tidak disangka kuda tua Inter Milan juga yang dicari.

Apa boleh buat, itu pilihan management Chelsea. Orang cakap, tua2 keladi makin tua makin berisi. dan yang murah tak semestinya tak berkualiti.

Maicon ni walaupun tua, tapi perfomance dia masih berada di tahap yang baik. Jika anda lihat musim lepas ketika AC Milan bertemu dengan Inter Milan, mamat brazil itu menjaringkan gol yang sangat cantik. Cuma jika nak dinilai dari segi kepantasan, Maicon mungkin agak lembab sedikit. Maklumlah dah tua. Hari itu kena "buli" teruk dengan Gareth Bale. 

P/S : mohon maaf lah lama tak upate blog. ada urusan kerja skit.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png