2 perkara yang perlu AVB baiki

Posted by KampungChelsea On Monday, October 31, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa sangka Chelsea boleh kalah mengejut kepada Arsenal.

Memang terkejut tetapi ape boleh buat, langit tidak selalu cerah & Chelsea bukannya boleh menang setiap perlawanan. Ada masa juga, kita akan merasai kekalahan . Semalam Arsenal telah memberi pengajaran yang cukup berguna kepada warga Stamford Bridge . Lebih-lebih lagi mereka dengan kejam menghukum kealpaan di barisan pertahanan kita yang semakin lama semakin longlai. Walaupun corak pertahanan, sama2 bebal. namun Arsenal lebih pandai mencuri peluang dalam mencipta gol. Mereka sudah mula konsisten tapi kerap kali bolos. Masalah yang lebih kurang sama sahaja dengan Chelsea,

Kita perlu muhasabah diri, cari ape kekurangan di sebalik kekalahan ini. Perlukah AVB melakukan rombakan secara besar-besaran ? Bagi aku, tidak. Kita hanya kalah sahaja & masalah yang timbul tidak terlalu kritikal sangat. Ada satu atau dua faktor sahaja yang menjadi duri dalam daging kepada Chelsea. Dari segi perfomance, kita masih menunjukkan corak permainan yang menghiburkan. Rombakan itu perlu ada , tapi tidak secara besar-besaran lah. Repair apa yang patut sahaja, buang yang keruh, ambil yang jernih.


2 perkara yang perlu AVB baiki ialah :

1- Perkemas-kini kan bahagian pertahanan
- Ini faktor utama yang paling jelas memberi impak negatif kepada Chelsea. Bahagian serangan dah cun tapi defensive kureng. Kiter terlalu fokus untuk attack, attack & attack, sampai lupe nak back-up defends. Dari mula musim sehingga sekarang, kita kerap kali bocor & bolos. Kelemahan paling ketara ialah bile pihak lawan membuat set -piece, bola tanggung. Defends kita tidak boleh nak clear serangan itu. Setiap kali nak lancarkan serangan, semua defend termasuk Terry naik atas. Bile lawan buat counter-attack, mulalah nak kelam-kabut, gopoh dan sebagainya. Sampaikan ada lagi player kita yang buat back-pass. Dah tahu Terry ni jenis mudah tergelincir, ape pasal buat hantaran belakang.

2. Upgrade line-up
- Susun line-up tak betul. Tak tahu mana satu pemain yang boleh perform dalam perlawanan penting. Contoh macam Sturridge. Hancur die main lawan Arsenal semalam. Dapat bola, buang bola. Dapat peluang nak score, shooting mengarut. Target ke laut. Skill ade, lari laju tapi sayang, dribble serta penyudah mentah. Lawan kelab2 macam Bolton, Swansea, Racing Genk bolehlah die perform. Tapi lawan big team, aku syorkan die diletakkan di bench dulu. Satu lagi Bosingwa. Bosingwa tak boleh main setiap perlawanan. Sekali-sekala kena juga dropkan die di bench. Terlalu banyak kesilapan yang die buat. Aku pasti Chelsea kerap bolos disebabkan mistake yang dibuat oleh Bosingwa. Gagal nak catch-up high ball lawan. Sudah tiba masanya Ivanovic main RB balik serta kekalkan gandingan David Luiz-JT di posisi centre back. 

Itu sahajalah yang perlu kita perbaiki. Yang lain okey, bahagian serangan terbaik. Kita ada Mata, Torres, Meireles & Ramires yang boleh diharapkan. Stok tambahan yang masih bernilai ialah Mceachran & Oriol Romeu. Setakat ni aku puas hati dengan prestasi mereka berdua. Ada peningkatan dari semasa ke semasa. Sayang kalau mereka asyik banyak mengisi masa di bangku simpanan & tidak diberi pendedahan dalam perlawanan2 besar.

Chelsea 3 Arsenal 5

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 29, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5-3. Game over. Kekalahan pertama Chelsea di Stamford Bridge musim ini.

Tak sangka kan ? semuanya gara2 disebabkan kelekaan, kegopohan & kelemahan bahagian defensif Chelsea.

Kesemua gol yang kita bolos memang 100% salah defends. Gol ke-4 Arsenal aku sangat confused. Kenapa Malouda boleh buat back-pass kepada JT. JT keseorangan dan Malouda tak boleh membuat ape2 pass ke belakang. Ia sangat berisiko tinggi. Kredit untuk Mata. Walaupun kalah, die tetap perform terbaik. Mata beri satu assist kepada gol Lampard & die juga menjaringkan gol penyamaan yang sangat cantik.

Bolos dengan satu jumlah yang agak besar, kita perlukan pembaharuan. Wajib perlukan pembaharuan. Kite kena kerja lebih kuat, perbaiki lagi struktur di tembok pertahanan kerana itu merupakan masalah yang sangat kritikal kepada Chelsea. Apepun, redha sahajalah dengan ape yang berlaku hari ini. Fokus untuk next match pula. KTBFFH.

London Derby Preview : Chelsea vs Arsenal

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 29, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiba-tiba hari ni aku rasa tak ade mood sangat nak menulis entri panjang sampai berjela-jela. Untuk game malam ni , anggap ia perlawanan biase-biase sahaja. Arsenal, ape lah sangat. Tak mencuit syahwat langsung.

Malas nak riak atau main psiko macam uncle chewing gum, nanti menang baru boleh aku bercerita panjang. Chelsea tetap Chelsea, tak lari punya gunung dikejar.

P/S : Jangan lupe perlawanan derby yang biase2 ini akan bermula pada pukul 7.40 malam. Siaran langsung di saluran Astro 812. Kalau yang jenis langgan HD, macam biase ke saluran 831. 

Sturridge penyelamat + Chelsea ke suku akhir CC

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 27, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yeah ! Akhirnya kita mara ke suku akhir Carling Cup(CC) selepas menewaskan Everton 2-1 di Goodison Park. Perlawanan terpaksa berlarutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada sepanjang 90 minit permainan. Pagi tadi, Chelsea pakai jersi ke-3 (putih, kuning + hitam)

Gol kemenangan dijaringkan oleh Sturridge pada minit ke 116. Sebelum itu, Everton menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Louis Saha. Untuk gol pertama Chelsea dijaringkan oleh Kalou pada minit ke-38.

Kite sempat memperolehi sepakan penalti pada awal separuh masa pertama selepas Mceachran dijatuhkan oleh bek lawan. Sayangnya tendangan Anelka tersasar. Jika Lampard & Drogba tiada dalam line-up, maka penalty kick seharusnya diberikan kepada Kalou. Kenapa yang jadi tukang kick ialah Anelka. Dia biasanya fail bab2 sepakan penalti.


Walaupun menang, Chelsea terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal kerana Turnbull diperintahkan keluar padang kerana mengasari Saha di kotak penalti. Dan Chelsea lagi sekali terpaksa bermain dengan 10 orang pemain. Apepun begitu,Cech menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalty Leighton Baines. Cech masuk menggantikan Lukaku berikutan kad merah Turnbull.

Pujian harus diberikan kepada barisan pemain Chelsea pagi tadi. Walaupun tanpa tonggak utama seperti kapten JT, Super Frankie, Mata , Drogba, Ramires  A.Cole & Bosingwa, kite masih mampu menunjukkan perfomance yang terbaik di tempat lawan. Kredit juga untuk AVB yang bijak mengatur formasi, strategi & line-up. Bukan senang nak menang di Goodison Park, hanya kelab2 tertentu sahaja yang mampu menang di sana dan kita salah satu di antaranya.Yang menggalas tanggungjawab ketua pasukan dalam match ini ialah Malouda. Barisan tengah menyaksikan Mceahcran & Oriol Romeu beraksi 1st starter.

Nampak gayanya badi Everton sudah hilang. Tahniah Chelsea & syabas AVB ! KTBFFH.

P/S : Game ni aku tengok secara streaming. Tapi yang sedihnya, sound ada, sekali gambar video tak keluar. Dengar secara radio sahaja beb. First time game Chelsea, aku dengar secara bunyi sahaja, video gelap gelita,kehkeh.

Minggu yang agresif

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 26, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malam ni kita akan berkunjung ke markas Goodison Park untuk saingan pusingan ke-4 Carling Cup. Satu lokasi away yang sangat susah untuk ditumbangkan. Walaupun minggu lepas Chelsea berjaya mengalahkan Everton 3-1 namun kali ini cerita yang berbeza.

Selepas Everton, kita akan melayan Arsenal pula untuk pertembungan North London Derby. Lawan QPR hari ahad lepas memang dipanggil derby juga tapi Derby yang typical. Ref di-suap, player QPR banyak menipu, supporter mereka yang tidak ada semangat kesukanan, seolah-olah ia bukan satu perlawanan derby London.

Minggu agresif untuk Chelsea kan ? Fixture yang sangat mencabar.

Berkenaan dengan komen AVB ke atas Chris Foy, Chelsea telah di-charge oleh FA serta Terry dituduh mengeluarkan kata2 racist.


Ini semuanya karut semata-mata. Ada beberapa pihak cuba nak menjatuhkan Chelsea dalam masa yang singkat ini. Tuduhan yang dibuat oleh Anton Ferdinand memang tidak berasas. Seolah-olah sahaja nak cari publisiti murahan.

Heran dengan Pihak FA. AVB komen skit & cerita mengenai ape yang berlaku pun nak di-charge. Kalau player buat salah kena denda, kalau ref buat mistake, tak de plak kena suspension. So biar kata2 sahaja lah yang mampu dijadikan satu kepuasan bagi pihak kami.

Tapi yang peliknya, 3 kali Chelsea drop point disebabkan keputusan buruk dari pengadil.  Ini bukan alasan kalah tapi ini ialah kenyataan. Ia membuktikan betapa ada pihak mahu sabotaj Chelsea. Kami hanya mengharapkan keadilan sahaja dari pihak pengadil. Orang lain kalah sebab mereka perform hancur tapi Chelsea berbeza. Chelsea kalah disebabkan pengadil. Nak nilai dari segi prestasi, Chelsea still on the track, best perfomance. That why kami menyalahkan pengadil. Kalau kalah sebab perform teruk, buat ape nak stick into the ref, right ? AVB pun ada perasaan juga.

Respons AVB untuk Chris Foy

Posted by KampungChelsea On Monday, October 24, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“I was aggressive to him.I don’t care if he was okay about it.Everybody can have a bad day but this was not a bad day for us. This was a good day. It was a bad day for the referee.

"Emotionally our players were in control because even with nine players we kept our emotions at a good level but I don’t think Chris and his team - apart from the fourth official, who was excellent – were able to manage an emotional game like this one."

Pengulas juga ada berkata dia tidak pernah melihat lagi seseorang pengadil itu membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada linseman. Jika ada berlaku perkara yang musykil, die hendaklah tanya & selidik dulu dengan lineseman. Chris Foy bertindak mengikut kepala otak die sendiri, dan ini menjadi kemarahan warga Chelsea & membingunkan some pihak.

"The sending off for Didier Drigba seemed fair to me.But it wasn’t fair that Bosingwa was sent off because JT [John Terry] was there to cover and a yellow card should have been applied.“If he gives a soft penalty like that, he has to give a penalty on the opposite side. The Lampard penalty, the pushing on Luiz, the thing with John Terry. If that [Helguson’s penalty] was a penalty, we should have had three penalties.”


Fault Bosingwa hanya biasa sahaja & kenapa perlu kad merah ? Chris Foy telah membuang salah satu jentera utama Chelsea. Jika ada pemain lain yang berbuat sedemikian, aku percaya pengadil yang bijak hanya akan melayangkan kad kuning. Dan berkenaan dengan penalti kick pula, ia tidak sepatutnya penalty kick. Player QPR is dive, die tipu. 1 hal lagi, jika ref dah bagi sepakan penalti kepada QPR, die hendaklah membuat perkara yang sama juga kepada Chelsea. Semalam 3 insiden penalti dinafikan oleh Chris Foy. Kalau anda lihat balik insiden tersebut, ia memang betul2 penalti. Sekurang-kurangnya 2 penalty untuk Chelsea.Ini sebab kenapa aku cakap Chris Foy pengadil bias & mahukan Chelsea kalah.

“This was not the first time it has happened to us this season.I don’t want to believe there is a pattern in the referees we are getting because it is the third time in a row the referee has directly influenced our result and we are not happy with this.

AVB is 100% right. Maksud it is the third time in a row the referee has directly influenced our result, ialah sudah 3 kali tindakan buruk pengadil telah mempengaruhi keputusan Chelsea. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi 3 kali ref bias kepada Chelsea. Masihkah anda ingat ape yang berlaku ketika menentang Stoke City di Britannia Stadium, ref menafikan 2 claim penalty kick Chelsea. Dan dua gol MU ketika menumbangkan Chelsea 3-1 di Old Trafford ialah offside. Dan buat kali ketiga ialah ape yang berlaku semalam. Semalam adalah keputusan terburuk pengadil yang tak pernah aku lihat dalam sejarah bola sepak. Seteruk-teruk Ovrebo, aku rasa teruk lagi Chris Foy.

On a normal day with good judgement by the referee, we win the game.”

Jika ref buat keputusan yang adil, tidak akan ada protes dari fans Chelsea, AVB atau sape2 sahaja.Dan Chelsea boleh menang. Ini bukan alasan kalah, ini sebab keputusan buruk pengadil. Anda kena ingat, sesuatu keputusan pengadil boleh mengubah ape yang berlaku di atas padang. Jika ref buat keputusan baik, kenapa AVB, saya & fans Chelsea lain harus membuat protes ? Fikir2kanlah. Anda ingat manager cool seperti AVB suke2 ke nak kritik ref ? Tidak, AVB xkan kritik ref jika die buat keputusan adil.


Protes akan timbul kalau ada satu pihak itu buat unfair decision. Saya boleh terima jika Chelsea kalah disebabkan pihak lawan lebih kuat dari kami, tapi ape yang berlaku semalam, seluruh warga Chelsea tidak boleh menerima, kerana perbuatan Chris Foy sangat mencurigakan. Terlalu banyak keputusan yang agak melampau dari pengadil itu. Nasib baiklah mental kami tinggi & walaupun kekurangan pemain, kami masih menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Buktinya kami yang beraksi dengan 9 orang ini masih mampu fight, perform hebat dari QPR yang perfect main 11 orang. Attacking kami lebih bahaya dari diorg. Tapi sayangnya, pengadil semalam telah membantutkan misi kemenangan kami. Semua pasukan akan kalah jika ref buat keputusan bodoh.

Kesemua manager bola di atas dunia ini akan protes kepada pengadil jika mereka buat keputusan bias. Ini bukan mistake yang tak sengaja, ini adalah mistake yang seolah-olah saja dibuat oleh Chris Foy. Boleh diibaratkan ia telah di-bookie, di-suap.

Ini konspirasi, Chris Foy harus di-banned.


QPR 1 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Monday, October 24, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bayangkan 9 lawan 11, camner nak menang tu bai ? Ditambah pula keputusan bodoh dari pengadil. Kenapa aku cakap pengadil bodoh ? :

1) QPR dapat penalty, hasil daripada taktik menipu. Player diorg dive. Dan jika dive, maka gol yang diorang score itu ialah gol tipu, tak sah. failed ref !

2) Bosingwa red card. Ini satu lagi keputusan tidak berasas dari pengadil yang bernama Chris Foy. Bosingwa hanya buat fault tapi fault die tidak boleh diterima dengan ape2 kad. It just a small fault. Kenapa perlu bagi kad merah ?

3)  Chelsea patut dapat 2 penalti. Pertama Lampard dijatuhkan di kotak penalty. Kedua, defender QPR tarik baju Luiz.

Ini bukan alasan, tapi ini kenyataan. Sampai pengulas,pun ade cakap "shock decision" "silly decision"... Abbas Saad sempat menyindir Chris Foy dengan berkata "It could be his last match as a football referee."

So, ape boleh buat lagi jika berlaku keadaan seperti ini. Keputusan pengadil hari ini mengubah segala-galanya. Kite boleh menang kalau ref buat keputusan adil. Team mane2pun akan kalah kalau ref buat keputusan bangang. Bukan sekali, tapi dah banyak kali ref bias kat Chelsea. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wslm.

Preview : QPR vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 23, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk fixture minggu ini, Chelsea akan berdepan dengan team yang baru masuk EPL iaitu Queen Park Rangers atau dalam short-form nya QPR. Ape yang special mengenai kelab QPR ialah pemiliknya, Tony Fernandes berasal dari tanah air Malaysia. Beliau juga seorang Perintis syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. Kekayaannya meningkat kepada AS$470 juta daripada AS$330 juta tahun lepas. Dari segi wang memang sama kaya dengan Pak Roman, tapi dari segi perfomance, kualiti permainan, pemain, Chelsea jauh lebih hebat. Apepun aku tidak mahu mendabik dada lagi kerana kedua-dua pasukan masih belum berentap dalam saingan EPL. Sebelum ni Chelsea pernah berjumpa dengan mereka dalam pentas Carling Cup yang menyaksikan kita menang 1-0 hasil daripada jaringan Kalou.

Dengan Ramires yang cedera & Torres masih dalam proses penggantungan perlawanan,  rasanya line-up macam ini kot:

(4-3-3)
Cech
Bosingwa - Ivanovic - JT - A.Cole
Meireles - Mikel - Lampard
Sturridge - Drogba/Anelka - Mata


David Luiz mungkin akan direhatkan, begitu juga dengan Malouda yang telah beraksi ketika menentang Racing Genk hari khamis lepas.

Perlawanan akan bermula pada jam 11 malam. Siaran langsung di saluran Astro 817.

Chelsea 5 Racing Genk 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 20, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

100% still win in home !

Tanpa JT, Ramires, Mata & Drogba, Chelsea masih mampu menang besar 5-0 ke atas penyandang juara liga Belgium, Racing Genk. 5 gol hari ini dijaringkan oleh Torres, Meireles, Kalou & Ivanovic.

Dari segi line-up, sistem & tempo permainan amat-amat berbeza sekali. Segalanya sempurna buat The Blues. Aggresif, permainan cantik, tempo laju, serangan bertubi-tubi & strategi bijak dari AVB. Chelsea main dah macam Barcelona, dan boleh dikatakan setaraf dengan kelab Catalan itu.


4 gol pada separuh masa pertama & 1 gol pula di separuh masa kedua membuktikan kualiti terbaik yang ditunjukkan oleh kem kita. Kredit untuk gol pertama Meireles. Jaringan dari jarak 25-ela membuatkan keeper lawan tidak dapat berbuat apa2, melainkan hanya melihat sahaja rembatan cantik Abang Punk kite itu. Ops jangan lupe, Oriol Romeu juga beraksi cemerlang dengan mengawal kubu tengah dengan baik.

Paling best ialah melihat Torres menjaringkan gol. Bukan 1 tapi dua, dua gol. Gol keduanya smart. Lorongan menarik Meireles, ditanduk cantik Torres untuk gol ke-3 Chelsea. Komen pengulas ESPN mengenai Abang Jambu ialah "The man in form". Pretasi terbaik yang ditunjukkan oleh Torres kepada kelab kita. Sebelum tamat separuh masa pertama, Chelsea memperolehi gol ke-4 menerusi tandukan mamat Serbia, Ivanovic. hasil daripada sepakan percuma Malouda.

Kalou yang masuk lewat separuh masa kedua, berjaya menggembirakan peminat Chelsea dengan jaringan sederhananya untuk pesta 5 gol di Stamford Bridge. Die ni kalau main super-sub okey plak, kalau main 1st starter hancur.


Menang sambil clean-sheet. Kali pertama kita dapat clean-sheet selepeas 2/3 game sebelumnya, asyik bolos sahaja. Apepun, kemenangan ini meletakkan Chelsea kekal di tangga teratas kumupulan E dengan 7 mata, manakala di tangga kedua dihuni oleh Bayer Leverkusen yang menang tipis 2-1 ke atas Valencia di Bay Arena.

Tahniah AVB & syabas Chelsea !

Preview UCL : Chelsea vs Racing Genk

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 19, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maybe ada yang tertanya-tanya, siapakah gerangan lelaki dalam gambar di atas ni. Dia ialah Kevin de bryune, super-star Racing Genk. Ketika berada di Porto dulu, AVB sendiri tertarik dengan persembahan budak muda yang berusia 20 tahun itu. Pastinya, Bruyne akan dijual ke Chelsea tak lama sahaja lagi, seperti mana transfer Thibaut Courtois pada bulan ogos lepas.

Oklah berbalik kepada point utama.

Chelsea akan melayan juara Belgium, Racing Genk dalam pertembungan ke-3 UCL. Nampak tidak susah mana kerana lokasinya di Stamford bridge, namun diharapkan ada di antara kita tidak mendabik dada & overconfident. Memang di atas kertas, mereka dianggap underdog, tapi di atas padang, semuanya berbeza. Team kecil Basel mampu seri dengan MU di old trafford, ini apetah lagi Racing Genk.

Objektif Chelsea macam biase ialah mencatat kemenangan serta memperolehi 3 mata penuh.Tak kesah menang dengan jaringan besar atau tidak, yang penting ialah menang. Kalau dapat clean-sheet, itu dikira bonus. Memandangkan sekarang ini bahagian defensif agak leka & kerap kali dibolosi pihak lawan.

Jika racing genk mempuyai masalah kecederaan pemain, begitu juga yang menimpa kepada kem Chelsea. Yang terbaru ialah Ramires. Dia mengalami kecederaan di bahagian lutut dan bakal terlepas juga untuk game dengan QPR. Walaupun ada calon pengganti lain, namun kehilangan Ramires dalam 1-2 game amat dirasai oleh sebilangan fans The Blues. Selain Mata, Ramires antara pemain yang paling menonjol setakat ni.

Line-up kemungkinan (4-3-3)

Cech
Bosingwa, D.Luiz, JT, A.Cole
Meireles - Mikel - Lampard
Sturridge - Torres - Mata

Tiada siaran langsung di Astro. Standby sahajalah dengan link streaming. Kalau nak tengok delayed, jam 4.30 pagi (saluran 813).

Alex ke Juventus ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 18, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Desas-desus mengenai Alex bakal keluar dari Chelsea sememangnya berita yang tidak boleh dibawa main-main lagi.

Alex mengaku die pernah berhubung dengan kelab Juventus dan kelab Itali itu serius berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Di bawah pimpinan AVB, Alex jarang2 dimainkan dan kalah bersaing dengan David Luiz, Ivanovic.

Dengan umur yang semakin berusia, 29 tahun, platform terbaik untuk Alex teruskan karier emasnya ialah bersama dengan kelab nyonya tua Itali itu. Memandangkan skuad kite sekarang sudah bercampur-aduk, yang muda + yang tua, so rasanya posisi Alex di Chelsea tidak akan kekal lama.

P/S : AVB juga dikhabarkan mahu mencari seorang lagi defender pada transfer window bulan 1 nanti. So, peluang Alex untuk tinggalkan kita terbuka luas.

Kehebatan Mata

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 16, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cantik, sangat cantik permainan Chelsea malam tadi. Walaupun tempo, rentak permainan tidak rancak, tapi kita berjaya mempamerkan perfomance menarik. Kata pengulas "beautiful football from Chelsea". Hah, ini sebenarnya yang kita mahukan. Mencatat kemenangan sambil main cantik.

Memang tidak boleh dinafikan lagi, Chelsea semakin lama semakin kuat selepas kehadiran Mata. Kecemerlangan Mata telah menutup mulut-mulut pengkritik yang mengatakan Chelsea lesu dan terlalu berharap dengan kuda tua. Sebagai contoh, tengoklah Sturridge memimpin bahagian serangan pasukan dengan kemas dan bergaya. Begitu juga dengan Ramires, yang dulu sering sahaja dikutuk, dan sekarang, die sudah jadi sebahagian pemain penting dalam skuad The Blues. Itu belum tengok lagi aksi pemain muda terbaik, Josh Mceachran. Salute lah wei.!

Yang jelas ialah Mata. Mata mengubah segalanya. Gaya permainannya sangat bertaraf tinggi. Faktor mutu permainan Chelsea menjadi lebih berkualiti disebabkan kelincahan & kekreatifan budak Sepanyol itu. Tak heranlah dua gol Chelsea semalam berpunca darinya. Seolah-olah die penggerak pasukan kita, mencipta ruang, idea dengan bijak. Transfer 23.5 juta pound yang berbaloi-baloi. Kalau ade awards best transfer of the year, konfem  aku akan undi Mata.

Kat bawah ni, video highlights game semalam, :


Chelsea 3 Everton 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 16, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Senyum tak perlu kata apa-apa., 3-1. Gol Chelsea hari ini dijaringkan oleh Sturridge, kapten marvel JT & Ramires. Sayang sungguh, menang mudah tapi lagi sekali kita gagal clean-sheet.

Kemenangan ini meletakkan Chelsea masih di tangga ke-3 dengan 19 mata. City yang menang 4-1 dengan A.Villa berada di puncak liga dengan 22 mata selepas MU drop point di Anfield.

P/S : Fuhhh, akhirnya badi sudah dibuang.

Preview : Chelsea vs Everton

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 15, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 minggu, hampir 2 minggu EPL bercuti sakan. Al-maklum, ia bagi laluan kepada international-break yang menyaksikan skuad England macam biase layak ke pusingan akhir Euro 2012. Ape yang kesiannya ialah cerita yang sama berlaku kepada kem Scottish, setiap kali pusingan kelayakan tak kire ape jenis kompetitif sekalipun, mereka tetap gagal untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi.Mengenai kegagalan itu, aku tidak mahu mengulas lebih lanjut, kalau hendak tahu, sila berhubung dengan Fergie. Orang scotland, sukses menguruskan kelab tapi negaranya tunggang-langgang.

Jadi, malam ni kempen EPL dibuka kembali dan pelbagai perlawanan menarik bakal disajikan kepada kaki tegar bola sepak terajang. Yang jadi tumpuan ialah team setan merah lawan team ayam merah. Seluruh dunia (terkecuali warga2 setan kondo) mahukan setan merah kalah, kerana jika setan merah kalah, itu peluang terbaik Chelsea untuk merapatkan jurang mata demi mata. Iye lah, malam ini kita akan menjamu Everton yang boleh dianggap sebagai kelab badi teragung kepada The Blues. Jika menang, kita gapai 3 mata penuh dan akan menggugat kedudukan pasukan kedua & pertama liga.

Statistik musim lepas menyaksikan, 1 seri, 1 kalah dan 1 tersingkir. Hah, memang badi sungguh kan Everton ni, hmmm.


Perlawanan kali ini sangat istimewa kepada JT, Ramires & seluruh warga singa London. JT akan membuat penampilan ke-350 EPL manakala penampilan ke-50 adik hitam manis, Ramires bersama kem kita. Selain itu, Chelsea memerlukan 4 gol sahaja lagi untuk melengkapkan koleksi 6 ribu gol dalam sejarah 106 tahun di Stamford Bridge.

Everton boleh dianggap kurang menyengat pada permulaan liga tahun ni. Minggu lepas kalah kepada Liverpool, minggu sebelumnya kalah kepada adik tiri MU iaitu ManchesterCity. Walaupun kurang menyengat, tetapi mereka masih ada bisa. Bisa mereka akan terserlah jika bertemu dengan kita. Itu pasal kenapa setiap kali Chelsea bertemu dengan Everton, aku dilanda kerisuan yang tidak diduga. Sejak dari zaman Jose Mourinho lagi, team yang diberi jolokan The Toffees asyik mencicirkan mata liga kita sahaja. Kalau tak seri, kalah, itu sahaja klimaksnya. Namun di era globalisasi AVB ni, aku mengharapkan akan ada kelainan, dari segi jalan ceritanya, suspensnya, dramatiknya, dan lebih penting corak permainan yang hendak dipersembahkan.

Tanpa Arteta, tanpa Yakubu, tanpa Beckford yang dijual secara terpaksa, aku yakin Everton masih ada kaki untuk menendang bola. Maksud aku, mereka masih boleh memberi cabaran getir kepada kite. Tak hairanlah Matapun berkata seperti yang aku kata :

“I think Everton is a difficult team to play against with strong players.The strikers are tall, they have good players and we have to be prepared with the crosses, which will make things difficult for us.”

Berkenaan dengan susunan line-up, aku tetap rasa formasi 4-3-3 masih lagi akan diteruskan oleh AVB. JT & Luiz akan menjaga di kubu tembok defensif dan untuk di bahagian tengah, tak salah kalau AVB sekali sekala menyenaraikan nama Mceachran & O.Romeu. Mereka masih muda dan beraksi cemerlang pada pusingan ke-3 Piala Carling menentang Fulham. Lampard berkemungkinan besar akan menerajui di bahagian tengah. Boleh dikatakan Super-Frank berada di landasan pretasi terbaik. 4 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Lawan bolton, score hatrik. Di bahagian serangan, aku pasti AVB akan meletakkan Sturridge, Drogba/Anelka & Mata. Torres masih berada dalam proses penggantungan 3 perlawanan dan ini masa terbaik untuk tengok gandingan kopi & susu pula (Drogba & Mata).

rindu dengan zaman kepak Drog...

Jangan lupa untuk menyaksikan pertembungan The Blues menentang The Toffees malam ni, jam 12.30 pagi. Siaran langsung di saluran astro 817. KTBFFH !

Pintu keluar untuk Kalou ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 11, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kecewa kerana kurang mendapat peluang bermain di kesebelasan utama, Kalou maybe akan keluar dari Chelsea pada transfer window bulan Januari nanti.

Dia juga dikhabarkan tidak berminat untuk memperbaharui kontrak barunya bersama kita.

So, perlukah let go budak Ivory Coast itu ? Bagi aku, ya. Kite kena lepaskan die ke kelab lain. Kesian juga, sebab sekarang ni die banyak panaskan bontotnya di bangku simpanan. 1 hal lagi, jika seseorang player itu tidak mahu memberikan komitmen lagi untuk kelabnya, why do we need to keep him again? kite bukan seperti kelab Spurs, yang suka mengongkong para pemainnya.

Jika Kalou betul2 nak out, banyak kelab yang berminat nak sign khidmatnya. Antaranya Liverpool, Arsenal & france champion, Lille. Buat mase sekarang, Arsenal antara satu2 team yang paling serius untuk mendapatkan Kalou.

Kalau tak silap aku, Arsenal akan tawar 6 juta pound untuk winger buangan kite itu. Dulu Chelsea beli kalou dari kelab Feyenoord 9 juta & then skrg ni kite akan jual die balik dengan harga lebih kurang dengan harga asal transfer die. hmmm, berbaloi ? entahlah.

P/S : Kalou banyak berjasa kepada Chelsea, tapi sayang sekarang perfomance die merosot. Mungkin disebabkan kurang mendapat perhatian serta bermain dalam 1st team menyebabkan efek tersebut menghantui prestasi semasanya. Kalau die betul2 nak blah, aku tak kesah. Stay di Chelsea duk kat bench je, boleh buat ape gak. Baik keluar je.Habis cite.

Minggu internationaleleh

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 09, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu ni epl break kejap, bagi laluan kepada kempen international especially euro qualify. Memang boring tapi ape boleh buat, terpaksa layan juga pasal player Chelseapun terbabit sama.

Kalau anda nak tahu, kesemua 1st player Chelsea terlibat dalam kem international semalam, termasuk friendly match.

Ashley Cole,JT perform full-minute & Super-Frank masuk sebagai sub ganti darrent bent. Game yang berakhir dengan dua2 team draw (Montenegro 2 England 2.)Rooney red card,kehkeh.

CM Punk, Raul Meireles sempat main sejam ketika team Portugisnya kalahkan Iceland 5-3.


Berita menggembirakan ialah ade 3 player kite yang berjaya score gol. First, Ivanovic yang menjaringkan gol penyamaan bagi skuad Serbia yang draw 1-1 dengan Itali. France menang 3-0 ke atas Albania dan Malouda menjadi penjaring gol pertama dalam perlawanan tersebut. Paling mencuri perhatian ialah match Spain dengan Republik Czech. Mata score gol menewaskan Cech. Torres menjadi kunci kepada gol kedua Sepanyol. Full-result Spain 2 Republik Cezh 0.

Macam mana pula dengan budak2 muda kite ?

Oriol Romeu main full-minute untuk kem Spain U-21.Adik Josh Mceachran masuk pada awal separuh masa kedua ketika England u-21 menang 3-0 dengan Iceland. Belgium menang mudah 4-1 ke atas Kazakhstan dan Lukaku hanya berada di bench.

Mamat afro, D.Luiz beraksi solid di bahagian defensif untuk friendly match Brazil menentang Costa Rica.Perlawanan tersebut dimenangi oleh skuad Samba dengan 1-0, hasil daripada jaringan our special target transfer, Neymar.


"Chelsea wanted to sign him. " (kata Pedro Leon)

Posted by KampungChelsea On Friday, October 07, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pedro Leon buat klaim "Chelsea wanted to sign him.

Chelsea are one of the biggest clubs in Europe and of course I was excited about the possibility.Honestly, my opinion is that Chelsea's coach [then] was Carlo Ancelotti, not him."

Bile die dah cakap macam tu, perlukah kite terhegeh-hegeh nak sign player Getafe itu ?

Bagi pendapat aku lah, posisi di bahagian midfield cukup padat dan tak perlu lagi nak tambah koleksi midfielder banyak2 sprt kelab Spurs. Position Pedro sudah dihandle oleh Meireles mahupun Lampard. Walaupun kita memang tak de pemain yang bertarafkan solid right winger, namun kehadiran Mata dah betul2 perfect buat Chelsea & problem di bahagian winger sudah selesai.

Kalau Chelsea beli si Pedro Leon, aku takut die tak sempat main plak, sebab peluang 1st starter memang dah full-stop. Mceachran & Oriol Romeu skrg nipun banyak duk kat bench.

So, pendapat korang pula camner  ? haruskah chelsea beli die untuk transfer window bulan Januari nanti ? hmmm.

Bolton 1 Chelsea 5 (Abang Lampard hatrik)

Posted by KampungChelsea On Friday, October 07, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sori lambat update !

Berdasarkan ape yang berlaku minggu lepas, Chelsea mencatat kemenangan dengan menghasilkan kenduri 5 gol di Reebok Stadium. Bolton hanya mampu membalas dengan 1 gol sagu-hati. Lampard hatrik dan 2 gol lagi dijaringkan oleh Sturridge.

Boleh diibaratkan match tersebut sebagai warm-up kerana Bolton tidak begitu memberi cabaran sangat kepada Chelsea. Kite berjaya menghukum kealpaan di barisan pertahanan mereka yang begitu lemah dan longlai. Keeper diorang dah macam keeper budak sekolah, tangkap bola macam tangkap ayam. Sudah bertahun lamanya, venue Reebok Stadium menjadi satu pentas mudah kepada Chelsea. Tahun lepas kalau tak silap aku, Chelsea menang besar juga. Begitu juga dengan tahun yang sebelumnya.


Sturridge memberikan gol pendahuluan buat Chelsea pada seawal minit ke-2. Die menanduk mudah selepas memanfaatkan corner kick Lampard. Tak sempat nak goyang kaki, kite dah dapat gol kedua. Sturridge membuat umpanan & kemudiannya disempurnakan oleh Lampard. Gol seterusnya pula menjelma pada minit ke-25. Sturridge sekali lagi mencemaskan pihak lawan dengan satu tendangan leret dari luar kotak penalty yang gagal ditangkap kemas keeper lawan.

Tak cukup dengan 3 gol, kite tambah 1 gol lagi pada 2 minit kemudian. Bermula dari snap-shoot David Luiz yang lagi sekali gagal ditangkap kemas keeper lawan sebelum Lampard menyudahkan bola rebound tersebut untuk gol keduanya dan gol ke-4 Chelsea dalam match ini.

4 gol di separuh masa pertama. Terkejut ? Bagi fans Chelsea, ia bukanlah satu kejutan kerana kita sudah biasa dengan keadaan tersebut. 4-0, apelah sangat.

Aggresif di separuh masa pertama, namun di separuh masa kedua, rentak permainan Chelsea menjadi perlahan. Mungkin sebab kite sudah terlena dengan defisit 4 gol. Tapi, tidak mengapa. Bolton tidak bangkit, mereka hanya mampu mencuri perhatian dengan 1 gol sahaja. Kite gagal clean-sheetpun disebabkan kurang peka dengan set-piece pihak lawan.

 ini 3 ye

Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba apabila Lampard menjaringkan gol hatriknya pada minit ke-58. Dia menyambut baik umpanan Drogba dan menyudahkannya untuk gol-5 Chelsea.

Hari terbaik buat Super-Frank kerana bukan selalu die dapat score hatrik. Kadang2 shoot berterabur, passing tidak mengena. Lampard is back ? Maybe yes, tapi aku lebih mengharapkan sumbangannya dari segi assist pula selepas ni.

Kemenangan 5-1 ke atas Bolton ini menempatkan Chelsea di posisi ke-3 liga dengan 16 mata.Manakala Bolton macam biase, kekal tercorot di tangga terbawah.

P/S : Line internet rumah aku ade problem skit. Itu pasal aku jarang update blog. aku akan update tapi tidak kerap, maybe seminggu hanya 1-2 post. Skrg nipun hanya online di kedai mamak.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png