Piala FA : Chelsea mara ke pusingan yang seterusnya

Posted by KampungChelsea On Monday, January 30, 2012 0 Komen Penyokong

Walaupun menang dan layak ke pusingan yang seterusnya, namun performance Chelsea kurang baik.Agak hambar juga corak permainan kem The Blues di Loftus Road.

Mungkin aku boleh labelskan match ini sebagai deja-vu kerana boleh dikatakan ia sedikit mirip dengan apa yang berlaku pada beberapa bulan yang lepas ketika Chelsea tumbang 1-0. Tewasangkarakeputusan uneducated dari Chris Foy yang menghadiahkan penalty free kepada QPR. Dan semalam kita menyingkirkan mereka hasil daripada soft penal;ty yang dihadiahkan oleh Mike Dean. Ada yang mengatakanSturridge dive, aku tak nak komen apa-apa, cukup sekadar tersenyum sinis dengan misi balas dendam sudah terbalas. Mata dengan rileks dan bersahaja menyempurnakan penalty kick menewaskan keeper lawan sambil dilihat oleh Abang Lampard yang berada di tempat duduk penyokong. Super Frankie terpaksa diketepikan pada perlawanan ini ekoran dari kecederaan kaki yang dialaminya ketika menentang Norwich tempoh hari.

Berkenaan dengan kes racist antara JT dengan Anton Ferdinand sebenarnya tidak member apa –apa gambaran yang menarik dalam match ini.Lebih-lebih lagi kita masih tidak tahu adakah benar JT bersalah dalam hal ini. Hanya kedengaran laungan dan cemuhan “boo” sahaja ke arah kapten marvel kita itu. Namun gangguan itu langsung tidak member efek kepada performance JT & juga Chelsea, malahan defensive kita dilihat lebih solid,kukuh dari perlawanan sebelumnya. Tidak heranlah QPR hanya membuat mampu membuat sekali sahaja shoot on target.


Tidak lupa tiada hand-shake (upacara salam bersalaman sebelum perlawanan bermula) di antara JT dengan Ferdinand. Ia member gambaran jelas yang mereka berdua masih emo walaupun sangkaan aku mengatakan JT mungkin akanbersikap lebih professional jika hendak nak dibandingkan Anton.

Lawan di pusingan ke-5 ialah Birmingham yang merupakanjuara Carling Cup musimlepas.Nampak mudah tapi hakikatnya lawan underdog seperti mereka mampumembuat kejutan jika kita berada dalam keadaan yang riak mahupun leka.Lagipun prestasi pemain kita sekarang tidak berada dalam keadaan yang terbaik..Untuk jadi juara, kita harus mempamerkan aksi terbaik, performance yang bagus tapi saying buat masa sekarang, kita tidak berada di tahap tersebut.Banyak kelemahan dan ruang-ruangkosong yang perlu kita isi dan atasi.Bahagian serangan tidak sharp dan tengah tidak hidup. So bolehkah kita menjadi juara jika dua elemen tersebut tidak kuat ? fikir2kan.

Apa pun, KTBFFH.

P/S :Mohon maaf kerana lambat mengemas-kini entri blog. Line internet kampung aku buat hal lagi. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singa lawan kenari

Posted by KampungChelsea On Friday, January 20, 2012 13 Komen Penyokong

Salam Jumaat.

Esok kem Chelsea akan melawat ke markas Norwich City, Carrow Road. Untuk fasa pertama musim ini, kita berjaya mengalahkan mereka 3-1 di Stamford Bridge hasil daripada jaringan Bosingwa,Lampard & Mata. Namun untuk fasa kedua ini sedikit berbeza kerana venue stadium lebih mencabar & atmospherenya sudah pasti memihak kepada mereka. Keupayaan anak buah Paul Lambert tidak boleh dipandang rendah kerana dalam 3 perlawanan terakhir, mereka berjaya menyapu bersih dengan semua kemenangan. Kali terakhir mereka tewas pada 27 Disember 2011, iaitu tahun lepas kepada Spurs.

Aku yakin untuk perlawanan besok, tentu ramai yang ingin melihat debut pertama Cahill untuk Chelsea. Adakah dia akan memulakan permainan di 1st line-up atau berada di bench terlebih dahulu ? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Tidak lupa dengan kembalinya The Bison, akan menguatkan lagi jentera tengah & tembok pertahanan kita. Tapi persoalan sekarang ialah jika Essien berada dalam skuad kesebelasan utama nanti, siapa yang bakal disingkirkan dan berada di bench ? Lampard atau Romeu ?  Mungkin AVB ada perancangan yang tersendiri mengenai perkara ini. Tapi terlalu banyak rotation akan memberi kelemahan juga dari sudut aspek chemistry.

ouch !

Berkenaan dengan Torres pula, jika dia masih gagal untuk score gol, itu bukanlah masalah utama. Apa yang penting ialah, dia beraksi bagus & membantu pasukannya mencatat kemenangan. Score gol itu hanya bonus dan tidak ada ertinya kalau dia berjaya menjaringkan gol tapi Chelsea gagal menang.

Misi minggu ini bagi Chelsea ialah wajib menang kerana esok merupakan pertembungan top 5. Pencabar terdekat, Arsenal akan melayan kunjungan MU. Dan pasukan di tangga ke-3, Spurs akan ke Etihad Stadium untuk menentang pendahulu liga, City. Jadi, di situ kelebihan memihak kepada kita kerana dua di antara mereka konfem akan tercicir mata. Lagi bagus ialah jika kesemua di antara mereka draw & drop point. Ia akan memberikan kita satu lif uk merapatkan jurang dan memperbaiki kedudukan semasa Chelsea sekarang. Jangan mereka drop point, kita juga yang drop point.

Norwich City vs Chelsea. Perlawanan akan bermula pada jam 8.40 malam, siaran langsung di saluran Astro 812. KTBFFH. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AVB - kelapan termahal di dunia

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 19, 2012 4 Komen Penyokong

Senarai 10 pengurus bola yang mendapat gaji terkaya di dunia :

  1. Jose Mourinho (Real Madrid) 11.2 juta pound setahun
  2. Diego Maradona (Al Wasl)      9.9 juta pound setahun
  3. Pep Guardiola (Barcelona)       8.7 juta pound setahun
  4. Fabio Capello (England)           6 juta pound setahun.
  5. Arsene Wenger (Arsenal)         6 juta pound setahun
  6. Carlo Ancelotti (PSG)            4.9 juta pound setahun
  7. Luiz Felipe Scolari (Palmeiras)  4.4 juta pound setahun
  8. Andre Villas Boas (Chelsea)     4.3 juta pound setahun
  9. Sir Alex Ferguson (MU)          4 juta pound setahun
  10. Roberto Mancini (MC)           3.8 juta pound setahun

Korang rasa AVB layak mendapat gaji sebesar itu ? Bagi aku, ya kerana musim lepas, beliau telah memenangi 4 gelaran bersama Porto. Dan musim ini pula AVB membimbing kelab Chelsea, as we know, antara kelab terkaya juga dalam sejarah dunia bola sepak sekarang.

Jika musim ini sekurang-kurangnya kita memperolehi satu trofi, konfem gaji AVB akan up lagi. Tambahan kalau trofi tersebut ialah UEFA Champions League dan Pak Roman pasti murah hati,hehe.

P/S : No.2 termahal Maradona ? nak tergelak aku rasa. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Official : Selamat datang Gary Cahill

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 17, 2012 9 Komen Penyokong

Akhirnya lengkap sudah transfer Gary Cahill ke Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 7 juta pound.

Info ringkas mengenai bek muda yang berusia 26 tahun ini :

Nama penuh : Gary James Cahill
Lahir : 19 Disember 1985.
Warganegara : England
Posisi : Centre back
Kelab sebelum ini : Aston Villa, Bolton


Cahill akan memakai jersi nombor 24 dan akan membuat debut pertamanya pada perlawanan menentang Norwich City hujung minggu ini.

Sebelum ini, Cahill pernah berduet bersama dengan JT ketika perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012 untuk pasukan kebangsaan England. Pastinya AVB akan gandingkan mereka berdua juga di dalam skuad Chelsea.


P/S : Pembelian pertama selesai dan menunggu pembelian kedua pulak,hehe. Dengan kehadiran Cahill ini, aku harap agar masalah & kelemahan di bahagian pertahanan kita akan selesai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea 1 Sunderland 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 15, 2012 5 Komen Penyokong
 selamat datang bro !

3 perkara yang menggembirakan aku dalam match ini ialah :

+ Assist akrobatik menarik dari Torres untuk gol nasi tambah Lampard
+ Essien kembali dan sempat main dalam 15-20 minit terakhir
+ Pembelian terbaru, Gary Cahill berada di tempat duduk stadium tadi.

Walaupun menang tapi secara jujurnya, aku kurang berpuas hati dengan perfomance Chelsea hari ini. Kita tidak berada dalam pretasi terbaik dan tidak mencipta peluang dengan baik. Mungkin senang aku cakap, Chelsea bernasib baik kerana tidak kalah atau drop point. Sunderland mensia-siakan banyak peluang keemasan. Tambahan pula, defensive kita agak longlai & hampir-hampir juga pihak lawan nak menyamakan kedudukan. Paling mengecewakan ialah di bahagian tengah. Tidak kreatif, tiada idea & kurang dinamik dalam membuat hantaran. Takkan setiap perlawanan, asyik-asyik striker sahaja yang kena bagi assist. Aku mengharapkan untuk satu lagi pembelian dari Roman ialah seorang perancang tengah yang otak geliga. Sakit hati tengok pemain tengah Chelsea yang tiada idea untuk membuat hantaran menarik kepada striker. Kesian aku tengok Torres. Terpinga-pinga menanti through pass dari rakan pasukannya. Meireles tamak, Malouda bile masuk main, terus shoot dan Ramires tak pandai jolok bola.


Berkenaan dengan gol tunggal yang dijaringkan oleh Lampard itu, aku rasa kita kena beri kredit penuh kepada Torres kerana lagi sekali dia menjadi assist kepada gol Chelsea. Tidak adil rasanya melihatkan Torres membuat volley akrobatik yang sangat cantik namun yang menyudahkannya ialah Lampard. Kalau volley tersebut tidak terkena palang dan terus menerjah jaring, aku rasa itu gol terbaik Torres musim ini.

Dengan kemenangan tipis 1-0 ini masih lagi mengekalkan Chelsea di tangga ke-4 liga dengan 40 mata. 6 mata di belakang, Spurs yang seri 1-1 dengan Wolves. 8 mata beza dengan pendahulu liga, City yang masih ada satu lagi baki perlawanan. Apa pun tahniah Chelsea & syabas AVB. Perlawanan seterusnya ialah menentang Norwich City di Carrow Road. KTBFFH. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MOTM Chelsea 1 Sunderland 0 ?


    Photobucket


    2 In 1 Alex analisis andre villas-boas Andriy Shevchenko Ashley Cole avram grant big london derby biografi blues legends Branislav Ivanovic bruce buck carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba dokumentari Eksklusif erland johnsen ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson Scott Sinclair selebriti SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

    Photobucket



    Photobucket

    Blog Kampung Chelsea ini ditubuhkan khas untuk semua peminat kelab bola sepak Chelsea di seluruh benua especially di benua Malaysia.

    Segala pertanyaan/persoalan, silalah hantarkan ke email admin kampungchelseafc@yahoo.com