Terry Pemain kedua Termahal Di England

Posted by KampungChelsea On Monday, August 31, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Captain Jack Sparrow Blues, Terry menjadi pemain kedua mendapat gaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris selepas dia telah menandatangani kontrak baru bersama Chelsea.

Pemain gila duit City, Robinho masih menjadi pemain no.1 termahal dalam liga Inggeris.Dia mendapat 160 ribu seminggu sedangkan Terry menerima 150 ribu seminggu.

Kontrak Terry akan diperbaharui sehingga 5 tahun ke hdapapan.Ia bermakna Terry akan mengumpulkan 39 juta pada umurnya yang mencecah 34 tahun.

Video Gol & Highlights : Chelsea 3 Burnley 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 30, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tumpasnya si kerdil burnley......

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam tadi berlangsungnya perlawanan keempat chelsea dalam liga inggeris di mana chelsea telah bertemu dengan kelab kerdil yang baru dinaik taraf iaitu burnley.. seperti diramalkan chelsea dengan mudah meratah kelab tersebut dengan kemenangan 3-0... kekebalan kubu chelsea di stamford bridge menyebabkan burnley begitu sukar utk mencari gol, dibantu oleh kekebalan benteng pertahanan chelsea yang dikemudi oleh pemain pertahanan terbaik eropah iaitu john terry. pada separuh masa pertama, chelsea telah melakukan banyak serangan yang bertali arus ke kubu burnley namun buntu utk mencari gol.. gawang burnley yang dikawal oleh jensen amat cemerlang menafikan percubaan pemain2 chelsea terutama drogba dan anelka.. namun kekebalan itu tidak bertahan lama apabila anelka bijak menyempurnakan bola hantaran droga untuk gol pertama chelsea pada minit ke 45+1....

Bersambung babak kedua, chelsea tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan apabila bola hantaran cantik frank lampard berjaya disudahkan oleh michael ballack dengan sempurna untuk gol kedua chelsea hanya 2 minit selepas sepak mula... manakala selang 4 minit kemudian, pertahanan chelsea iaitu ashley cole terus menghukum kealpaan benteng burnley dengan gol jaringannya yang pertama dalam liga dan ketiga pda perlawanan ini....
Perlawnan ini sebenarnya didominasi oleh chelsea sepenuhnya, burnley ternyta bukan lawan chelsea kerana burnley dilihat sukar untuk mengatur serangan dan menguasai bola... skang chelsea telah berjaya menduduki tkhta liga buat sementara waktu sblum perlawanan lain berlangsung.. syabas dan tahniah buat chelsea..

p/s: pelik juga camne si setan merah tu boleh kalah dgn burnley.. men kn best pun.. chelsea ayam2 kan lagi adalah.... ksian setan merah.. klu kalah ngan sengal malam ni x tahu lah... hahahahaha the blues........



|

Preview : Chelsea Lawan Burnley Malam Ini

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini jam 7.40 malam bermulalah perlawanan di antara Chelsea menetang pendatang baru iaitu Burnley.Pastinya ramai peminat-peminat Chelsea yang beragama Islam pastinya tidak akan solat terawih malam ini untuk menyaksikan match ini,hehehe aku tak boleh,aku memang wajib kena pergi solat terawih malam ni pasal kalau aku tak pergi memang kena marah dengan mak bapak aku la....

Berbekalkan 3 kemenangan yang diperolehi oleh Chelsea dalam liga musim ini, ramai yang meyanggka peluang Chelsea untuk meraih kejuaraa liga menjadi terbuka.Burnley sebagai pendatang baru memulakan kempen musim ini dengan penuh bergaya dengan 2 kemenangan dan 1 kalah dalam 3 perlawana liga.Dengan mengejutkan United di tempat mereka, tidak ramai yang akan membuat andaian Chelsea mampu menang mudah malam ini.Tetapi untuk mengejutkan Chelsea di Stamford Bridge bukanlah satu jalan yang mudah kerana Chelsea pernah memiliki rekod kebal di tempat sendiri selama 4 tahun.Jadi jangan beranganlah team Burnley nak menang malam ni.

Barisan kemungkinan malam ini : Petr Cech(GK), Terry,Carvalho,Bosingwa,A.Cole(DEF), Lampard,Ballack,Deco atau Mikel(MIDF), Malouda(MidfieldStriker), Drogba,Anelka(STRIKER)

MY PREDICTION : Mungkin Chelsea akan menang mudah.Tapi tidak mustahil untuk Burnley mencatat keputusan seri jika bahagian defend Chelsea malam ini angkuh dan longlai.Anelka dan Drogba mampu menyelamatkan keadaan jika situasi ini terjadi.

P/S : Tahukah Anda ? Burnley telah menyingkirkan Chelsea dalam Piala Carling Cup di pusingan keempat di Stamford Bridge tahun lepas.Pada waktu itu, Chelsea dipimpin oleh Felipe Scolari.Jadi berjaga-jaga dengan ancaman Burnley malam ini.

Undian Champions League : Mudah Tapi Jangan Pandang Rendah

Posted by KampungChelsea On Friday, August 28, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hasil daripada undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim ini semalam menyaksikan Chelsea berada dalam kumpulan D.Dan antara pasukan dalam penghuni ini ialah FC Porto, Athletico Madrid dan kelab baru masuk UCL, APOEL.Bunyi dan tengok cam senang je group Chelsea ni kan? Erm...Ramai yang mengatakan peluang Chelsea untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir tebuka luas.

Pendapat aku apabila kita sudah mengetahui Chelsea sudahpun berada bersama dengan pasukan-pasukan tersebut,aku merasakan peluang Chelsea sangat luas berbanding musim lepas.Bagi aku pasukan yang mampu mencabar Chelsea musim ini dalam kumpulan D ini hanyalah Athletico Madrid.Athletico Madrid merupakan antara pasukan gergasi Sepanyol dan mereka mampu menggugat reputasi Chelsea lebih-lebih lagi di Stamford Bridge.

Pasukan lain ? Mudah ke ? Tidak juga...Contoh juga seperti FC Porto.Sememangnya sinonim dalam kehidupan Liga Juara-Juara Eropah Chelsea.Chelsea 2 kali pernah bertemu dan menghadapi Porto dalam kejohanan ini iaitu pada tahun 2004/2005 dan 2006/2007.Ramai juga pemain-pemain Chelsea yang mempunyai hubungan rapat dengan kelab Porto dan pernah mewakili pasukan itu antaranya ialah Ricardo Carvalho, Paulo Ferreira, Jose Bosingwa dan Deco.

Dan pendatang baru iaitu APOEL.Akupun tak tahu kelab ini dari negara mana,mungkin dari kelab Romania atau Bulgaria atau Ukraine.Tapi jangan memandang rendah terhadap keupayaan mereka, walaupun mereka pendatang baru tapi mungkin mereka akan mengkaji sesuatu dan melakukan sebarang kejutan dalam kejohanan ini musim ini.Mane kita tahukan peluang mereka ? Jadi kita lihat dan saksikanlah je...

P/S : Untuk pengetahuan korang semua, pemain terbaik eropah 2008/2009 jatuh kepada Lionel Messi.Itu tak penting sebab pemain pertahanan terbaik eropah 2008/2009 jatuh kepada John Terry,hahaha.Tahniah Terry...Pertahanan terbaik Eropah tu....Cayalah...


Gilardino Suke Tapi Kaka Tak Suke ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 27, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Keputusan undian Liga Juara-Juara Eropah(UCL) 2009 akan segera bermula beberapa jam sahaja lagi.Semua pihak yang terbabit dalam undian ini pastinya mempunyai harapan dan impian masing-masing mengenai undian UCL ini.

Dan bekas pemain AC Milan iaitu Kaka dan Alberto Gilardino juga mempunyai harapan tertentu dalam undian ini.Tapi kedua-dua pemain ini masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.Apa itu ?

Gilardino yang memimpin Fiorentina melangkah ke pusingan terakhir dalam UCL msuim ini menyatakan bahawa dia teringin dan termimpi-mimpi untuk bertemu dengan kelab seperti Chelsea."Saya gembira jika kelab kami(Fiorentina) akan bertemu di London menetang Chelsea kerana saya tidak pernah menghadapi mereka.Ini pastinya akan menjadi satu pertarungan yang menarik jika menghadapi pasukan bimbingan Ancelotti yang sememangnya seorang pengurus yang hebat," kata Gilardino.

Tetapi pendapat seorang lagi bekas rakan sepasukannya yang sekarang ini merupakan bintang terkenal Real Madrid iaitu Kaka sangat berbeza dengan pendapat Gilardino.Ape pendapat Kaka pula ?

"Saya tidak mahu berhadapan dengan Chelsea kerana saya ingin menghormati Carlo Ancelotti.Saya berharap saya akan berhadapan dengannya dalam satu peringkat yang lebih tinggi lagi," jelas Kaka.(Erm di peringkat separuh akhir ker atau Final Kaka ? Aku tak rase yang kelab seperti Real mampu melangkah ke semi final atau Final...hehehe)

|

Robben Join Setan ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 27, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Arjern Robben iaitu bekas pemain Chelsea dikatakan bakal beraksi semula di EPL dan berhijrah ke Manchester United.Betul ker ? Khabarnya, United tengah merancang untuk mengambil Robben dari Real Madrid dengan menawarkan 20 juta kepada Madrid sebelum musim jadual perpindahan pemain ditutup.

Sejak pemergian Ronaldo ke Real, Robben dikatakan bakal pengganti sesuai bekas bintang United itu.

Robben yang pernah beraksi bersama Chelsea berpindah ke Real Madrid pada musim 2007 dengan bayaran 24 juta.

Erm best gak kalau Robbern join EPL balik...tapi xleh blah la kalau die join United.Bagi aku, xder sape yang bleh ganti si pondan tu(Ronaldo) walaupun Robben pengganti paling ideal bintang Portugal itu.Hahaha tapi kesian gak kat Robbern,kerap giler injured sampai Real menyampah nak turunkan die main..tu lar sape suruh out sangat dari Chelsea...nanti biler main dgn United plak,injured plak die ni...hahaha aku label si Robbern ni Si Cedera atau dalam bahasa inggeris plak ialah "Super InjuredMan"....hahaha...

|

3 Pemain Muda Benfica Jadi Sasaran

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 25, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea nampaknya belum mengakhiri lagi urusan perbelanjaan pemain.Nampaknya, tiga pemain muda Benfica masih diusahakan untuk dipersembahkan ke Stamford Bridge musim baru ini.

3 pemain muda yang termasuk dalam perbelanjaan chelsea itu ialah Angel Di Maria, David Luiz dan Fabio Coentrao.Ketiga-tiga pemain ini berumur dalam lingkungan 21 tahun.

The Blues khabarnya sudah melakukan persepakatan dan perjanjian bagi mendapatkan 3 pemain tersebut dan ketua eksekutif Chelsea, Frank Arnesen mengatakan tidak musthail Chelsea akan mendatangkan pemain baru lagi dalam skuadnya.

Anelka Dedah Masalah Fizikal (HARIAN METRO)

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 25, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka dilanda kecederaan dan sedang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan pada musim panas.

Selepas bergelut pada aksi pembukaan Chelsea menentang Hull sebelum sekadar memanaskan bangku simpanan berdepan Sunderland, penyerang antarabangsa Perancis itu berjaya menjaringkan gol pertama musim ini dan mencipta peluang gol buat Didier Drogba ketika skuad Blues menang, 2-0 di Fulham, kelmarin.

“Perkara ini bukan sesuatu yang mudah kerana saya mengalami banyak masalah fizikal sejak enam bulan lalu. Sampaikan saya sudah berfikir mahu menjalani pembedahan pada musim panas ini.

“Kami fikir saya mengalami kecederaan serius. Tapi, saya tidak mahukannya kerana musim ini amat penting dengan Piala Dunia pada penghujungnya,” kata Anelka, semalam selepas dilanda kecederaan pangkal paha ketika menentang Fulham.

Anelka, yang muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 19 gol, berkata dia mengalami masalah belakang sebelum terpaksa berehat panjang.

Drogba-Anelka Gandingan Paling Mantap Dalam EPL ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 25, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ya,bagi aku, Drogba dengan Anelka memang gandingan paling mantap dalam Liga Perdana Inggeris sekarang ini.Bukan EPL je, di eropah dan seluruh dunia sekarang ni merekalah yang terbaik.Jika di Real Madrid sekarang ini, gandingan terbaik pastinya ialah Cristiano Ronaldo dan juga Kaka tapi di Chelsea, pastinya Drogba dan Anelka.

“Tak diragukan lagi bahwa Anelka dan saya dapat bekerjasama,” kata Drogba seperti dikutip Sky Sports

Gandingan maut Drogba dan Anelka menjadi penentu kemenangan Chelsea ke atas Fulham 2-0 di Craven Cottage.Kerjasama antara mereka masing2 membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan 2 gol.

"Tidak dapat dinafikan lagi bahawa saya dan Anelka dapat bekerjasama," kata Drogba.

"Kami cergas, jadi kami tahu bagaimana dapat bermain bersama-sama dengan baik.Kami hanya memerlukan sedikit sahaja masa dan kesannya akan terjadi seperti ini,".

Misi Sempurna Di Craven Cottage

Posted by KampungChelsea On Monday, August 24, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Misi sukar di Craven Cottage terjawab dengan sempurna apabila Chelsea berjaya meraih 3 mata penuh di kubu kuat Fulham itu dengan menumbangkan mereka dengan 2-0.3 kemenangan berturut-turut yang capai oleh Chelsea untuk epl musim ini dan pastinya memberikan senyuman yang lebih lebar kepada manager, Ancelotti.Tahniah Chelsea.

2 gol jaringan Drogba dan juga Anelka memberikan kemenangan selesa Chelsea ke atas Fulham.Dalam match ni Fulham tidak begitu memberi cabaran dan tentangan kepada Chelsea kerana aku dapat melihat keseleluruhan match ni kebanyakannya dikuasai oleh Chelsea.Hanya 2 pertukaran sahaja yang dilakukan oleh Chelsea iaitu memasukkan Deco dan juga pemain muda Chelsea iaitu Hushinton(betul ker ejaan aku ni...)...Mengenai gol Chelsea pulak, aku merasa macam 2 gol chelsea ni 2 gol yang sepakat serta kerjasama...Ye lar, korang tengok first gol Chelsea ialah Drogba dan yang passinganya ialah Anelka.Dan second gol Chelsea plak ialah Anelka dan yang passingnye ialah Drogba..hehehe...Hehehe tahniah Chelsea dan aku harap momentum kemenangan ini diharap akan terus berterusan.Syabas The Blues.!

Jaringan Nicolas Anelka pada minit ke 75.Fuh giler laju Anelka ney..cayalah..Drogba dan Anelka memang gandingan terbaik dunia lar...


Menjelang Perlawanan Menetang Fulham Malam Ini : Kubu Craven Cottage Pasti Sukar

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 23, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini perlawanan di antara Chelsea menetang Fulham berlangsung di Stadium Craven Cottage pada pukul 11 malam pastinya memberikan sainagn yang sengit kepada Chelsea.Selepas meraih 2 kemenangan yang sukar ke atas lawan masing2, bagi aku Chelsea pastinya akan menerima kunjungan oleh tuan rumah, Fulham malam ini dengan begitu sukar.Kubu Craven Cottage begitu sukar untuk dikalahkan lebih-lebih kita dapat tengok tahun lepas.Team seperti Arsenal dan Manchester United sudah kalah di kubu ini dan mujurlah Chelsea mencatat keputusan seri sahaja walaupun ia tidak memadai keputusan tersebut bagi sesuatu pasukan hebat seperti Chelsea.

Berita yang mengecewakan :
Defender mantap, Alex dan Beletti tidak dapat bermain malam ini.Joe Cole dan Ferreira juga tidak masih tidak cergas dan mengalami kecederaan lutut dan pemain baru yang dinanti-nantikan untuk beraksi iaitu Yuri Zhirkov sekali lagi tidak akan beraksi malam ini.

Barisan Kemungkinan The Blues Malam ini :
CHELSEA (dari): Cech, Turnball, Hilario, Terry, Bosingwa, Ivanovic, Carvalho, A Cole, Deco, Lampard, Ballack, Essien, Mikel, Malouda, Drogba, Sturridge, Anelka, Kalou.

Ulasan Ancelotti menjelang perlawanan menetang Fulham malam ini :

"Di Itali, Roy (Pengurus Fulham) memiliki reputasi yang cukup hebat. Saya kenal dengannya kerana dia pernah membimbing Inter Milan.

"Jadi saya sedar Fulham pasti akan menampilkan persembahan terbaik mereka dan ini mungkin akan menjadi ujian sukat buat kami,"

MY PREDICTION :
Aku rase peluang dan peratus kemenangan bagi match ni ialah 50-50% kerana Fulham pelawan yang hebat dan lebih hebat berbanding Hull dan juga Sunderland.Menetang mereka di Craven Cottagge(kubu mereka) memang sukar beb, campur plak penyokong mereka yang berkelakuan "gila babi" terhadap pelawat mereka pastinya sukar untuk meraih 3 mata.Tapi jangan risau selagi masih ade Drogba,Anelka,Malouda dan Lampard...pastinya menjanjikan 3 mata penuh untuk Chelsea malam ini.

Chelsea Terlalu Tua ? : Wenger

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 22, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelatih sengal, Arsene Wenger mula berasa sedikit bongkak dan mula memerhatikan dengan lebih dekat mengenai peluang terbaik pasukannya dalam merebut kejuaraan liga pada musim ini.Wenger memberikan penilaian dan komen tentang masa depan skuad Alex Ferguson dan juga Rafael Benitez, hingga skuad Chelsea yang dianggapnya sebagai skuad tua.

Pergh,,..memandai je orang tua ni cakap skuad Chelsea tua...ceh tua konon..yang ko tu tua ker muda ? tengok-tengok esok lusa nak mampos dah...

Apa yang diblebelkan oleh Wenger mengenai skuad The Blues :
"Saya masih berfikir bahawa Chelsea pada musim ini sememangnya mempunyai peluang yang cerah untuk meraih gelaran liga.Tapi skuad mereka setahun lebih tua berbanding dengan Arsenal, dan itu sangat memberi pengaruh kepada mereka," kata Wenger.

Jawapan aku kepada Pak Cik Mr.Bean:

  • Wenger, ko kate skuad Chelsea tua ? Ye, memang aku bersetuju kerana Chelsea sememangnya skuad yang tua yang matang dan berpengalaman.Bagi aku skuad yang tua lebih bagus dari skuad yang muda dan mentah cam sengal tu..Ye lar skuad yang tua ni mempunyai kelebihan yang jauh lebih hebat jika hendak nak dibandingkan dengan skuad muda...Mereka ada kualiti,fizikal yang mantap,otak cerdas & bijak, serta berpengalaman...tapi skuad muda cam senga tu ape yang ade?...laju je main cam cibai...tahun lepas atau musim lepas korang tengok....Arsenal mempunyai barisan muda yang mantap...tapi ape jadi akhir2 musim...langsung tak boleh piala...4 tahun dah beb...Ko jangan cakap besar Wenger...aku tahu sekarang ni koang punyer result memang baik...tapi itu cuma untuk awal musim je...tengok le tengah2 musim dan akhir2 musim ni,korang cam biase memang xboleh trofi..tahun lepas dah berapa kali dah kalah dengan Chelsea...so jangan cakap besar...Chelsea walaupun skuad tua tapi hebat tapi team sengal,,,skuad muda tapi bodoh xder trofi...tahun ni konfem kalah lagi dengan Chelsea....

|

Deco Akan Kekal Di Kampung Chelsea : Ancelotti

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 22, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selepas Chelsea membenam Sunderland 3-1, Ancelotti membuat keputusan yang menggembirkan kepada Deco.Ancelotti memutuskan untuk tidak menjual Deco.Dalam perlawanan tersebut, Deco berjaya menjaringkan satu gol dan selepas itu, dia digantikan dengan Shevchenko.

Sejak kedatangan Deco ke Stamford Bridge pada musim 2008, Deco sering tidak begitu mempamerkan prestasi yang memberangsangkan.Hanya untuk awal musim sahaja, dia hanya melakukan sesuatu yang terbaik untuk Chelsea tetapi selepas di pertengahan musim, prestasinya menurun dan dia sering mengalami kecederaan dan kerap tidak bermain untuk Chelsea.Dia sempat mengatakan bahawa dia kecewa dan mahu meninggalkan Chelsea dan mahu ke Inter Milan.

" Deco tidak akan meninggalkan kelab ini.Kami tidak mahu dia pergi dari kelab ini," tegas Ancelotti. "Dia bermain sangat baik terutama sekali dalam perlawanan menetang Sunderland.Dia sangat sesuai berada di sini dan menunjukkan motivasi yang hebat kepada para pemain yang lain," jelas Ancelotti lagi.

|

Profile : Nemanja Matic

Posted by KampungChelsea On Friday, August 21, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Chelsea sudahpun mendapat satu lagi pemain baru iaitu Nemanja Matic dan menjadikan dia sebagai pemain baru chelsea yang keempat untuk musim ini.Kat bawah ni merupakan sedikit info tentang Nemanja Matic ini :

Nama Penuh : Nemanja Matic

Tarikh Lahir : 1 Ogos 1988

Umur : 21 Tahun

Tempat Lahir : Sabac,SFR Yugoslavia

Posisi : Tengah

Kelab Junior : Radnički Obrenovac,Crvena Zvezda,FK Partizan

Kelab Senior : Kolubara ,Lazarevac, MFK Košice, Chelsea

Pasukan Kebangsaan : Serbia

Lampard Samai Rekod Jimmy Greaves

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 20, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5 musim Lampard bersama Chelsea dalam EPL telah membuat satu penganugerahan terbaik dalam sejarah bola sepak chelsea.Buktinya ialah Lampard sekarang ini berjaya menyamai rekod 132 gol yang sebelum ini dimiliki oleh Jimmy Greaves.Jaringan ke 132 gol Lampard bersama Chelsea terhasil selepas menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika Chelsea menang dengan Sunderland 2 hari lepas.

Sekarang ini, Lampard berada dalam kedudukan kelima penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak Chelsea.

Cuma yang bezanya Jimmy Greaves memiliki kelebihan perlawanan yang sedikit jika hendak dibandingakn dengan Lampard.

SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK DALAM SEJARAH BOLA SEPAK CHELSEA :

1.Bobby Tambling 202(GOL) 370(PERLAWANAN)

2. Kerry Dixon 193(gol) 420(perlawanan)

3. Roy Bentley 150(gol) 367(perlawanan)

4. Peter Osgood 150(gol) 380(perlawanan)

5. Jimmy Greaves 132(gol) 169(perlawanan)

5.1 . Frank Lampard 132(gol) 429(prlawanan)

7. George Mills 239(gol) 160(perlawanan)

8. George Hilsdon 108(gol) 164(perlawanan)

9. Didier Drogba 96(gol) 219(perlawanan)

10. Barry Bridges 93(GOL) 205(PERLAWANAN)

Keputusan Terkini : Chelsea Benam Sunderland 3-1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 19, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dimaklumkan bahawa semalam atau pagi tadi memamng tak der siaran langsung game chelsea lawan sunderland ni,...tapi aku pedulik ape pasal pagi tadi chelsea menang 3-1 beb....2 kali kemenangan berturut-turut yang capai oleh Ancleotti untuk chelsea dan sekarang ni Chelsea berada di puncak teratas liga atau menjadi pendahulu sementara EPL buat masa sekarang(Ala tengok ler akhir2 musimpun tetap kekal posisi ni,hehehe)...Tapi yang menggembirakan aku ialah kesemua penjaring gol Chelsea pagi tadi semuanya player2 faveret aku..hehehe Lampard,Ballack dan juga Deco....Dalam game ni, Sunderland terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan 1-0 sebelum masuk je separuh masa kedua,pada minit ke 52 Ballack menyamakan kedudukan 1-1 untuk Chelsea apabila menjaringkan gol hasil daripada sepakan sudut oleh Lampard.8 minit kemudia, Lampard menggandakan jaringan gol Chelsea menerusi sepakan penalti apabila Drogba dijatuhkan di kotak penalti.Dan 9 minit kemudian ,Deco menjadikan 3 mata penuh diraih oleh Chelsea apabila mudah merembat masuk untuk menjadikan keputusan Chelsea menang 3-1 di Stadium of Light.Tahniah Chelsea.!Bravo.!


Menjelang Perlawanan Menetang Sunderland : Ancelotti Mahu Rilek

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 18, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Persiapan rapi dan lebih matang oleh Ancelotti untuk The Blues ketika bertandang ke Stadium of Light malam ini menetang Sundrland.Walaupun dalam menghadapi perlawanan liga malam ini, Ancelotti mahu semua pemainnya berada dalam keadaan tenang dan tidak cemas walaupun minggu lepas ketegangan dan situasi cemas berlaku ketika Chelsea berhempas pulas untuk menundukkan Hull City.

"Kelmarin kami telah melakukan sesuatu recovery kepada setiap pemain dan sekarang ini kami mahu membuat satu perancangan dan taktik baru.Kami tidak mempunyai masalah dengan para pemain kami dan walaupun menetang Sunderland malam ini, kami hanya akan bermain seperti biasa," kata Ancelotti kepada laman web rasmi Chelsea.

Tapi John Terry dan pembantu kanan Ancelotti iaitu Ray Wilkins mengatakan perlawanan menetang Sunderland malam ini bukanlah sesuatu yang mudah dan Sunderland begitu sukar untuk dikalahkan khususnya di tempat sendiri.Terry juga mengatakan bahawa malam ini menetang Sunderland merupakan ujian sebenar kepada Chelsea.

Dalam perlawanan ini, Ancelotti tidak akan menurunkan Alex,Zhirkov dan Belletti yang masih berada dalam keadaan cedera.

Pastinya kunci kemenangan ini masih boleh berharap kepada penyerang hebat The Blues, Drogba dan juga Florent Malouda yang beraksi cemerlang menetang Hull minggu lepas.

Aguero Masih Diburu (AKHBAR KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Monday, August 17, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Chelsea bersedia untuk membuat tawaran sebanyak £42 juta (RM244.3 juta) bagi mendapatkan pemain Atletico Madrid, Sergio Aguero (gambar).

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mahu memberikan pengurus baru kelab itu, Carlo Ancelotti seorang pemain baru yang berstatus bintang.

Mereka bagaimanapun perlu pantas melengkapkan perpindahan tersebut memandangkan penyerang Argentina itu dijadualkan akan beraksi untuk pasukannya menentang Panathinaikos pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Atletico dikatakan akan menolak tawaran tersebut dan meminta Chelsea menaikkan tawaran kepada £50 juta (RM290.8 juta) jika mereka benar-benar berminat untuk mendapatkan Aguero, 21.

"Pasaran perpindahan pemain hanya akan berakhir pada 31 Ogos dan jika ada sebarang kemungkinan untuk memperbaiki pasukan, kami akan lakukannya," kata Ancelotti.

Tawaran Chelsea kepada Aguero itu bakal memadamkan rekod perpindahan tertinggi di Britain yang kini masih dipegang oleh Robinho yang dibeli Manchester City dengan harga £32.5 juta (RM189 juta).

Sketsa Perlawanan Menetang Hull Semalam

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 16, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*Sebelum memulakan perlawanan, pemain The Blues sempat membuat satu penghormatan kepada mendiang lagenda bola sepak England iaitu Sir Bobby Robson.Selain daripada tu, taknak baca doa selamat ker ? ye lar kang skrg ni tgh hot penyakit H1N1 kan...


Pembukaan EPL 2009/2010 : Drogba Bawa 3 Mata Penuh Untuk Chelsea .!

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 16, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kemenangan pertama Ancelotti dalam EPL pertamanya apabila Chelsea berpeluh sakan untuk menewaskan Hull City dengan 2-1.Pembukaan EPL 2009/2010 bermula dengan detik penuh mendebarkan apabila Hull terlebih dahulu mendahului perlawanan.Terima kasih yang patut diucapkan kepada Drogba kerana berjaya menyelamatkan maruah Chelsea apabila menjadi hero dalam perlawanan pembukaan EPL ini dengan menjaringkan 2 gol bagi membantu Chelsea meraih 3 mata penuh.Tahniah Chelsea.!Thanks Drogba.!


Pembukaan EPL yang sungguh mendebarkan di Stamford Bridge apabila Chelsea bertungkus lumus memastikan tiga mata penuh dapat diperolehi oleh mereka.Di bawah pimpinan Ancelotti sebagai pengurus baru Chelsea musim ini, Chelsea terlebih dahulu dikejutkan oleh Hull dengan jaringan pemain baru mereka iaitu Stephen Hunt pada minit ke 27.Tapi 10 minit kemudian, Didier Drogba berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik dari jarak 25 ela.Drogba kemudian sekali lagi menjadi hero dalam perlawanan ini apabila menjaringkan gol emas apabila menewaskan penjaga gol Hull City menerusi sepakan lecong yang tinggi dari sudut hantaran untuk mudah mengelirukan penjaga gol mereka.Keputusan Akhir Chelsea menang 2-1 ke atas Hull City.


P/S : Tapi korang perasan x...pesal Lampard main xbest erk dalam match ni, hantarannya kurang mantap n kemas ler...aku harap dia akan score dalam match ni...erm harap next game Lampard akan kembali menjadi pemain yang biasa kita lihat di atas padang


Preview Game Malam Ini : Biru Vs Harimau

Posted by KampungChelsea On Saturday, August 15, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini jam atau pukul 7.40 malam bermulalah musim baru 2009/2010 EPL dengan Chelsea menjadi tuan rumah terbuka untuk menjadi pembuka tirai EPL musim 2009/2010 ini dengan Ancelotti yang seperti mana yang kita telah tahu menjadi pengurus baru Chelsea yang menggantikan Guus Hiddink.Pastinya game pembukaan Chelsea yang akan menyambut secara garangnya oleh team Hull City atau aku suka panggil team harimau lembik.Mungkin game malam ni akan menjadi pertarungan yang sengit atau menjadi mudah kepada Chelsea tapi yang pastinya Ancelotti pastinya mengharapkan kemenangan pertamanya bersama Chelsea dalam liga inggeris pertamanya bersama Chelsea.

Minggu lepas Chelsea telahpun membuat sejarah yang gemilang untuk sebelum membuka tirai EPL musim baru ini dengan menjadi juara FA Komuniti Shield dengan menewaskan MU menerusi sepakan penalti 4-1.Tapi mesti waspada dengan ancaman Hull malam ini kerana biasanya team yang kecil pastinya akan menunjukkan prestasi dan permainan yang cemerlang di awal musim.Tengok lah musim lepas, pencapaian Hull City amat memberangsangkan dan mereka hampir merampas kedudukan teratas liga tetapi untuk awal msuim sahaja.

Barisan Kemungkinan Chelsea Malam Ini :(Jangkaan aku je ni...) Petr Cech sebagai penjaga gol.Untuk barisan pertahanan pastinya John Terry dan Alex menjaga benteng utama Chelsea.Untuk barisan pertahanan serangan aku menjangkakan Joseph Bosingwa di sebelah kanan dan Ashley Cole di bahagian kiri, tapi Beletti juga boleh mengisi posisi tersebut untuk second half.Barisan tengah pula memang wajib ler Lampard menjadi perancang utama di samping Michael Ballack menjadi pembantunya dengan mengharapkan passing dan teknik pergerakan yang kreatif yang mampu dibuat oleh kedua-dua pemain ini.Deco atau Mikeljuga boleh mengisi jawatan ini jika salah satu daripadanya injured atau digantikan dalam game ini.Untuk bahagian tengah menyerang pula aku berasakan Malouda memang stay kat posisi ni, dengan menjadi pemain tengah agresif.Aku harap Ancelotti akan menurunkan Zhirkov untuk membantu Malouda dalam game ni, tapi kalau zhirkov tak main,aku harap Kalou akan memainkan peranan berikut.Bahagian striker pula memang kita dah tahu Drogba dan Anelka akan menjadi gandingan terbaik EPL dan eropah dan juga untuk game ni dan seterusnya.Tapi tak salah kalau Ancelotti nak turunkan pemain muda baru lagi berbakat iaitu Sturrudge untuk berganding mana-mana satu di antara drogba atau Anelka.Shevchenko pun aku aharp dapat tengok die beraksi untuk game ni sebagai pemain gantian.

P/S : Musim lepas, Chelsea berjaya menundukkan Hull City 3-1 di tempat Hull dan seri mengejut 0-0 dengan mereka di Stamford Bridge.Harap musim ni Chelsea dapat menang kedua-dua game ni dengan Hull.

Sukar Untuk Memenangi EPL Musim Ini : Drogba

Posted by KampungChelsea On Friday, August 14, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penyerang Chelsea, Didier Drogba sedar Chelsea bakal menghadapi tugas lebih sukar musim ini untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Drogba percaya tujuh pasukan lain mampu memberikan ancaman kali ini namun menyifatkan kestabilan yang ada pada The Blues memberikan kelebihan kepada mereka.

“Skuad Chelsea tidak banyak berubah adalah satu perkara yang baik dan akan menjadi aset terbesar kami pada musim ini.

“Saingan EPL sentiasa sukar dan kali ini bertambah sukar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana lima atau enam pasukan lain mampu merebut kejuaraan dan Manchester City antara pasukan yang mampu melakukannya.

“Untuk tiga musim lalu Manchester United berjaya memenangi kejuaraan dan mereka memang layak untuk bergelar juara tetapi ianya sudah cukup lama dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang mereka,” kata Drogba

Drogba yang baru sahaja melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge menjelaskan dia berpuas hati dengan kehidupannya di London.

“Saya berasa selesa bermain bersama Chelsea dan say mahu memenagi kejuaraan bersama mereka.

“Saya mahu memenangi kejuaraan EPL semula tetapi keutamaan akan diberikan untuk memenangi Liga Juara-juara Eropah, saya kyakin kami mampu mencapainya pada musim ini,” katanya.

Ferreira Akan Kembali ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 13, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bayang-bayang jahat kecederaan lutut tidak lagi mendekati diri Paulo Ferreira.Selepas berehat panjang sejak April lalu, pemain pertahanan sayap belakang The Blues itu dikatakan sudah pulih dari kecederaan.

Mengikut keadaan sekarang, Ferreira mengaku bahawa dia tidak sabar untuk kembali semula beraksi untuk Chelsea musim ini.

"Saya berasa cergas, tapi saya dapat merasakan sesuatu yang agak berlainan, jadi kita lihat sahajalah bagaimana keadaan lutut saya nanti dan sekarang ini hanyalah masa sahaja yang perlu saya tunggu," kata Ferreira dalam laman web rasmi Chelsea.

"Minggu depan kemungkinan saya dapat bermain bersama pasukan simpanan sebelum saya boleh beraksi bersama skuad utama saya," ujar Ferreira lagi selepas mula menjalani latihan bersama skuad utama.

Comeback 2 Draw.! (England Friendly Match)

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 13, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Minggu depan dah start dah match EPL 2009/2010.Erm tapi semalam ade perlawanan persahabatan antara England lawan Belanda.Belanda ni boleh dikatakan team yang kuat gak n setaraf dengan england.Kalau tak takkan leh seri 2-2 dengan belanda semalam,dah ler main kat tempat diorang,payah sikit.Tapi ape aku nak komen untuk game semalam ialah sepatutnya match tu patutnya england menang 2-0 beb tapi disebabkan kelonggaran dan kelemahan pertahanan England menyebabkan England terpaksa seri 2-2 walaupun pada separuh masa pertama Belanda mendahului denagn 2-0.Jermaine Defoe menjadi hero dalam game ni dengan menjaringkan 2 gol.Satu gol berpunca dari hantaran tinggi dan bebas oleh Lampard sebelum larian James Milner yang pantas yang menghantar bola ke Defoe untuk menjadikan England seri 2-2 dengan Belanda.

Lampard : "Peluang Cetus Impak Maksima" (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 12, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Frank Lampard menganggap barisan bintang England berpeluang mencetuskan impak dalam bola sepak dunia.

Awal pagi esok, England akan memulakan kempen Eropah musim ini dengan menentang Belanda pada aksi persahabatan.

Dalam masa yang sama, skuad kendalian Fabio Capello itu turut mengintai peluang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, sekali gus mengecap kemasyhuran sebagai juara buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.

"Bukan saja saya, ia satu tahun yang penting bagi setiap pemain skuad ini," kata Lampard.

"Ini akan sentiasa menjadi satu peluang terbaik kepada pemain meninggalkan impak mereka dalam sejarah bola sepak baik secara individu mahu pun berpasukan.

"Kamu kena lihat betapa hebatnya penghargaan yang diterima oleh skuad (England) 1966 dan itu semua kerana mereka adalah satu-satunya pasukan yang pernah memenangi Piala Dunia.

"Kami mahu pergi ke sana (Afrika Selatan) dan memenangi Piala Dunia. Ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan, satu pencapaian baru dalam sejarah walaupun ia bukannya mudah."

Lampard juga percaya England boleh belajar daripada skuad kriket Australia yang mempunyai sikap tidak pernah mengalah.

"Mungkin Itali memang hebat dalam bola sepak. Mereka mungkin tidak sehebat mana ketika ini tetapi mempunyai mentaliti yang kuat," kata Lampard.

"Kami memiliki seorang jurulatih dari Itali dan diharapkan, dia mampu membantu kami." - Agensi

Empayar Roman Mahu Ribery ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 12, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ancelotti sempat megatakan bahawa dia sudah tidak mahu lagi menambah pemain baru dalam skuad The Blues untuk musim baru ini.Namun idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pemilik The Blues, Roman Abramovich.

Jutawan Russia itu masih ingin melihat bintang baru lagi dalam skuad Chelsea iaitu Franck Ribery.Untuk merealisasikan impiannya itu, Abramovic turun tangan menghubungi kelab Bayern Muncih dan mengharapkan bahawa dia mahu mendapatkan pemain terbaik mereka itu.

Menurut akhbar The Sun, Abramovich akan berjumpa dengan pengurusan Bayern untuk berbincang mengenai perpindahan Ribery.

Lebih panas lagi, Chelsea dikhabarkan telah menyiapkan modal atau dana sebanyak 40 juta untuk membawa Ribery ke Stamford Bridge.

Video : Komen Korang Tentang Penalti Game Chelsea Lawan United

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 11, 2009 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

P/S : Lampard,Ballack,Drogba dan Kalou memamng calon pemain terbaik penalti Chelsea.Hahaha MU memang mampos la pasni kalau ade penalti shootout pasni,kalau dulu yang pro penalti untuk team MU,hanyalah tevez dgn si ronaldo tu je,haha sekarang? rooney?erm payah sket haha


Sketsa Perlawanan The Blues Lawan Red Devils Semalam

Posted by KampungChelsea On Monday, August 10, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Gelak-Gelak ? Chelsea Juara La...!!!

Posted by KampungChelsea On Monday, August 10, 2009 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti yang aku menjangkakan bahawa Chelsea mungkin akan mendominasi keseluruhan trofi untuk musim baru ini.Chelsea juara Piala Komuniti Shield 2009,hahaha.Trofi pembukaan pertama Ancelotti untuk Chelsea,hehehe jangan risau geng2 chelsea sekalian,lepas ni banyak lagi trofi untuk chelsea akan menyusul.Aku bukan nak berlagak ape,lagipun aku tengok game ni memang 100% Chelsea akan menang.MU bukan main bestpun,cam cibai...sepak penaltipun cam orang bapuk dan pondan je.Tapi cam tak caye plak Chelsea menang penalti dengan MU.Biasenya MU je yang akan menang kalau bab2 sepak penalti ni.Tahniah Chelsea, bangga wei...hehe tapi ini baru permulaan beb.

Bagi aku first half Chelsea boleh dikatakan teruk kerana Mu lebih mendominasi perlawanan.Hanya satu atau dua percubaan yang menarik sahaja yang dapat aku lihat yang dilakukan oleh Chelsea dalam First Half ni.Tapi gol Nani kan pada minit ke 9 buat aku musykil la.Nape Petr Cech tak dapat selamatkan bola yang disepak oleh si Nani tu erk.Aku tengok 2 kali ulang tayang gol Nani, sepatutnya Cech patut save bola shooting Nani tu.Tapi mungkin mata Cech silau kot,ye lar cuace panaskan game tadi,hehe....


Dan 6 minit selepas Second Half bermula, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Bek utama, Ricardo Carvalho menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan yang meluru ke gawang United.Gol Carvalho hasil daripada umpanan Malouda kepada Drogba tetapi bola tersebut berjaya dihadang oleh gawang United iaitu Ben Foster dan bola tersebut meluru keluar sebelum Carvalho menanduk boal tersebut bagi memberikan Chelsea menyamakan kedudukan 1-1 dengan United.

Pada minit ke 71, Chelsea berjaya merapatkan jurang selepas Frank Lampard menjadi nadi Chelsea dalam menghasilkan gol kedua Chelsea ini apabila berjaya menewaskan Ben Foster dengan sepakan padu yang berjaya ditepis sedikit oleh Foster tetapi bola tersebut berjaya menerjah jaring gol.Lampard dalam game ni aku nampak dia main biase je, die tidak 100% mengeluarkan idea bijaknya dalam menghasilkan penghantaran kemas na sempurna seperti mana yang telah dilakukan olehnya musim lalu,tapi tak mengapa ler kerana dalam match hebat ni Lampard berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea.

Selepas Lampard menjaringkan gol, beberapa pemain United tidak berpuas hati khusunya Patric Evra yang memprotes pengadil sepatutnya gol Lampard tersebut dibataklan kerana mendakwa Ballack telah menghalang Evra dengan keras tetapi tidak diberikan sepakan percuma untuk United.Hak ela Evra, ko jangan Emo sangat, gol kedua Chelsea tu terhasil daripada kerjasama team Chelsea dan jangan menyalahkan sesiape.Sape pedulik yang ko telah dijatuhkan oleh Ballack tu, sekarang ni Chelsea tetap boleh gol kedua, dan ade fans Chelsea kesah ? takkan,padan muke kena booo,hahaha...


Chelsea hampir pasti menjadi juara komuniti shield untuk musim ini tetapi pada minit-minit akhir masa kecederaan, Wayne Rooney atau lebih sinonim denhan panggilan Shrek merah telah menggagalkan impian Chelsea untuk memperolehi trofi komuniti Chelsea dengan lebih awal apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dan kekal sehingga ke wisel penamat dan diakhiri dengan penalti shootout.Tetapi gol tersebut tidak memberi ape-ape makna kerana Chelsea telah memenangi sepakan penalti tersebut dengan 4-1 dan memenangi trofi komuniti shield untuk musim ini dengan jayanya.Congrats Chelsea,hahaha.

P/S : Tak boleh blah aku tengok sorang2 player United tendang penalti tadi.Hahaha macam mak nyah la aku tengok kaki budak2 setan ni tadi.Kesain korang United, sepak penaltipun cam cibai,dulu budak Ronacldo nyah tu ade tapi sekarang korang nak harapkan sape lagi,hahaha padan muka ko setan,sila tabik spring kat budak2 biru,hehehe



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png