Imbasan 2011

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 31, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri terakhir KC untuk tahun 2011.

Secara ringkasnya imbasan tahun 2011 Chelsea telah mengimbau banyak kenangan pahit manis.Yang pahitnya of course lah kisah pemecatan CA. Yang manis pula ialah kehadiran seorang pemuda energetik yang berpotensi menjadi pengurus bola sepak terbaik di dunia iaitu Andre Villas Boas atau senang kita panggil AVB.

Tahun 2011 turut diwarnai dengan siri jelajah Chelsea ke tanah air kita. Perlawanan persahabatan turut diadakan di antara pasukan Malaysia menentang skuad Chelsea yang menyaksikan skuad harimau muda hanya tewas tipis 1-0 menerusi jaringan kontroversi Abang Drogba.

Dalam hal ehwal transfer pula, kita berjaya menarik ramai pemain ternama seperti Torres, David Luiz, Juan Mata, Raul Meireles ke Stamford Bridge. Dan kita juga berhasil mendapatkan pemain muda berbakat dari Barcelona iaitu Oriol Romeu. (Tahukah anda, transfer Torres & David Luiz berlaku pada last2 minit transfer window bulan Januari 2011.)


Paling menyedihkan ialah pemergian Nicolas Anelka ke kelab China, Shanghai Shenhua. Selepas hampir 3 tahun bersama The Blues, beliau memutuskan untuk meninggalkan kelab Chelsea dan berihrah ke destinasi yang seterusnya. Agak pilu juga untuk melihat beliau berpisah dari kem kita. Walaupun sumbangannya tidak banyak mana tapi aku sentiasa merindui kelibat Nico. Nico seorang pemain yang cool, tenang dan tak banyak buat masalah. Seorang pemain yang rajin & berusaha gigih di padang. Dan yang penting beliau tidak tamak seperti sesetengah team-mates ang lain. 2/3 gol Torres sebelum ini adalah hasil dari asssist beliau.

Ini sahaja ringkasan aku mengenai imbasan tahun 2011 Chelsea.
 (Itu je ? Dah, namanya ringkasan kan. Tak kan nak tulis panjang lebar macam esei budak STPM.)

Mungkin ada banyak lagi perkara yang kita tak tahu tentang apa yang berlaku kepada Chelsea dalam tahun ini. So, kalau ada sapa-sapa yang nak tambah lagi imbasan Chelsea yang lain, boleh share kannya di ruangan komen ye.

Apa pun selamat tahun baru kepada semua warga Chelsea, khusus sekali kepada pelawat setia blog Kampung Chelsea ini. Semoga tahun yang baru ini akan menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya. KTBFFH !

P/S : Oh ye jangan lupa, malam ini game terakhir Chelsea untuk tahun 2011 ini, menentang Aston Villa. Perlawanan akan bermula pada jam 10.55 malam. Siaran langsung di saluran Astro ESPN 812.

 Selamat tinggal tahun 2011....

Skuad Chelsea bakal diremajakan

Posted by KampungChelsea On Friday, December 30, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Jumaat.

Terkejutkah anda jika aku mengatakan dalam masa 2/3 tahun lagi Chelsea bakal kehilangan tonggak utama seperti Lampard, Drogba, Ashley Cole, Mikel & Kalou.

Ini kerana AVB sedang membuat perancangan untuk melakukan rombakan secara besar-besaran dalam skuad Chelsea. Rencana ini juga telah mendapat kelulusan dari pihak CFC & juga Roman Abramovich.

Pak Roman dilaporkan  bersetuju dengan perancangan AVB untuk meremajakan skuad kita. Dan sejumlah pemain senior mungkin akan dilepaskan dalam waktu terdekat.


Perancangan ini akan bermula pada transfer window yang akan datang, yakni bulan Januari ini. Kita boleh lihat sebagai contoh dua pemain veteran kita, Alex & Anelka sudahpun mengesahkan yang mereka bakal keluar dalam masa terdekat ini. Tapi itu baru permulaan, dan banyak lagi agenda-agenda yang akan menyusul kelak.

Setakat ini AVB mempunyai kuasa penuh dalam bidang transfer player & management team. Pak Roman kita sangat mempercayai kemampuan beliau. Ini juga memberi petanda bahawa beliau mungkin akan bertahan lebih lama di Stamford Bridge berbanding pengurus-pengurus Chelsea yang lepas. (Tak heranlah dana sebanyak 150 juta pound diberi secara percuma kepada AVB )

AVB dalam plan untuk meremajakan skuad kita, atau lebih senang maksudnya, beliau mahu skuad Chelsea dipenuhi ramai pemain muda. Jadi sebagai peminat setia Chelsea, adakah anda bersetuju dengan perancangan dari beliau itu ? atau masih berminat dengan skuad Chelsea yang ada sekarang ?

5 pemain yang bakal berhijrah ke Chelsea

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 28, 2011 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selain dari Gary Cahill, terdapat beberapa pemain star yang dikaitkan dengan Chelsea pada transfer window bulan 1 ni. Antaranya ialah :

Gonzalo Higuain
- Sejak kebelakangan ini, striker Real Madrid & Argentina ini sering kali dikaitkan dengan Chelsea. Pihak management kita juga dikhabarkan sedang membuat rundingan dengan pihak atasan Los Galacticos bagi mendapatkan Higuain. Tapi persoalan hangat di sini ialah jika kita benar2 mahukan Higuain, ....Torres, Lukaku nak campak kat mana ?

Edinson Cavani
- Cavani beraksi untuk kelab Napoli. Musim ni dia banyak score gol untuk kelabnya itu. Selain dari Chelsea, kelab2 besar seperti Real Madrid, Bayern Munich juga berminat untuk mendapatkan Cavani. Persoalan yang sama ialah jika Chelsea beli Cavani, mana nak letak abang jambu kita dengan adik Lukaku ?

Milos Krasic 
- Ini juga satu transfer yang bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Krasic bermain di posisi right winger yang mana posisi tersebut telah ditinggalkan oleh Anelka. Lebih panas lagi ialah Ivanovic dikatakan akan memujuk winger Serbia itu untuk sertai Chelsea. Cuba korang bayangkan, jika Krasic berada dalam skuad kita, maka ia akan memaksa Sturridge menjadi striker tengah. (Drogba tak de bulan Januari & Februari nanti pasal dia diwajibkan untuk mewakili negara kebangsaaannya beraksi dalam Piala Afrika.)


Kaka
- Di zaman CA lagi Kaka di-link kan dengan The Blues. Pak Roman sudah pasti berminat untuk mendapatkan bekas perancang AC Milan itu. Kaka ada juga mempertimbangkan untuk keluar dari Real Madrid berikutan persaingan ketat di bahagian tengah skuad JM itu. Sebut pasal Kaka, bukankah kita sudah ada new Kaka ?

Jack Rodwell
- Tak tahu betul ke tidak, tapi pihak transfer Chelsea telah offer pemain tengah Everton ini sebanyak 20 juta pound. Posisi Rodwell ini sama macam posisi Oriol Romeu, iaitu centre midfielder.

Mana satu pilihan anda ?

P/S : Ada yang bertanya kepada aku, "bro, Luka Modric ape cite ?". Akupun menjawab "Yang tu kena tanya Daniel Levy,kehkeh."

Chelsea 1 Fulham 1

Posted by KampungChelsea On Monday, December 26, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 minggu seri, 3 minggu drop point. Lagi sekali kita mencatat keputusan yang mengecewakan dalam derby London minggu ini. (minggu lepas di WHL ) Rasanya dengan ini aku mengisytiharkan perjuangan meraih gelaran liga sudah berakhir untuk Chelsea. Lebih baik kita fokus kepada UCL & FA cup sahajalah. Sudah jauh kita tertinggal dalam kempen liga. Mungkin title race hanya 3 penjuru iaitu sama ada City, MU ataupun Spurs. Dan bukan Chelsea. Kita kerap kali tercicir mata & tidak konsisten. Dengan keadaan sekarang ini, ada baiknya kita fokus benda yang lebih realistik. Nak mengharapkan pasukan lain cicir mata, tapi kita yang asyik cicir mata.

Dari segi persembahan, memang mendatar. Peluang banyak tapi macam biasa disia-siakan. Bosingwa sangat menghampakan. Kita mengharapkan cross & deliver pass dari sayap kanan, tapi tak cukup efektif. Bahagian tengah tidak berfungsi tanpa Ramires. Lampard.... malas nak ulas panjang. (patutlah kau keluar awal ye). Torres ? Torres perform bagus, jadi aku tak boleh nak kutuk dia. Torres ada buat set-up kepada team-mates & nyaris-nyaris juga nak score gol namun sayang keeper lawan sangat tangkas, menafikan pelbagai percubaan bahaya dari player kita. Jangan lupa, gol Mata, assist dari beliau.

Fulham datang ke SB bukan untuk menang tapi untuk seri. Hampir 90% mereka memperagakan corak bertahan dari awal hingga ke akhir permainan. Dan disebabkan itu mereka berjaya mendapat keputusan yang mereka inginkan.

Gary Cahill ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 24, 2011 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Cahill akan ke Chelsea bulan 1 ini

Aku pasti news ini benar & bukan tipu.

Transfer Gary Cahill ke kem kita mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Pengurus Bolton, Owen Coyle sendiri menjelaskan yang Chelsea telah mengajukan tawaran untuk mendapatkan bek muda England itu. AVB juga memberi sepatah dua kata berkaitan dengan transfer Cahill ini :

"We are aware of Gary's contractual situation. He's an interesting player for the club."

Chelsea mahu beli Cahill kerana kita sudahpun kehilangan 1 bek iaitu Alex yang bakal berhijrah ke kelab baru tak lama sahaja nanti.

P/S : Dengar cerita, harga Cahill ini kalau tak silap aku, dalam sekitar 8-12 juta pound. Berbaloi juga sebab mamat tu muda lagi, kental + homegrown (kelahiran British). Pair dengan JT & Luiz, pergh !

Spurs 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Friday, December 23, 2011 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi sekali kita tercicir mata dan lagi sekali kita seri dengan Spurs. Walaubagaimanapun keputusan seri 1-1 ini tidaklah seburuk yang disangka. Seperti yang aku selalu berbicara, bukan senang nak menang di WHL. Arsenal, Liverpool pun kalah. Hanya pendahulu liga, City satu-satunya team yang mampu menang di venue itu.

Dari segi persembahan, okey. Semua memainkan peranan. Walaupun ada some mistake tapi itu perkara biasa dalam bola sepak. Ekceli, kita boleh menang cume peluang untuk score disia-siakan. Bahagian pertahanan Chelsea hari ini solid. Kita berjaya mengekang asakan lipas kudung, Bale. Rasanya MOTM ialah JT. Jika tiada die, berkemungkinan besar kita akan kalah 2-1. Adebayor hampir memberikan kemenangan kepada Spurs pada last2 minit namun shoot tersebut di-halang dengan baik oleh JT. Kes racism langsung tidak memberi efek kepada perfomance kapten kita dan hari ini dia beraksi dengan cukup cemerlang.

Bile tengok line-up starter, kurang best kerana AVB memainkan Mikel & Bosingwa. Tapi aku faham, Bosingwa diberi main kerana David Luiz masih belum cergas dan diketepikan lagi sekali minggu ini. Dan Mikel hanya sempat bermain 40 minit pertama kerana die mengalami kecederaan/kekejangan otot dan terpaksa keluar awal. Oriol masuk, menggantikannya. Begitu juga dengan Ivanovic yang juga terpaksa keluar awal kerana mengalami kecederaan dan tempatnya diambil alih oleh Ferreira. Penampilan EPL pertama musim ini untuk right back Portugal yang semakin berusia itu.

Torres sempat main. Tapi ape yang boleh diharapkan dengan 10 minit terakhir ? Kate pengulas, 10 minit terakhir untuk Torres susah untuk bagi impak kepada permainan. Tambahan lagi, dalam game sebelum ni, die tak main langsung. Drogba kerap kali di-kawal oleh bek lawan dan aku mengharapkan lebih dari Super Drogb sebenarnya.(im expect more from him)


Berkenaan dengan gol pula, punca kita bolos macam biasa set-piece yang menjadi duri dalam daging. Bosingwa memang susah nak halang kepantasan Bale dan cross mamat Wales itu memang superb. Die hantar bola, terus tepat kepada Adebayor yang menyondol bola menewaskan Cech untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-8.  15 minit kemudian, kita berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada pemain top form, Sturridge. Ashley Cole membuat low cross dan Sturridge yang pada waktu itu tidak di-kawal menyudahkannya dengan voley shoot menewaskan keeper lawan, Brad Friedel.

Bile tengok carta terkini liga, makin lama makin jauh Chelsea tertinggal. Perbezaan 11 mata dengan City, 9 mata dengan MU, 2 mata dengan Spurs yang masih ada 2 game in-hand. Dan kita berkongsi mata dengan Arsenal dengan 32 point. Harus berpijak di bumi yang nyata dan perlu lebih realistik. Game masih banyak, tapi kalau kita asyik drop point, maka kesudahannya sama sahaja, iaitu terlopong melihatkan team rival menjuarai gelaran liga. Fixture yang seterusnya ialah menentang Fulham (hari isnin). Satu lagi pertarungan derby london dan kita wajib menang jika mahu terus kekal dalam title race.

London Derby : Spurs vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 22, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Secara jujurnya, peratusan kemenangan 60%-40% (Spurs 60% & Chelsea 40%). Kita memang dianggap sebagai pasukan underdog jika bermain di venue WHL. Sudah berapa musim kita gagal mencatat sebarang kemenangan di sana. Kalau tidak silap aku, kali terakhir menang pada 5/6 tahun lepas masa zaman Jose Mourinho. Itupun ketika di saingan Piala FA, menang 2-1, hasil daripada jaringan Shevchenko & S.Wright Philips. Selepas pada itu, memang satu harampun tak pernah menang. Asyik seri atau kalah, dua itu je. Kalau ada yang masih ingat musim lepas kita hampir menang di sana dengan scoreline 2-1, tapi sayang, penalty Abang Drogba last minute diselamatkan oleh Gomez. Final score 1-1.

Tapi aku percaya, badi Spurs di WHL pasti akan hilang juga. Zaman AVB, kita sudah melenyapkan badi Everton dan tak mustahil malam ni kita akan hapuskan juga badi White Hart Lane.

Jika line-up mantain seperti di bawah ini, insyallah kita akan menang malam ini.

Cech
Bosingwa - D.Luiz - JT - A.Cole
Meireles - O.Romeu - Ramires
Sturridge - Drogba/Torres - Mata

Aku dengar khabar JT mengalami kecederaan ketika training. Serius atau tidak, aku tak boleh nak ulas lebih lanjut. Mungkin sekarang pihak medic CFC akan upgrade fitness die sebelum game bermula. Begitu juga dengan Ramires & David Luiz yang terlepas dalam aksi menentang Wigan minggu lepas. Harap mereka dapat fit. Sayang kalau lawan Spurs, mereka tiada. Lagipun option di bahagian bek berkurangan & Alex memang sudah tidak tersenarai lagi dalam list line-up kita.

Jangan lupe meyaksikan pertarungan derby London ini pada jam 3.55 pagi. Siaran langsung di saluran Astro ESPN 812. KTBFFH.

sekadar hiasan

Bangkitlah AVB !

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 18, 2011 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bukan salah player tapi salah AVB itu sendiri.

Buat kali ke berapa entah, percaturan AVB lagi sekali tidak menjadi. Sepatutnya lawan seperti Wigan, kita tidak perlu mencari masalah sebenarnya. Jika tahun lepas kita menang 6-0, kenapa tahun ini kita tidak boleh mengulangi perkara yang sama ? Kalau bukan 6-0, 2 atau 3-0 pun jadilah. Kesilapan AVB semalam ialah dari segi membuat substitution & taktikal bertahan.

Oklah pertama sekali dari aspek substituiton. Kenapa AVB harus tergesa-gesa mengeluarkan penjaring gol, Sturridge dengan Malouda ? Sturridge perlu main sampai habis perlawanan. Jika scoreline masih 1-0, kenapa perlu keluarkan key player ? Kita bukan leading 3/4 gol, kita hanya leading 1 gol sahaja. Dan kenapa perlu keluarkan key player dengan bangang player ?. Kedua, keputusan untuk bertahan ketika memiliki kelebihan leading 1 gol tidak memberi apa-apa makna sebenarnya. Ia satu taktikal yang berisiko tinggi. Dan disebabkan itu Wigan memberi pengajaran kepada kita dengan gol pada minit2 terakhir perlawanan.

Ini bukan kali pertama, percaturan AVB silap, dah banyak kali sebenarnya. Ketika menang dengan sunderland temph hari, AVB juga membuat substitution yang mengarut. Mengeluarkan Mata & Sturridge. Ape yang bermain di minda AVB sebenarnya ni...


Dan pemain-pemain seperti ini, Lampard, Malouda, Mikel,Bosingwa tidak harus bermain 1st starter atau apa2 gamepun. Tempat mereka lebih sesuai di bench. Contoh pertama Lampard. Memang die legend, tapi perkataan legend itu tidak memberi apa2 efek kepada perfomance chelsea sekarang. Itu perkara dulu, sekarang die sudah hilang sengat. Semalam, perfomance ke laut. Dapat bola tak tahu mana hala nak pass. Bile diletakkan di-bench, merungut kata "why im on the bench?" dan bile bagi pemain, main macam gampang. Orang2 legend macam Lampard ni perlu jadi sub sahaja. Aku galakkan die main 15 minit terakhir. Stamina orang legend ni bukan kuat sangat, bile main full-minute, die dah jadi macam robot kayu. Lawan City hari itupun, jasa Lampard hanya di penalty kick. Kalau Chelsea tidak dapat penalty kick waktu itu, Lampard is nothing, zero for The Blues.

Ramires tidak beraksi semalam kerana mengalami kecederaan. Tapi jika Ramires injured, kenapa tidak menggunakan khidmat Mceachran ? Sampai bile kita nak perapkan die di-bench ? Lama kelamaan, ada kelab lain yang sambar die, masa itu baru kita nak terlopong dan buat2 menyesal. Sekarang ni zaman moden. Bile sebut zaman moden, maka pemain2 muda hendaklah diutamakan dari player tua. Player tua kebiasaaanya tidak memberi apa2 faedah kepada kita. Mereka berguna pada sesetengah keadaan. Depend on some situation.


Dan berkenaan dengan Torres. Tak kesian ke kat die ? Semalam siap buat warm-up, last2 balik duduk kat bench. Drogba punya perfomance tidak menjadi semalam. Die dikekang habis-habisan oleh bek Wigan. Nak bergerak, tak tahu mana hala tuju. Dapat bola, passing ke belakang. Kelemahan die makin lama makin menonjol. Sebab itu ada gunanya Abang Torres. Jika Drogba perform hampeh, maka cepat-cepat kena gantikan die dengan Torres. Kita semua tahu, dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku. Torres seorang striker yang licik, lincah dan pantas berlari. Mungkin kelebihan itu dapat mengatasi kekentalan defensive lawan.

4 hari sahaja lagi, kita akan bertandang ke White Hart Lane. Satu lokasi yang paling mencabar rasanya selain dari Old Trafford, Anfield & City of Stadium. Rekod pertembungan kita dengan Spurs di sana juga tidak memuaskan. Kebanyakannya ada seri dan kalah. Jarang-jarang sekali dapat menang. Kalau kita still main macam lawan Wigan semalam, aku pasti, kita akan kalah teruk dengan Spurs. Mungkin 6-0 atau 7-0.

Bangkitlah Chelsea. Dan bangkitlah AVB. Strategi anda bagaikan copy & paste. Fikir dulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Think kesan positif atau negatif jika kita menggunakannya.

P/S : Siapalah aku untuk dibandingkan dengan AVB, Tapi sebagai peminat setia Chelsea, kita harus mengkritik dan meluahkan apa yang berlaku. Dah namanya peminat kan ? Takkan tak boleh kritik tentang apa yang orang lain buat ? Kite cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar. Peminat harus mengkritik jika perfomance kelabnya tunggang-langgang. This is our job, this is our opinion. Pemain bola buat cara main bola, tukang masak buat cara nak memasak, pencuci tandas buat cara nak cuci tandas dengan betul. Begitu juga dengan peminat. So, tidak salah kalau aku kritik cara pengurusan AVB. Aku kritik die tidak bermakna aku benci die. Kritikan ini ialah kritikan membina. Harap ada some pihak faham dengan situasi ini. Renung-renungkan & selamat beramal.

Wigan 1 Chelsea 1 : Kesilapan di minit-minit terakhir mengundang padah

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 18, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minggu yang agak mengecewakan bagi kita apabila kem Chelsea hanya mampu seri 1-1 dengan Wigan di JJB Stadium. Gol Chelsea dijaringkan oleh Sturridge manakala tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada dua minit terakhir permainan menerusi pemain tengah, Jordi Gomez.

Kesilapan yang berlaku hari ini berpunca dari susunan & taktikal AVB sendiri. AVB telah melakukan 3 substitution yang tidak kena dengan situasi yang berlaku. Goalscorer, Sturridge dikeluarkan dan digantikan dengan Malouda. Kemasukan Mikel dan Kalou tidak memberi apa-apa fungsi kepada bahagian serangan Chelsea. AVB sepatutnya memasukkan Torres dan mengeluarkan Drogba yang kurang menjadi hari ini. Kesian juga dengan Torres, dia sudah warm-up tapi tiba-tiba diletakkan di bangku simpanan balik.

Untuk gol penyamaan Wigan pula, memang mistake dari Bosingwa dan Cech. Macam biasa, Bosingwa memang bermasalah bile cuba nak block serangan high ball pihak lawan. Cech juga perlu lebih peka dalam menangkap bola dengan kemas. Last-last minit ini keeper kita tidak boleh gabra. Aku nampak Cech sangat gabra,gopoh & tidak concentrate.

Keputusan seri ini secara keseluruhannya adil bagi Chelsea mahupun Wigan. Walaupun aku tengok, pasukan lawan bermain lebih baik dari pasukan kita. Solid defensive dan mereka juga melancarkan serangan yang merbahaya dari setiap sudut.

Hasil seri ini meletakkan Chelsea masih lagi di tangga ke-3 dengan 32 mata. Namun pencabar terdekat, Arsenal & Spurs bila-bila masa sahaja akan memintas balik standing kita jika mereka mencatat kemenangan ke atas lawan masing2 malam ini.

Kecewa itu memanglah tapi ape boleh buat, benda sudah berlaku. Jom kita fokus untuk next match pula iaitu lawan Spurs di WHL (pagi khamis). KTBFFH.

3 tips untuk Torres score gol

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 17, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jampi

Kehkeh tak adelah. Mengarut je jampi-jampi ni.

Di sini ada 3 tips terbaik untuk Torres jaringkan gol & mengembalikan prestasi terbaiknya.

1) Perlu kerap main
- Macam mana nak score gol kalau main jarang-jarang. 8/5 minit terakhir perform sebagai pemain sub tidak cukup untuk membantu Torres memperbaiki prestasinya. 3 perlawanan Chelsea sebelum ini, dua di antaranya Torres hanya sempat main 10 minit terakhir dan lawan City, die langsung tidak diberi peluang menyentuh padang. Jadi macam mana nak tengok die punya form kembali berbisa seperti yang dulu-dulu kala itu.

2) Support dari team-mates
- Dalam skuad Chelsea rata-rata pemain jarang hantar bola kepada Torres. Malouda, Lampard,Kalou,Drogba,Sturridge masing-masing suka mencari haluan yang tersendiri. Yang aku nampak hanya Anelka seorang sahaja yang tidak tamak dan suka pass kepada orang lain. Kedatangan Mata juga nampak sedikit bagi impak kepada perfomance Torres. Tapi sayang, AVB kurang menggandingkan Mata dengan Torres. Kita boleh tengok bile Mata main, Torres tak main. Bile Torres masuk main, Mata pula yang keluar. Sokongan dari rakan sepasukan penting sebenarnya. Torres bukan striker kayu, die sentiasa mengharapkan through pass dari team-mates. Kalau team-mates masih dengan sikap ego, sampai bile-bilelah Torres tidak akan score.

3) Usaha sendiri
- Jika dua point di atas ni masih gagal berfungsi, langkah terakhir ialah Torres kena usaha sendiri. Kadang-kadang kalau nak berharap pada bantuan orang lain tidak ada gunanya kalau diri sendiri malas & kurang rajin. Torres ada skill, cume yang perlu diperbaiki ialah mentalitinya. Pendapat aku, position Torres ialah centre forward. Jadi tak salah kalau bile perfom nanti, sekali sekala Torres try shooting jauh macam Edin Dzeko,Rooney & Zlatan Ibrahimovic sellau buat. Jaringan gol ini datang dari pelbagai sudut dan cabang. Tidak semestinya ia berpunca dari cross & through pass sahaja. Torres kena berani membuat percubaan demi percubaan.

P/S : Apepun jangan lupa malam ni Chelsea lawan Wigan di JJB Stadium. Siaran langsung di saluran Astro 817. Perlawanan akan bermula pada jam 1.30 pagi. KTBFFH.

N untuk Napoli

Posted by KampungChelsea On Friday, December 16, 2011 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil undian untuk pusingan kalah mati UCL menyaksikan kem Chelsea akan bertemu dengan kelab Itali, Napoli. Manakala jiran sebelah, Arsenal juga turut diundi menentang satu lagi wakil kuat Itali iaitu AC Milan.

Agak mencabar juga kerana Napoli bukan calang-calang pasukan. Diletakkan bersama-sama dengan Bayern Munich, Manchester City & Villareal, Napoli menamatkan saingan kumpulan A di tangga kedua , manakala tempat pertama ialah Bayern Munich.

1st leg akan berlangsung pada 14-15 Februari 2012 dan untuk 2nd leg pula ditentukan pada 6-7 Mac.

Berikut ialah full-fixture untuk Knockout stage UEFA Champions League 2011-2012 :

Lyon v APOEL
Napoli v Chelsea
AC Milan v Arsenal
Basel v Bayern Munich
Bayer Leverkusen v Barcelona
CSKA Moscow v Real Madrid
Zenit St. Petersburg v Benfica
Marseille v Inter

Torres bakal dijual ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 15, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kononnya, menurut media England, Chelsea bersiap sedia untuk menjual Torres dengan harga 20 juta pound. Dan kononnya lagi, pada bulan 1 nanti, sudah ada persekatan dari pemilik Chelsea untuk menjual bekas penyerang Atletico Madrid itu.

Aku anggap berita ini sampah & tidak masuk akal. Beli mahal-mahal 50 juta, lepas itu mahu jual balik die dengan harga murah 20 juta, ape semua ni ? Mengarut. Perfomance merosot dan kerap kali diletakkan di bench tidak menjerumuskan Torres keluar dari Stamford Bridge.

Semua top striker mengalami masalah yang sama seperti Torres. Dan aku masih berharap die akan kekal bersama Chelsea. Sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang pemain bola sepak yang gagal berada dalam prestasi terbaik diletakkan di bangku simpanan.

Torres adalah Torres, Sheva adalah Sheva.
Mereka tidak boleh di-compare dengan hanya satu sudut perspektif yang serupa

Torres sentiasa jadi target man kepada pihak media. Itu sebab aku mengatakan news Torres akan keluar dari Chelsea adalah sampah & tidak masuk akal. Media England cuba nak provokasi Chelsea & Torres. Mereka suka untuk memberi high pressure kepada striker kita. Mentang-mentang sekarang ini Torres banyak berada di-bench, dan mereka cuba hendak mengatakan Torres sudah muak dengan Chelsea. Ini taktik bangang dari media England. Seriously, aku sedikitpun tidak terpengaruh dengan kisah dongeng ini.

I'm still believe in El-Nino.

P/S : Roman tidak bodoh nak jual Torres dengan harga yang murah. Kecuali jika ada kelab yang sudi beli die balik dengan harga 50 juta.

Bangang

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 14, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


P/S : Mamat Toure itu patut dapat red card. Harap lepas ni FA ban die beberapa perlawanan. Nasib baik Mata bukan macam player Barca. (kalau player barcelona, kena sentuh skit, jatuh terguling-guling sambil tutup muka.merujuk kepada Sergio Busquet.)

Alasan si kalah

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 14, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“There was a big penalty and everyone in the stadium saw the penalty. The referee was very close but didn’t see it.If the Silva penalty had been awarded, probably the game was finished."

Ini kata-kata seorang manager loser & tidak boleh terima kekalahan. Kenapa hendak bagi alasan kalah kerana pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalty ? This is ridiculous.

Adakah Mancini tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu yang foul Bosingwa ke atas Silva adalah tidak sah. Silva kelihatan dive. Jika tidak divepun, die terjatuh sendiri, maklumlah padang Stamford Bridge licin, baru lepas hujan. Memang ada sentuhan sedikit dari Bosingwa, tapi sentuhan tesebut tidak kasar, atau senang aku cakap, it is not a fault. Sentuhan sedikit tapi kenapa sampai jatuh melayang ? di situ ada point untuk describekan Silva dive untuk mendapatkan penalty. Apa, anda ingat Mark Clattenburg bangang macam Chris Foy ?

Kenapa hati anda keras sangat Mancini ? Susahnya hendak mengakui yang Chelsea bermain lebih baik dari City .Selepas ini, jika City drop point lagi dan kemungkinan tidak menjuarai sebarang pialapun, aku sedikit tidak terkejut dan menganggap perkara itu sebagai pengajaran kepada pengurus mereka yang agak bongkak.

Musim lepas City kalah 2-0 dengan Chelsea, Mancini juga bagi alasan kalah yang tidak professional iaitu pemainnya tak cukup rehat dan belum bersedia. Betul-betul bangang die ni.

P/S : Cakap tidak serupa bikin. Sebelum ini die pesan kepada AVB supaya jangan banyak komplen kepada media, tapi sekarang sape yang banyak komplen ? Sendiri mahu ingatlah.

Jasa mu dikenang

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 14, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Secara rasminya kelab Chinese Super League (CSL) Shanghai Shenhua telah menandatangani kontrak Anelka selama 2 tahun.

Jadi, Kampung Chelsea ingin mengucapkan good luck & all the best for u, Anelka. Terima kasih di atas kerjasama anda bersama Chelsea dari tahun 2008 sehinggalah sekarang.

Jasa mu dikenang, Nik !

Chelsea 2 Manchester City 1 !

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 13, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rekod 15 perlawanan liga tanpa kalah City akhirnya hancur berkecai di tangan kem kita.  Dua gol kemenangan dijaringkan oleh Meireles & Abang Lampard.

Boleh dikatakan kemenangan comeback dari Chelsea kerana pelawat terlebih dahulu mengungguli perlawanan 1-0 menerusi sentuhan berbisa Mario Balotelli. Sejuruh selepas itu, Raul Meireles menyamakan kedudukan 1-1 hasil daripada umpanan kemas Daniel Sturridge. Pada minit ke-82, kem kita dihadiahkan sepakan penalti apabila tendangan Sturridge terkena tangan pertahanan lawan. Lampard menyudahkannya dengan satu rembatan kencang menggegar jaring pihak lawan. Kedudukan 2-1 kekal sehingga ke wisel penamat. 

Hero dalam match ini ialah Sturridge. Tanpa Sturridge, kita takkan mampu menang dengan City. Dia beraksi dengan cukup cemerlang dalam mencipta assist bagi kedua-dua gol Chelseaa.

Tahap mentaliti City menjadi semakin lemah ketika left back mereka, Gael Clichy diarah keluar padang selepas mengasari Adik Ramires. Tapi itu bukan alasan kekalahan yang professional. Kita mempamerkan corak permainan bergaya dalam 20-30 minit terakhir dan City hanya memutuskan untuk bertahan ketika mereka kekurangan seorang pemain. Jadi, kesan strategi bertahan itu memakan diri sendiri juga & we still deserve to get 3 points.

Hari yang bersejarah buat AVB & seluruh warga Chelsea. Kita satu-satunya pasukan yang berjaya memecahkan rekod tanpa kalah City. Kejayaan ini juga dapat membantu menghidupkan sisa-sisa peluang untuk bersaing meraih gelaran liga. 7 mata hanya memisahkan kita dengan mereka, segalanya tidak mustahil bukan ?

Apepun ini baru permulaan. Banyak lagi kejutan yang akan menyusul dari Chelsea kelak. Tahniah Chelsea & syabas AVB. KTBFFH.


Preview : Chelsea vs Manchester City (Part 2)

Posted by KampungChelsea On Monday, December 12, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 sekadar hiasan

Terdapat sedikit kesilapan dalam entri sebelum ni, jadi aku terpaksa double post kan balik entri preview match.

- David Luiz tidak dapat beraksi kerana dia telah menerima kad kuning ke-5 ketika menentang Newcastle. Tempatnya akan digantikan dengan Ivanovic 

- Posisi Right Back pula diambil alih oleh Bosingwa.

- Alex ? Alex tidak tersenarai kerana pemain ini dalam proses untuk menamatkan kontraknya bersama kem kita. Begitu juga dengan Anelka yang sudah hampir pasti ke kelab Shanghai Shenhua. Nama mereka juga tidak tersenarai ketika Chelsea menentang Valencia pada match hari rabu lepas.

- Lampard akan menguatkan kembali di jentera tengah selepas dua game sebelum ini dia diletakkan di bangku simpanan.

 Jadi rasanya ini possible line-up lawan City. Setuju ?

P/ S : Aguero, Yaya Toure, Adam Johnson, Micah Richards & James Milner antara target man yang perlu kita awasi.

Preview : Chelsea vs Manchester City

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 11, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ibaratkan pertembungan hidup dan mati bagi Chelsea. Menang akan menghidupkan lagi title race EPL tapi jika kalah, secara tidak langsungnya peluang untuk meraih gelaran liga agak sukar. Bak kata AVB :

"The Premier League title becomes extremely difficult if we lose against Manchester City."

Penyingkiran dari pentas UCL minggu lepas membuktikan bahawa City perlu belaja lebih banyak dari Chelsea. Mereka hanya kuat dalam liga tapi tidak di Eropah. Itu satu kelemahan bagi anak buah Mancini. Kini obsesi mereka tertumpu kepada kompetitif piala liga sahaja.

Namun begitu aku tetap berpijak di bumi yang nyata dan tidak menafikan jurang perbezaan City dengan Chelsea sangat berbeza. Mereka pendahulu liga dan mempunyai peluang cerah untuk menumbangkan kita. Peratusan kemenangan 40%-60%. 60 peratus memihak kepada City dan selebihnya Chelsea. Rekod big game kem kita musim ni hancur, kalah dengan Liverpool, kalah dengan MU & kalah dengan Arsenal. Jadi disebabkan perkara tersebut aku merendah diri seketika apabila berdepan dengan top team. City sekarang ini berada dalam prestasi terbaik dan bila-bila masa sahaja mereka boleh menumbangkan kita.

Oklah seterusnya, jom fokus untuk game hari Isnin nanti.


Selain taktikal & kekuatan mental, susunan line-up juga penting. Jika kita sambil lewa dalam membuat pilihan line-up maka kita berada dalam masalah besar. AVB harus tahu mana satu pemain yang betul-betul boleh stay dalam 1st starter. Terlalu kerap membuat rotation akan melemahkan chemistry di antara pemain. Aku harap line-up di bawah ni akan menjadi official line-up untuk game dengan City nanti :


(4-3-3)
Cech
Ivanovic - David Luiz - JT - A.Cole
Ramires - Oriol Romeu - Lampard/Meireles
Sturridge - Drogba - Mata


Aku tidak kisah jika AVB terus nak dropkan Abang Lampard dengan Torres di bench. Tapi pemain seperti Oriol Romeu, Ivanovic kena perform. Mikel, Bosingwa & Malouda pula digalakkan supaya menjadi penonton sahaja di luar padang.

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan epik ini pada jam 3.55 pagi. Siaran langsung di saluran Astro ESPN 812. Untuk HD pula sila tekan 832. KTBFFH. 

P/S : Saje aku post awal preview match...

Comeback dari The Bison

Posted by KampungChelsea On Friday, December 09, 2011 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketika orang sibuk bercakap mengenai Oriol Romeu, Juan Mata, Sturridge, tapi mereka lupa dengan kelibat seorang pemain yang sangat brutal ini.

Michael Essien a.k.a The Bison.

Ada orang bertanya kepada aku, apa perkembangan terbaru midfielder Ghana itu ? Hmmm secara ringkas apa yang boleh aku huraikan mengenai Essien sekarang ni, die masih mengalami kecederaan (long term injury). Ura-ura mengatakan die bakal comeback pada hujung bulan ni, itu berita yang sangat bagus untuk fans Chelsea. Cume sebelum buat comeback, Essien macam biasa akan menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan skuad Reserve. Maklumlah dah berapa bulan tak sentuh padang, takkan mahu terus join 1st team kan ?

Kalau mamat ni ada, jangan nak kata Aguero, Suarez, brader power macam CR7 & Messi pun tak boleh cari makan beb. (memang aku rindu gile dengan The Bison)

Get well soon dude !

Patah tumbuh hilang berganti

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 08, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 abang botak, Anelka & Alex sudah menghantar transfer request, yakni mereka berdua sudah mahu keluar dari Chelsea.

Anelka sudah mengesahkan yang die akan berhijrah ke kelab China & Alex mungkin ke Juventus. Semua itu bakal berlaku pada bulan Januari nanti.

Ape boleh buat, itu keputusan mereka. Aku tidak boleh nak protes ke ape, kerana kesian juga, musim ini mereka jarang diberi peluang bermain. Alex & Anelka banyak berjasa kepada kita. Alex, sape tak kenal dengan mamat yang mempunyai ketajaman penyudah free kick dan begitu juga dengan Anelka.

Sayonara, (selamat tinggal.).

Patah tumbuh hilang berganti. Mereka pergi , Chelsea sudah ada pengganti. Siapa ? Hazard ? Cahill ? Hulk ? Godin ? Alvaro Pereira ? Sama-sama kita tunggu dan lihat untuk transfer window yang seterusnya.

P/S : Makin berseri Europa league tahun ni dengan kehadiran adik beradik Manchester,kehkeh. Tahun depan bolehlah geng dengan Liverpool pulak ye.

Chelsea 3 Valencia 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 07, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam biasa Chelsea ke pusingan kalah mati juga.

Mengetepikan cabaran yang tak berapa sengit mana dari Valencia 3-0 pagi tadi, kem kita menjuarai kumpulan E dengan 11 mata, selepas kelab Abang Ballack, Leverkusen seri 1-1 dengan Racing Genk.

3 gol, scoreline same macam lawan Newcastle minggu lepas, penjaringnya seperti sedia kala, Abang Drogba dengan 2 gol. 1 gol lagi dari adik cilik, Ramires.

Puas hati dengan perfomance pemain kita. Pertahanan solid, tengah mengancam, bahagian serangan power. Ivan, JT, Ash & DL memainkan tugas yang baik, begitu juga dengan pemain-pemain yang lain. Oriol Romeu beraksi macam Makelele, controll ball bagus, dan corak pertahanannya yang kental.


Jadi, melihatkan perfomance menentang Valenca, aku sudah tidak risau lagi untuk game dengan City hujung minggu ini. Segalanya beres, ape yang penting momentum serta rentak permainan kena sentiasa up to date. KTBFFH.

P/S : Masalah line internet aku dah selesai, yeah !

Newcastle 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Monday, December 05, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekecewaan yang dialami oleh fans Chelsea selepas tersingkir dalam saingan Piala Carling minggu lepas mungkin sedikit telah terubat selepas kem kita mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan tuan rumah, Newcastle.

Paling best ialah Chelsea pasukan pertama yang menang di Stadium Sport Direct Arena. 3 gol yang terhasil dijaringkan oleh Abang Drogba, Kalou & Sturridge.

Perlawanan yang agak sengit juga aku kira kerana kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Pujian juga kepada keeper lawan, Tim Krul yang telah menyeamatkan sepakan penalty Super Frank. Ape makan lah si Krul tu.Kalau tak ada die, mungkin Chelsea dah boleh menang sampai 10-0.


Line-up yang AVB susun minggu ini terbaik kerana beliau membariskan nama-nama seperti Ivanovic, Oriol Romeu. Harap selepas ni AVB kekalkan Ivan di RB dan Romeu di centre midfielder. Man of the Match rasanya JT. Kecekapan, corak pertahanannya yang solid menyebabkan pihak lawan gagal membolosi gawang Cech.

Macam biasa, diharapkan momentum kemenangan seperti ini akan berterusan untuk perlawanan yang seterusnya. Next match lawan Valencia, hari rabu ini. (game penting dan kita wajib menang !)

P/S : Mohon maaf sekali lagi kerana update entri lambat. Internet rumah aku mengalami masalah yang sangat teruk. Call orang TM, diorang cakap area line internet rumah aku ada gangguan. Gangguan ape aku tak tahu pasal dah hampir 2 minggu masalah ni belum settle. Nak onlinepun kena pergi kedai mamak dowh, hampeh.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png