Komen Ancelotti Mengenai Terry

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 31, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di sebalik dengan masalah yang terpaksa dihadapinya sekarang ini, Terry tetap menampilkan aksi hebatnya untuk membawa chelsea meraih kemenangan ke atas Burnley semalam.Dan Ancelotti cukup kagum dan bangga dengan sikap professional terry itu dan Ancelotti tidak mahu mengulas mengenai kes skandal Terry itu kerana baginya biarlah masalah itu diselsesaikannya sendiri dan ape yang penting ? Kerjasama.Yup, kerjasamanya dengan Chelsea dan terus mempamerkan aksi terbaiknya untuk Chelsea di atas padang.

"Itu merupakan kehidupan peribadinya.Mengenai tugas dan perannnya kita tidak perlu menafikannya lagi bahawa dia seorang yang profesional,luar biasa dan ketua pasukan yang hebat.Dia melakukan tugas yang baik malam ini(Semalam)," kata Ancelotti kepada ESPN. 

Sekarang ini ramai yang heboh dengan mengatakan Terry mungkin akan melepaskan jawatannya sebagai ketua kebangsaan England disebabkan kes dan masalahnya itu.

"Kami semua di Chelsea sentiasa menyokongnya serta keluarganya.Bagi saya, Terry tetap ketua pasukan Chelsea selamanya," ujar Ancelotti lagi.

Super Terry Terrific !!!!

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 31, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum aku nak ulas lebih lanjut mengenai match semalam(pagi tadi) tu, mungkin ade dan mungkin juga yang belum dengar lagi kisah Terry yang sebenarnya.Nak tahu sebab ape Terry kena "boo" semalam dengan penyokong Burnley setiap kali dia bawak bola, dia kena "boo" pasal kes skandal die dengan teman wanita Wayne Bridge.Sekarang ni Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.Pasal konflik Terry ni aku malas nak amik kisah lagipun masalah ni bukan masalah kita, so biarlah pihak-pihak yang terbabit menyelesaikannya.Aku malas nak cakap banyak, dan aku hanya cakap "NO KOMEN".Biarkan Terry dengan masalahnya tu, kerana biler dia dia di atas padang dia sememangnya kapten terbaik abad ini.I will always support you ,Terry !!! Super terrific Terry !!!

Ape-apepun kalau takder Terry semalam, kita akan seri dan drops points.Tandukan Terry pada lewat permainan semalam memberikan kemenangan selesa Chelsea 2-1 ke atas Burnley semalam.Dengan kemenangan itu, kita still on the top of the league dengan kelebihan 4 mata mengatasi ManKayu.

Congrats tu Anelka kerana score gol pertama Chelsea semalam.Anelka main ok jugak  tapi dia tak der banyak peluang la sangat dalam match ni.Gol die lawan Burnley ni boleh la menebus kekecewaan die time lawan Birmingham minggu lepas.Anelka dah score 8 gol dalam EPL sekarang.

Mengenai match dengan Burnley semalam, kita masih lagi bermain dengan baik namun tidak sebaik match Birmingham last week.Kenapa kita sukar sangat nak tembusi gawang Burnley especiall second half ? Sebab bukan sahaja defend diorang, midfielder diorangpun semuanya turun ke bawah defend solid2 beb tak nak bagi Chelsea score.Kita ada beberapa peluang dalam first half dan second half dan seperti biase kita sia-siakan peluang tersebut.Sedikit kecewa dengan Lampard semalam kerana permainannya tidak sebaik ketika menetang Birmingham minggu lepas.Lampard shoot berterabur beb.Sedikit juga terkejut dengan line-up chelsea dalam match ini , ye la ingat Carvalho main semalam namun posisinya tu digantikan oleh Alex.Mengenai gol Burnley semalam yang dijaringkan oleh Fletcher ayam tu, aku tak salahkan Alex 100% sebab susah giler kalau nak clear bola time die halang bola Fletcher ayam tu.Cech patut respon dengan baik sebelum gol Fletcher tu sebab semalam aku tengok die rilek je, same cam last week time lawan Birmingham, tak der percubaan yang merbahaya sangat dari Burnley.

Ape-apepun nice win dari Chelsea.Burnley sememangnya mengekang asakan team kita dengan baik beb semalam.Hepi jugak la dngan kemenangan 2-1 ni, walaupun tak menang besar tapi dah puas hati dah menang dengan Burnley tu.Mankayu dengan sengalpun tak menang dengan Burnley kat tempat diorang musim ni.Thanks to Terry & Anelka kerana memberi Chelsea 4 mata clear mendahului Mankayu dan 5 mata mendahului Sengal.

Menjelang Menetang Burnley Malam Ini...

Posted by KampungChelsea On Saturday, January 30, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ade sepupu aku call aku tadi dan diapun fans chelsea cam aku jugak.Dia ade tanye beberapa soalan kat aku mengenai match burnley lawan chelsea malam ni.Dia tanye, aku jawab :

Match main kat mane ? : Main kat tempat diorang iaitu di Stadium Turf Moor

Pukul berapa start ? : Kalau waktu negara kita pukul 1.25 pagi

Channel ? : Bagi yang ade astro, sila bukak channel 812

Rekod Match Sebelum Ini ? : Tahun lepas atau musim ni kita menang 3-0 dengan mereka di Stamford Bridge.Anelka,Ashley Cole dan Ballack yang menjaringkan gol-gol tersebut.

Sape yang main malam ni ? : Mmmm...aku rase...

Cech,
Ivanovic, Terry, Carvalho, A Cole,
Ballack, Deco, Lampard,
J Cole, Anelka, Malouda 

Sape yang tak main ? : Drogba dan Kalou tak main dalam match ni.Dengar ceriter, Ancelotti akan rehatkan diorang untuk match selasa ni lawan Hull City.Essien pula masih injured dan terpaksa berehat lebih daripada 2/3 minggu.Beletti juga mengalami kecederaan di kakinya dan kobfem tak main malam ni.

Player To watch ? : Anelka/Lampard/Joe Cole

Prediction ? : Aku tak boleh berlagak sangat dengan mengatakan Chelsea akan menang selesa malam ni.Bagi aku, peratus kemenangan 50%-50%.Untuk pengetahuan korang, Burnley mempunyai rekod yang sangat baik ketika menetang team Big 4 musim ni di tempat diorang.Diorang menang 1-0 dengan Mankayu dan seri 1-1 dengan sengal.

Eksklusif - Shevchenko : Saya Masih Sayang Chelsea

Posted by KampungChelsea On Friday, January 29, 2010 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bekas penyerang AC Milan dan juga Chelsea, Andriy Shevchenko sememangnya gagal menyesuaikan diri dengan baik di Chelsea.Seperti mana yang kita telah tahu, Shevchenko tidak mampu menghasilkan prestasi yang ingin dilihat oleh penyokong dan kelab Chelsea semasa dia berada di Chelsea selama 1/2 tahun di Stamford Bridge.

Dibeli dengan harga yang mahal iaitu sebanyak 30 juta, namun kegagalan Shevchenko di Chelsea menyebabkan dia terpaksa dipinjamkan semula ke Milan dan kemudiannya dilepaskan ke Dynamo Kiev.

Walaupun gagal menyinar di Chelsea, namun bekas penyerang lagenda AC Milan ini tetap tidak boleh melupakan Chelsea.Sheva juga mengaku bahawa dia masih lagi meminati Chelsea.
" Saya masih peminat Chelsea selamanya.Bagi saya, Chelsea merupakan pasukan pilihan utama untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.
Sheva juga sempat menyanjung serta memuji bekas managernya di Milan dan juga Chelsea iaitu Ancelotti.
"Ancelotti seorang yang sangat istimewa.Dia pandai membiasakan diri di England dengan baik pada tahun pertama.Saya menyokong semua kelab yang saya pernah beraksi untuknya.Mereka semua tetap berada di hati saya.Bukan sahaja Milan tetapi juga Chelsea.
Di samping itu juga, Shevchenko juga memuji hubunganny dengan bekas manager chelsea, Avram Grant.Menurut Sheva, Grant antara pihak yang terlibat dalam menjayakan Chelsea walaupun chelsea gagal menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2008.

P/S : Ramai yang cakap Shevchenkolah yang menyebabkan Mourinho dibuang dan dipecat oleh Abramovich.Aku tak tahu sangat mengenai hal itu tapi aku nak cakaplah sedikit mengenai persembahan Shevchenko di Chelsea dulu.Bagi aku la, Shevchenko memerlukan masa yang banyak untuk dia sesuai di Chelsea.Aku boleh nampak potensi die cume time Mourinho hari tu, Mourinho jarang bagi dia bermain.Patutpun Mourinho dengan Abramovich tu gaduh.Rupernyer pasal Shevchenko.Untuk pengetahuan korang, disebabkan kedatangan Shevchenko ke Chelsea lah, yang menyebabkan aku minat kat Chelsea.Dulu sebelum Ballack,Shevchenko dan Mourinho datang ke Chelsea, aku fans fanatik mankayu.

Lampard Terbaik Dari Ladang : Ancelotti (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Friday, January 29, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melabel Frank Lampard sebagai pemain terbaik dunia selepas bintang England itu meledak dua gol bagi membantu The Blues kembali ke persada Liga Perdana England.
"Pergerakannya (Lampard) sangat hebat. Kami menggunakan segenap penjuru padang untuk melakukan asakan dan dia juga masih mampu mara ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol," kata Ancelotti.

"Dua golnya itu menunjukkan bahawa dia adalah pemain perancang terbaik di dunia.

"Dia memiliki kualiti yang menakjubkan dan sentuhan tajam di depan pintu gol."
Hehehe kita masih ade satu lagi perlawanan dan aku suke bace kenyataan dari Ancelotti ni.
"Kami masih ada satu perlawanan dalam tangan dan ia sangat penting kerana Arsenal dan Manchester United akan bertemu sesama sendiri Ahad ini.Prestasi kami sangat bagus pada Januari ini dan saya berterima kasih kepada pemain kerana menjalankan tugas dengan baik walaupun tanpa pemain-pemain Afrika ini."

Match Stats Chelsea 3 Birminham 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 28, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




POSSESSION
CHELSEA  (57%)                                       Birmingham   (43%)
                          
SHOTS OFF TARGET
CHELSEA (10)                                            3

SHOTS ON TARGET
CHELSEA   (9 )                                            1

TACKLES
CHELSEA  (22)                                           19

OFFSIDES
CHELSEA  (1 )                                             2

CORNERS
CHELSEA  (8)                                             3

SUCCESSFUL PASSING (%)
CHELSEA   (85)                                         76


Substitutes PlayedYour RatingsAvg. Ratings
18Zhirkov6.67
81’
23Sturridge6.24
88’
Substitutes PlayedYour RatingsAvg. Ratings
17Madera4
72’
18Fahey4.33
56’



We Are On Top Again !!!

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 28, 2010 18 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Percaya atau tidak, kita kembali berada di puncak liga balik !!! Kemenangan 3 gol tanpa balas ke atas Birmingham pagi tadi di Stamford Bridge mengakhiri rekod tanpa kalah mereka selama 15 perlawanan.2 gol jaringan Lampard dan 1 gol Malouda cukup2 memalukan skuad bimbingan Alex McLesih pagi tadi di halaman kita sendiri.No Drogba, No Kalou , No Essien, No Mikel tapi kita masih berjaya memenangi perlawanan tanpa mereka dengan penuh bergaya.17 gol dalam 4 perlawanan kita tanpa mereka memberikan kita team yang pastinya akan mengungguli carta liga sehingga akhir musim dan lebih menggembirakan lagi ialah kita masih ade satu lagi baki perlawanan yang tinggal walaupun kita sekarang ini sudah berada sebagai pendahulu liga dan hampir-hampir untuk menjadi Champions Of Champions liga musim ini.Keep the blues flying high....Jom imbas kembali scene-scene terbaik dalam match pagi tadi :


Tak Sampai 10 minit, The Blues dah pecah gawang kelab Birmingam yang dijaga oleh Mr Hart melalui gerakan dan hantaran cantik oleh Joker dan disudahkan oleh Malouda menerusi tandukannya itu.


Alex McLeish menjerit sambil berkata "Wei kenapa ko menangis di situ !!! Pergi ko dari sini !!!" Eh,  ini macam dialog filem P.Ramlee,Ibu Mertuaku je


Yeah !!! Frankie kembali memasuki carta penjaring match Chelsea dengan hasil jaringan selamber dari luar kotak penalti dan menewaskan Hart yang tak henti-henti menerima ancaman dari player kita pagi tadi. 4 gol dalam 3 perlawanan, Lampard terbaik !!!




Yezzar !!! Tiga kosong !!! Lampard, Man Of The Match dengan 2 gol !!! Cayalah sama lu, Lampard.!

P/S : Sekarang ini kita top of the league !!! Dengan team sengal seri kosong2 dengan Aston Giler tu, dan mankayu plak main kat piala low class pagi tadi lawan mantaik...kita dah 51 mata, mankayu 50, sengal 49 tapi kita masih ade 1 lagi perlawanan.Masa inilah untuk kembali menjarakkkan mata beb !!!

Preview Chelsea Vs Birmingham

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 27, 2010 13 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(Masih ingat lagi peristiwa kat atas ni ? Kita seri 0-0 di St Andrews pada first season.Camner plak dengan match malam ni ?Still nak kosong-kosong ?)

Malam ini (pagi esok) jam 3.45 pagi match di antara chelsea menetang Birmingham akan bermula.Match ini sangat penting khususnya dalam mengejar dan bersaing untuk meraih gelaran liga pada musim ini.Jika kita tercicir mata malam ini sudah pasti Arsenal dan MU terus akan meninggalkan kita sedikit demi sedikit.Sekarang ini MU berada sebagai pendahulu liga buat sementara waktu dan kita masih lagi berbekalkan baki 2 perlawanan yang tinggal.Jika kita menang malam ini, sudah pasti kita akan merampas balik takhta dari MU.

Menjelangnya menetang skuad bimbingan Alex Mcleish malam ini, semua pihak akan menganggap tugas malam ini sangat sukar kepada Chelsea.Birmingham antara pasukan EPL yang dikatakan paling konsisten pada musim ini.Mereka sangat sukar dikalahkan pada musim ini lebih-lebih lagi di tempat mereka sendiri.Masih ingat lagi, kita nyaris kalah dengan mereka di halaman mereka sendiri.Aku memang kagum dengan Alex Mcleish kerana dia berjaya melaksanakan tugas yang hebat bersama dengan Birmingham musim ini.Rekod tanpa kalah selama 15 perlawanan oleh skuad Alex ini wajib kita hapuskannya malam ini.Birmingham juga telah mengejutkan dan menyingkirkan Everton di Kirby Stadium dalam saingan Piala FA pusingan ke-4 beberapa hari yang lepas.Ini menunjukkan bahawa tugas untuk meraih 3 mata malam ini cukup2 sukar dan bagi aku kemenangan tipis sudah memadai bagi aku kerana team Birmingham cukup liat untuk dikalahkan.

Berita baik sekarang ini di kem Chelsea ialah kepulangan trio-trio Drogba,Kalou dan Essien dari Piala Afrika.Drogba dan Kalou mungkin akan main next match la kalau tak silap aku.Essien pula akan berehat selama 4-6 minggu tapi tahap kecederaannya masih dipantau setiap hari oleh pihak perubatan Chelsea.


Baru je bace news pagi tadi, Ancelotti cakap Lampard fit dan tak der masalah untuk bermain malam ini.It's good news.(Klik sini untuk maklumat lebih lanjut).Lampard mungkin ok tapi Beletti masih lagi injured.Ancelotti seperti biase akan menggunakan formasi 4-3-3 untuk match malam ini.(Klik sini untuk maklumat lebih lanjut)

Barisan kemungkinan malam ini :

Cech,


 Ivanovic, Terry, Alex, A.Cole (or Zhirkov),


 Ballack, Lampard, Deco, 


J.Cole,  Anelka  ,Malouda



Player To Watch :

Cech(chelsea) dan Joe Hart(Birmingham)

P/S : Kepada Malouda, jaga kelakuan dan adab permainan ko malam ni.Kat St Andrews hari tu, dah bleh kad merah free2 dah, takkan nak boleh kad merah lagi malam ni.

Anelka Mungkin Akan Tinggalkan Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 26, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Chelsea mungkin terpaksa akan kehilangan Anelka.Proses untuk menambah atau membuat kontrak baru kepada Anelka sentiasa tergendala.

Penampilan serta persembahan Anelka bersama Chelsea sejak dari musim lepas cukup hebat.Dia mengaku bahawa dia selesa bermain di Chelsea sekarang.Tidak hairanlah sekarang ini Chelsea sedang memproses memperpanjangkan kontrak Anelka di Stamford Bridge.

Sayangnya proses untuk memanjangkan kontrak bukanlah sesuatu perkara yang mudah kepada pihak pengurusan kelab.Perbincangan mengenai kontrak baru sudah bermula, namun Chelsea masih belum untuk cuba meyakinkan Anelka untuk memutuskan masa depannya.

Perbincangan antara pihak Chelsea dan Anelka berakhir dengan hasil keputusan yang tidak begitu baik.Hanya 10% sahaja proses kontrak baru untuk Anelka dipersetujui.

Luahan Hati Essien

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 26, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...













Seperti mana yang kita telah tahu Essien sekali lagi mengalami kecederaan dan kecederaan tersebut telah memaksa dia untuk pulang lebih awal dari kejohanan piala Afrika.Essien mengalami kecederaan lutut dan terpaksa menjalani rawatan selama 4-6 minggu.

Nampaknya, Essien terpaksa berada di bangku simpanan dan melihat rakan-rakannya beraksi di tengah padang tanpa kelibatnya.
"Saya mempunyai impian untuk kembali beraksi di atas padang, dan memikul tanggungjawab yang ada pada saya dan saya berharap semua itu akan segera berjalan dengan lancar pada waktu terdekat ini.Harapan saya ialah saya dapat segera beraksi kembali dan membantu Chelsea meraih gelaran dan trofi yang kami impikan selama ini," kata Essien.
P/S : Ivory Coast dah kalah...Dengar ceriter, Drogba dah balik.Betul ker ?

Piala FA Pusingan Ke-5 2009/2010

Posted by KampungChelsea On Monday, January 25, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Wolves vs Villa
Man City vs Stoke
Derby vs Birmingham
Bolton vs Spurs/Leeds


Chelsea vs Cardiff


Fulham vs Notts County/Wigan
Reading vs West Brom
Southampton vs Portsmouth

Terry Puji Persembahan The Blues Semalam

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 24, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea melangkah ke pusingan ke-5 Piala FA selepas menewaskan Preston 2-0.Dengan kemaraan Chelsea itu, Terry berharap Chelsea sentiasa melangkah ke perlawanan akhir untuk kali ketiga buat Chelsea musim ini yang mana sebelum ini Chelsea telah berjaya mara ke perlawanan akhir dalam tempoh 4 tahun terakhir.
"Perlawanan semalam bukanlah mudah buat kami, Preston memberikan cabaran sukar kepada kami khususnya dalam separuh masa yang pertama.Saingan piala FA sememangnya berbeza dan kami perlu bekerja keras untuk menghadapi pasukan dari kelab divisyen bawahan walaupun kelab tersebut kuat ataupun tidak.Kami mempamerkan permainan yang baik dan bersemangat tinggi dan itu sangat penting dalam menghadapi pasukan-pasukan dari divisyen bawahan kerana mereka juga mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi seperti kami juga.Saya berharap dengan semangat juang kami seperti ini akan tetap membawa kami mempertahankan gelaran trofi Piala FA lagi untuk musim ini," kata Terry.
Chelsea masih lagi diletakkan sebagai pilihan utama menjuarai Piala FA musim ini kerana tahun lepas kita berjaya memjuarainya dengan menewaskan Everton 2-1.

2 Golpun dah Cukup...

Posted by KampungChelsea On Sunday, January 24, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima kasih banyak-banyak kepada Anelka dan Sturridge dengan hasil jaringan gol mereka dalam membantu Chelsea mara ke pusingan ke-5 Piala FA selepas Chelsea menang mudah 2-0 ke atas Preston North End di Stadium Deepdale tadi.1 gol Anelka first half dan 1 gol Sturridge second half dah cukup dah memberikan kita kemenangan selesa dan ape yang penting ? kita terus menang dan mara ke pusingan seterusnya.

Secara puratanya, kita menguasai hampir keseluruhan permainan dalam match ini.Team Preston tidak langung memberikan cabaran sukar kepada kita tadi.Mereka ade banyak peluang tapi mereka sia-siakan.Begitu juga dengan team kita.Team kita main ok tadi, dan ade juga beberapa peluang yang kite missed tadi.Ape yang aku boleh nampak tadi,...Anelka dan Sturridge bermain bagus match tadi.Nampak gayanya diorang punyer gandinganpun ok gak, serasi.

Kenal tak dengan mamat..Eish silap bukan mamat, tapi uncle yang jadi manager Preston tadi tu ? dialah anak si Alex Ferguson chewing gum tu, namenyer Darren Ferguson.Tengok muka dan gaya si Darren tu, langung tak serupa dengan bapaknya...Ape-apepun nice win for Chelsea.Walaupun tak menang besar, tapi bagi aku 2-0 dah cukup dah bagi Chelsea dalam match tadi.

P/S : Lampard & Beletti main tak sampai 90 minit dalam match tadi, Beletti ade sedikit masalah di bahagian kakinya, begitu juga dengan Lampard..Tapi aku rase diorang akan okey dalam masa 1/2 hari nanti...

Preview Match Piala FA : Lawatan Ke DeepDale Malam Ini

Posted by KampungChelsea On Saturday, January 23, 2010 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Malam ini pukul 8.50 malam(WAKTU MALAYSIA), akan bermulalah match perlawanan Piala Fa pusingan keempat Chelsea menetang Preston North End.Chelsea akan melayan kunjungan ke DeedDale malam ini.Bagi aku, aku tidak kenal sangat dengan kelab Preston ni, so aku tidak tahu diorang punyer kekuatan macam mane dan kualiti permainan bola sepak diorang.Team kita sememangnya team bertaraf 5 bintang dan team diorang mungkin tak der bintang langsung pasal diorang kelab divisyen bawahan.Tapi walaupun diorang ni low kelab dan tak seglamer team kita, tapi aku harap player kita tak amik jalan mudah atau memandang rendah keupayaan mereka.Sedikit kesilapan mungkin menyebabkan kita merana malam ni, so kena watch-up dan berjaga-jaga dengan ancaman Preston malam in.Untuk pengetahuan korang, diorang belasah 7-0 dengan Colchester United dalam pusingan ketiga Piala FA musim ini.

Ape perkembangan skuad kita menjelang match malam ini :

-Seperti mana yang kita telah tahu, Essien sekali lagi mengalami kecederaan dan kemungkinan dia akan tidak akan beraksi bersama skuad Chelsea selama 4-6 minggu.Posisi Essien sememangnya Ballack atau Mikel yang amik.Tapi sekarang ni Ballack yang amik posisi tu.

-Dengar ceriter, Ashley Cole tak main malam ini.Pasal ? Dia mengalami kecederaan lutut sedikit.Tempat die akan digantikan dengan Zhirkov.

-Hilario mungkin akan ganti Cech untuk match malam ini.

-Di bahagian serangan, aku mengharapkan Ancelotti menggandingkan Sturridge dan Anelka.Aku takut formasi 4-3-3 yang kita guna time kita menang besar dengan Sunderland tu team Preston dah kaji teliti, tapi tak kisah ar sangat.Try gune 4-4-2 plak erk Uncle Ancelotti...

-Ancelotti cakap bahawa Piala FA sememangnya trofi penting kepada Chelsea, so dia pastinya akan menurunkan barisan terbaik malam ini dan mengingatkan kepada player chelsea supaya beraksi dengan bersungguh-sungguh dan mengekalkan momentum kemenangan dalam setiap perlawanan.Kekalahan dan penyingkiran mengejut oleh budak2 mankayu dengan Leeds hari tu telah menyedarkan kepada Ancelotti bahawa semua kelab selain Leeds United, pasti akan mempamerkan aksi terbaik untuk menghancurkan kelab-kelab hebat seperti Mankayu dan team kita dalam saingan Piala FA


Hilario


Paulo Ferreira-Alex-John Terry-Yury Zhirkov, 


Juliano Belletti-Michael Ballack-Frank Lampard-Deco, 


Nicolas Anelka-Daniel Sturridge.


Essien Akan Missed 10 Perlawanan & Quote Arshavin...

Posted by KampungChelsea On Friday, January 22, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita buruk menimpa lagi kepada Chelsea kerana Essien sekali lagi mengalami kecederaan.Chelsea mungkin akan kehilangan Essien untuk tempoh waktu yang agak lama kerana Essien masih lagi mengalami kecederaan di bahagian lutut.

Kecederaan Essien tersebut dialami ketika Essien berada di Piala Afrika lagi.Essien telah menjalani rawatan dan sudahpun kembali ke England untuk pemeriksaan yang lebih lanjut,

Daripada hasil keputusan tersebut telah menunjukkan bahawa Essien telah mengalami kekejangan di bahagian lutut.Keputusan tersebut menyebabkan Essien akan berehat lebih kurang 4-6 minggu yang mana dia akan missed 10 match bersama Chelsea selepas ini.



Sengal dah berada di pucak EPL setakat ini dan telah merampas kedudukan tersebut dari Chelsea beberapa hari yang lepas.Namun salah seorang daripada pemain mereka tidak mahu mendabik dada dengan kedudukan diorang sekarang ni.Sape ? Andrei Arshavin... Ape yang dia cakap ?
" Saya rasa Chelsea masih berada di kedudukan teratas.Mereka masih belum bermain satu perlawanan dan kita lihat sahaja apa yang bakal terjadi nanti," kata Arshavin
Ko ni Arshvin, bajet nak merendah diri la konon.Tak payah nak cakap camtu la.Nak main mind psychology ke dengan Chelsea ? Tapi ape-apepun aku menghargai komen dan pendapat ko ni Arshavin.Chelsea masih lagi mempunyai 1 match dan jika Chelsea menang match tu, korang down balik la kat tempat kedua.

Inilah Barisan Kita...Yang Ikhlas Berjuang

Posted by KampungChelsea On Friday, January 22, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam esok takder epl, sebab esok ade match Piala FA yang melibatkan team kita.Gelisah, murung, bengang kerana pada masa ini team Sengal dah rampas kedudukan kita sebagai pendahulu liga walaupun kita masih lagi ade satu lagi perlawanan.Piala FA esok kembali lagi dengan Chelsea akan melawat kunjungan Preston di tempat diorang dalam pusingan keempat.Kat bawah ni merupakan barisan atau line-up pilihan aku menjelang menetang Preston malam esok :


Cech

Ivanovic-Terry-Alex-Ashley Cole

Joe Cole-Lampard-Ballack-Malouda

Anelka-Sturridge


Aku harap Ancelotti akan gune formasi 4-4-2 lawan Preston esok.Bukan ape, nak tengok gandingan Anelka-Sturridge tu camner diorangpunyer feat, jadi ke x .Time lawan Sunderland hari tu, Ancelotti guna formasi 4-3-3.

Cech
Ivanovic-Terry-Carvalho-Ashley Cole
Ballack-Lampard-Beletti
Joe Cole-Anelka-Malouda


Ni la line-up time kita menang besar 7-2 dengan Sunderland minggu lepas.Ancelotti gune formasi 4-3-3, harap die akan gune formasi pilihan aku tu kat atas.Ape salahnya menggunakan pula Sturridge feat dengan Anelka.Kalau tak menjadi formasi 4-4-2 aku tu, change la balik kepada formasi yang Ancelotti gune 4-3-3 tu balik

Robbern Tak Suke Ribery Pindah Ke Real Madrid

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 21, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Isu panas bintang Bayern Munich, Franck Ribery ke Real Madrid semakin menjadi lebih hangat.Isu Ribery yang bakal ke Real musim depan telah mendapat reaksi hebat dari team-matesnya sendiri yang merangkap bekas attacking midfielder kita, Arjen Robben.

Robben berterus terang mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan idea dan isu perpindahan Ribery ke Santiago Bernebeu musim ini atau musim depan.Alasan Robben cukup simple tapi boleh diambil kira iaitu Ribery mungkin akan kehilangan prestasi hebatnya jika memakai dan bermain untuk Real Madrid.
"Itu adalah pilihannya tetapi saya berharap Ribery akan kekal di sini.Di sini (Munich) Ribery
merupakan bintang besar tetapi jika die berada di Santiago Bernbeau, nama dan gelarannya akan lenyap berserta dengan prestasinya kerana di sana terlalu ramai pemain bintang yang lebih besar daripadanya," kata Robben
Betul kata Robben tu.Aku setuju 100% dengan kenyataan Robben tu.Memang tidak ade salah dan silapnya mengenai kenyataan Robben tu.Sebagai bekas pemain Real Madrid, die lebih merasai masam pahit manis di tempat itu.Robben dah tahu mengenai situasi dan keadaan sekeliling yang berlaku pada skuad Real Madrid semasa dia menyarung jersi skuad Los Blancos.Semua bintang besar yang bermain di Real dulu mahupun sekarang tidak menunjukkan aksi dan prestasi yang hebat selepas mereka berpindah ke Real.

CONTOH ?

1) Wesley Sneijder.Dulu sebelum dia bermain kat Real tahun lepas, dia bermain untuk pasukan Ajax.Time die main kat Liga Belanda tu, nama dan prestasinya sangat hebat namun selepas dia berpindah ke Real, aksi hebatnya bersama Ajax dulu langsung tidak membawa aksinya di Real.Main tak sampai 2 tahun, dah pindah ke Inter Milan.

2) Klass-Jan Huntelaar.Bekas pemain Ajax juga sekitar 2005-2009.Huntelaar ni merupakan top scorer Ajax every season.Tapi selepas dia berpindah dan bermain di Real Madrid, dia gagal untuk mencapai aksi terbaiknya di Ajax dan kadang-kadang je score gol kat Real.Sekarang ni ? Dia main kat AC Milan.Dengar ceriter, transfer newsnya dikatkan dengan team sengal.

3) Gabriel Heinze.Bekas pemain MU.Hanya bermain 2 tahun je kat Real Madrid ,pastu kena buang ke Marseille.

4) Rafael Van De Vart.Bekas pemain Hamburg SV(Jerman).Sekarang ni masih lagi bermain di Real Madrid.Tapi banyak pihak mengatakan bahawa dia bakal keluar dari Real Madrid musim ni kerana dengan adanya Ronaldo,Kaka,Arbeloa,Benzema, posisinya nampak tidak berguna lagi kepada Real.Sekarang nipun main tak best mane kat Real, maybe next season dia akan keluar.Dulu time dia main sangat bagus kat Hamburg tetapi nape je tetibe jadi naik gile nak main kat Real.

5) Arjern Robben.Dulu time main untuk chelsea, dia banyak kena boo dengan fans chelsea sebab dia ni selalu je asyik nak main sorang diri je kat atas padang.Maksud aku, dia sentiasa asyik nak bawak bola dan terus shoot ke gol tanpa nak passing kepada team-matesnya.Bermain bersama Chelsea selama 3 tahun dan hanya bermain di Real Madrid hanya 2 tahun lepas tu kena buang ke Bayern Munich.Sebab ape chelsea jual die ke Real ? Sebab dia ni selalu injured.2 X 5 je dengan Torres.

6) Michael Owen...

7) Julio Baptista

SAPE LAGI.SEKARANG NI ?

* Karim Benzema.Punyelah cun dan hebat time dia main kat Lyon hari tu, tetibe je pindah ke Real Madrid musim ni.Tengoklah ape jadi sekarang ni ? Dah la jarang sumbat gol, main entah ape entah la sekarang ni kat Real.Next season, konfem Real jual si Benzema.

* Kaka.Menjadi terkenal dan hebat time bersama AC Milan, tetapi di Real sekarang ini ? Satu je perkataan yang aku boleh cakap mengenai Kaka di Real sekarang ini ? TIDAK MENYERLAH.Patut ko pindah kat Chelsea je kaka.

* Cristiano Ronaldo.Merangkap pemain bola sepak paling mahal di dunia.MU dengan Real same-same je bodoh.MU memang bodoh pegi jual Ronaldo ni kat Real.Sebab tengok la prestasi MU musim ni.Realpun same je bodoh.Bayar sampai 80 juta kat Mu untuk dapatkan mamat ni, pastu mamat ni plak main camtu je kat Real.Main tak sampai 2 bulan kat Real, dahpun injured.Sekarang ni dia ade sedikit konflik dengan presastinya, dia sukar untuk menjaringkan gol di Real.Padan muke ko Ronaldo, pegi pindah kat kelab sihir putih tu wat ape la.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan pemain hebat yang berpindah ke Real Madrid kebanyakan daripada mereka tidak kekal lama kat kelab tu.Paling lama 2/3 tahun beb pastu terus kena buang.Real Madrid merupakan pakar membeli pemain berjenama tapi tak pandai menjana pemain yang berjenama.

Kita Juara EPL Musim Ini : Lampard

Posted by KampungChelsea On Thursday, January 21, 2010 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Lampard tetap optimis dan yakin bahawa Chelsea bakal meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.Walapun terpaksa menghadapi dua ancaman besar musim ini iaitu Manchester United dan Arsenal, namun Chelsea bakal mengulangi kejayaan hebat pada tahun 4 tahun yang lalu iaitu meraih gelaran double 2004/2005 dan 2005/2006.

Menurut Lampard, proses pergantian pengurus di antara Hiddink kepada Ancelotti menjadikan Chelsea lebih kuat dan mempunyai kedudukan baik di dalam liga setakat ini.
"Ancelotti dan Hiddink tidak banyak jauh bezanya.Mereka senang untuk bekerjasama.Ancelotti bagus dalam mengendalikan latihan yang efektif sebelum menjelangnya perlawanan.Kedua-duanya memberi perhatian kepada taktik dan sangat senang untuk bekerjasama dengan mereka.Proses kendalian oleh mereka berjalan dengan lancar.Mereka melakukan perubahan dalam formasi skuad ini sekarang mahupun cara permainan kami.Ape-apepun senang untuk bekerjasama dengan mereka.Apabila semuanya berjalan dengan baik, kam akan menampilkan aksi terbaik seperti sekarang ini," kata Lampard.
Lampard menegaskan bahawa dengan prestasi dan kedudukan skuad Chelsea sekarang, Lampard yakin Chelsea akan kembali menjadi juara EPL musim ini.
" Kami yakin boleh meraih gelaran liga.Kami berada dalam keadaan yang benar-benar atau realiti untuk mendapatkannya.Apabila kami kehilangan prestasi dan kedudukan seperti sekarang ini, kami pasti akan kehilangan semula impian yang kami capai selama ini," ujar Lampard lagi.

Transfer News : Senarai Calon-Calon "MENANTU" Chelsea

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010 15 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kat bawah ni antara senarai calon-calon pemain yang mempunyai kaitan dengan transfer news Chelsea musim ini  atau musim depan.Tetapi sekali lagi aku nak bagitahu bahawa Ancelotti kate yang dia tak akan beli sebarang player baru untuk transfer bulan ni, so pandai-pandailah korang pikir, ok la check it out :

Franck Ribery, antara pemain yang menjadi buruan utama Chelsea sehingga sekarang ini.Bukan sahaja musim ini, Chelsea sudah beberapa kali melamar Ribery ni dan mengajaknya ke Chelsea.Abramovich sudahpun menawarkan tawaran sebanyak 50 juta untuk mendapatkan Ribery ni, namun masih belum ade jawapan dari pihak Bayern Munich.Tetapi Ribery pernah cakap bahawa jika dia mahu berpindah, dia hanya mahu ke Real Madrid sahaja.


Aguero menjadi pemain paling dinanti-nantikan oleh Chelsea musim ini khususnya para peminat chelsea.Banyak news transfer Chelsea musim ini yang mengaitkan Aguero mahu ke Chelsea tetapi kenyataan Aguero dan komitmennya untuk kekal di Atletico menyebabkan fans chelsea sedikit kecewa.Melepas la musim ini, try next season plak erk chelsea.


Kelmarin bace news mengenai Dzeko ni, kelab Wolfsburg mengatakan bahawa kelabnya tidak mudah untuk melepaskan Dzeko dengan harga murah.Dengar khabar, Wolfsburg  mengatakan kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan Dzeko, mereka perlu menawarkan harga melebihi 40 juta.


Semasa di Ancelotti di Milan, Alexandre Pato merupakan pemain muda yang paling disayangi oleh Ancelotti.Ancelotti pernah buat tawaran untuk mendapatkan Pato.Ancelotti ade juga mengajak Pato ke Chelsea, dan Pato pernah cakap yang dia mahu bermain sekali lagi di bawah pimpinan Ancelotti.


Pemain muda Sepanyol yang umurnya 19 tahun ni pernah dikaitkan dengan Chelsea.Namun sekarang ni, aku tak dengar dah news mengenai Canales ni kat Chelsea.


Kemerosotam aksi dan persembahan buruk Liverpool musim ini tidak mustahil mengajak Gerrard dan Torres keluar dari Liverpool dan berpindah ke kelab lain.Gerrad dengar khabar akan berpindah ke Real Madrid musim depan.Tahun lepas, Chelsea pernah menawarkan 80 juta kepada Liverpool untuk mendapatkan Torres.Untuk pengetahuan korang, jika Liverpool gagal layak ke UEFA Champions League musim depan, kemungkinan Torres akan dijual.Hah, mase tu la Chelsea perlu mengorat Torres.


Berita paling terkini mengenai transfer news Chelsea, Ancelotti bersetuju untuk mendapatkan Benzema musim depan.Akhbar England melaporkan bahawa Benzema merupakan pemain yang paling layak untuk menggantikan Drogba pada masa hadapan di Chelsea.Team-mates die, Anelkapun pernah ajak Benzema join Chelsea.

P/S : Pendapat aku, musim ni susah sikit nak dapatkan diorang ni.Dah ler glamer sekarang ni, pastu mahal plak, campur plak dengan kelab diorang yang degil nak lepaskan diorang.Mengikut firasat aku la, chewah...salah satu pemain yang aku sebut kat atas ni, akan join Chelsea next season.Tak percaya ? Korang kena percaya jugak erk...

Injury News : Ape Perkembangan Terbaru Essien ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pasukan Ghana kini menanti keputusan imbasan kecederaan lutut Michael Essien, di mana ketiadaan pemain yang cukup berpengaruh akan menjejaskan kempen mereka.

Essien yang hanya bermain seketika sewaktu pasukannya tewas 3-1 dalam perlawanan pembukaan pasukannya menentang Ivory Coast, tercedera ketika sesi latihan kelmarin dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketiadaannya akan memberi tamparan hebat kepada Ghana yang akan menentang Burkina Faso di Stadium 11 November yang memuatkan 50,000 penonton di ibu negara Angola itu.(SUMBER AKHBAR HARIAN METRO)

Chelsea belum boleh memastikan keadaan Essien tersebut kerana mereka perlu menunggu keputusan daripada pemeriksaa dari pihak medik di Ghana.
"Kami mengetahui kecederaan yang dialami oleh Michael(Essien) dan sudah berbincang mengenai perkara ini dengan skuad kebangsaan Ghana.Kami akan memeriksa secara keseluruhan mengenai Michael minggu ini.Sehingga pada waktu itu, tidak akan ada perkara lain yang akan diberitahu mengenai keadaan sebenar Essien," kata pihak Chelsea yang terlibat dalam perkara ini.      (SUMBER KC)

HOT ARTIKEL : Kita Tidak Lagi Membosankan Seperti Dulu...

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Korang setuju kalau aku cakap bahawa team Chelsea kita sekarang ini tidak lagi membosankan seperti mana pada tahun-tahun yang sebelumnya ? Sekarang ini aku boleh katakan team Chelsea kita merupakan team Chelsea terbaik berbanding Chelsea kita tahun 2008/2009,2007/2008.Ape maksud membosankan tu ? Hah maskud team kite bukan lagi team yang membosankan kerana kita sudah berjaya menghasilkan dan mempamerkan permainan dan aksi yang paling disukai oleh Chelsea.Kalau dulu, ramai yang cakap team Chelsea kita sangat membosankan walaupun berjaya mencatat banyak kemenangan.Nak tahu sebab ape diorang cakap camtu, sebab dulu kita tidak mempamerkan attacking team seperti sekarang ini.Dulu, kalau kita leading sesebuah team dalam 2-0, atau 2-1, kita memutuskan untuk terus bertahan dan keep defending.Tapi tengok la di zaman Ancelotti sekarang ini, especially time kita lawan Liverpool,Arsenal dan terbarunya Sunderland beberapa hari yang lepas, selepas kita scoring 2-0.4-0, kita masih dahagakan lagi untuk scoring goal.Dan kemenangan 7-2 ke atas Sunderland beberapa hari yang lepas merupakan kemenangan paling besar dan kemenangan paling terbaik Chelsea dalam tempoh 5/6 tahun.Kita bukan sahaja scoring sampai 7 kali, tapi kita attacking xhenti-henti selama 90 minit dan bagi aku, itu merupakan team bola sepak yang paling terbaik yang tak pernah aku tengok sebelum ini.Ok, la back to point tadi, why we now is cool and not boring like past ago :

Tahun dan musim ini kita pasti akan mengembalikan era kegemilangan Chelsea 2004/2005 dan 2005/2006 kerana pada masa itu, kita berjaya menjuarai EPL buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.Mungkin musim ini, kita akan kembali meraih kejuaraan EPL seperti mana yang kita raih 4/5 tahun yang lalu, iaitu zaman "The Special One'.Sekarang ini, kita semakin hampir untuk meraih kejuaraan EPL dengan berbekalkan kelebihan sebagai pendahulu liga setakat ini dan mendahului carta liga dengan 4 mata di belakang MU.Kalau tahun lepas dan 2 tahun lepas, masa ini kita sentiasa berada di kedudukan kedua dan ketiga dan tertekan kerana sentiasa berada di belakang MU.Tapi sekarang ini, tidak lagi.Zaman kejatuhan MERAH sudah bermula dan gelora biru menuju puncak.


Masih ingat lagi musim ini(tahun 2009), kita berjaya memalukan sekali lagi team sengal dengan membenam mereka 3-0.Kemenangan hebat di Emirates Stadium bagi aku merupakan kemenangan paling hebat team kita musim ini di gelanggang luar Stamford Bridge.Tahun lepas , kita berjaya membelasah mereka 4-1 di situ juga tetapi musim ini, kita menang tanpa bolos sebarang gol di Emirates Stadium.Untuk pengetahun korang, musim ini kita telah bertemu dengan MU,Arsenal dan Liverpool dan kita merupakan salah satu team big four yang berjaya menewaskan mereka semua musim ini.Tahun lepas ? Kita hanya memenangi 1 sahaja perlawanan menetang mereka(4-1 menang dengan sengal, satu seri dengan MU dan kalah semua )


Beberapa hari yang lepas, kita telah membelasah Sunderland 7-2 dan ramai yang mengatakan bahawa itu merupakan kemenangan terbesar Chelsea sejak 10 tahun yang lalu.Musim ini, kita bukan sahaja mencatat kemenangan tetapi kita berjaya mencatat kemenangan sambil menghasilkan jumlah gol yang banyak dan hebat.Musim ini, kita sudah beberapa kali mencatat kemenangan besar seperti kita menang 4-0 dengan Atletico Madrid,menang 4-0 dengan Bolton di tempat sendiri dan tempat lawan, 4-0 dengan Wolverhampton dan lain-lain.Tahun sebelum ini kita hanya mencatat kemenangan yang membosankan.Bukan itu je, persembahan kita semakin meningkat selepas kita berjaya menjaringkan lebih daripada 2 gol musim ini.


Selepas Mourinho, Ancelotti merupakan salah satu manager Chelsea yang bijak melabur dan membeli pemain baru Chelsea.Musim ini team kita tidak melaburkan wang yang melampau seperti Real Madrid dan ManCity, dan perancangan tersebut membuatkan team kita berjaya menjadi pendahulu liga setakat ini, masih lagi mempunyai 2 lagi harapan trofi yang lain.Dan sekarang ini, team Chelsea sudah berfikir matang iaitu merancang untuk membina skuad muda yang lebih berjaya dan hebat serta menjadi pelapis kepada trio-trio utama Chelsea seperti Drogba,Lampard dan Terry.Antara pemain yang aku boleh nampak die boleh pergi jauh di Chelsea iaitu Fabio Borini,Gael kakuta,Daniel Sturridge,Stoch dan banyak lagi.Dan beberapa pemain muda kita yang telah kita pinjamkan kepada beberapa kelab, antara pemain tersebut ialah Di Santo,Mancienne,Scott Sinclair dan ramai lagi.Ancelotti sekarang ini tidak lagi menggunakan taktik dan perancangan yang dilakukan oleh beberapa bekas manager Chelsea dulu yang lebih gemar membeli pemain mahal yang veteran daripada menjana pemain muda.

Fakta lain kenapa dan mengapa kita tidak lagi membosankan seperti dulu dan kita semakin bertambah kuat musim ini :

-Di bawah Ancelotti sekarang ini, Chelsea merupakan salah satu pasukan yang mempunyai defend yang paling terbaik dalam epl dan berjaya mengatasi Aston Villa dan Arsenal.

-Kita berjaya mencatat 52 gol dari jumlah 21 perlawanan di dalam liga.Team kita menjaringkan setiap gol dalam setiap perlawanan pada musim ini kecuali ketika menetang Birmingham sahaja.

-Dan yang paling mengejutkan dan mengujakan ialah kita berjaya membelasah Watford 5-0 dan Sunderland 7-2 tanpa trio utama seperti Drogba,Kalou,Essien dan Mikel yang beraksi untuk Piala Afrika sekarang ini.

-Anelka menjadi pemain paling berkualiti dalam skuad Chelsea sekarang ini selain daripada Drogba dan Essien.Kalau dulu especially time zaman Grant dan Scolari, nama dan prestasi Anelka tidak segah dan sehebat sekarang ini.Begitu juga dengan Ivanovic, suatu ketika dahulu pada era Grant di Chelsea, Ivanovic hanya menjadi kambing hitam dan tidak sehebat dan sekental seperti sekarang ini.

-Malouda mengaku bahawa musim ini merupakan musim yang paling disukai olehnya kerana dia berjaya bermain dan bergerak dengan bebas serta bermain di posisi yang disukainya.Begitu juga dengan Anelka.

P/S : Satu lagi lupe nak cakap, musim ini hanya team kita dan Mancity yang berjaya mencatat rekod tanpa kalah di tempat sendiri di England.MU ? kalah 3 kali dah kat Old Traford.Arsenal ? kalah sekali.Liverpool ? haha takyah nak cakap la,banyak giler.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png