Preview Match Malam Ini : Jaguh Kampung Atau Jaguh Bandar ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 31, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Malam ini pukul 10.55 malam chelsea memulakan sepak bola menetang Bolton di Reebok Stadium.Tapi yang menjadi persoalannya ialah adakah chelsea akan beraksi hebat seperti yang dilakukan oleh mereka di Stamford Bridge sebelum ini ? Sama-sama kita tunggu malam ini.

Chelsea sememamngnya jaguh kampung pada musim ini kerana berjaya dengan megahnya dengan mencatat 9 kemenangan dari 9 perlawanan di Stamford Brdge musim ini.Selain daripada itu juga, Chelsea tidak membolosi sebarang gol di Stamford Bridge.Hanya 2 kekalahan sahaja musim ini di tempat lawan menyaksikan meraka tidak dapat meraih anugerah jaguh bandar musim ini di dalam liga.3 perlawanan dengan 13 gol sebelum ini cukup menjadikan chelsea sebagai team jaguh kampung dan malam ini jika chelsea menang besar lagi terutama sekali di tempat bolton malam ini, mungkin mereka juga akan digelar sebagai jaguh bandar juga,hehe.

Setakat ini berita perkembangan kecederaan pemain chelsea sangat baik kerana hanya sorang sahaja yang masih tidak boleh beraksi kerana kecederaan iaiu John Obi Mikel.Alex,Joe Cole,Paulo Ferreira dan seumpama dengannya sudah sembuh daripada kecederaan dan boleh beraksi bila-bila sahaja malam ini.Musim lepas kita menang 2-0 ke atas Bolton di Reebok stadium dan mungkin musim ini menjadi lebih berbeza kerana Bolton dikatakan menjadi team yang sudah tidak kenal erti kekalahan lebi-lebih lagi di tempat mereka sendiri.Jadi, kita harus berwaspada dengan ancaman mereka malam ini.

Barisan kemungkinan malam ini : Cech,Ashley Cole,Terry,Carvalho,Bosingwa(defend) Essien,Ballack,Lampard(midfield) Joe Cole/Malouda(midfield attacking) dan Drogba,Anelka(striker)

Aguero Ke Chelsea 2010 ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 31, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jose Segui, agen Sergio Aguero mengatakan bahawa dia tidak dapat menjawab isu Aguero berpindah ke Stamford Bridge, pada Januari 2010.

"Sergio Ke Chelsea.Saya sukar untuk menjelaskannya.Saya merasakan bahawa tiada perbincangan chelsea dengan Atletico Madrid mengenai hal ini setakat ini," kata Segui.

Khabar angin di Sepanyol mengatakan bahawa Chelsea akan menawarkan kontrak lumayan untuk mendapatkan Aguero.Selain itu, kelab Atletico ini dikatakan mengalami kesimpitan kewangan disebabkan hutang yang belum dilangsaikan.

P/S : Haha 90% boleh aku katakan memang konfem Chelsea xakan beli Aguero.Pasal ? ye la kan FIFA dah larang Chelsea beli sebarang pemain sehingga 2011.Dan satu lagi, Atletico mujur nak jual si Aguero tu.Aguero tu anak emas kelab tu,jual berapapun tetap diorang takkan jual,hehe(Baik beli david villa,hehe)

Siapa Pemain Terbaik Dunia 2009 ?

Posted by KampungChelsea On Friday, October 30, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anugerah FIFA WORLD PLAYER 2009 akan berlangsung di Zurich,Switzerland pada 21 Disember ini(Hehe tarikh aku exam STPM,hahaha).Tahu x ? 5 player kita masuk carta pencalonan Fifa world best player 2009 ni.Nak tahu sape ? tengok kat bawah ni...

1)Michael Ballack
2)Didier Drogba
3)Michael Essien
4)Frank Lampard
5)John Terry


P/S : Tetapi jangan terlalu mengharap sangat player kita boleh menang.FIFA konfem akan pilih Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo tu yang menang award ni.Tapi aku tak kisah sangat pasal sekarang ni pun aku dah bangga dan 5 player chelsea kita termasuk dalam pencalonan pemain terbaik dunia tahun ni.Yang lucunya, takder sorangpun player sengal yang masuk pencalonan ni,haha punyer la bengap dan bodoh punyer player.MU sorang je,haha si rooney tu je.

Video Gol : Chelsea 4 Bolton 0 (Carling Cup)

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 29, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


P/S : Aku suke gol ketiga pasal korang tengok hantaran Joe Cole kepada Deco,fuh lawa siot passing Joe Cole...

Unstoppable & Genius

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 29, 2009 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
3 perlawanan dengan 13 gol kita dapat menjaringkan di Stamford Bridge.Begitulah yang berlaku pagi tadi apabila kita sekali lagi menang besar 4-0 ke atas Bolton dalam saingan pusingan keempat piala Carling cup.Tidak dapat dinafikan musim ini kita terlalu gagah di tempat sendiri dan sukar dikalahkan,dan kita selepas ini pastinya sekali lagi akan digelar di Stamford Bridge sebagai "Unstoppable & Genius" untuk musim ini.Jaringan oleh Kalou,Malouda,Deco dan Drogba bukan sahaja memberikan kita kemenangan besar tetapi melayakkan kita ke suku akhir piala carling musim ini.Tahniah Chelsea!!!

Statistik Match : Chelsea (4-3-3): Hilario 6 (Turnbull 23); Belletti 6, Ivanovic 6, Alex 7, Ferreira 6; Ballack 6, Deco 7, Malouda 7; Kalou 8 (Essien 46, 6), Sturridge 6 (Drogba 62, 7), J Cole 9.
Subs not used: Lampard, Matic, Bruma, Borini

CHELSEA 4 (Kalou 15, Malouda 26, Deco 67, Drogba 90) BOLTON 0

P/S : Harap match sabtu ni lawan Bolton kat tempat diorang, kita akan menang macam ni jugak...

Carling Cup Preview : Chelsea Lawan Bolton

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 28, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pagi esok bermulalah saingan Carling Cup pusingan keempat di antara Chelsea menetang Bolton di Stamford Bridge.Seperti yang diketahui, astro seperti biasa tidak akan menyiarkan match ni kerana mungkin match seperti liverpool menetang Arsenal mungkin match yang lebih menarik.Tetapi jangan risau kerana masih ade siaran ulangan pada pukul 5.30 pagi di Channel 811 pagi esok.

Berbekalkan rekod gagah Chelsea di Stamford Bridge musim ni, mungkin match menetang Bolton pagi esok tidaklah begitu menyukarkan tetapi harus berwaspada team seperti Bolton mampu memalukan team kita pagi esok jika kita terlalu konfiden dengan kemenangan.Musim lepas kita telah disingkirkan oleh Burnley di Stamford Bridge dalam kejohanan ini namun harapan aku ialah musim ni kita dapat mengekalkan rekod kemenangan di Stamford Bridge dan memenangi Carling Cup musim ini.Alex dan Zhirkov seperti biasa tidak akan bermain match ini disebabkan kecederaan yang dialami oleh mereka.Namun Fabio Borini, pemain production muda kita yang akan bermain di barisan tengah dibantu oleh Lampard,Ballack dan Essien.Mungkin striker match ni Ancelotti akan menurunka Salomon Kalou atau Sturridge dan merehatkan Anelka dan Drogba bagi menghadapi saingan EPL sabtu ini menetang Bolton juga di Reebok Stadium.

P/S : Jangkaan aku dalam match ni Chelsea mungkin menang 2-0 atau 3-1.Kalou 90% mungkin akan score dalam match ini jika dia bermain dalam match ini.

Super 5 Goal In Stamford Bridge !!!

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 25, 2009 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Percaya atau tidak, 5-0.Itulah hakikatnya yang berlaku di Stamford Bridge malam tadi apabila Chelsea menang besar 5-0 ke atas Blackburn.Kemenangan kedua terbesar yang dicatatkan oleh Chelsea di bawah bimbingan Ancelotti untuk membawa Chelsea ke puncak liga sekarang ini.Dan aku boleh mengatakan bahawa match semalam merupakan match paling terbaik musim ini yang dipamerkan oleh Chelsea.Kuat,mantap,cekap,cool dan power yang ada pada persembahan dan pemain Chelsea malam tadi dalam meraikan pesta terbesar musim ni ke atas Blackburn.

2 gol oleh Lampard,1 gol Essien,1 gol Drogba dan 1 gol sendiri oleh player Blackburn semalam cukup memberikan kemenangan terbesar Chelsea dalam liga setakat ini pada musim ini.Tapi dalam banyak-banyak gol semalam yang dihasilkan, gol paling terbaik pastinya dimenangi oleh Essien.Gol paling cantik malam itu disempurnakan oleh Essien yang merembat deras dari jarak 35 meter untuk mengalahkan Robinson.Lampard kembali dalam prestasi terbaiknya musim ini dengan menjaringkan 2 gol iaitu pada minit ke 48 dan 58 menerusi sepakan bebas dan sepakan penalti.Drogba juga termasuk dalam senarai penjaring gol malam tadi menerusi tandukan hasil daripada sepakan sudut oleh Michael Ballack.


Pastinya malam tadi ramai peminat Chelsea tertarik dengan gaya dan permainan terbaik yang ditunjukkan oleh Joe Cole.Dengan skill hebatnya malam tadi, Cole mendapat sambutan dan terpukan yang gemuruh oleh para peminat Chelsea.Aku suke bab dia buat skill yang macam Cristiano Ronaldo tu buat,haha cool beb.


Preview Post Match : Chelsea Lawan Blackburn

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 24, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekalahan kepada Aston Villa 2-1 minggu lepas di Villa Park berjaya dipadamkan dengan bergaya apabila Chelsea menang 4-0 dengan Atletico Madrid hari khamis pagi yang lalu.Menjelang menetang Blackburn malam ini, misi utama Chelsea seperti biasa memburu kemenangan,mengutip 3 mata penuh dan seterusnya membawa Chelsea mendahului carta liga.Jika menang, Chelsea mungkin mengambil takhta liga dari Manchester United buat sementara waktu dengan United yang akan menetang Liverpool dalam Big Four Match malam esok.

Dengan berbekalkan rekod hebat musim ni Chelsea di gelanggang sendiri dengan tanpa kalah, Chelsea akan turun beraksi malam ni tanpa Bosingwa dan Zhirkov.Dengan kecederaan oleh Alex dan John Obi Mikel, Salomon Kalou mungkin akan turut serta dalam membantu jentera serangan yang diketuai oleh Drogba dan Anelka.Hahaha lucunya malam ni pemain Blackburn, Franco Di Santo tidak akan diturunkan.Sebab ? haha korang pikirlah sendiri ya sebab ape(hehe...aku dah tahu dah sebab ape,haha).Sebagai gantinya, Uncle Sam itu menggantikan Jason Roberts.

2 In 1 : Ayah Ancelotti Sakit & Deco Tolak Tawaran Inter

Posted by KampungChelsea On Friday, October 23, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ancelotti tidak meraikan penuh gembira dengan kemenangan hebat chelsea 4-0 ke atas Atletico Madrid 2 hari yang lalu.Khabarnya dia perlu kembali semula ke Itali untuk melihat dan menziarahi ayahnya yang sedang sakit tenat.

Mungkin hari sabtu ini menetang Blackburn di Stamford Bridge, Ancelotti mungkin tidak akan bersama dengan skuad chelsea.Harap ayah Ancelotti cepat sembuh.

Pengurus Inter Milan dan juga merangkap bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho menyatakan minatnya untuk mendapat Deco sebagai pemain perancangnya di Inter.Namun ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Deco untuk menerimanya kerana Deco dengan selambanya menolak tawaran Inter dengan mengatakan....

" Saya berbincang dengan Ancelotti pada awal musim.Dan dia mahu saya untuk kekal di sini.Perbincangan saya itu sangat penting kerana ia memberikan satu dasar kepercayaan saya dengan pengurus kelab.Sekarang ini saya bermain baik dan gembira kekal di Chelsea." kata Deco.

Komen Terry Mengenai Kekalahan Liverpool

Posted by KampungChelsea On Friday, October 23, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
" Saya tak beberapa yakin.Tetapi bila Gerrard dan Torres cedera, permainan Liverpool sangat teruk.Kami lebih bernasib baik di Chelsea.Sejak kedatangan Abramovich, kami memiliki skuad yang hebat dan besar.Tengok la, Kalou dapat menjaringkan 2 gol ketika menetang Atletico walaupun ketiadaan Drogba," kata Terry.

" Ramai pihak yang mengatakan bahawa kami pasti akan mengalami kesukaran jika ketiadaan Drogba.Tetapi hal tersebut tidak benar.Sebaliknya, jika Torres tidak berada dalam skuad mereka, siapa yang akan menggantikannya ? dan siapa yang mampu mengisi posisinya dengan baik ? sukar untuk mencari penggantinya."

P/S : Aku setuju sangat dengan kenyataan Terry ni.Ye la, Liverpool memang teruk kalau takder Gerrad dan Torres.Tapi yang peliknya cam skuad kita kalau takder Drogba, boleh hidup beb.Tak macam Liverfool, skuad Chelsea takder masalah kalau Drogba takder dalam skuad untuk beberapa match sebab kita ada banyak player2 yang sesuai untuk mengambil posisi Drogba.Kalou dan Sturridge kan ade.Camner la diorang nak lawan budak2 setan ni takder Gerrad dan Torres ? adoi...hehe

Video Highlights : CHELSEA 4 Atletico Madrid 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 22, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Parti Besar Di Stamford Bridge Pagi Tadi !!!

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 22, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
4-0.Sesuatu keputusan yang patut kita raikan dengan bangga dan kita juga boleh memadam memori kekalahan kepada Villa minggu lepas.Pagi tadi, Chelsea berjaya berparti sakan apabila membelasah Atletico Madrid 4-0. 2 gol jaringan Salomon Kalou, 1 gol jaringan yang dinanti-nantikan oleh fans Chelsea iaitu Frank Lampard dan 1 gol lagi hasil dari "hadiah saguhati" oleh player Atletico madrid pada lewat permainan.


Dengan ketiadaan Drogba di bahagian serangan pagi tadi, Chelsea tidak mempunyai sebarang masalah kerana Salomon Kalou yang telah mengambil posisi Drogba pagi tadi berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang di bahagian serangan dengan menjaringkan 2 gol.Jaringan pertama kalou pada minit ke 41 apabila Lampard berjaya menghanyat bola kepada Ashley Cole dan seterusnya disudahi oleh Kalou.Dan selepas rehat pula pada minit ke 52, Kalou sekali lagi menjaringkan gol apabila berjaya menanduk masuk melalui sepakan sudut yang dihasilkan oleh Frank Lampard.


Dan gol paling dinanti-nantikan oleh fans Chelsea menjelma pada minit ke 69 apabila Frank Lampard berjaya menjaringkan gol pertamanya sejak bulan ogos yang lalu.Lampard merembat terus ke gawang Atletico madrid melalui umpanan oleh Essien.Ancelotti menyifatkan kemenangan Chelsea pagi tadi keseluruhannya dihasilkan oleh Lampard.Gol terakhir Chelsea terhasil pada lewat permainan melalui jaringan sendiri oleh pemain Atletico, Luis Perea hasil daripada sepakan percuma oleh Florent Malouda.Dengan kemenangan ini, Chelsea masih lagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan D dengan 9 mata penuh hasil daripada 3 perlawanan dan hanya memerlukan 2 mata sahaja lagi untuk layak ke pusingan kalah mati.Tahniah Chelsea !!!

P/S : Joe cole masih lagi belum membuat penampilan sepenuhnya lagi dan lebih mengecewakan lagi dalam match ni, Ancelotti masih lagi tidak menurunkan Joe Cole.Yuri Zhirkov sempat membuat debut pertamanya untuk chelsea dalam kempen UEFA CL ni...


Preview Pagi Esok : CHELSEA Lawan Athelitico Madrid

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 21, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Perlawanan ketiga Chelsea dalam liga juara-juara Eropah musim ini pastinya menjanjikan satu pertarungan yang menarik kerana kita akan melayan kunjungan gergasi Sepanyol, Athletico Madrid pagi esok jam 2.30 pagi.Dengan kekalahan yang boleh dikatakan agak mengejut kepada Aston Villa minggu ini, pastinya Ancelotti mengharapkan kemenangan yang besar dalam match pagi esok pagi untuk cover kekalahan kepada Aston Villa.

Namun begitu, kita jangan mudah berasa gembira apabila match esok berlangsung di Stamford Bridge kerana team A.Madrid tidak boleh dipandang remeh.Tengok la semalam Liverpool dan Barcelona kalah mengejut kepada lawan masing2 di tempat sendiri.Jadi aku berharap kita sama-sama mendoakan kemenangan untuk Chelsea malam ini.

Chelsea yang sekarang ini mengungguli carta kumpulan D dengan 6 mata penuh dengan 2 kemenangan pastinya mencari kemenangan ketiga dalam kejohanan liga juara2 eropah musim ini.Dan Athletico Madrid yang hanya berkongsi 1 mata dengan APOEL selepas kedua-dua pasukan itu mengalami satu kekalahan dan satu seri.Dengan ketiadaan Drogba di barisan serangan pagi esok pastinya Ancelotti mengharapkan sentuhan Anelka yang beraksi cemerlang dalam kempen liga musm ini dengan 2 gol daripada 2 perlawanan.Namun yang menjadi persoalan aku ialah adakah Nicolas Anelka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan olehnya jika Drogba masih tidak beraksi dalam kempen liga juara2 eropah musim dengan baik ?

Di bahagian tengah yang mengecewakan aku ialah Frank Lampard.Walaupun musim kali ini baru berjalan dengan lancar oleh Chelsea namun aku masih tidak melihat sentuhan hebat yang dihasilkan oleh Lampard yang sebelum ini dia pernah hasilkan kehebatannya itu pada tahun lepas.Harap Ballack dapat bermain malam ini di samping perancang kreatif, iaitu Deco begitu juga dengan midfielder defensive iaitu Essien.Di bahagian serangan Malouda atau Kalou akan memainkan peranan mereka dalam menghasilkan serangan yang terbaik dan Anelka yang ditugaskan pagi esok untuk menjaringkan lebih banyak gol menetang Athletico pagi esok.Kemunculan Joe Cole dan Yuri Zhirkov amat aku nanti-nantikan, tapi adakah Ancelotti akan menurunkan mereka pagi esok ? sama-sama kita lihat dan tunggu.

Ancelotti Bagi Tugas Kepada Joe Cole

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 20, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Joe Cole yang sudah lama tidak bermain dan bersama dengan Chelsea sejak Januari lalu kerana mendapat kecederaan lutut.Dan sekarang ini, Joe Cole sudah kembali cergas dan baik dan bersedia untuk terus beraksi membantu Chelsea.Carlo Ancelotti sudah bersedia untuk memberikan tugas penting kepada Joe Cole.

" Posisi atau tugas Cole adalah bermain di belakang dua penyerang iaitu di belakang Drogba dan Anelka, dan akan bertindak sebagai pemain tengah menyerang.

" Dia mempunyai kualiti yang baik dalam posisi ini kerana dia bagus dalam membawa dan menggelecek bola dengan baik dan memiliki hantaran yang bagus.Jadi saya berasa posisi itu adalah terbaik untuknya," kata Ancelotti.

Ancelotti berharap Joe Cole akan memperbaharui kontraknya bersama Chelsea.Menurut Ancelotti lagi, Cole akan termasuk dalam senarai skuad yang dirancang olehnya di Chelsea pada masa akan datang.

Komen Ancelotti Mengenai Kekalahan Chelsea

Posted by KampungChelsea On Monday, October 19, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Kami bermain baik tapi semua tidak akan berguna kalau kami tidak bertahan dengan baik. Villa bermain lebih baik dalam memanfaatkan bola-bola mati, kami harus lebih berkonsentrasi saat bertahan."

" Kami kalah kerana gagal menganalisis serangan dari bola-bola tinggi.Kami perlu lebih fokus mengenai situasi ini.Kami bermain baik tetapi semua tidak akan bermakna dika kami tidak bertahan dengan baik.Villa bermain lebih baik dalam memanfaatkanbola-bola tinggi, kami perlu lebih menumpukan perhatian dan fokus ke arah barisan pertahanan selepas ini," kata Ancelotti.

Video Highlights : Aston Villa 2 CHELSEA 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 18, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


P/S : Sori ler Raiden,aku amik video ni kat blog ko,hehe...Pas aku tengok kat blog ko,aku terus copy embed code n aku paste kat blog aku ni...Kat Youtube, xder la video match semalam.

Tragedi "Sakit Hati" Di Villa Park...

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 17, 2009 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Episod duka Chelsea kembali lagi berulang selepas menerima kekalahan kedua musim ini dalam liga kepada Aston Villa 2-1.Aku taknak cakap banyak,cuma korang bace je ulasan aku kat bawah ni :

-Hanya Drogba sahaja yang memainkan peranan penting dalam match ini, tetapi yang lain hampeh.Drogba bukan sahaja menjaringkan gol hebat dalam match ni tetapi dia juga membantu dalam memberi hantaran kemas kepada rakan2nya.Lampard ? mengecewakan...

-Tahap dan kualiti defend yang agak teruk.Aku tak boleh blah bila dua gol budak2 villa sial tu berpunca dari sepakan sudut campur plak dengan high ball n disertakan dengan beberapa player kita yang ambik sambil lewa je sepakan corner budak2 villa ni menyebabkan bolosnya defend chelsea yang sangat hampeh dalam match ni.Cech ? biase je,patutnya Hilario yang ambik posisi ni...

-Aku tidak menyalahkan Ancelotti dalam match ni pasal taktik Ancelotti sangat bagus.Ancelotti meletakkan Malouda di bahagian tengah menyerang, dan Deco mengambil posisi yang ditinggalkan oleh Ballack.Bosingwa ? terlampau konfiden bawa bola...di manakah kau Alex ?

-Brad Friedel bukanlah lelaki yang menjadi hero dalam match ni.Dia cume menyelamatkan beberapa peluang mentah oleh player2 Chelsea.Anelka-Deco-Malouda tidak pandai menendang bola dalam match ni.Ketiga2 plyer ni menendang bola di kawasan yang semua golkeeper boleh menyelamatkan bola.Tak Caye ? tengok balik highlights match ni balik...chelsea patut score lebih daripada 3 gol dalam match ni.Patutnya Kalou-Ballack-Zhirkov yang shoot mase match ni.

-Joe Cole menjadi pemain gantian dalam match ni, dan aku mintak maaf jika kenyataan aku ni melukakan peminat Joe Cole...Joe cole tidak langsung bermain bola dalam match ni.Patutnya dia hanya duduk di bangku simpanan selama 90 minit je.Aku langsung tak nampak dia pegang bola(aku mintak maaf sekali lagi kalau aku tersalah)....Kalah 2-1 ? Aston Villa hanyalah bernasib baik sahaja,chelsea mendapat banyak peluang dalam match ni sedangkan budak2 villa ni hanya sedikit sahaja.Advantagenyer sebab diorang main kat gelanggang diorang,nak watcamner...

Preview MATCH MALAM INI: Aston Villa Vs Chelsea

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 17, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tepat pukul 7.40 malam ni menyaksikan satu perlawanan yang sangat menarik dalam EPL minggu ini di antara Aston Villa menetang Chelsea.Hampir 2 minggu kita berasa sunyi tanpa EPL disebabkan oleh "gangguan" perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung tahun depan.

Lawatan ke Villa Park malam ni oleh Chelsea pastinya menjanjikan sesuatu pertembungan yang menarik dan menyukarkan Chelsea.Team Aston Villa merupakan salah satu team yang paling sukar dikalahkan lebih-lebih lagi di gelanggang mereka sendiri.Dengan dibarisi pemain yang hampir sehebat barisan Chelsea, Aston Villa mempunyai rekod yang hebat musim ini apabila mereka mengejutkan Liverpool 3-1 di Anfield.

Barisan terbaik pastinya diturunkan malam ini.Aku berharap gandingan Anelka-Drogba dapat diturunkan malam ini untuk mengempurkan benteng Villa, dan di bahagian tengah pula aku mengharapkan Lampard,Essien,Mikel/Deco,Malouda(midfield striker) beraksi...Harap Lampard dapat memberikan yang terbaik malam ini kerana dia sudah lama tak score beb...mungkin malam ni menetang Villa akan mengakhiri badi kemarau gol dia yang agak lama sudah tidak menjaringkan gol sejak Chelsea menang 3-1 ke atas Sunderland.Seperti yang diketahui Michael Ballack tidak dapat beraksi kerana kecederaan di bahagian lutut yang dialami olehnya semasa Jerman menetang Russia.Yang lucunya korang nak tahu sape yang tackle lutut n kakinya mase Jerman lawan Russia hari tu...hehehe Yuri Zhirkov...hahaha

Jangkaan aku malam ini Chelsea akan sentiasa menang tapi dengan cara yang agak sukarlah.Ye la kita beraksi di gelanggang Villa yang dipenuhi oleh penonton2 Villa yang mungkin akan menggunakan kelebihan mereka di tempat mereka dengan suara2 busuk diorang itu untuk mencemuh barisan kita malam ni.1-0 atau 2-1...itu prediction aku malam ni.

P/S : Remember this ? haha musim lepas Chelsea menang 1-0 kat Villa Park.Anelka score weh.Hehehe harap malam ni Chelsea score lebih lagi dari musim lepas kat Villa Park.Erm tapi bile tengok match ni "rindu" plak dengan Hiddink,haha....

"Diver" Drogba ?

Posted by KampungChelsea On Friday, October 16, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drogba membantah dan menafikan bahawa dirinya sebagai seorang pemain yang selalu melakukan diving.Drogba berasa bosan dengan ejekan yang dilemparkan oleh penonton lawan kepadanya ketika dia jatuh di atas padang ketika perlawanan.

Tuduhan bahawa dia suka membuat diving dilemparkan oleh peminat Liverpool kepada Drogba semasa Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool dua minggu yang lalu.

"Saya fikir peminat kami(Chelsea) menghargai apa yang telah saya lakukan kepada kelab ini dan itu memang perkara yang penting.Saya selalu bekerja keras untuk pasukan kami.Peminat kelab lain ? Ya, sudah tentu menjadi kebiasaan mereka untuk membenci pemain lawan.Jadi saya tidak mempunyai masalah jika mereka mencemuh saya," kata Drogba.

P/S : Aku rase Drogba bukan sengaja membuat "jatuh" di atas padang.Mungkin sebab caranya,gayanya dan mungkin disebabkan pihak lawan yang terlalu mengasaknya menyebabkan dia menjatuhkan dirinya secara sengaja atau tidak sengaja.Drogba bukanlah seperti Eduardo sengal tu yang sengaja menjatuhkan diri di kotak penalti semata-mata untuk mendapatkan penalti.Drogba tidak pernah berpura-pura jatuh di depan kotak penalti.Drogba hebat jadi ramailah orang yang tidak suka kepadanya dan mencemuhnya di atas padang.

Galeri/Foto : England Juara Group 6 & Croatia Gagal.!

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 15, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
England memang dahpun layak ke World Cup 2010 di Afrika,n pagi tadi menang 3-0 dengan Belarus.Dengan kemenangan ini England juara kumpulan 6.

Ape dah berlaku ? Ukraine ke Play-Off dan Croatia gagal ke World Cup tahun depan.Hahaha, giliran Croatia plak gagal ke Piala Dunia tahun depan.Kalau Euro 2008, England gagal n kali ni Croatia plak gagal ke World Cup.Kesian...kesian...

Generasi Emas ? : Lampard (BERITA HARIAN)

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 14, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: Frank Lampard mengakui barisan bintang bola sepak England gagal untuk menepati jolokan 'generasi emas' tatkala skuad bimbang jurulatih berbangsa Itali Fabio Capello melengkapkan kempen kelayakan Piala Dunia menentang Belarus, hari ini.

Ketika Lampard, John Terry, Steven Gerrard, Ashley Cole, Rio Ferdinand dan David Beckham menempatkan diri dalam pasukan England dalam setahun atau dua tahun antara satu sama lain, kemunculan begitu ramai pemain muda berbakat membuatkan Adam Crozier, Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) ketika itu, untuk melabelkan mereka generasi emas.

Tetapi Lampard mendakwa jolokan itu terbukti satu bebanan kepada pemain tatkala mereka cuba untuk memenuhi kepercayaan yang diletakkan ke atas mereka.
Kekalahan di suku akhir Piala Dunia 2002, Euro 2004 dan Piala Dunia 2006, memberi gambaran bahawa England jauh sekali daripada generasi gangsa apa lagi generasi emas.

Kini, barisan bintang itu dalam atau menghampiri usia 30-an dan pemain tengah Chelsea, Lampard tahu peluang terakhir mereka untuk menjadikan label itu lebih bernilai akan hadir di Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun depan.

"Ia boleh memberikan kebaikan menerusi tekanan ke atas pasukan dan individu tetapi apabila orang bercakap mengenai generasi emas, ia adalah jolokan yang menanti untuk gagal," kata Lampard. "Kami hanya turun ke padang dan bermain tetapi ia sentiasa menjadi sebutan. Sememangnya ia agak malang.

"Adam Crozier menyebutnya, orang ramai mengikutinya tetapi kami tidak menyusuli. Apabila anda bercakap mengenai generasi emas, bercakaplah mengenai 1966 apabila England memenangi Piala Dunia.

"Ia dinyatakan terlalu awal. Generasi emas sepatutnya disebut sebaik anda memenangi sesuatu. Apabila kami memenangi sesuatu, maka kemudian kita boleh berbicara mengenai generasi emas."

Selepas melayakkan diri ke pusingan akhir berbekalkan lapan kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan Enam di bawah kepimpinan Capello, England tampak lebih mantap untuk meninggalkan kesan lebih mendalam dalam Piala Dunia berbanding percubaan sebelumnya.

Malah kekalahan 1-0 menentang Ukraine, Sabtu lalu, yang menamatkan rekod cemerlang England dalam pusingan kelayakan, tidak dapat menggugat kekentalan pasukan itu

Alex & Kalou Kekal Di Chelsea Sehingga 2012

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 13, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Alex bersama dengan Salomon kalou baru sahaja telah menandatangani kontrak berpanjangan selama tiga tahun.John Terry,Ashley Cole dan Didier Drogba terlebih dahulu menandatangani kontrak mereka sebelum ini dan menegaskan komitmennya di Chelsea.

Langkah memperbaharui kontrak oleh Alex bersama dengan rakan-rakannya itu menguntungkan pihak pengurusan Chelsea yang mengalami penggantungan tidak boleh membeli pemain sehingga 2011.

Sekarang ini, Alex boleh fokus kepada Chelsea dalam bahagian pertahanan walaupun tahun depan Alex akan menyertai skuad Brazil di Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika.

Injury News : Ballack Cedera...

Posted by KampungChelsea On Monday, October 12, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kapten Jerman merangkap pemain tengah kita, Michael Ballack telah mendapat kecederaan di bahagian lutut nya itu ketika Jerman menang 1-0 ke atas Russia dan pastinya dia akan direhatkan ketika Jerman akan berhadapan dengan Finland hujung minggu ini.

Ballack telah mendapat kecederaan di bahagian lututnya itu di separuh masa pertama jerman menetang Russia beberapa hari yang lepas.Walaupun bermain sehingga 90 minit, pastinya berita mengenai kecederaan Ballack ni merisaukan Chelsea.

Chelsea akan melawat ke Villa Park hujung minggu ini menetang Aston Villa dan Ballack kemungkinan besar tidak akan bermain.

Dengar2 ceriter Ballack sempat mengatakan yang dia akan bersara dari skuad kebangsaannya selepas musim panas nanti supaya kariernya di Chelsea tidak terganggu.

Ukraine 1 England 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 11, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
P/S : Malas cakap banyak...team England kalah dalam match ni...so kepada fans england, jangan bersedih kerana walaupun kalah,england dahpun mara ke World Cup tahun depan.

10 Pemain Paling Mahal Di England 2009/2010

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 10, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kat bawah ni antara list pemain yang mendapat gaji paling mahal di England.Hehehe 4 orang pemain Chelsea yang masuk list ni,hehe bagus..

1-David Beckham
2-Michael Owen
3-Wayne Rooney
4-Rio Ferdinand
5-Ryan Giggs
6-Michael Ballack
7-Frank Lampard
8-Steven Gerrard
9-John Terry
10-Didier Drogba


P/S : Hahaha liverpool sorang je wakil dalam list ni,haha klakar tul..yang lebih teruk lagi arsenal...langusng takder wakil...bapak punyer miskin..dah ler miskin,main xbest..campur plak team yang dah lame tak boleh trofi...haha kesian ko sengal..

|

Cuti Seminggu...

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 10, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bukan aku amik atau aku cuti seminggu,tapi EPL dah pun cuti seminggu.Ye lar,kan minggu ni sibuk dengan minggu match International khususnya Qualifier World Cup 2010 tu...Boring la kalau xder game epl minggu ni....tapi jom layan jap video kat bawah ni...


Semuanya Salah Mourinho.! : Shevchenko

Posted by KampungChelsea On Friday, October 09, 2009 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nampaknya kisah Shevchenko di Chelsea masih lagi belum menemui episod terakhirnya.Kali ini penyerang Dynamo Kiev ini menyalahkan Jose Mourinho sebagai perosak kariernya di Chelsea.Pulak dah.

Karier Shevchenko tidak pernah berjalan dengan lancar sejak dia bermain di Chelsea dan musim ini Sheva kembali ke Kiev iaitu tempat asal kelahirannya.

"Karier saya merosot di Chelsea disebabkan oleh Mourinho.Dia pengurus yang hebat tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hal para pemain."Bagaimanapun, saya tidak mempunyai prasangka yang buruk kepadanya.Sekarang ini saya bermain untuk Dynamo dan saya mahu membuktikan bahawa diri saya masih lagi berguna," kata Shevchenko.

P/S : Untuk pengetahuan korang semua, Shevchenko dibeli dan dibawa ke Chelsea masa itu semuanya disebabkan oleh Abramovich.Dengar ceriter Mourinho tidak ingin membeli Shevchenko pada masa itu tetapi disebabkan oleh saranan dan keinginan Abramovich yang ingin melihat Shevchenko bermain di Chelsea.Erm, patutpun time mourinho bimbing chelsea hari tu, shevcehnko mane main banyak sangat,asyik2 duk kat bangku seimpanan je dan patutpun Abramovich bergaduh dengan Mourinhopun,ada kes yang melibatkan Shevchenko ni gak,erm...lala

Luahan Hati Shevchenko...

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 08, 2009 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Andriy Shevchenko sempat mengatakan bahawa persaingan dalam Liga Perdana Inggeris sangat sukar.Tetapi perjalanan karier Sheva di England tidak berakhir dengan baik.Dia gagal membuktikan dirinya sebagai salah satu pemain terbaik dunia yang mana dia pernah melakukannya semasa di Milan pada masa yang lalu.

Sheva akhrinya mendapat kesempatan kedua untuk membuktikan kemampuan yang dimilikinya ketika Ukraine akan berhadapan dengan England minggu depan.Tetapi Sheva tidak bersependapat sedemikian.

"Nama saya sudah tercatat di dalam buku sejarah bola sepak eropah.Saya tidak perlu lagi membuktikan sesuatu.Saya tidak mahu bermain untuk membalas dendam dengan apa yang telah terjadi kepada saya di Chelsea.Saya tidak mahu megulas apa-apa dan saya tidak mahu mengatakan bahawa Chelsea telah melukakan hati saya," kata Shevchenko.

P/S : Kesian jugak aku dengan Shevchenko ni.Dulu sebelum die bepindah ke chelsea, dia main bagus kat milan,dia selalu score banyak gol tetapi biler main kat chelsea,dia jarang score,pastu campur plak dengan manager chelsea yang tak brapa suke dengan Shevchenko ni,erm kesian aku...patutnya kelab chelsea bagi banyak peluang kat shevchenko ni untuk menunjukkan prestasinya yang sebenar,mungkin bagi masa yang lama untuk dia jadi lebih hebat.

Vieira Akan Berlepas Ke Stamford Bridge ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 07, 2009 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Khabar panas mengenai jendela perpindahan pemain masih belum berakhir bagi Chelsea kerana khabarnya Chelsea akan mendapatkan khidmat bintang Inter Milan iaitu Patrick Vieira yang dikatakan sudah tidak mendapat tempat dalam skuad kesebalasan utama Jose Mourinho itu.Carlo Ancelotti memang sudah merancang untuk mendapatkan beberapa pemain baru pada jendela perpindahan pemain pada Januari tahun depan disebbakan oleh ade sebilangan pemain Chelsea yang akan beraksi di Piala Afrika awal tahun depan.

England bukanlah satu negara atau sesbuah kawasan yang asing bagi Vieira.Pemain yang berasal dari Perancis ini sudah sembilan tahun bersama dengan team Sengal, dan mengakhiri karier bersama team sengal itu pada tahun 2005.

Berita mengenai kedatangan ke Chelsea telah mendapat sambutan hangat dari Drogba.

"Jika dia berkerjasama dengan kami, ia pasti menguntungkan kelab kami.Kami tahu bahawa kami akan kehilangan dua pemain kami pada Januari akan datang iaitu John Obi Mikel dan Michael Essien yang akan berada di Angola untuk menghadapi Piala Afrika."

Drogba : Kami Pasti Juara Musim Ini

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 06, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nadi utama merangkap penyerang, Drogba yakin bahawa dengan kemenangan hebat 2-0 Chelsea ke atas Liverpool menjadi bukti utama bahawa kelab The Blues pasti akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Kami telah banyak belajar dari kekalahan musim lalu.Pada musim lalu, kami hanya seri dengan United dan kalah kepada Arsenal dan Liverpool di Stamford Bridge.Namun kami mahu mengubah situasi tersebut pada musim ini.Ini baru kemenangan pertama kami ke atas pasukan besar di dalam liga.Perlawanan ini sangat penting kerana ia dapat menunjukkan bahawa kami memang memiliki resipi utama untuk menjadi juara liga pada musim ini," kata Drogba.

Selepas Benam LiverFool, Kita Di Puncak Liga.!!!

Posted by KampungChelsea On Monday, October 05, 2009 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2-0....2-0...2-0....Kita menang selesa...liverfool kalah...Kita di puncak liga.!!! Hahaha....Dengan perasaan riak dan bangganya aku kepada team kita yang telah memalukan Liverpool semalam dengan 2-0.Chelsea memang dah tak boleh nak kawal dah,liverpool tidak boleh menandingi kehebatan team kita.Lihat sahajalah semalam mereka tidak mampu membolosi gawang kita yang dijaga oleh Hilario yang menjaga gawang dengan cemerlang semalam.Aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh pemain Chelsea kerana berjaya menjalankan taktik Ancelotti dengan jayanya khususnya bahagian defend kita iaitu Terry,Ashley Cole dan Carvalho yang berjaya mengekang asakan torres dan gerrard.Tapi match semalam kita kena ucapkan berbanyak terima kasih dan bangga dengan Drogba kerana kedua-dua gol Chelsea semuanya berpunca daripada Drogba.Drogba memang superb n mantop.Man Of The Match semalam ialah Drogba(bukan match of the match erk...)


2 gol Chelsea semalam dijaringkan oleh Nicolas Anelka dan Florent Malouda.Tapi harus diingat kesemua gol tersebut berpunca daripada Drogba tu.Gol pertama Chelsea pada minit ke 60 hasil daripada hantaran Drogba kepada Anelka dan gol kedua pula dijaringkan oleh Malouda pada minit terakhir masa kecederaan dan gerakan gol tersebut berpunca daripada Drogba.Mungkin aku hanya berasa sedikit kecewa di separuh masa pertama kerana Chelsea tidak dapat peluang dengan baik dan hanya melancarkan beberapa serangan sahaja dan tidak merbahaya kepada Liverpool.Tetapi Liverpool juga dalam match ni tidak bermain dengan baik, cuba korang lihat mereka hanya melancarkan beberapa sahaja serangan mahupun di separuh masa pertama dan kedua.Chelsea layak untuk memenangi perlawanan ini dan kepada fans Liverpool, korang kena redha dengan kekalahan ini kerana Chelsea jauh lebih hebat dan kuat berbanding team korang tu.(Jom tengok video highlights kat atas ni Chelsea lawan Liverpool semalam ni..good kualiti weh)

P/s : Aku berasa sedikit frust sikit dengan Lampard.Ye lar, dah berapa perlawanan dia tak score.Dalam match nipun aku tengok die kureng sket bagi passing yang perfect,biasenyer aku tengok die lar tukang passing bola tetapi dalam macth ni Drogba yang banyak isi posisi Lampard tu,Lampard hanya bertugas merampas bola sahaja.Drogba passing bola dan Anelka score,hehe fairkan?haha


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png