Bola belum melepasi garisan ?
Apa yang anda lihat di kaca tv semalam tidak menjelaskan perkara yang sebenar. Sila lihat pada gambar rajah di atas ini. Ini sudut yang sebetulnya untuk mengesahkan gol Mata itu melepasi garisan putih atau tidak. Ternyata tanggapan orang lain salah kerana bola sudah pun melepasi line.
Jadi kepada Redknapp, Bale & sekutu dengannya itu diharapkan bertenang dan duduk diam. Sila nikmati final di antara Chelsea menentang Liverpool pada pertengahan bulan Mei nanti.
5-1 kemenangan kontroversi ? nak tergelak aku rasa. Kemenangan kontroversi kebiasaannya berlaku pada kedudukan yang close up sahaja, contoh macam 1-0,2-1 atau 3-2. Kalau sudah 5-1 itu dipanggil pihak yang kalah itu sangat bebal. Oklah, jika gol Mata itu tidak disahkan & scoreline masih 1-0, anda fikir Spurs akan buat comeback & fight balik ?
Jawapannya tidak. Kerana ketika Chelsea sedang mendahului 1-0, Spurs seolah-olah sudah beku, karam macam kapal titanic. Chelsea yang banyak menyerang pada separuh masa kedua berbanding Spurs yang sudah ketandusan idea. Chelsea bermain bola sepak yang ada jiwa seni, sebab itu gol-gol yang dihasilkan semalam ada unsur art. Gol pertama Drogba power, gol free kick Lampard smart & kerja sama di bahagian tengah dengan serangan berjalan dengan baik dan menghasilkan dua lagi gol terbaik.
Satu perkara lagi, berkenaan dengan Cech terlepas dari hukuman kad merah selepas mengasari Adebayor di kotak penalti. Persoalan di sini ialah kenapa Cech tidak dibuang padang selepas membuat tindakan tersebut ? Oklah mari aku terangkan sebab apa penjaga gol kita itu tidak mendapat kad merah. Pertama kerana selepas Adebayor dijatuhkan oleh Cech itu, Gareth Bale menendang terus bola ke gawang Chelsea. Disebabkan itu pengadil tidak meniup wisel kerana mahu meneruskan permainan. Orang putih cakap give advantage to allow the game. Jika mahu Cech dibuang padang, Bale tidak seharusnya menendang bola tersebut & membiarkan sahaja Adebayor dijatuhkan. Maka dengan itu baru pengadil, Martin Atkinson menghentikan permainan buat sementara waktu & melayangkan kad merah kepada Cech. Jangan salahkan pengadil. Sila salahkan Gareth Bale yang meneruskan juga permainan ketika Adebayor dijatuhkan. Di situ kita ada satu bukti menunjukkan Cech tidak akan dibuang padang.
Diharapkan agar entri ini dapat menjawab segala kekalutan yang berlaku di antara perlawanan Chelsea menentang Spurs semalam.
KTBFFH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pasal cech tu pun fan spurs tk reti nak pk..baik pegi main galah panjang..jgn main bola..hahaha
terbaek admin...pjelasan yg ckup jelas..good job bro...
penjelasan yang bijak.. thumbs up KC! ;)