Tanpa Terry, Lampard & Ashley Cole, Chelsea sememangnya bergelut untuk menang. Aku mengaku dalam perlawanan ini kita sangat bernasib baik.
Gol Ivanovic memang offside. Tapi siapa peduli ? Janji Chelsea menang. Bukan selalu badan induk pengadilan ni membuat keputusan adil terhadap Chelsea. Biasanya kita sering dilayan dengan buruk oleh puak tersebut.
Ketika Wigan berjaya menyamakan kedudukan 1-1, aku kira mungkin Chelsea akan seri kerana baki permainan akan tamat tinggal lagi 6/7 minit. Namun semangat juang pemain kita tinggi. Bermula dari cross Drogba, Torres membuat volley cantik yang kemudiannya terkena tiang dan Mata menyudahkan peluang tersebut untuk gol kemenangan Chelsea.
Sebenarnya agak sukar untuk menang dengan kelab yang berada di zon penyingkiran. Wigan menunjukkan komitmen yang tinggi ketika menentang team power seperti Chelsea. Mereka juga mahu mengelak untuk berada dalam zon relegasi. Disebabkan itu mereka beraksi lebih baik daripada kita. Kredit untuk anak buah Roberto Martinez. Mereka bertahan dengan bagus, menyerang dengan bijak dan keeper mereka juga hebat.Tapi apa boleh buat, mereka kurang bernasib baik.
Apa yang penting ialah result. Chelsea menang, wigan kalah. Dengan kemenangan ini, perebutan top 4 spot makin lama makin sengit. Jarak yang memisahkan Chelsea, Arsenal dengan Spurs tidak jauh. Kita beza dengan Spurs 3 mata dan dengan Arsenal pun hanya 2 mata sahaja. Jadi, aku tetap optimis kita akan berada di kedudukan 4 teratas liga & layak ke slot UEFA Champions League musim depan. KTBFFH.
P/S : Torres dua kali tergelincir. Banyak betul pemain kita tergelincir musim ini. Hari itu, Terry. Kemudiannya Mata. Dan yang terbaru ialah Torres.
3 gol dalam 3 perlawanan..defender ke striker Ivanovic ni ? dahsyat gile lah !
header BOAS kat atas tu bile nak tukar bro :-)
linesman bangang ke referee yg bangang neh,wahaha.. kalau lh volley torres tu masuk, mmg lawa gile arr gol..terima kasih lah kat tiang yg kasi mata sumbat gol wahaha
@delarocha
- dalam proses, sila bersabar...
@makcikkaripap
- ref tak bangang..yang bangang ialah linesman...bab2 offside mmg keje linesman..pengadil hanya akan allow gol tu berdasarkan decision dari linesman..kalau seseorg pemain tu berada dalam keadaan onside tapi linesman angkat flag, itu bukan salah pengadil..kerana yang salah ialah linesman...others part ref punya kejelah...cume bab2 offside, onside mmg keje 100% linesman...