1) Gaya permainan Hazard mengingatkan aku kepada Joe Cole & Cristiano Ronaldo.
2) Budak muda dari Burkina Faso, Traore menjaringkan gol ke-5 perlawanan dalam satu curling shot yang menarik. Dia juga setakat ini agak menyerlah dalam siri perlawanan pra-musim. Begitu juga dengan abang besar, Lukaku yang masih tidak boleh berhenti menjaringkan gol.
3)Ramires yang memakai jersi no 7, menjaringkan gol ke-7 dalam minit ke-57.
4)Kalas, pemain muda yang dipinjamkan ke kelab Vitesse musim lepas menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan tuan rumah.
5) Hazard,Ramires & Van Ginkel beraksi pada separuh masa kedua. Tapi jika ketiga-tiga pemain ini beraksi penuh 90 minit, skuad Indonesia boleh kalah sampai 15-1.
6) Harus diingat lagi bahawa ini merupakan skuad kedua Chelsea yang beraksi di Stadium Bung Karno & bukannya skuad utama. Kita masih lagi tanpa beberapa tonggak utama seperti Lampard, Mata, David Luiz, Oscar & Torres.
Indonesia All Stars 1 Chelsea 8
Harimau Malaya 1 Chelsea 4
7) Ada yang mengatakan bahawa pasukan Indonesia lebih bangang daripada Harimau Malaya kerana kalah lebih teruk kepada Chelsea. Sebenarnya pasukan Harimau Malaya boleh mengalami nasib yang sama namun ia diselamatkan oleh padang stadium Shah Alam yang sangat teruk. Jika ia dimainkan dalam permukaan padang yang rata & terbaik seperti di stadium Wembley mahupun stadium jalan besar Singapore, pasukan Malaysia boleh kalah lebih teruk dari skuad Indonesia. Jose Mourinho sengaja tidak mahu bercakap tentang perkara itu kerana tak mahu menimbulkan sebarang isu. Apa yang Mourinho kritik hanyalah mengenai beberapa pemain Malaysia yang banyak membuang masa di atas padang sepanjang 90 minit berlangsung.
8) Sekian terima kasih.
