Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

5 perkara yang Rafa perlu IMPROVE

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 29, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya, season masih panjang tapi kalau Chelsea terus perform macam ini, kita akan terus berada di belakang City & MU.

Kata Rafa, Chelsea masih mampu menjuarai EPL dengan syarat, we have to improve. Improve ? Apa yang perlu diimprove ?

1. Taktikal Rafa itu sendiri

- Formasi yang diguna 4-2-3-1 ialah formasi yang tidak offensive. Menentang Fulham yang menerapkan formasi 4-4-1-1, Rafa perlu menggunakan formasi 4-3-3. Lawan kepada bertahan ialah menyerang. Fulham memang banyak bertahan, dan bila lawan lebihkan bertahan, masa ini kita harus menyerang.

Defensif sudah improve tapi offensive kurang jitu.

3 winger ditugaskan untuk support seorang striker yang "lost" memang tak menjadi. Sebab segala passing nak deliver kepada Torres, nampak sangat kita hanya nak improve Torres tapi bukan improve perfomance Chelsea. Striker yang bagus ialah dia sendiri yang mencari jalan penyelesainnya & tak boleh terlalu bergantung kepada orang lain.

2. Beli striker baru atau improve striker2 yang ada

- Kalau tak nak beli striker baru, ada risikonya. Jika Rafa tetap bertegas untuk tidak membeli apa2 striker pada bulan 1 nanti, apa yang beliau harus buat ialah kembangkan striker2 yang ada.

Maksud kembangkan striker yang ada bukannya memainkan Torres sahaja setiap game & just improve perfomancenya. Lucas Piazon, Sturridge perlu diberi peluang sama rata. Torres kalau dia perform bagus pun, dia tak konsisten. Perlu ada striker yang bermain di belakangnya. Seperti ketika di zaman CA, CA kerap memainkan dua striker iaitu Drogba di hadapan, dibantu oleh Anelka.

Di belakang Torres perlu ada striker yang support nya. Hazard-Mata-Oscar hanya mat2 provider & Rafa perlu letak one supportive striker, biar ada keep in touch dengan seorang lagi striker.

Moses boleh beraksi di posisi centre forward. Rasanya elok Rafa jadikan dia sebagai penyerang. At least lawan boleh gugup jika kita mengambil inisiatif dengan memainkan dua striker. Tak adalah segala passing nak dituju kepada satu forward sahaja.

#panggil balik Lukaku pun satu idea yang bernas.

3. Improve MAZACAR (Mata-Hazard-Oscar)

- Sejak akhir2 ini aku rasa macam ada something wrong dengan perfomance mereka bertiga. Dalam 2/3 game yang lepas nampak macam tiada chemistry.

Oscar banyak hilang bola & kadang2 dia tidak tahu nak hantar bola kepada pemain mana. Mata lebih sesuai bermain di 1st starter kerana dia banyak function. Hazard punya perfomance sangat berbeza dengan apa yang dia tonjolkan pada dua bulan yang lepas.

Rafa kena ambil serius tentang perkara ini. Midfield ialah bahagian yang paling penting dalam setiap pasukan. Midfield umpama seperti mesin, andai rosak mesin ini, maka rosaklah secara keseluruhannya.


4. Improve mentaliti Torres

- Problem Torres sekarang ini ialah mentalitinya. Dia ada mental problem yang telah menjejaskan secara keseluruhan prestasinya.

Rafa wajib kena basuh "minda" Torres, disamping mengubah corak permainan lembiknya.

Terakhir sekali, improve result. Itu yang boleh mengelakkan beliau dipecat. Jika Chelsea konsisten dalam permainan & result juga konsisten, maka tak ada masalah untuk beliau kekal lebih lama di Chelsea.

Sekarang ini kita nampak majoriti fans Chelsea di Stamford Bridge memang tak suka dengan Rafa. So apa yang perlu Rafa buat untuk mendapat kepercayaan dari semua fans Chelsea ialah improve 5 perkara di atas ini, termasuk sekali dengan result Chelsea. Macam RDM, first game ketika dia lantik sebagai interim manager musim lepas, mana mendapat sambutan yang menggalakkan dari fans Chelsea. Ada yang mengejinya dari belakang, disamping mengharapkan Jose Mourinho kembali semula ke Chelsea. Tapi ketika RDM berjaya menghadiahkan dua trofi kepada Chelsea dalam tempoh 3 bulan, beliau telah berjaya mendapat kembali kepercayaan dari fans Chelsea untuk mengemudi skuad The Blues.

Rafa juga boleh melakukan perkara yang sama. Bekerja demi pasukan & bukannnya kerana individu atau sebaliknya. Keep the blues flag flying high.

 


3 tips untuk Torres score gol

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 17, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jampi

Kehkeh tak adelah. Mengarut je jampi-jampi ni.

Di sini ada 3 tips terbaik untuk Torres jaringkan gol & mengembalikan prestasi terbaiknya.

1) Perlu kerap main
- Macam mana nak score gol kalau main jarang-jarang. 8/5 minit terakhir perform sebagai pemain sub tidak cukup untuk membantu Torres memperbaiki prestasinya. 3 perlawanan Chelsea sebelum ini, dua di antaranya Torres hanya sempat main 10 minit terakhir dan lawan City, die langsung tidak diberi peluang menyentuh padang. Jadi macam mana nak tengok die punya form kembali berbisa seperti yang dulu-dulu kala itu.

2) Support dari team-mates
- Dalam skuad Chelsea rata-rata pemain jarang hantar bola kepada Torres. Malouda, Lampard,Kalou,Drogba,Sturridge masing-masing suka mencari haluan yang tersendiri. Yang aku nampak hanya Anelka seorang sahaja yang tidak tamak dan suka pass kepada orang lain. Kedatangan Mata juga nampak sedikit bagi impak kepada perfomance Torres. Tapi sayang, AVB kurang menggandingkan Mata dengan Torres. Kita boleh tengok bile Mata main, Torres tak main. Bile Torres masuk main, Mata pula yang keluar. Sokongan dari rakan sepasukan penting sebenarnya. Torres bukan striker kayu, die sentiasa mengharapkan through pass dari team-mates. Kalau team-mates masih dengan sikap ego, sampai bile-bilelah Torres tidak akan score.

3) Usaha sendiri
- Jika dua point di atas ni masih gagal berfungsi, langkah terakhir ialah Torres kena usaha sendiri. Kadang-kadang kalau nak berharap pada bantuan orang lain tidak ada gunanya kalau diri sendiri malas & kurang rajin. Torres ada skill, cume yang perlu diperbaiki ialah mentalitinya. Pendapat aku, position Torres ialah centre forward. Jadi tak salah kalau bile perfom nanti, sekali sekala Torres try shooting jauh macam Edin Dzeko,Rooney & Zlatan Ibrahimovic sellau buat. Jaringan gol ini datang dari pelbagai sudut dan cabang. Tidak semestinya ia berpunca dari cross & through pass sahaja. Torres kena berani membuat percubaan demi percubaan.

P/S : Apepun jangan lupa malam ni Chelsea lawan Wigan di JJB Stadium. Siaran langsung di saluran Astro 817. Perlawanan akan bermula pada jam 1.30 pagi. KTBFFH.

3 tips untuk kalahkan MU

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 05, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1) Drogba-Kalou, starter, Anelka & Torres sub
- Ini jalan terbaik untuk jadikan bahagian serangan kite lebih aggresif & mantap. Drogba-Torres tak de chemistry & ia boleh dilihat dalam match2 sebelum ni.Buat mase skrg, di bahagian serangan, key nya ada pada Abang Drogba. Dielah yg bagi assist & dielah yg score gol. Kalou maybe partner yg paling best utk digandingkan bersama Drog hari ahad ni. Torres maybe bleh jadi super-sub. Bukan aku nak ragui perfomance die, cume this is the best way. Cube lihat ape yg berlaku di suku akhir UCL bulan lepas, kite tewas, tersingkir.Sebab utama tewas ialah taktikal tidak menjadi & susunan line-up yg kurang kemas.Drogba-Torres starter, di situ nampak kejanggalan.Musim ni biarlah Drogba dulu yg mengakhiri partnerya dgn Kalou.Kite tungguh sahajalah musim depan, cmner plak kesan chemistry die dgn Torres. Kalou tgh top form skrg ni, so that why die menjadi calon utama utk digandingkan dgn Super-Drog.Anelka plak, hmmm better die di-benchkan dulu.

2) Gune formasi 4-3-3/4-4-2
- Untuk lawan MU di gelanggang keramat mereka, soal taktikal soal strategi mmg number one. Yang lain, maybe based on luck.But kalau nak based on luck, just a little matter je. Biasanya lawan diorang kat away, susunan line-up, strategi serangan serta pass sangat important. Lebih baik menang dgn cara game-play yg cantik dr menang secara luck, right ? Kalau menang luck lagi, kontroversi lah plak kan.


Defend, midfield, attacking MU mmg kuat.Counter attack diorgpun power.Dicampur plak dengan sokongan padu supporter diorg. Hope JT & Luiz cekal & gigih menghadapi situasi itu.

Entahlah, nak gune 4-4-2 atau 4-3-3. FYI, lawan big team sprt MU, formasi yg perlu digunakan ialah 4-4-2.Itulah yg diwajibkan sebenarnya. 4-3-3 maybe suitable for standard team. Cume memandangkan formasi 4-4-2 Chelsea musim ni tak berape bagus mane, rasenya lebih baik gune 4-3-3. 4-3-3 satu formation yg aggresif.It is total football formation. Jika kite pandai gune formasi tu, maka tak mustahil untuk kite menang dgn MU dengan jaringan gol yg banyak. Formasi yg 80% more to strike. Kalau tak attack, cmner nak score.

Selepas ketiadaan Ballack,Joe Cole & Deco, midfield kite kurang bersatu. Lack of creativity.Tu pasal musim ni setiap kali CA gune formation 4-4-2 tak menjadi mane. Lampard dah slow bab2 super-pass. Torres plak xsesuai kalau digunakan utk formation tu. Die lebih kepada lone striker, di samping dibantu oleh 2 midfielder back-up yg serba boleh.

Lampard kena main role penting.Die sebagai playmarker & die kena tahu utk ontrol midfield dgn baik. Jika kite berjaya control midfield & possesion, maka tak mustahil utk kite menang.Di mana ade kemahuan di situ ade highway. In a big games, you should mastered in the middle of midfield.

Hari ahad ni, kalau nampak formation 4-3-3 tak menjadi, cepat2lah tukar kpd 4-4-2 plak. Contoh cam 1st half, tak ade ape2 efek, so second half wajib tukar taktik,strategi skit & combinekan dua tu dgn formation 4-4-2. Objektif skrg ialah menang. Tak kesahlah menang berape golpun, janji menang. Wlpn MU ade advantage skit mengenai total score gol.

3) Mental kena kuat
- This is the most factor yg mesti kite learn & terapkan kepada minda setiap player bola sepak. Bukan taktikal je kena mantap malah kekuatan moral,mental pun kena steady.Bermain di Old Trafford, atmosphere die different. Bab2 support dr penyokong memang konfem akan memihak kpd MU. Mereka akan gune advantage itu utk melemahkan spirit kite. Bulan lepas kite dah kena.Ramires sent-off pasal mental x strong.


5 player yg aku harap sangat dapat strongkan mental diorg sebelum game bermula - 1)Lampard  2)Ramires 3)Malouda 4)Drogba 5)Torres

Maybe judge dari referee juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi sesebuah permainan. Aku actually risau bile dapat info yg Howard Webb akan handle game kite minggu ni. MU banyak makan suap ,banyak menang luck pasal encik botak tu lah. Soal match yg lepas rasenya dah settle kot.Kalau fans glory2 hunter MU yg xpuas hati lagi,bleh rujuk entri2 aku kat bawah ni. Jangan terlalu pikirkan sangat ape yg ref tersebut akan buat.Better fokus ttg strategi & cara game play kite je. Jika kite perform bagus, maka resultnya akan jadi nice. Jangan duk ampu sangat nak dapat penalty kick, mmg konfem kite tak akan dapat kalau si Howard yg jadi ref. Concentrate to our best football. Yang pastinya, MU akan gune cara ape jua sekalipun untuk menang dgn kite. Bab2 diving, bab2 aksi kotor, menipu, kuat acting, itu semua mmg habits Alex ferguson & konco2nya itu. Tak caye, u will see that on this week.

Hmmm guys, ade tips lain cmner kite nak beat MU hari ahad  ni ?

|

Eksklusif : 5 tips terbaik untuk comeback di Old Kerepot

Posted by KampungChelsea On Monday, April 11, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setakat kalah 1-0 je, tak de orang kesah sangat.Jangan risaulah, kite masih berpeluang besar utk layak ke semi final.Kalau Inter boleh buat comeback dgn Bayern, kenapa Chelsea tak boleh ? Kat bawah ni, 5 tips terbaik untuk bungkuskan geng setan merah dalam pertembungan 2nd leg di Old Kerepot pd pagi rabu nanti.

1) Konfiden & mental strong
- Faktor utama kejayaan dalam sesebuah perlawanan.Nak menang kat Old Kerepot, kena 100% perfect in all things.Perfect dari segi karakter, perfect dr segi keberanian dan paling stabil ialah control the game.Tapi kalau mental masih down, confidence kurang, sampai bile2 kite tak akan berjaya.Lampard, Didi, Malouda sudah sampai masanya kena muhasabah diri masing2.

2) Gune formasi 4-4-2
- Memang nilah cara kalau nak menang dengan MU.Taktikal kena smart.Midfield kena strong.Lawan big team ni bahagian tengah kena control all part of the game.So formasi 4-4-2 sangat sesuai.Formasi lain yg boleh di-sama waktu dengannya ialah 4-1-2-1-2.

3) Alex in, Bosingwa out
- Kembalinya Alex dr injury memberikan option terbaik di bahagian defensive Chelsea.Nak kekang player kipas kudung cam Rooney,Giggs, Nani,Hernandez memerlukan kubu perisai paling kental dan cekal.Alex & JT ade ramuan tersebut.Bile diorg dah kembali berpartner, maka Ivanovic kena main right back.Say sorry for Bosingwa, u are in the bench.


4) Torres feat Kalou, Drogba & Anelka sub
- Konfem ramai yg kurang bersetuju dengan tips ke-4 ni.Tak setuju ? Kite kena ingat Torres serba tak menjadi bile berganding bersama Didi.Tiada sefahaman di antara mereka berdua dalam match2 sebelum ni.Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika mereka still feat together.Didi masih dalam mental-down.Penyudah makin lama makin teruk.Bile dapat peluang, tak nak pass ke Torres.Itu ke partnership yg baik ? Torres & Nik pun kurang gempak mane.Nik memiliki penyudah paling berbisa di eropah cume die kurang daya kreativiti utk membuat assist.Dribble diepun slow dan bleh nampak die handle ball macam orang baru putus cinta.

Jadi, Torres kena feat dgn Kalou.Kalou seorang player yang unik & kreatif.Cara finishing diepun cantik.Tidak tamak seperti Didi.Lawan ManCity hari tu, dua gandingan kreatif ini berjaya mengucar-kacirkan kubu lawan.Cume macam biase ayat natural aku, diorg tak de luck nak score gol, tu je.Kate CA, "Torres will score important goal this season." . Bile mendengar kate2 tersebut, Torres should be 1st starter on this wednesday night cause against MU is very important match, right ?

5) Sumbangan motivasi dari coach
- Tak de gune kalau pakar merencana taktikal tapi lemah berbicara dengan player sendiri.Player2 seperti Lampard,Didi,Torres,Malouda perlukan advice/motivasi yg kuat utk stabilkan game play diorg.Isu ni memang agak bermasalah skit.CA ni cool, tapi...ape yg kurang mengenai dirinya skrg ialah die tidak pandai top-up moral & spirit team.That why musim ni banyak player yg flop perfomancenya serta tiada semangat juang yg tinggi.Harap CA dapat take note with this step.

Bonus tips : Ref & linceman juga kena pandai melaksanakan tanggungjawab mereka kat atas padang.Ape gune UEFA letak sampai 5 org ref kat atas padang kalau semuanya tak dapat buat keputusan dgn betul.Kadang2 keputusan pengadil tu juga boleh mengubah keadaan nasib sesebuah pasukan.Kena alert dengan ape jua yg berlaku.Kalau semua dah okey, maka scene2 kat bawah ni tidak lagi di-judge dengan cara yang salah.Nak lebih best, gunelah teknologi video utk bhan bukti yg seterusnya.



 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png