Selepas menyingkirkan Barcelona, kini Chelsea membelasah QPR pula 6-1 di Stamford Bridge. Paling best kemenangan besar ini dapat membalas dendam balik dengan apa yang berlaku di Loftus Road, bulan Oktober tahun lepas yang mana ketika itu kita tumbang 1-0 angkara keputusan pengadil yang berat sebelah. Chelsea tidak memerlukan bantuan pengadil untuk menang besar seperti ini.
Torres akhirnya berjaya menjaringkan hatrik buat kali pertama untuk kelab Chelsea. Gol pertama Torres terhasil selepas dia menerima umpanan silang Kalou. Kemudiannya, dia menggandakan gol kedua, berpunca dari kesilapan Paddy Kenny, penjaga gol QPR yang gagal menangkap kemas bola. Saat yang paling dinanti oleh peminat Chelsea hadir pada minit ke-64 apabila El-nino menjaringkan gol ke-3, yakni hatrik pertamanya bersama The Blues. 4 gol dalam temph kurang seminggu membuktikan bahawa Torres berada dalam prestasi terbaik. Syabas El-nino !
3 gol lagi dijaringkan oleh Sturridge, Terry & Malouda. Djibril Cisse menghadiahkan gol saguhati buat QPR pada lewat permainan namun scoreline masih memihak kepada Chelsea dengan 6 gol berbalas 1.
Sam hutchinson, pemain muda The Blues yang sebelum ini mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak masuk menggantikan Bosingwa pada minit ke-81. Tapi tahukah anda dalam perlawanan ini, Chelsea beraksi tanpa seorang bek tengah. Cahill dan David Luiz diketepikan kerana cedera dan memaksa Bosingwa menukar posisi right back ke centre back. Yang menggalas tugas right back ialah Ferreira.
Kejayaan membenam QPR dalam local derby hari ini meletakkan Chelsea, naik satu tangga dengan berada di tangga ke-5. Hanya memisahkan 1 mata sahaja dengan Newcastle yang berada di kedudukan ke-4. Peluang untuk merebut top 4 spot masih terbuka luas kerana selepas ini kita akan berdepan dengan The Magpies yang semalam kalah teruk 4-0 kepada Wigan. Beraksi di final UCL, final Piala FA dan masih berpeluang untuk layak ke slot UCL musim depan antara detik kebangkitan Chelsea di era RDM. Tahniah Chelsea dan good job RDM. KTBFFH.
Satu perkara penting yang anda harus tahu :
Menjaringkan hatrik bagi memperjuangkan tempat ke liga juara-juara eropah itu lebih baik daripada menjaringkan hatrik tapi sekadar berada di kedudukan ke-8 liga.
Match nie terbaek . Revenge is sweet :) Torres da patut jadi regular starter by now .
By the way , saya kurang info pasal Sam Hutchinson nie . Bole bro KC topup info pasal dia ?
Ayat terakhir entri nie , I like :D
frust aaa... aku tak sempt tengok game ni semalamm huhuu :(
aku ada tgk live ni semalam...mmg dendam kesumat da terbalas ...1st game kita kalah dgn qpr 0-1 tahun lalu pastu kita revenged balik fa cup akhirnya qr tumbang sekali lagi ...malam semalam qpr kena belasah teruk ole abg nando kita ehhehe
good luck
Taniah kepada Chelsea n CFC..kemenangan besar selepas Spurs kini giliran QPR sejak dibawah RDM.Puas hati dgn prestasi tanpa tewas Chelsea sejak dibawah RDM,Kalo dr awal musim RDM..agaknya Chelsea di mane kedudukan liga skrg nie,Torres dah KEMBALI score gol dibwh RDM..JUARA DUNIA telah disingkirkan hinggakan Pep Guardiola letak jawatan,adakan RDM yang sabotaj AVB atau mmg AVB yg tidak berpengalaman dalam team Chelsea..
Marko Marin dah agrees 5 years deal dgn CFC. 7juta je beb, mmg bargain. So, no need Modric, Chelsea continue to rebuild next season. Love to see the magic touch of RDM, especially Torres. What a game!!!!
@ quietcatboy
- boleh, tak de masalah..nanti aku post psl die.
@ pohpaleh burger
- mmg rugi la tak tengok..tapi bleh tengok highlight balik.. kalau jenis yg suka ushar channel 812,813..biasenya astro akan siar balik match chelsea lawan qpr..
@ mannerohady
- ha'ah teruk kena belasah dgn abang nando...tu belum abang besar drogba main lagi..kalau dia main, mau kena 12 kosong qpr,kehkeh
@ shah345
- bukan RDM yg sabotaj AVB... AVB dipecat atas kemahuan RA itu sendiri..takkan tak tahu kot...RDM hanya menjalankan tugas assistant je mase tu..tak de kaitan dengan pemboikotan AVB... nak buat macam mana, AVB tak sesuai manage chelsea... tak dapat support dari playernya sendiri & buat taktikal semberono yang menyebabkan chelsea jadi haru biru mase die manage..apapun pemecatan AVB itu ada hikmahnya..kalau tak pecat AVB, makin teruk chelsea..kalau tak pecat avb, boleh ke tidak chelsea beat napoli kat sb hari tu ? hehe.
@ mista maman
- modric ? sape tu,kehkeh..kita tak perlu luka modric..kita sudah ada lucas piazon, de bruyne di posisi CAM...marin akan menggalas tugas di posisi left winger, mata bleh main right winger..bantu torres/drogba/new striker musim depan..
ape yg penting, kedatangan marko marin ini akan menamatkan masa depan malouda ..malouda boleh lah kemas beg..takkan musim depan nak duk kat bench lagi kot,kehkeh.
@ KampungChelsea
1. amat menyokong mengenai komen AVB,Betul tu kalau msh dibwhnye mahu x merasa Final piala FA,UEFA Cup..silap2 hancur bwh top 5.
2. Lucas Paizon..agk2 bila dia akan muncul bermain lam 1st team..