Fellaini dikaitkan dengan beberapa kelab besar, termasuk sekali dengan kelab Chelsea selepas dia dilaporkan mahu berhijrah ke kelab baru pada bulan Januari nanti.
Sungguhpun berita mengenai Fellaini ingin keluar dari Goodison Park adalah mainan media tapi tak salah untuk Chelsea terus memantau perkembangan mamat afro tu. Tak selamanya dia akan kekal di Everton kan ?
Lagipun Everton kelab yang "creat talent & sell talent". Mereka bukan kelab yang kaya dan ada kala mereka mengalami kesempitan wang. Bila terdesak sangat, Everton akan jual beberapa pemain penting mereka. Sebagai contoh kita boleh lihat Wayne Rooney, James Beattie, Beckford, Yakubu, Arteta. Mereka dijual atas sebab2 yang tertentu.
Pemain macam Fellaini ni kalau Chelsea offer 10-15 juta, konfem Everton setuju jual punya.
Aku cakap macam ni kerana aku sangat tertarik dengan gaya permainan Fellaini. Dia seorang pemain yang energetik. Tinggi, peka dengan situasi yang berlaku, kawalan bola yang kemas antara keistimewaan yang dimiliki oleh pemain muda Begium ini. Satu lagi kehebatan Fellaini, dia pemain centre midfield yang boleh score gol. Dia akan gunakan ketinggiannya untuk score dan memenangi high ball (bola tinggi).

afro combination ?
Fellaini ni kalau nak banding dengan Mikel, memang ketara sangat tahap kualitinya. Posisi sama namun Fellaini aggresif, tak slow. Bahagian midfield dia kawal rapi. Fellaini ni juga bijak membuka ruang kepada pemain sayap bergerak
Kalau diberi peluang, aku teringin nak buang Mikel & gantikannya dengan Fellaini. Gerenti berbaloi.
