Showing posts with label John Terry. Show all posts
Showing posts with label John Terry. Show all posts

Utamakan prestasi bukan reputasi

Posted by KampungChelsea On Friday, June 07, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Walaupun Mourinho telah menjadi pengurus baru Chelsea tapi tak semestinya beliau akan menjamin posisi pemain2 bintang Chelsea seperti Terry, Lampard & Torres.

Kita semua tahu Terry & Lampard mempunyai hubungan yang baik dengan Mourinho ketika era 2004-2007. Selepas Mourinho keluar sekalipun, mereka sering berkomunikasi dengannya. Namun musim lepas di bawah pimpinan Rafa, posisi mereka berdua tergugat terutama sekali Terry yang kerap kali dipinggirkan dalam perlawanan2 penting. Faktornya dua perkara, satu kecederaan & kedua pemain lain yang beraksi lebih menyerlah daripadanya.

Kata Mourinho :

"I am a coach who looks for a meritocracy. Whoever I think is best must play - without looking at status or the past. You play as you train, it is a normal situation. As it was normal for me to leave [Marco] Materazzi, a mythical player at Inter, on the bench. Or like Benitez this year at Chelsea with Terry."

Sisten pengurusan Mourinho ialah meritokrasi iaitu memilih berdasarkan prestasi. Jadi mengikut apa yang beliau katakan itu, pemain hanya akan dipilih berdasarkan prestasi terkini tanpa melihat status atau hubungan pada masa lampau, yakni mana2 pemain yang bekerja keras kat training & menepati sistem yang diterapkan oleh beliau, maka dia akan dapat posisi utama.

Seperti mana yang Mourinho lakukan di Real Madrid dengan meletakkan kapten & legend mereka, Iker Casillas di bangku simpanan.

Itulah yang kita panggil pemilihan berdasarkan prestasi bukan reputasi.

Jadi kesimpulan di sini ialah tidak kira Torres atau pemain mana sekalipun yang menganggap diri mereka star, harus ingat bahawa Mourinho hanya akan memilih pemain itu berdasarkan prestasi & bukannya reputasi. Jika Torres perform teruk, maka serta merta dia akan diletakkan di bangku simpanan. Kita tidak mahu melihat lagi perkara2 yang berlaku pada musim lepas yang mana pemain perform teruk sekalipun tetap diletakkan dalam kesebelasan utama.

JT - Captain Leader & Legend

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 10, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti yang anda semua tahu, Terry digantung 4 perlawanan & didenda AS$356.000 (RM1,068,000) kerana didapati bersalah kononnya mengeluarkan kata2 berbaur racist kepada Anton Ferdinand.

Persoalan hangat sekarang ialah adakah benar Terry bersalah dalam hal ini ?

Pada bulan Julai yang lalu, kes itu telah dibawa ke mahkamah & Terry tidak didapati bersalah.

Kata Ketua Majistret "Saya menemui beberapa bukti yang mengatakan Terry tak racist. Dia bukan orang seperti itu."

Mahkamah memutuskan Terry tak bersalah, jadi kenapa FA masih tak berpuas hati & meneruskan lagi kes ni ?

Kes sudah tutup namun FA tetap meneruskan investigation sampai mereka mahu Terry didapati bersalah. Seolah-olah mereka nak katakan keputusan mahkamah itu tak betul.

Bila FA adili kes, faham-faham sahajalah apa yang akan berlaku nanti. Sudah tentu Terry akan dicop racist.


27 September 2012, result keluar. Terry didapati bersalah. FA & Anton akhirnya dapat apa yang mereka nak.

FA ni lebih kurang macam FAM lah. Bangang tak bertempat. Cuma FAM lebih terserlah bangangnya kerana kedudukan ranking bola sepak negara pun mereka kata tak penting.

FA terlalu bias. Kita boleh tengok kalau kes2 yang melibatkan pemain MU, memang mereka lepas beb. Terkini, insiden Van Persie menyiku muka pemain tengah Newcastle, Yohann Cabaye. Tapi tiada apa2 tindakan yang dibuat pun. Masihkah anda ingat kes Rooney menyiku muka pemain Wigan pada 3 tahun lepas ? Lepas juga beb.

Apa semua ni ? Kalau pemain Chelsea, dah terang2 kena ban 2/3 game.

Manager lain kalau komen skit pasal ref, kritik ref, konfem kena hukum. Tapi kalau Alex Ferguson buat macam itu, FA hanya bagi warning je.

That why FA is = Fergie Association.

Berbalik kepada point utama, aku tak rasa yang Terry racist. Memang ada konflik dia dengan Anton tapi itu tak bermakna dia akan keluarkan kata2 berbentuk racist. Situasi di Loftus Road pada waktu itu sangat tegang & semua pemain berada dalam keadaan yang pressure. Berkemungkinan ada kata2 yg tidak elok keluar dari mulut Terry tapi kata2 itu tak semestinya ada kaitan dengan unsur2 penghinaan/racist.

Pengurus2 yang melatih Chelsea sebelum ni, kesemuanya menyokong Terry. Bukan sebab white man back-up white man tapi mereka tahu Terry ni seorang yang macam mana. Sampaikan Fabio Capello letak jawatan kerana kecewa dengan tindakan FA memecat ban kapten Terry.

Terry seorang yang friendly. Tak nampak pun dia seorang yang racist. Cara dia handle sesebuah team itu seperti dia create satu family.

Aku petik kata2 dari Jose Mourinho :

"Terry is not a racist - that's 100 per cent. We had a squad where we had 12 African players in the squad. It was a fantastic squad and he always had a great relationship with every one of them.

"Probably he had a racist comment or attitude against an opponent. Sometimes in football we do things the wrong way.


'If he had that reaction, he should pay - but please don't say he's a racist. (Didier) Drogba, (Claude) Makelele...all of them will say he's not a racist.
'I never felt it (racism) in my dressing room. And I have always had African players in every one of my teams.'

Ketika FA dalam proses untuk menjatuhkan hukuman kepada Terry, kapten kita itu telah umumkan persaraan dari karier antarabangsanya.

Dengan apa yang FA telah lakukan kepada Terry, memang wajar dia bersara. Apa guna bermain untuk England. England main World Cup & Euro pun tak lepas suku akhir juga.

Lebih baik dia tumpukan sahaja kepada kelab Chelsea, yang lebih berpeluang untuk memenangi banyak trofi.

Anton & Rio boleh ke buat macam ni ? puihhh..

There is only one man.
John George Terry - Captain, Leader & Legend.

Minggu yang agresif

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 26, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malam ni kita akan berkunjung ke markas Goodison Park untuk saingan pusingan ke-4 Carling Cup. Satu lokasi away yang sangat susah untuk ditumbangkan. Walaupun minggu lepas Chelsea berjaya mengalahkan Everton 3-1 namun kali ini cerita yang berbeza.

Selepas Everton, kita akan melayan Arsenal pula untuk pertembungan North London Derby. Lawan QPR hari ahad lepas memang dipanggil derby juga tapi Derby yang typical. Ref di-suap, player QPR banyak menipu, supporter mereka yang tidak ada semangat kesukanan, seolah-olah ia bukan satu perlawanan derby London.

Minggu agresif untuk Chelsea kan ? Fixture yang sangat mencabar.

Berkenaan dengan komen AVB ke atas Chris Foy, Chelsea telah di-charge oleh FA serta Terry dituduh mengeluarkan kata2 racist.


Ini semuanya karut semata-mata. Ada beberapa pihak cuba nak menjatuhkan Chelsea dalam masa yang singkat ini. Tuduhan yang dibuat oleh Anton Ferdinand memang tidak berasas. Seolah-olah sahaja nak cari publisiti murahan.

Heran dengan Pihak FA. AVB komen skit & cerita mengenai ape yang berlaku pun nak di-charge. Kalau player buat salah kena denda, kalau ref buat mistake, tak de plak kena suspension. So biar kata2 sahaja lah yang mampu dijadikan satu kepuasan bagi pihak kami.

Tapi yang peliknya, 3 kali Chelsea drop point disebabkan keputusan buruk dari pengadil.  Ini bukan alasan kalah tapi ini ialah kenyataan. Ia membuktikan betapa ada pihak mahu sabotaj Chelsea. Kami hanya mengharapkan keadilan sahaja dari pihak pengadil. Orang lain kalah sebab mereka perform hancur tapi Chelsea berbeza. Chelsea kalah disebabkan pengadil. Nak nilai dari segi prestasi, Chelsea still on the track, best perfomance. That why kami menyalahkan pengadil. Kalau kalah sebab perform teruk, buat ape nak stick into the ref, right ? AVB pun ada perasaan juga.

100% Ashley !

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 05, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahukah anda ? Musim ni Ashley Cole tidak miss 1 game EPL pun bersama Chelsea.

100% appearances record. Hoho, unbelievable, right ?

Takkan tak tahu, A.Cole ni jenis full-time player. Tahan boleh, stamina power, tu pasal die kurang terlibat sangat bab2 injury ni. Kalau anda injured & tak perform dalam 2/3 game maybe ia bleh menyebabkan momentum perfomance anda tak konsisten.

So Ashley Cole mahu mengelak insiden terbabit berlaku & die bersedia untuk bermain setiap perlawanan yg ade selepas ini.


Tahukah anda juga ? JT sudah mencapai 500th appearance for CFC. The best marvel blues captain ever.!

P/S : Minggu ini juga bakal menjadi perlawanan yg ke-200 Mikel bersama Chelsea. (Double century)

Skandalisme pembawa durjana

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 26, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
27 Februari 2010
No handshake

  25 April 2011 
  No handshake again...

Ini berlaku disebabkan oleh skandal.

Disebabkan kes itulah maka hubungan mereka kian bertambah parah.Soal sape yg betul, sape yg salah itu tidak penting.In football, you must be professional.Masalah peribadi tolak ke tepi. Kat luar padang, nak lempang ke nak ludah sesame sendiri ke, lantak pi lah kan ? Actually amalan tidak bersalam-salaman ni kurang elok ditonton secara umum. Hardcore ke, terlampau emo ke, kat atas padang kite kena professional. Think positive.Nak buat cmner, benda dah berlaku.Media kat England plak sukar memutar-belitkan story.Suke tokok-tambah.Itulah habits media england.Lebih suke mencari publisiti murahan berbanding mempostkan news2 yg berfaedah.


Harap kes Terry dgn Brige dapat diselesaikan dgn baik.Frust to see they act like that.It's not good for their children too.JT is the best & Bridge still ex-player The Blues. Hope that problem can be solved by either.Common man, just be normal again.

Tapi tahukah anda ? Vanessa Perroncel bukan berskandal dgn JT je, malah sebelum ni juga die pernah membuat hubungan terlarang itu dgn 3 player bola yg lain. ( So, masalah cmni kite tak bleh salahkan kpd JT sahaja erk.) Anyway pesanan dr aku ialah kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Top 5 " Why JT still be England Marvellous Captain "

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 24, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5) More Than 7 Years As A Marvellous Blues Captain 

JM memilih JT sbg the blues captain pada season 2004/2005, dan pada musim itu jugalah Chelsea juara EPL, menamatkan badi 50 tahun trophyless league.Impak dari JT membuahkan hasil sehinggalah skrg ni beb.

4) Master Header

Bukan sahaja pakar defensif malah pakar dalam bab2 menanduk bola.Musim ni & musim lepas dah banyak kali JT score gol melalui kepalanya.

3) Defensive "Kamikaze"  

Tak ramai centre back yang mempunyai teknik defensif "gile mati" cam JT ni.Demi England, gune kepalapun boleh bai... (sanggup melayangkan badannya utk tahan shoot player Solvenia tu...)

 2) Stim di dalam, Klimaks di luar 

Maksudnya, kes skandal dgn Vanessa Perroncel tidak ada kena mengena dengan JT kat atas padang bola.Itu kes luar, dalam padang, JT tetap professional.

1) Orang main bola, die main Twitter

Inilah faktor utama nape Rio tak dapat mempertahankan armband kapten England.Aku nak tanya korang, berapa kali si Rio tu sentuh padang musim ini ?

Nipun same gak.Antara sebab kenape die x bleh jadi full-time kapten england.Orang cium piala, die cium kamera, ish2...


Itulah John Terry

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 05, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Not a typical captian but super-marvellous Captain
He's the man
John Terry

Kembali dari kecederaan tidak membuat semangatnya luntur,
Menjaga kubu pertahanan dengan baik, rapi dan kemas,
Mengawasi setiap pergerakan player2 seperti Cahill,Fellaini, Saha
Sehingga membuatkan ketiga-tiga player itu lesu & tidak mampu membuat ape2 di kala die berkuasa,
itulah John Tery

Tapi apekan daya, tidak semua player yang boleh die block,
Dan gol Beckford itu juga bukan berpunca darinya,
Barisan pertahanan lain leka dikala die bertungkus-lumus menggagalkan ancaman dari musuh

Turun naik turun naik bukan keje mudah,
Bukan sahaja menjaga di kubu sendiri malah sentiasa naik untuk membantu serangan Chelsea yang semakin lama semakin slow,
Itulah John Terry

Attitude, comitted, semangat juang yang tinggi,
Ciri2 yang ada padanya sekarang itu jarang sekali ada pada player lain,
Jika tidak boleh kaki, sampai kepalapun dijadikan benteng pertahanan,
itulah John Terry

Kalaulah die tidak ade dalam sketsa semalam,
Kubu kebal kite kembali goyah seperti biasa,
Mengharapkan Ashley Cole, Ferreira, Bruma
Namun tidak ada satupun yang setanding dengannya

Lebih 1 dekad dia bersama Chelsea,
Umur semakin berusia tapi semangat perjuangannya tidak pernah tua,
Tidak pernah berputus asa walaupun pihak lawan cuba mendahuluinya
itulah John Terry

Pedulikan kisah skandal kontroversinya itu,
yang penting komitednya di atas padang masih lagi professional,
Itu sebab kenapa dan mengapa dia masih kekal bersama Chelsea,
Ban kaptennya tidak akan hilang selamanya,
kerana dia adalah lagenda Chelsea yang tidak ada penggantinya.

John Terry - The Man Who Sold His Soul Just For Blues

Kesimpulannya, kalah, seri atau menang, JT sentiasa menunjukkan perfomance yang terbaik untuk Chelsea.Sepanjang aku meminati Chelsea, aku tidak pernah mengkritik cara permainan yang ditunjukkan oleh JT.Nak tahu pasal ape ? Sebab attitude & komitednya di atas padang.He's professional.Cara die punya defendpun power.So sape yang tak nak tabik spring dengan JT ? that people is useless.Pedulikan kisahnya di luar padang, i means in a field.Tidak ade sapepun yang dapat ganti tempatnya.JT adalah kapten Chelsea terbaik sepanjang zaman.

Result drop, tapi JT terbaik.Hanya die sahaja yang terbaik semalam.Terbaik mengekang asakan striker2 Everton yang sangat aggresif untuk score a lot of goal.Tak de die, konfem Chelsea akan bolos lebih dari 3/4 gol semalam.

Trio Utama Kembali

Posted by KampungChelsea On Friday, December 03, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Maybe ade di antara kite yang kecewa dengan perfomance player Chelsea yang ade sekarang ni.Namun jangan risau, good news is trio utama sudah kembali.Bukan sahaja kembali dari kecederaan malah kembali ke jalan yang benar.

JT,Lampard & Essien dikhabarkan akan segera memainkan peranan & tanggungjawabnya untuk skuad Chelsea sekarang ni.

Namun untuk game dengan Everton, JT mengaku yang die masih belum bersedia untuk perform dalam match tersebut.Begitu juga dengan Lampard.

Kecederaan paha yang dialami oleh JT sudah tidak serius lagi dan kata Dr Jean Meersseman dan pembantunya Kevin Lidlow dari Itali, JT tidak ade sebarang masalah lagi dengan kecederaannya itu.

Kate JT,


"By the looks of things we are getting two or three players back.I have trained the last couple of days and Frank is not too far away.Hopefully Michael(Essien) will return at the weekend." 


Essien sudah kembali dari match penggantungannya itu & bakal turun untuk game malam esok.

Ape yang pasti, mereka bertiga akan bergabung kembali untuk big match dengan MU pada 18 Disember nanti.

Get well soon & welcome back to 1st eleven dude.!

Cetusan Hati JT plak...

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 25, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Banyak betul yang meluahkan isi tersirat yang ade di dalam hati.Lebih2 lagi bile mereka yang "merana" disebabkan krisis yang tak henti2 menimpa kepada mereka tu sendiri.

Sebelum ni kite dah bace entri luahan hati dari CA dengan problems hal ehwal kuasanya, dan  Flo dah mule komen tentang aura kem kite.Kali ni giliran cetusan hati dari Abang JT plak yang ingin bersuara mengenai ape yang berlaku kepada perfomance player2 kite especially yang perform di bahagian defend,


"Rasa sukar sekali kerana tidak dapat bermain dalam 2 perlawanan yang penting.Saya sentiasa ingin terus bermain dan bermain di atas padang pada setiap minit perlawanan bermula.Sangat mengecewakan kerana saya hanya mampu melihat rakan saya bermain di atas padang ketika saya berada di ruang bangku simpanan.Melihat rakan2 saya yang lain bermain dan pada waktu itu juga pihak lawan sedang mendahului kami di atas padang, rasa sangat sukar untuk melihat dan menerimanya.Lebih2 lagi jika anda seorang kapten kelab itu." ( ujar JT ~ translated by Kampung Chelsea)


Itulah luahan serta cetusan hati dari our skipper, JT.Dia sama sahaja seperti Lampard, very like to play football in every game.Kecederaan yang dialaminya juga hadir ketika masa yang tidak sesuai.JT kecewa coz tak dapat perform dengan player kite sekarang ni.Bile tengok benteng pertahanan kite yang semakin lame semakin goyah, tentu sekali die sedih.

Time kite bolos 3 gol kepada Sunderland itu, semuanya berpunca dari kelalaian & kelemahan benteng pertahanan.Tak de JT, defend hancur bai.Time lawan Birmingham tu jugak, gol dari Bowyer tu memang defend kite kureng.No bench mark tackle.Sama juga ketika lawan Zilina 2 hari lepas, diorang dapat gol dengan cara yang sangat mudah ketika JT tak perform.

Bile terjadinya benda2 cmni, mulalah timbul rase rindu dengan ex-player kite cam Carvalho.He's the best defender in the world beside JT.Rase menyesal jugak bile kite lepaskan die pi Real.Asal x continue sahaja kontrak die, konfem die stay kat kem kite lagi.Adoiyai.

 Kredit untuk : Ray Wilkins

" Ray has left the club and everyone is sad to see him go.He was a great person to have around the football club, he would pick you up when you were down and, if there was a problem for any players or staff, he would be the first one to call them to make sure everything was OK and to ask if there was any way he could help. All that came alongside his knowledge and coaching ability on the football field." (say JT)

Diary Injury : Ivanovic pulak yang injured.!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, August 31, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berita buruk diary injury minggu ini masih lagi tidak dapat dihentikan.

Selepas JT & Frankie, kini giliran Ivanovic plak yang mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama 6 minggu untuk memulihkan kecederaannya itu.

Kecederaan itu dialaminya sebelum kem kite turun menentang Stoke City untuk beberapa hari yang lalu.Ivanovic samacjuga seperti JT & Frankie terpaksa terlepas dalam 2 match pusingan kelayakan Euro 2012 untuk skuad kebangsaan masing2.

Sedikit menghairankan aku ialah jika tahun sebelumnya, kecederaan biasanya menimpa kepada player2 serangan kite sahaja.Namun musim ini berbeza dari segi posisi apabila diary injury telah mengesahkan 3 defender(JT,Ivanovic) kita termasuk Jeffrey Bruma terpaksa direhatkan untuk beberapa minggu disebabkan kecederaan yang dialami masing2.

Nampaknya kali ini, The Bison terpaksa turun sekali lagi memikul tugas di bahagian centre back untuk menggantikan tempat JT & berganding bersama Alex.Ramires mungkin akan mengisi di bahagian mdf centre bersama Mikel.

Di bahagian serangan pula, Flo,Nik,Didi & Kalou masing2 fit 100% dan sudah kembali mempamerkan prestasi terbaik diorang.

Anyway, kepada Ivanovic,JT,Frankie & Bruma, diharapkan anda semua kembali sembuh secepat mungkin.Get well soon dude.!

Diary Injury

Posted by KampungChelsea On Sunday, August 29, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Diary injury kem kampung chelsea melaporkan bahawa dua key player, Frankie & JT telah dipastikan akan berehat untuk beberapa minggu berikutan kecederaan yang dialami masing2.

JT mengalami kecederaan hamstring dan otot.Kecederaan itu dialami ketika kem kite menentang Stoke senalam.

Begitu juga dengan Abang Frankie yang akan menjalani pembedahan hernia.Korang dapat lihat perfomance hambar Frankie semalam mungkin disebabkan kecederaan hernia yang dialaminya itu.

Mereka berdua juga mungkin terlepas 2 match qualification Euro 2012 yang mana England akan menentang Bulgaria & Switzerland.

Diharapkan mereka berdua dapat sembuh dari kecederaan secepat yang mungkin & kembali beraksi bersama kem kite seperti biasa.

Get well soon dude.!

Masalah Peribadi Sila Tolak Ke Tepi

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 29, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti mana yang korang tahu, JT dan Ashley Cole sempat seketika mengalami masalah peribadi.Tapi bagi CA, die tidak pernah terpengaruh dengan masalah itu.

Masalah Terry dan Ashley Cole khabarnya telah menyebabkan sedikit kekecohan dan pergaduhan.Tak tahu sama ada team-mates atau orang luar.Tapi ia sangat bernasib baik kerana masalah tersebut tidak mempengaruhi perfomance kem kite di atas padang sehingga ke akhir musim.

CA mengetakan bahawa, media England lebih suka membicarakan mengenai gossip mengenai masalah pemain di luar padang dan bukannya taktik atau cara permainan pemain di atas padang.Tapi ini chelsea,lah.Masalah peribadi dengan perfomance di atas padang lain criter.Lampard dan kem kite sukses meraih 2 trofi jugak musim ni,kan ?

Untuk pengetahuan korang, media England dengan media Itali sangat berbeza dari segi personaliti kemediaan mereka.Media Itali lebih fokus kepada cara dan taktikal susunan pemain.Mereka tidak suka membocorkan peribadi luar dalam skuad pemain tersebut.Berbeza dengan media di England.Mereka lebih berminat dengan kehidupan peribadi seseorang pemain itu,lebih2 lagi jika pemain tersebut berstatuskan star dan berwajah jambu.

 Siapakah "mangsa" terbaru Vanessa Peroncel selepas ini ?

Free transfer.! Sape nak ? Aku ade no.phone die....

Terkini : JT Metatarsal Part 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 13, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti yang dimaklumkan, kite telah mendapat berita yang sangat buruk buat kem kita mahupun kem skuad England.Berita tersebut ialah kapten Marvel Blues kita iaitu JT mengalami kecederaan metatarsal dan terpaksa dibawakan ke wad hospital.

Sumber dari web official kem kita menjelaskan mengenai perkara ini :

"JT mengalami kecederaan dalam latihan pada hari ini, dan dia sudah dibawa dengan segera ke hospital untuk dilakukan scan awal pada kaki kanannya.JT meninggalkan pusat latihan Cobham dengan berjalan kaki tapi dibantu oleh alat bantuan kecemasan.Kami akan menunggu keputusan & perkembangan mengenainya pada esok ataupun lusa." 

P/S : Jika kecederaan metatarsal JT itu parah, adakah dia akan sempat bermain dalam final Piala FA yang hampir nak menjelang tiba ini dan begitu jugak dengan word cup di Afrika Selatan nanti ? Same2 kite tunggu dan lihat ok.!

Terkini : JT Metatarsal ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 13, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kapten kite iaitu Abang JT dikhabarkan telah mengalami kecederaan metatarsal dan dimasukkan ke wad Hospital Selayang SB.Kecederaan tersebut dialami semasa dia training petang tadi.

Ape2pun korang boleh bace berita selanjutnya (di sini...)

Skandal Seks Terry Punca Titik Tolak Kejayaan Kita Musim Ini ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 08, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Skandal seks kapten kita iaitu Abang Terry yang menjadi berita paling hangat,sensasi dan kontroversi bola sepak musim ini dikatakan menjadi titik tolak kejayaan team kite musim ini ? Aik ?

Statement ini sendiri diungapkan oleh Abang didi kita yang merangkap best player bagi kem kite musim ini

Terry sempat menjadi spekulasi hangat oleh media2 England kerana mempunyai hubungan seksual dengan bekas girlfriend Wayne Bridge yang merangkap ex-teammatesnya di chelsea dulu.Akibat dari perbuatan tersebut, Terry terpaksa melepaskan ban kapten skuad England dari Fabio Capello.

"Kite telah menunjukkan tahap kualiti kami yang tinggi kerana kita musim ini kerap kali drop points dan Terry mempunyai sedikit  masalah di luar padang tapi di atas padang, dia telah memberikan kita inspirasi," kata Didi.

Aku faham dengan statement dari abang Didi kite nih.Mungkin ade hikmah di sebalik kejadian yang berlaku kepada Terry itu yang membuatkan kem kita player kita sedar betapa kejayaan sesebuah pasukan hendaklah bermula dari masalah ,dugaan dan cabaran dari pihak luar yang menjadikan player kita terus tabah dan cekal untuk kita akhiri musim ini dengan penuh kejayaan yang berlipat kali ganda.Untuk pengetahuan korang, sesebuah kejayaan tidak akan berlaku dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Masalah,konflik,mind games,dugaan,cabaran semuanya telah ditempuhi oleh kem kita musim ini bersama-sama.

Dan malam esok(waktu Malaysia) merupakan hari penentu kejayaan kem kita musim ini.Berjaya atau tidak ? Hanya usaha,kecekalan dan kadang kala nasib mampu merealisasikan impian itu.

P/S : Aku tepuk dahi aku 10 kali kalau kem kita tak leh beat wigan esok..

Mane Ade Handball : Terry

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 14, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Team kita still on top of the league dengan advantage 4 points mengatasi mansayur.Dan pagi tadi chelsea melengkapkan kemenangan tanpa henti dengan menewaskan bolton wanderes 1-0.Namun tercetus sedikit kontroversi dalam match tersebut.Ade beberapa pemain Bolton serta manager diorang menganggap Terry melakukan handball.

Insiden tersebut berlaku pada pertengahan second half ketika bola kononnya kelihatan disentuh oleh tangan Terry.

"Saya tahan bola tersebut dengan menggunakan dada saya.Saya tidak tahu ape yang berlaku di televisyen tetapi hakikat sebenar bola tersebut terkena dada saya.Mane ade handball beb," kata Terry.

Jelas Terry lagi....

"Musim ini semakin cepat berlalu, dan anda nak sangat sepakan penalti dan anda tidak mendapatkannya.Dan kadang2 anda akan dapat.Begitu juga dengan kami."

Memang betul cakap abang terry kita ni.Hehe terry memang sependapat dengan aku.

Terry memang dah lali bab2 camni.Maksud aku, die dah chuak n boring dah bab2 xdapat penalti kick dari ref.Biase ar tu bolton.Last season lawan barcelona.Lebih dari 3 kali handball dari player2 barcelona, tapi satu penaltipun ref xbagi kat chelsea.Musim nipun dah berapa kali chelsea tak dapat penalti disebabkan handball.So, xyah nak wat kecoh.Lagipun dalam match pagi tadi, terry dah cakap yang bola tersebut kena kat dada die n bukannya kena kat tangan die n it's is not penalti dude.What wrong bolton ? Your team is weak n did'nt play too good in this match n you wanna say your lose coz your team cannot get a penalty ? You are not professional.!
 Uncle Owen yang Kesian : Weh linesman, ko rabun ker ?
Linesman : Dah kalah tu, duk diam je ar coyles...

P/S : Dalam match pagi tadi, sorang player bolton ada jugak terbabit dalam insiden handball kat kawasan diorang, tapi ref xbagi jugak penalti kat chelsea.So lu fikirlah sendiri erk.

Eksklusif : 1 Tips Terbaik Halang Messi dari Abang Terry

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 13, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kekalahan besar Arsenal ke atas Barcelona di Nou Camp beberapa minggu yang lalu sememangnya di luar jangkaan tapi bagi aku, aku sudah menjangkakan keputusan tersebut.

Salah satu pemain yang telah memalukan defend2 gunners ialah Lionel Messi.Bukan sahaja defend arsenal, malah defend2 team2 hebat yang lain termasuk defend Real Madridpun tak leh nak sekat budak messi ni.

So ade 1 tips terbaik dari captain jack sparrow kita iaitu Abang Terry kita mengenai cara untuk menghalang budak messi ni.

" Jika die(messi) berusaha untuk masuk ke kawasan defend, anda memerlukan dua pemain untuk memblokkan movement dan lariannya.Anda tak boleh berhadapan 1 sama 1 dengannya," kata Terry.

Yup, betul cakap terry tu.Mane bleh halang si budak messi tu secara face to face.Tapi lawan arsenal kat Nou Camp hari tu aku tengok, semua defend arsenalpun xleh nak blok si messi tu.

Aku faham maksud terry tu,hehe.Untuk pengetahuan korang, sehebat-hebat mana Messipun,...last season lawan chelsea kat Nou Camp dan SB , tetap xleh nak lepas benteng kuat kita.Tgk ar season lepas, messi asyik kena blok je dengan terry,alex dan bosingwa,hehehe.Aku memang faham betul2 maksud terry tu,hehehe.Just only the blues man can stop messi,hmmm...

Terry Eksiden ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 18, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
John Terry terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan salah satu pegawai keselamatan kelab, telah mengalami patah kaki.Insiden ini berlaku selepas Chelsea tersingkir dari UCL.Akhbar SkySport telah melaporkan bahawa Terry kemudiannya diberi test pernafasan dari pihak Polis.

{Berita selanjutnya korang boleh bace kat bawah ni :}
http://www.guardian.co.uk/football/2010/mar/17/john-terry-security-guard-car

Alex "The Blues Strong Fortress"

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 10, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aksi hebat Alex ketika Chelsea menang 2-0 dengan Stoke telah menyebabkan ramai pihak memuji persembahan Alex tersebut dengan mengatakan bahawa "Maggie anda sudah kembam".Eh ?

Terry juga memuji persembahan hebat Alex itu.

"Dia membuat saya kagum dan bangga dengannya.Memang dia(Alex) bukan pilihan utama tetapi ketika menetang Stoke, dia beraksi begitu hebat.Dia membuat dua halangan penting dalam perlawanan tersebut, especially semasa menghalang percubaan merbahaya dari Tuncay," puji Terry.

Terry menyatakan lagi bahawa Alex patut diberi banyak kesempatan untuk bermain dalam skuad Chelsea lebih2 lagi sekarang ini Ricardo Carvalho yang kerap mengalami masalah kecederaan.

Hah,kan aku dah cakap,Alex memang power defend beb.Dari dulu lagi aku cakap die punyer defending memang terbaik dan advantagenya yang lain ialah free kick die masih berbahaya.Tak caye ? Suruh dia amik free kick time lawan West Ham hari sabtu ni.

Sekarang ini perfomance hebat Alex membuatkan Ancelotti sakit kepala dan pening2.La makanlah ubat panadol Uncle Ancelotti.Hehe Ancelotti pening untuk memilih barisan utama Chelsea sekarang ini menjelang menetang West Ham dan Inter.Nak buat camner geng, semua player kita hebat2,haha takder sorangpun yang failed.Ape2pun sian kat Joe Cole sekarang ni,isk..isk...

Galeri/Foto : Aku Masih Sayang Kamu, Toni !!!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, March 09, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terry meraikan golnya di depan die hard fan chelsea dan isterinya yang tercinta iaitu Toni Poole.Korang nak tahu, isteri Terry, Toni Poole juga berada di SB dan dalam gambar tersebut Toni berada di tempat duduk(paling kiri).

"Aku tidak akan melupakanmu,Sayang,"kata Terry"


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png