Semalam Chelsea telah mengikat kontrak bekas penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer yang berstatuskan free transfer. Dia telah menandatangani kontrak selama semusim.
Schwarzer ini boleh dikira sebagai option kedua selepas sebelum ini Chelsea cuba untuk mendapatkan penjaga gol Norwich City, John Ruddy namun tidak berhasil.
Di Chelsea, dia akan diletakkan sebagai pilihan kedua, di belakang Cech. Ok lah buat back-up sampai Courtois ambil alih nanti.
Sebenarnya ramai yang tak tahu, Schwarzer ini keeper yang bagus. Walaupun umurnya sudah mencecah 40 tahun, tetapi prestasinya lebih menyerlah jika nak bandingkan dengan penjaga gol epl yang lain. Musim lepas juga Schwarzer beraksi cemerlang bersama The Cottagers. Penjaga gol kebangsaan Australia itu sudah 10 tahun beraksi di EPL. Jadi pengalamannya itu telah menarik perhatian Mourinho & Chelsea.
Apa pun penghijrahan Schwarzer ke Chelsea merupakan satu perpindahan yang bagus. Sudah lama Chelsea tidak mempunyai goalie back-up yang hebat. Jadi ringan sedikit beban Cech kerana tak perlu dia bermain hampir kesemua game macam musim lepas. Sebelum bersara nanti, dapat juga Schwarzer merasa sekalung pingat + bermain sekurang-kurangnya 1 game di Champions League.