Showing posts with label Sumber Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Sumber Rujukan. Show all posts

Dilema kecederaan

Posted by KampungChelsea On Friday, April 29, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kosmo! Online : Carlo Ancelotti berada dalam dilema menjelang aksi menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana England malam esok.Ini kerana, Ancelotti berdepan masalah dalam pemilihan barisan pemain untuk mengemudi jentera tengah skuad The Blues ekoran masalah kecederaan yang melanda beberapa tonggak utama.

Ramires masih belum menjalani latihan selepas mengalami kecederaan hamstring sejak dua minggu lalu.Michael Essien turut mengikut jejak langkah Ramires apabila mengalami kecederaan lutut ketika membantu skuad The Blues menewaskan West Ham United 3-0, Sabtu lalu.Alex juga terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.

Kampung Chelsea :  Nampak gayanya Ramires bakal disisihkan sekali lagi utk match malam esok.Hmmm, tapi benda tu jadi tak jadi masalah besar sangat.Memandangkan kite ade back-up yg serba-boleh cam Mceachran, everything is going be all right.Jika match yg sebelum ni, Mikel yg handle in midfield position, so kali ni ape salahnya bagi chance plak kat Mceachran.Dah lame die x perform.


Begitu juga dengan Alex.Jika Alex still injured, kita ade Luiz & Ivanovic.Seperti biasa, gandingan Luiz & JT mengingatkan kite pada zaman Ricardo Carvalho di musim2 yg lalu.Cekal,kuat & kental di samping JT. Untuk right back, Ivanovic bleh amik peranan dgn sebaiknya. Cume Alex ni jenis bek yg sangat power.Versatile lah katakan.Bleh defend & bleh score gol.Die ade kaki killer dlm bab2 free kick.Sayanglah beb kalau die injured sampai akhir musim nanti.EPL tinggal 4 game je lagi.

Berkenaan dgn Essien pulak, harap die dapat fit 100% sebelum game esok.Risau gak pasal Essien ni antara key player team kite.Tak de die, maybe bleh jadi something wrong yg akan berlaku pd team.Sebelum ni midfield Chelsea strong disebabkan dielah.Kire cam Essien ni key-role di bahagin MDF. Sometimes die bleh jadi playmarker & sometimes die bleh jadi savior.Itulah Essien a.k.a The Bison. Lampard ni kkdg bleh diharap, kkdg tak leh harap jugak.Not all game die perform bagus.Cam Essien, die punya level perfomance konsisten every week.

Tapi kalau betul Essien tak dapat fit 100%, kite kena harapkan bantuan dari Benayoun lah plak. Well, Benayoun tidaklah seteruk yg korang sangka kan.Die perform okey.Tak sellfish.Banyak bagi through pass kat Torres.Itu yg kite nak sebenarnya.Team-work dari team-mates. Benayoun 1st starter.Itu sahaja option yg kite ade memandangkan kalau Essien sah tak perform malam esok.

Tiada Bunyi Vuvuzela di SB

Posted by KampungChelsea On Friday, July 23, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kem kite secara rasminya mengharamkan Vuvuzela berada sama ada di dalam atau di luar Stamford Bridge(SB).

Keputusan ini telah dibuat bagi menjamin keselamatan para penyokong serta menjaga suasana harmoni di stadium SB.Ini dapat menjadikan bahawa tiada lagi bunyi Vuvuzela yang dapat mengganggu tumpuan para pemain kem kite seperti yang berlaku di WC 2010 baru2 ini.

Sumber dari : Web rasmi kem kite (sila klik sini...)

P/S : Bukan sahaja kem kite malah kem Arsenal,Spurs,Manchester City juga mengharamkan penggunaan Vuvuzela di stadium mereka.Aku rasa vuvuzela ni kat Afrika je dibenarkan coz sape yang nak dengar beb bunyi "lebah melalak" melainkan orang afrika tu sendiri...

Berita Terkini...

Posted by KampungChelsea On Friday, June 11, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kontrak News :
-Seperti yang sedia maklum, kem kite dengan rela hatinya telah melepaskan Joey & Ballack serta Belletti.Destinasi baru mereka selepas ini masih lagi belum dapat diketahui.Cume ramalan dan jangkaan aku ialah sudah pastinya Joey akan menyarung jersi Arsenal musim depan.Ballack maybe balik semula ke Jerman atau pergi ke Dubai.Belletti ? maybe team Selangor berminat untuk mendapatkan khidmatnya nnti.Sape tahu,kan ? (news...)

-Kem kite khabarnya telah menyiapkan satu kontrak baru untuk Abang Nik kite.Kontrak tersebut bakal diterima oleh Nik maybe lepas habis WC nanti.Kontrak tersebut membolehkan Nik stay 2 tahun tambahan bersama kem kite.Tidak lupe jugak, gaji sebanyak 90 ribu pound seminggu untuknya.Kurang 10 ribu lagi untuk menyamai gaji Abang Frankie. (news...)

Transfer News:
-Pemain mude berbakat, Miroslav Stoch telah join kelab gergasi Turki, Fenerbahce.Maybe news ini sangat mengejutkan aku kerana aku mengharapkan sentuhan Stoch untuk kem kite next season. (news...)

Rumours or Reality News ? :
-Bernd Schwensteiger antara salah satu pemain yang bakal kite beli untuk next season. (news...)

Besday News:
-Hepi besday aku ucapkan kepada Uncle CA kite yang ke-51.Semoga panjang umur dan dimurahi lebih trofi dan kejayaan untuk kem kite next season. (news...)

 WC 2010 dah bermula !!!! Kejor England..Kejor...!!!

Didi Selamat Jalani Operate (AKHBAR KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Monday, June 07, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kapten Ivory Coast, Didier Drogba telah selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan patah tangan kanannya kelmarin.

Penyerang sensasi Chelsea itu mengalami kecederaan tersebut ketika membantu Ivory Coast menewaskan Jepun 2-0 dalam satu aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia 2010, Jumaat lalu.

Terdahulu, timbul spekulasi yang mengatakan Drogba tidak dapat beraksi kempen Piala Dunia kali ini.

Begitupun, pasukan perubatan Ivory Coast tetap optimis penyerang Chelsea itu mampu beraksi dalam beberapa perlawanan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak (FA) Ivory Coast menjelaskan pembedahan yang dilakukan ke atas Drogba dianggap (baca lagi di sini...)

Perangkap Anfield (HMETRO)

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 27, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: Carlo Ancelotti mengakui Chelsea perlu menang pada perlawanan penting menentang Liverpool hujung minggu ini jika mahu menyekat Manchester United daripada memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.

Pasukan bimbingan Ancelotti itu merampas semula takhta liga selepas membelasah Stoke 7-0 di Stamford Bridge yang membolehkan mereka mendahului satu mata di atas Red Devils.

Keputusan perlawanan itu juga menyaksikan United hanya bertahan 24 jam di persada liga selepas The Blues mencatat kemenangan besar sekali gus menyampaikan mesej amaran kepada pasukan Alex Ferguson.

Kini mereka fokus kepada kunjungan ke Anfield, Ahad ini yang dianggap perlawanan paling penting dalam menentukan siapa bakal memenangi gelaran liga.

Ketika dua perlawanan terakhir United menentang Sunderland di tempat lawan pada Ahad dan Stoke di gelanggang sendiri selepas itu, mereka di anggap mudah untuk mencapai kemenangan ketika Chelsea tidak dapat mengelak daripada menang ke atas lawan sukar, Liverpool dan Wigan untuk menafikan peluang United.

Kemenangan di Anfield selalunya tugasan sukar, biarpun Liverpool kini menempuhi musim paling mengecewakan dan The Reds terdesak memburu kedudukan keempat untuk membolehkan skuad Rafael Benitez menutup musim ini dengan layak ke Liga Juara-Juara.

Jika Liverpool menang bermakna United akan menjuarai liga buat kali ke-19.

“Saya rasa Manchester United boleh menang ke atas Sunderland dan Stoke tetapi gelaran kini dalam tangan kami dan sasaran kami ketika ini adalah menang baki dua perlawanan. Jika kami menang kami akan bergelar juara,” kata Ancelotti.

“Kami ada seminggu untuk bersedia menentang Liverpool dan kami akan lakukan yang terbaik. Saya harap kami dapat bermain dengan baik di Anfield seperti kami lakukan ketika menentang Stoke.

“Kami perlu bermain menentang pasukan kuat, pasukan hebat yang berebut kedudukan keempat dan saya pasti ia bakal menjadi perlawanan paling sukar buat kedua-dua pasukan.

“Liverpool akan menentang kami habis-habisan untuk mendapatkan kedudukan keempat kerana penting bagi mereka untuk masa depan kelab. Masa depan kami di tangan kami,” kata Ancelotti yang mengharapkan ulangan kemenangan 2-0 ke atas Reds, awal musim lalu.

Chelsea berjaya mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan dengan menjaringkan sejumlah besar 93 gol dalam liga musim ini.

“Falsafah kami adalah menyerang. Kami meletakkan ramai pemain di bahagian depan, kami mahu mereka menyerang dengan kualiti dan kebolehan pemain yang mampu menjaringkan gol,” kata Ancelotti. - AFP

Eksklusif - Ini Jersi Team Kita 2010/2011

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 15, 2010 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cantik,Elegan,Fit,Kemas,Sempoi,Kasanova,Power,Cun,Selesa dan Hensem.Inilah Jersi Home team kita untuk musim 2010/2011.Memang terbaik dari ladang...

"Lampard always nampak hensem dan macho..."

P/S : Sori banyak2, gambar abang Terry kita pakai jersi home yang baru ni xder,skrg nipun tengah cari gambar tu...Maybe die busy kot atau tak sempat nak pakai lagi,hehehe...Sesape yang ade gambar2 atau link terry pakai jersi home cam kat atas ni, sila bagitahu erk...boleh share kat semua die hard fan chelsea yang lain....

Laporan Khas : ManKayu Versus Chelsea Versi Game PES 2010

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 06, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti yang anda telah tahu, perlawanan di antara Manchester United menentang Chelsea telah berlangsung di Stadium Old Trafford pada hari Sabtu yang lalu dengan kemenangan telah memihak kepada pasukan pelawat, iaitu Chelsea. Ia merupakan kemenangan ketiga (hatrick) Chelsea ke atas Manchester United pada musim ini, selepas perlawanan Community Shield dan perlawanan liga di Stamford Bridge pada awal musim.

Buat sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu, di sini saya sediakan sedikit laporan ringkas perlawanan tersebut dalam versi game PES 2010. Semoga terhibur! Terutamanya peminat-peminat pasukan Chelsea! He he he =)

Perlawanan ke-33 liga ini berlangsung di Old Trafford, iaitu Stadium Rasmi bagi pasukan Manchester United selaku tuan rumah

Kelihatan Kapten bagi kedua-dua pasukan (John Terry dan Gary Neville) mengetuai barisan masing-masing masuk ke padang

Old Trafford Manchester

Penyokong-penyokong tuan rumah jelas menguasai stadium

Pemain tuan rumah - Ji Sung, Evra, Berbatov

Lineup untuk Manchester United, tanpa ayam tambatan mereka, Wayne Rooney yang mengalami kecederaan

Formasi yang digunakan Manchester United

Lineup untuk Chelsea, "without 4 key defences" kata pengulas di televisyen. Penjaring terbanyak Chelsea, Didier Drogba hanya mengisi bangku simpanan dan tidak akan memulakan perlawanan ini dalam kesebelasan utama

Formasi 4-3-3 yang digunakan semasa membelasah Aston Villa 7-1 pada minggu lepas terus mendapat kepercayaan Carlo Ancelloti iaitu pengurus Chelsea

Separuh Masa Pertama 

Setelah jelas menguasai permainan seperti bermain di tempat sendiri, akhirnya pada minit ke-20, Joe Cole telah berjaya menjaringkan gol backheel yang cantik sekali gus memperdaya penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar 

Gol ini berpunca hasil daripada gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol oleh pemain yang sedang berada di puncak prestasi, iaitu Florent Malouda

Joe Cole berlari bagi meraikan gol cantik yang dijaringkannya

1 gol untuk Joe Cole

Yeahhh!!!!

Separuh Masa Kedua

Setelah hampir 60 minit Chelsea menguasai permainan, akhirnya Manchester United berjaya mendapat rentak permainan mereka. Namun Chelsea yang akhirnya berjaya menambah gol kedua pada minit ke-79 hasil jaringan pemain gantian, Didier Drogba yang baru dimasukkan kurang dari sepuluh minit. 

Gol ini hasil daripada hantaran menarik oleh Salomon Kalou, juga pemain gantian yang baru dimasukkan Chelsea bagi menggantikan Joe Cole pada minit ke-74. Drogba sekali lagi menjadi penjaring gol dalam perlawanan 'besar' atau penting

Walaupun rakaman ulang tayang menunjukkan Drogba jelas offside ketika menjaringkan gol berkenaan, namun ianya tidak berjaya dikesan oleh panjaga garisan, sekali gus menyebabkan pengadil membenarkan jaringan tersebut dikira.

"Offside? Ada aku kesah?"

Oh yeahhh!! 

Walaubagaimanapun, 2 minit kemudian, pemain muda gantian Manchester United, Federico Macheda telah 'berjaya' menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 9 minit. Ianya hasil daripada hantaran Nani yang tidak berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol Chelsea, Petr Cech, sekali gus menyebabkan bola melantun pada dada Macheda yang kemudiannya dilihat menolak bola menggunakan tangan ke dalam pintu gol Chelsea.

Kapten Chelsea, bergegas menghala ke arah pengadil bagi membantah jaringan 'Hand of God' oleh Macheda yang apabila dilihat melalui ulang tayang jelas kelihatan menolak bola dengan tangan ketika menjaringkan gol tesebut.

Bantahan walaubagaimanapun ditolak pengadil perlawanan, Mike Dean sekali gus membenarkan gol tersebut dikira.

Macheda bergegas membawa bola ke tengah padang bagi memulakan semula perlawanan. "Perlawanan tak habis lagi okeyh!" Mungkin itu kata Macheda.

Walaupun diasak bertalu-talu oleh Manchester United yang mencari gol penyamaan dengan perlawanan berbaki 9 minit (tidak termasuk 4 minit masa kecederaan), Chelsea berjaya mengekang kemaraan Manchester United dengan berjaya menyerap segala tekanan. Oh yea, saya menonton perlawanan ini melalui saluran 812 (Astro) iaitu ESPN, seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas.

Akhirnya berakhir perlawanan yang mendebarkan ini setelah tamat 4 minit masa kecederaan yang diberikan oleh pengadil. Drogba sekali lagi menjaringkan gol penting yang memberikan kemenangan kepada Chelsea.

Persembahan pemain favourite saya, Frank Lampard pula adalah lebih kepada sederhana, namun tetap penting dalam kejayaan ini.

Berakhirnya perlawanan ini melengkapkan rekod 'bersih' Chelsea ke atas Manchester United pada musim ini, setelah menang di Wembley (2-2 FT : Penalti 4-1) dan Stamford Bridge (1-0) pada awal musim.

Berikut ialah statistik penuh perlawanan antara Manchester United dan Chelsea di Old Trafford.


P/S : Sumber sepenuhnya di ambil dari blog Areev19.Thanks 4 this great information,Areev.!!!! I like !!!!

Quotes Of Carleto & Jose

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 18, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carlo Ancelotti
"It did not surprise me how Inter lined up because that was how they played in last 30 minutes in San Siro," Ancelotti said, "But one thing I was surprised by was the hard work put in by the two wide men on the night"

~Jose Mourinho~
"Sometimes you win because you are the best team from the first minute to the last and that is the perfect game. And that team was my team so I am very happy for them, very happy for the Inter supporters and very happy for myself because I worked so much to prepare this game."

"I am not happy because my ex-players lost, I am not happy because Roman lost, I am not happy because Chelsea supporters go home sad. I am happy with our happiness, not with their unhappiness"

"Yesterday I exchanged a few SMS with John Terry I told him tomorrow somebody will be sad, but that's life"

"Possibly I am no longer so special for Chelsea supporters who will probably never forgive me."

Sumber : Dipetik dari Laman Web ChelseaFc

Semuanya Salah Set-Piece.! (METRO)

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 06, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: Skandal yang membelenggu masa depan John Terry sebagai kapten England bukanlah satu-satunya masalah yang perlu diatasi Carlo Ancelotti ketika ini.

Pengurus Chelsea itu juga perlu memikirkan betapa mudahnya pasukan itu melepaskan gol kepada lawan menerusi sepakan percuma dan beliau bimbang kelemahan itu pasti membawa padah andai tidak diperbaiki.

Aksi mantap Chelsea ketika ini menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada tangan Manchester United.

Begitupun, dengan keadaan United yang mula menunjukkan kebangkitan, masalah Chelsea ketika mempertahankan sepakan sudut serta sepakan percuma sekali lagi menjadi buah mulut ramai dan itulah yang membuatkan Steven Mouyokolo berjaya menanduk masuk gol pendahuluan Hull ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium KC, Selasa lalu.

Didier Drogba menyamakan kedudukan tetapi Hull hampir mencuri tiga mata jika Anthony Gardner tidak melepaskan peluang hasil sepakan sudut Tom Cairney.
“Saya sedar berapa banyak gol yang sudah kami lepaskan menerusi sepakan percuma atau tendangan sudut.“Setiap pasukan di England mempunyai pemain yang mampu membuat tandukan yang baik juga penyerang hebat dan bila-bila masa saja anda boleh bolos.” “Kami menjaringkan gol tetapi kami juga melepaskan gol. Memang kami sudah melakukan yang terbaik tetapi perlawanan itu memang sukar dan kami tertekan," kata Ancelotti.
Pengurus Hull, Phil Brown mengakui beliau sudah mengenal pasti kelemahan Chelsea dan kerana itulah skuadnya hampir menang.
“Adalah menjadi tugas saya untuk menyelidik bagaimana kami boleh menjaringkan gol ke atas Chelsea dan sembilan daripada 10 gol yang mereka lepaskan adalah berpunca daripada sepakan percuma atau tendangan sudut,” kata Brown.

Lampard Terbaik Dari Ladang : Ancelotti (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Friday, January 29, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melabel Frank Lampard sebagai pemain terbaik dunia selepas bintang England itu meledak dua gol bagi membantu The Blues kembali ke persada Liga Perdana England.
"Pergerakannya (Lampard) sangat hebat. Kami menggunakan segenap penjuru padang untuk melakukan asakan dan dia juga masih mampu mara ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol," kata Ancelotti.

"Dua golnya itu menunjukkan bahawa dia adalah pemain perancang terbaik di dunia.

"Dia memiliki kualiti yang menakjubkan dan sentuhan tajam di depan pintu gol."
Hehehe kita masih ade satu lagi perlawanan dan aku suke bace kenyataan dari Ancelotti ni.
"Kami masih ada satu perlawanan dalam tangan dan ia sangat penting kerana Arsenal dan Manchester United akan bertemu sesama sendiri Ahad ini.Prestasi kami sangat bagus pada Januari ini dan saya berterima kasih kepada pemain kerana menjalankan tugas dengan baik walaupun tanpa pemain-pemain Afrika ini."

Injury News : Ape Perkembangan Terbaru Essien ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pasukan Ghana kini menanti keputusan imbasan kecederaan lutut Michael Essien, di mana ketiadaan pemain yang cukup berpengaruh akan menjejaskan kempen mereka.

Essien yang hanya bermain seketika sewaktu pasukannya tewas 3-1 dalam perlawanan pembukaan pasukannya menentang Ivory Coast, tercedera ketika sesi latihan kelmarin dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketiadaannya akan memberi tamparan hebat kepada Ghana yang akan menentang Burkina Faso di Stadium 11 November yang memuatkan 50,000 penonton di ibu negara Angola itu.(SUMBER AKHBAR HARIAN METRO)

Chelsea belum boleh memastikan keadaan Essien tersebut kerana mereka perlu menunggu keputusan daripada pemeriksaa dari pihak medik di Ghana.
"Kami mengetahui kecederaan yang dialami oleh Michael(Essien) dan sudah berbincang mengenai perkara ini dengan skuad kebangsaan Ghana.Kami akan memeriksa secara keseluruhan mengenai Michael minggu ini.Sehingga pada waktu itu, tidak akan ada perkara lain yang akan diberitahu mengenai keadaan sebenar Essien," kata pihak Chelsea yang terlibat dalam perkara ini.      (SUMBER KC)

Essien Tak Pergi Ke Angola ? (Harian Metro)

Posted by KampungChelsea On Friday, January 08, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



ACCRA: Michael Essien dikhuatiri tidak dapat beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika di Angola, Isnin depan biarpun kembali berlatih minggu ini, kata Persatuan Bola Sepak Ghana.

Essien dibenarkan berada di London dan berlatih dengan kelabnya Chelsea, semalam sebelum ke Angola menyertai Ghana beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Togo di Cabinda.

Pemain tengah itu kembali pulih selepas mengalami kecederaan hamstring dalam Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu.
“Jurulatih, Milovan Rajevac akan menilai pemain tengah itu kerana dia perlu mengembalikan tahap kecergasan sepenuhnya sebelum boleh menurunkan kapten pasukan untuk kejohanan itu,” kata persatuan itu menerusi laman web (www.ghanafa.org).

Mourinho Bukan Ancaman Saya : Ancelotti (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Friday, January 01, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) telah memberitahu Jose Mourinho supaya melupakan sahaja hasrat untuk kembali membimbing Chelsea dalam masa terdekat.

"Dia (Mourinho) perlu tunggu kerana pada masa ini, saya masih lagi pengurus Chelsea dan saya akan terus kekal di sini."

"Seperti yang kita tahu, Mourinho adalah jurulatih bagi Inter Milan dan dia bukanlah ancaman saya."

Ancelotti menambah, beliau tidak terkejut apabila mengetahui Mourinho yang juga jurulatih Inter Milan berhasrat untuk kembali ke England.

"Dia (Mourinho) telah bersama Chelsea selama tiga musim dan dia tahu mengenai perkembangan bola sepak di England dengan baik.

"Saingan Liga Perdana England adalah yang terbaik di dunia dan tidak mustahil semua jurulatih ingin berada di sini," tambah Ancelotti yang merupakan pengurus keempat Chelsea selepas Mourinho dipecat.

Mengulas aksi kalah mati Liga Juara-Juara bertemu Inter bulan depan, Ancelotti berkata: "Ia bukanlah satu undian yang baik tetapi saya sudah bersedia untuk menumbangkan Inter dan Mourinho."

I'm Still Believe Frank : Ancelotti

Posted by KampungChelsea On Friday, December 18, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ancelotti memuji Lampard kerana berjaya menjaringkan penalti tersebut selepas dia gagal melakukannya ketika tewas 1-2 kepada Manchester City dua minggu lalu.

"Saya percaya kepada Frank kerana dia bagus dalam sepakan penalti," kata Ancelotti.

"Jaringan penaltinya sangat bagus malam ini (kelmarin) kerana ia bukannya mudah. Tekanannya sungguh hebat dan dia berjaya melakukannya dengan baik."

Sumber : Kosmo

Petanda Julang Gelaran (KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Tuesday, November 10, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Carlo Ancelotti menganggap kejayaan menundukkan dua pasukan handalan, Liverpool dan Manchester United membukti- kan kemampuan mereka untuk menjulang gelaran liga musim ini.

Pada musim lalu, Chelsea gagal untuk menewaskan United dan Liverpool tetapi kehadiran pengendali dari Itali itu berjaya mengubahnya dan Chelsea kini selesa memimpin kedudukan liga dengan kelebi- han lima mata.

Kemenangan 1-0 ke atas United malam kelmarin turut mencipta rekod baru kelab tersebut dengan catatan 11 kemenangan berturut- turut di tempat sendiri.

"Kemenangan ke atas pencabar utama kami sangat penting bagi melonjakkan semangat pemain.

"Pada masa yang sama, kami juga perlu memberi tumpuan ketika bertemu pasukan- pasukan lain," kata Ancelotti.

Generasi Emas ? : Lampard (BERITA HARIAN)

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 14, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: Frank Lampard mengakui barisan bintang bola sepak England gagal untuk menepati jolokan 'generasi emas' tatkala skuad bimbang jurulatih berbangsa Itali Fabio Capello melengkapkan kempen kelayakan Piala Dunia menentang Belarus, hari ini.

Ketika Lampard, John Terry, Steven Gerrard, Ashley Cole, Rio Ferdinand dan David Beckham menempatkan diri dalam pasukan England dalam setahun atau dua tahun antara satu sama lain, kemunculan begitu ramai pemain muda berbakat membuatkan Adam Crozier, Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) ketika itu, untuk melabelkan mereka generasi emas.

Tetapi Lampard mendakwa jolokan itu terbukti satu bebanan kepada pemain tatkala mereka cuba untuk memenuhi kepercayaan yang diletakkan ke atas mereka.
Kekalahan di suku akhir Piala Dunia 2002, Euro 2004 dan Piala Dunia 2006, memberi gambaran bahawa England jauh sekali daripada generasi gangsa apa lagi generasi emas.

Kini, barisan bintang itu dalam atau menghampiri usia 30-an dan pemain tengah Chelsea, Lampard tahu peluang terakhir mereka untuk menjadikan label itu lebih bernilai akan hadir di Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun depan.

"Ia boleh memberikan kebaikan menerusi tekanan ke atas pasukan dan individu tetapi apabila orang bercakap mengenai generasi emas, ia adalah jolokan yang menanti untuk gagal," kata Lampard. "Kami hanya turun ke padang dan bermain tetapi ia sentiasa menjadi sebutan. Sememangnya ia agak malang.

"Adam Crozier menyebutnya, orang ramai mengikutinya tetapi kami tidak menyusuli. Apabila anda bercakap mengenai generasi emas, bercakaplah mengenai 1966 apabila England memenangi Piala Dunia.

"Ia dinyatakan terlalu awal. Generasi emas sepatutnya disebut sebaik anda memenangi sesuatu. Apabila kami memenangi sesuatu, maka kemudian kita boleh berbicara mengenai generasi emas."

Selepas melayakkan diri ke pusingan akhir berbekalkan lapan kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan Enam di bawah kepimpinan Capello, England tampak lebih mantap untuk meninggalkan kesan lebih mendalam dalam Piala Dunia berbanding percubaan sebelumnya.

Malah kekalahan 1-0 menentang Ukraine, Sabtu lalu, yang menamatkan rekod cemerlang England dalam pusingan kelayakan, tidak dapat menggugat kekentalan pasukan itu

BIG MATCH TONIGHT : The Blues Vs The Reds(KOSMO)

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 04, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di Stamford Bridge malam ini, dua kelab gergasi England itu sekali lagi akan berentap dalam misi mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam kempen Liga Perdana England.

Tatkala Chelsea berada di tangga kedua dengan mengumpul 18 mata, Liverpool pula mengekori rapat apabila hanya ketinggalan tiga mata di belakang skuad The Blues.

Baik Chelsea mahupun Liverpool, kedua-dua pasukan itu pastinya mahu mengelak daripada mengalami kekalahan kerana ia bakal menjejaskan peluang mereka memburu kejuaraan liga musim ini.

Selepas tujuh perlawanan, Liverpool telah mengalami dua kekalahan manakala Chelsea tewas sekali selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Wigan minggu lalu.

Menjelang pertembungan malam ini, kapten Chelsea, John Terry awal-awal lagi mengingatkan rakan sepasukannya agar lebih berwaspada dengan ancaman Liverpool.

"Kami harus menampilkan aksi lebih baik ketika menentang Liverpool. Mereka sebuah pasukan yang hebat, jadi kami harus lebih bersedia dalam setiap posisi bagi menghadapi perlawanan ini.

"Saya percaya Liverpool pasti mahu kami dikecewakan di hadapan penyokong sendiri sebagaimana yang dilakukan mereka musim lalu," kata Terry.

Peringatan Terry itu dilihat ada kebenarannya kerana Liverpool berjaya mencalarkan rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge musim lalu apabila menang 1-0.

Terry desak rakan bangkit (Berita Harian)

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 29, 2009 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON: John Terry membidas rakan sepasukan Chelsea di atas kekurangan semangat berjuang dan kesungguhan yang menjadi punca mereka kecundang kepada Wigan, Sabtu lalu dan mahu sifat itu dikikis apabila menentang APOEL Nicosia dalam Liga Juara-Juara Eropah, esok.

“Apa yang diharapkan adalah setiap pemain bekerja keras dan berjuang dan kami tidak melakukannya ketika menentang Wigan,” kata ketua pasukan The Blues itu.

Dia menambah Chelsea gagal untuk memenangi aspek tandukan dan juga tidak banyak mengatasi lawan dari segi rempuhan dan pada firasatnya ia cukup mudah untuk merumuskan kekalahan tempoh hari.

“Apabila anda hadir di tempat seperti ini anda harus mengimbang kegigihan lawan. Seluruh pasukan gagal pada hari itu dan ia amat mengecewakan untuk pasukan,” katanya.

Menjelang Menetang Croatia Malam Ini : Lampard Akur Capello Mahu Terbaik(UTUSAN)

Posted by KampungChelsea On Wednesday, September 09, 2009 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LONDON - Frank Lampard percaya keengganan Fabio Capello menerima alasan 'tidak menyerlah' akan memastikan England mengesahkan tempat ke Piala Dunia jika menang ke atas Croatia, esok.

Skuad Capello kurang tiga mata untuk ke pusingan akhir di Afrika Selatan 2010 selepas merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan.

Walaupun England kelihatan berprestasi baik menjelang pertembungan di Wembley dengan Croatia, Lampard yakin Capello tetap mahukan lebih lagi daripada pasukannya.

Jurulatih itu yang bimbang dengan kemerosotan tumpuan dan kealpaan pertahanan di sepanjang perlawanan persahabatan dengan Slovenia, Sabtu lalu segera memaklumkan kesilapan yang dilakukan oleh para pemainnya.

Lampard menjangkakan fokus penuh para pemain akan memastikan tidak berulang insiden kekalahan mengejut 2-3 kepada Croatia di Wembley dua tahun lalu, yang menyekat England layak ke Euro 2008.

"Kami semua faham apabila kami membuat kesilapan. Kami tahu apa yang pengurus suka dan perkara yang dia tidak boleh terima. Dia mahu kami membetulkannya dan kami berusaha sekuat mungkin.

"Dia sama sekali tidak gembira dengan perlawanan Sabtu lalu. Anda boleh lihat dia sempurna dengan cara dia bekerja. Atas sebab itulah dia berada di sini, juga kejayaan-kejayaan yang pernah dicapainya.

"Walaupun pada kami persembahan yang diberikan sudah cukup baik tetapi rakaman video selepas itu akan akan menunjukkan aspek mana sepatutnya mampu ditingkatkan.

"Ia salah satu perkara yang menyebabkan kami semakin meningkat banyak kali,'' kata Lampard.

England kembali pulih hasil sentuhan Capello sejak pasukan itu gagal layak ke Euro 2008.

Bekas pengurus AC Milan itu menyalakan semula minat para pemain untuk beraksi di peringkat antarabangsa apabila dia menukar England daripada pasukan yang tidak membawa apa-apa kepada pasukan yang digeruni.

Pada awalnya, perlawanan melibatkan England sedikit terjejas dengan ejekan penyokong kerana pemain beraksi di bawah keupayaan dengan para pemain seperti Lampard dan Ashley Cole menerima ejekan lebih teruk.

Namun, Capello telah mengubah semua itu dengan menjadikan para pemainnya yakin terhadap kemampuan sendiri untuk mewujudkan unit bersepadu.

"Saya rasa kritikan adalah budaya moden. Ia agak malang namun sebagai pemain kami harus menerimanya.

"Saya pernah melaluinya. Ashley juga pernah mengalaminya. Namun, faedahnya anda telah melaluinya, menjadikan anda semakin tabah.

"Semangat kami lebih kuat hari ini. Saya tidak pernah kenal pasukan yang amat yakin untuk mengharungi sesuatu perlawanan, mahukan kemenangan dan mahukan perlawanan seterusnya,'' kata Lampard.

Croatia, yang akan turun tanpa pemain tengah Luka Modric yang cedera dan Vedran Corluka yang digantung, hanya ketinggalan satu mata kepada England jika mereka menang esok.

Namun, pasukan bimbingan Slaven Bilic beraksi lebih satu perlawanan berbanding skuad Capello, yang masih ada dua perlawanan iaitu menentang Ukraine dan Belarus, jadi England masih pasukan pilihan untuk layak sekalipun jika mereka gagal mengalahkan Croatia


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png