sujud syukur
Salam jumaat.
Ada orang bertanya kepada aku "Agak2 perebutan takhta liga sudah berakhir ?"
Bagi Liverpool & Arsenal, benda itu memang sudah lama berakhir tapi bagi Chelsea, ia tersangat komplikated. Sukar untuk jelaskan adakah Chelsea sudah terkeluar dari title race, memandangkan City & Menyu terus mara ke hadapan.
Chelsea sekarang berada dalam situasi yang pelik. Pelik kerana sesetengah game yang nampak sangat sukar tapi kita berjaya memenanginya dan sesetengah game yang nampak mudah tapi kita gagal memenanginya. Harap kau orang semua faham dengan apa yang aku terangkan ini.
Apa nak jadi dengan Chelsea sekarang, aku tak boleh nak ulas lebih lanjut namun aku konfiden Chelsea sekurang-kurangnya akan akhiri liga musim ini di top 3, atas dari Arsenal & juga atas dari Liverpool. Itu jangkaan aku.
Berkenaan dengan Lucas Piazon, sebenarnya ada agenda juga tentang pinjaman beliau ke Malaga.
Kau orang ingat Chelsea saje2 nak loan kan beliau ke kelab La Liga itu. Chelsea sudah membuat perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah mereka, Isco. Disebabkan hal itu, Piazon dijadikan "hantaran" bagi mentuntaskan transfer Isco.
Isco, pemain yang sangat impressive musim ini dikatakan bakal mengambil alih tempat Super Frank musim depan.
Hal2 transfer window aku nampak Chelsea semakin bijak dalam mendapatkan sesuatu pemain. Jual Kalou ke Lille & kita beli Hazard. Loan Kevin de Bruyne ke Bremen & kita beli Marin.
So, kita loan Piazon & bakal dapat Isco. Begitu juga dengan Falcao. Kita loan Courtois ke Atletico dalam satu tempoh yang panjang. Di situ ia memudahkan Chelsea bagi mendapatkan Falcao nanti. Hubungan yang baik dengan sesebuah kelab memudahkan kita merembat pemain dengan cara yang mudah.
Orang putih cakap "you get what you give".
