1. Keserasian
- Zaman RDM memperlihatkan kembali chemistry di antara pemain senior dengan pengurus. Berbeza di zaman AVB, kita boleh tengok, konflik sering sahaja berlaku. Pemain tidak menyukai method yang dibuat oleh pengurus serta pengurus menyusun line-up secara semberono. Dan RDM telah menghapuskan dua masalah itu dengan memperbaiki sikap & etika pemain senior Chelsea. Beliau juga mendengar isi hati yang diluahkan oleh pemain kita. Kadang-kadang jika timbulnya sesuatu masalah, pengurus juga harus mendengar pendapat pemainnya. Namun AVB gagal untuk melakukan perkara sedemikian.
2. Pemain flop diberi kesempatan
- RDM tidak pilih kasih. Setiap perlawanan, beliau menyusun line-up yang berbeza. RDM juga memberi peluang kepada pemain yang jarang diberi kesempatan di zaman AVB. Contoh seperti Mikel & Kalou. AVB terlalu mempriotiskan pemain Portugal sehingga beliau lupa, masih ada lagi pemain lain yang perlu diberi perhatian. Setiap pemain juga harus diberi layanan yang adil & saksama.
3. Kepelbagaian formasi
- RDM mempelbagaikan formasi. Contoh dalam sesuatu perlawanan, beliau akan guna 4-3-2-1. Perlawanan seterusnya 4-5-1. Kadand-kadang RDM juga menerapkan formasi diamond 4-4-2. Berbeza dengan AVB, AVB hanya stick dengan 1 formasi sahaja iaitu 4-3-3. Menjadi ke tak menjadi ke, itu sahaja formasi AVB.
4. Kebangkitan Nando Torres
- 5 perlawanan pertama Chelsea bersama AVB, Torres gagal menjaringkan sebarang gol. Tapi 5 perlawanan pertama Chelsea bersama RDM, Torres berjaya menjaringkan 3 gol serta menyumbang 5 assist. Bila berlakunya perkara sebegini, pastinya kita tahu yang AVB tidak pandai untuk menyelesaikan masalah ketandusan gol Torres itu.
Bukan sengaja atau saja-saja nak kutuk, tapi inilah hakikatnya. Suka atau tidak suka, zaman RDM lebih baik daripada zaman AVB. Cuba anda bayangkan jika RDM lebih awal memimpin kem Chelsea, adakah kedudukan liga Chelsea akan jadi teruk macam sekarang ini ? Tidak. 7 kemenangan dalam 8 perlawanan sebelum ini telah menunjukkan RDM mampu mengoptimumkan Chelsea ke satu tahap yang lebih membanggakan bagi seluruh warga The Blues. Sedangkan 8 perlawanan terakhir AVB bersama Chelsea, kita hanya meraih 2 kemenangan sahaja. AVB telah meninggalkan Chelsea dalam keadaan yang terbelangkai. Cuba anda bayangkan sekali lagi, jika AVB masih ada di Chelsea, adakah kita mampu untuk melangkah ke suku akhir Uefa Champions League ? Jawapannya tidak. Itu sahaja yang aku boleh ungkapkan.
P/S :6 tahun RDM menjadi pemain Chelsea. Dari tahun 1996 sehingga 2002, beliau telah menghasilkan sebanyak 119 penampilan untuk The Blues. RDM telah membantu Chelsea meraih Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 & 2000. Di zaman beliau juga, Chelsea menjuarai trofi Carling Cup, Piala UEFA Cup, UEFA Super Cup dan FA Komuniti shield. Pencapaian tersebut membolehkan RDM diangkat sebagai pemain lagenda di Stamford Bridge. Beliau mempunyai sejarah yang gemilang bersama kem kita. Disebabkan itulah pemain senior kita hormat dengannya. Seseorang yang tahu selok-belok pasal kelab Chelsea. RDM masih mengiktiraf old guard sedangkan AVB terlalu meminggirkan pemain veteran kita. Itu sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh kebanyakan fans Chelsea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
mcm yg pnh aku komen sblm ni,RdM mmg ada kelayakan utk jd pengurus secara full kalo aku lihat performance Chelsea kblkngn
ni.aku cakap RdM lebih dr layak,tapi aku fikir RA sbg pemilik kelab gerenti akan carik pengurus baru pas ni..Yg pasti
pengurus tu nnti ada high profile sikit..
sblm KC buat post Chelsea Benfica 2nd leg,aku buat pkiraan pluang Chelsea utk terus mara masih 60-40..kalo main alang2,
menang 1-0 kat Lisbon ari tu mmg boleh jd trbalik..The Blues have to expect the best that may come from one of the Iberian
powerhouse..Do not underestimate each opponent.
**'Switzerland 50-50'..peace
Apakah sentuhan manager Italy selalunya mampu membuat tindakan motivasi yang sgt positif dalam kelab? Fabio, Massimo, Ancelloti, Mancini, Trapatoni, Marcelo Lippi etc. semuanya ada 'magic touch'.
Ancelloti pernah manage Maldini, Costacorta, Cafu, Inzaghi yg dah melebihi 35thn tp diorg still main the highest level walaupun kebanyakan fans dah xpasti kelebihan pemain senior, tp still bg kemenangan yg xterduga.
Lippi handle Vieri, Materazzi, Totti, Gattuso, & sewaktu dgnnnya (ganas2), sampai jd World Cup winner gak.
Apakah RDM mampu ke arah tu? Kalau dia masih mampu mengeluarkan aura old guard kite, why not kite xboleh menang bnyk piala? Prestasi pengurusan RDM dah nampak tulen & mantap, jd, lantaklah bukan favourite utk mane2 cup pun, tp dia dah kembalikan 'kekuatan' Chelsea yg lama. Ingat senang ke dpt team yg moral dah low, bw balik diorg ke puncak? Aku hrp RDM jg Chelsea season depan. He's the one. Come on RA!
bawah di matteo, chelsea jd power balik.. torres mengganas sudah.Tapi betui la orang itali memang hebak2..legend
Capello bawa r.madrid champion la liga mse season 2006-2007.
lepas nih klu pak roman x permanent matteo, mohon lantik capello.. but now di matteo did a great job for CFC club ^^^^^^ :)