7. Pengaruh Super Frankie
Di zaman AVB, Lampard sering dipinggirkan & dianggap kambing hitam. Namun sejak RDM ambil alih, kualiti Lampard yang sebenar terserlah. Menentang Barca, perfomance nya begitu berpengaruh. Super Frank yang berperanan sebagai perancang utama The Blues membuat set-up kepada gol Drogba pada 1st leg di Stamford Bridge. Sebelum Ramires melorong bola kepada Drogba, Lampard yang mencipta lob pass dulu kepada pemain cilik Brazil itu.
Gol cantik Ramires di nou camp juga hasil daripada hantaran bijak Super Frank. Ketiadaan Terry membolehkan Lampard akan memimpin Chelsea menentang Bayern Munich di final nanti. Tabik spring untuk Vice-captain !
6. "Diva" Drogba
Dengan hanya satu sentuhan, satu sepakan berjaya menewaskan Victor Valdes. Setiap kali menentang Barca, Drogba memainkan peranan penting. Walaupun didakwa kuat berlakon dan berpura-pura jatuh, tapi sekurang-kurangnya dia telah membuatkan defender barca goyang. Nak bercakap pasal berlakon, siapa dulu yang mengamalkan acara ni kalau bukan pemain UEFAlona itu sendiri.
Kekuatan Drogba ialah pada fizikalnya dan juga penyudah.
Mungkin dia tidak selaju Torres, namun kekuatan fizikal Drogba lah yang menjadi faktor utama Barcelona tidak mampu tumbangkan Chelsea.
5. Pengganti Usain Bolt
Penyumbang kepada gol 1st leg Drogba & mencipta gol menarik di Nou Camp membuktikan Ramires antara pemain yang telah membuatkan Barca sesak nafas.
Dia laju & kreatif. Dapat bola terus pecut. Fizikal kurang tapi disebabkan benteng barca yang mempunyai kelemahan dalam mengatasi pemain-pemain laju menjadikan Ramires termasuk dalam senarai hero2 The Blues yang telah menumbangkan keangkuhan The Catalan.
4. Kecekapan Cech
Menyelamatkan gawang dari dibolosi antara kunci utama kejayaan Chelsea menumbangkan Barca. Tandukan berbisa Puyol di depan gol ditepis kemas Cech. Berapa kali percubaan merbahaya dari Messi juga berjaya diratah oleh penjaga gol no.1 dunia itu.
Response Cech cepat. Messi pun takut dengan Cech. Tak hairanlah semua perlawanan menentang Chelsea, dia gagal menjaringkan sebarang gol. Termasuk sekali sepakan penalti yang terkena palang. Messi bukan tandingan Cech la.
3. Solid defensive
Betapa kentalnya benteng pertahanan Chelsea sehingga menyebabkan Barca gagal menjaringkan sebarang gol di Stamford Bridge. Di Nou Camp kita bolos 2 gol, dan pada wakitu itu, kita beraksi tanpa dua bek. Cahill cedera dan terpaksa dikeluarkan. Terry kad merah. Bosingwa masuk dan dia terpaksa beraksi di bek tengah. Mikel juga menggalas dua posisi iaitu center back & centre midfielder. Tanpa bek original pun kita berjaya menyekat Barca dari menjaringkan lebih banyak lagi gol.
2. Semangat juang tinggi + mental kuat
Bayangkan Chelsea bermain 10 orang, tanpa kapten, tanpa bek & siap ketinggalan dua gol lagi mampu menyingkirkan Barca di depan ribuan penyokong mereka sendiri.
Ini kerana semangat juang pemain Chelsea tinggi. Mentaliti kita kuat. Kita tidak pernah menyerah kalah walaupun pada awal permainan, kita ketinggalan dua gol. Sifat tidak pernah berputus asa telah disemai ke dalam diri setiap pemain The Blues. Semua pemain Chelsea sudah di-set dalam minda masing-masing yang tidak ada perkara yang mustahil untuk tumbangkan Barca.
1. Taktikal power RDM
RDM mengubah segalanya. Dari negatif kepada positif. Keadaan Chelsea yang terumbang ambing di zaman AVB telah dihapuskan serta merta oleh RDM.
Menentang Barca, taktikal bertahan harus dijadikan aspek no.1. RDM tidak mempraktikkan style offensive play AVB kerana strategi itu sangat bangang jika kita gunanya menentang Barca.
Pertahanan kukuh + counter attack Chelsea lah yang menyebabkan gaya total football Barca hancur. RDM tahu kelemahan Barca ialah bila pihak lawan buat serangan balas, mereka akan jadi kalut & gopoh. Barca terlalu aggresif di bahagian serangan sehingga mereka diperangkap mudah oleh serangan balas Chelsea.
Gol minit terakhir Torres telah memberi bukti penuh bahawa defensive Barca sukar untuk membendung counter attack pihak lawan. Mereka terlalu asyik menyerang dan mereka lupa Torres keseorangan berada di belakang untuk melancarkan serangan balas.
Pep Guardiola ketandusan idea. Beliau hanya stick dengan plan A dan tidak menggunakan plan b. Beliau menyuruh semua pemain naik atas tapi beliau lupa bahawa benteng pertahanan mereka senang lalai jika pihak lawan buat counter attack.
Best team is not always win. Sehebat mana mereka, sekuat mana mereka, mereka tetap akan ada kelemahan. Dan tahniah kepada RDM kerana beliau telah sukses mengeksploitasikan kelemahan Barca itu dengan mengamalkan corak bertahan 99% + 3 gol counter dari Drogba, Ramires & Torres.
P/S : "oooo" "Unbelievable" (suara gary neville macam orang kena stroke)
KC, jgn lupa kunci yg ke-8 & ke-9:
8. Referees bagus (not buyer)
9. Palang & tiang dah "kene pagar" hahaha
@mista maman
- ya, no 8 tu paling penting sebenarnya,kehkeh... cume no.9 itu lebih kepada luck... sepak penalty tak masuk, sepak kena tiang, sepak kena palang..itu termasuk dalam luck.. ia jelas menunjukkan bahawa barca bukan team perfect dan sama juga macam team lain..ada kala setiap shoot tu tak semuanya dapat menerjah jaring.. bola sepak mengajar kita untuk lebih memahami kepentingan taktikal & strategi dari beautiful football.. kerana beautiful football tidak akan selalu dapat memenangi perlawanan.