Lebih awal lagi aku menjangkakan keputusan ini seri. Kenapa ? kerana faktor pertama ialah keletihan. Baru 2 hari lepas lawan Wigan, pagi ini lawan Fulham pula, mana tak letih kan. Faktor kedua ialah badi. Lawan Fulham sebelum inipun kita seri. Lokasi Craven Cottage ni bukanlah satu destinasi yang baik untuk Chelsea. Musim lepas kalau tidak silap aku, The Blues juga seri.
Chelsea mendahului 1-0 menerusi jaringan Abang Lampard. Sebelum itu, kita dihadiahkan sepakan penalti selepas Kalou dikasari oleh kapten Fulham, Danny Murphy. Super Frank seperti biasa menyudahkan penalti tersebut dengan rembatan kencang ke sudut kiri gawang lawan. Itu gol yang ke-150 beliau bersama kem kita.
Namun Fulham berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada lewat-lewat permainan. Dan penjaring gol penyamaan tersebut, siapa lagi kalau bukan Clint Dempsey. Boleh dikatakan dia penjaring tetap ketika menentang Chelsea. Semasa seri 1-1 di Stamford Bridge tahun lepaspun, dia juga yang score.Tandukan Dempsey terkena sedikit bontot Gary Cahill sebelum bola masuk menerjah jaring.
Secara keseluruhannya, kita beraksi kurang baik. Bukan sahaja perform kurang bagus malah kita juga tercicir mata. Ketika Spurs kalah kepada Norwich, Chelsea berpeluang besar untuk menyamakan mata dengan mereka namun seri dengan Fulham ini menyebabkan kita jatuh satu anak tangga. Newcastle yang baru sahaja menang dengan Bolton telah merampas kedudukan ke-5 kita. Maka sekarang ini Chelsea berada di tangga ke-6 dengan 57 mata. Spurs masih di tangga ke-4 dengan 59 mata, berkongsi mata dengan Newcastle yang berada di tangga ke-5.
P/S : April merupakan bulan yang perit bagi kita. Jadual padat, fixture yang sukar menanti Chelsea selepas ini. Pasukan lain tak mengapalah kerana mereka hanya fokus pada 1 kompetition sahaja, sedangkan Chelsea bersaing dalam 3 kompetitif sekaligus. UCL lagi, FA cup lagi, top 4 spot lagi. Mana tak letih beb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Letih.. yeah but we could win if we use our experiences of years with well, when leading 1-0, contain & know to make it game over till the end of 90mins. Last season, u can count how many games MU won with 1-0 only, away & home, & that proves MU to be the champion. Many games we conceded at the end of 10mins of the game for these 2 seasons.
Aku rasa Chelsea masih ada peluang utk ke UCL spot lg, sbb lepas menang dgn Spurs (FA) & Arsenal, motivation akan mendadak naik. Selebihnya, cuma Liverpool je yg kacau, lain ok kot. Come on, Chelsea!
@maman
- betul tu maman... nak jadi champions, kita tak boleh concede banyak sangat gol...chelsea ni aku perhati sejak dulu lagi, selalu sangat bolos mase last2 minit..macam dah jadi satu kebiasaan & pola...bile dah leading 1 gol,kemudian leka n then bolos mase minit2 akhir...adoi..kena ubahlah perspektif ni kalau nak jadi juara..
2 musim lepas mase chelsea juara epl, utk akhir2 musim tu chelsea mmg tak concede banyak sangat gol..sebab itu chelsea boleh jadi treble champions utk season 2009-2010..
Padat betul jadual chelsea kali ni, ngan isu2 injured dan ban player lagi.. harap2 dapat hadapi la.
kita ni fans sekadar leh support je