Showing posts with label Head To Head. Show all posts
Showing posts with label Head To Head. Show all posts

Statistik di Emirates Stadium

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 25, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lupakan MU sehingga 1 Mac ini kerana esok(pagi isnin) kite akan melawat ke Emirates Stadium buat kali ke-5 selepas kali pertama kite membuat debut di sana pada season 2006/2007.

Tahukah anda ? Dalam 10 pertemuan terakhir kem kite dengan Arsenal, kite berjaya meraih 7 kemenangan sedangkan Arsenal hanya memperolehi 2 sahaja kemenangan & 1 lagi keputusan seri.Kapten diorangpun, Cesc Fabregas maybe sudah jemu & meluat coz asyik kalah je dengan Chelsea.Main kat semi finalpun kalah, main kat final carling cuppun kalah, main kat tempat sendiripun kalah.Kesian...

Oklah sempena dengan big london derby match di Emirates, aku sajikan statistik 4 pertembungan terakhir kite dengan Arsenal di sana, check it out.! :


2006/2007 : Arsenal 1 Chelsea 1
2007/2008 : Arsenal 1 Chelsea 0
2008/2009 : Arsenal 1 Chelsea 4 (terbaik dari ladang!!!)
2009/2010 : Arsenal 0 Chelsea 3


Tu tak termasuk dengan match di SB & di kompetitif yang lain lagi tu, eish.! Harus diingat, rekod & statistik juga perlu dijadikan panduan & kajian untuk match nanti.Ape2pun 13 goal Drog in 13 games & 7 wins in 10 games against them, Proud to be The Blues man.

Statistik di White Hart Lane (WHL)

Posted by KampungChelsea On Saturday, December 11, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sempena dengan big london derby match malam esok, aku sajikan rekod pertembungan Chelsea menentang Spurs di White Hart Lane(WHL) sepanjang 4 musim terakhir dalam pentas EPL :

2006/2007 : Spurs 2 Chelsea 1
2007/2008 : Spurs 4 Chelsea 4
2008/2009 : Spurs 1 Chelsea 0
2009/2010 : Spurs 2 Chelsea 1

Melihatkan statistik di atas ni, sudah lama jugak kite tak pernah menang dengan mereka di sana.Sama ada di era pimpinan Guus Hiddink, Grant & CA season lepas, kite tetap gagal menumbangkan mereka di WHL.Zaman Josepun hanya sekali sahaja menang tapi kemenangan itu hanya tercapai dalam peringkat Piala FA sahaja, bukan di pentas EPL.

Konklusinya memang sukar untuk kite beat Spurs.Dengan perfomance buruk team kite sekarang ni, memang jelas ramai pihak akan menjangkakan bahawa kite akan kalah di tangan mereka.This is not my prediction but this is other people betting.

Anyway, aku mengharapkan keajaiban & a lot of luck untuk game di WHL nanti.KTBFH.

Statistik Chelsea versus Everton

Posted by KampungChelsea On Friday, December 03, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kadang2 bukan sahaja luck, tapi statistik juga perlu dijadikan pertaruhan serta ukuran untuk match2 yang akan datang.Musim ni jika kite lihat result2 match kite lebih kurang same je dengan last season.Contohnya ketika lawan City & Birmingham.Masih tiada perubahan & always drop points.Itu pasal aku cakap kite kena kaji juga statistik2 yang lepas.Jangan ikut perfomance sekarang je.Kalau sekarang perform hancur, tak de gune jugak.Tengok baik2 statistik match kite dengan Everton sepanjang 3 season yang lepas di SB :

Season 2007/2008 :
CHELSEA 1 Everton 1


Season 2008/2009 :
CHELSEA 0 Everton 0

2009/2010 :
CHELSEA 3 Everton 3

(Straight hatrick draw beb.!)

Bile tengok rekod head to head lawan Everton kat atas ni, nampak sangat match esok akan jadi tough gile.Everton antara team power yang 2 kali menggagalkan misi kemenangan kite musim lepas.Tidak kire di SB atau di tempat mereka, kite selalu drop point.

Tu pasal kite kena tengok statistik jugak.Statistik ni cam sejarahlah.Perlu dijadikan panduan & pengajaran dan bukan untuk dihayati sepanjang zaman.Kalau ikut perfomance sekarang, memang draw akan jadi pilihan utama.Ye ar, korang bajet team Everton ni team ayam ke ? Diorang team rival and Chelsea always hard to get 3 points from them.So, beringat-ingatlah untuk match malam esok erk.Janganlah bazir peluang dan buat silap lagi.Draw atau kalah lagi, alamaknya satu demi satu tangga kite akan jatuhlah & MU semakin berkuasa la beb.

P/S : JT & The Bison dah kembali tapi Lampard macam biase still unavailable for tomorrow game.

 EVERTON 12TH MAN.!
Sylvester Stallone.!

Memori St James Park

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 27, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Diharapkan kem kite dapat melupakan kisah buruk penyingkiran dalam saingan Carling Cup musim ni apabila tewas mengejut kepada Newcastle di SB.

Namun, pentas kali ni sangat berbeza sekali.Kite berhadapan dengan mereka dalam saingan liga & juga di hadapan penyokong mereka.Actually, kite ade banyak memori hebat semasa menentang Newacastle di St James Park.Memori hebat ? rujuk gambar kat bawah ni :

Newcastle United 0 Chelsea 2 pada season 2007/2008. Time ni kem kite dibawah pimpinan rejim Avram Grant.Jika korang masih ingat, kedua-dua gol yang dihasilkan oleh ex-player, Ballack menerusi free kick dari Didi pada minit ke-61.Tengok pada gambar kat atas ni, pastinya ramai yang rindu dengan Ballack & Carvalho.

10 minit kemudian, Chelsea terus unggul dengan 2-0 apabila Flo mudah merembat deras ke gawang gol menewaskan goalie Newcastle, Steve Harper.

Inipun kite menang dengan 2-0 jugak.Tapi kali ini ia dibawah pengurusan manager genius, Guus Hiddink pada musim 2008/2009.

Guess what ? Flo score lagi dalam match ni dan Lampard mengakhiri memori indah St James Park dengan menjaringkan gol kedua menerusi tandukannya menewaskan Harper.

So, untuk game esok it will be winning with 2-0 again ? Hohoho, not sure about that.Cume Flo ade memori terbaik di St James Park dengan memperolehi 2 gol untuk kedua-dua pertembungan dalam 2 musim berturut-turut.Harap die score hatrik plak untuk game esok,hehe.

Statistik di Anfield

Posted by KampungChelsea On Saturday, November 06, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The Blues versus The Reds.Pergh, memang terbaik dari ladang hampa semua.Pedulikan standard serta standing Liverpool sekarang, yang pasti match esok akan menjanjikan satu aksi berkualiti dari kedua-dua teams.Aku bukanlah seperti Wenger mahupun Alex Ferguson yang suka bermain mind games sebelum big 4 match berlangsung, hoho itu bukan care aku.So, untuk match esok, aku lebih suke respek & bertolak ansur dengan Roy Hodgson dan aku berani berkate-kate bahawa mereka tetap berpeluang untuk menang dalam match esok.Perlu ingat, Liverpool sudah berubah dalam 2/3 match sebelum ini.Anything can happen in football.!

Sebelum match gempak esok berlangsung, best jugak kalau tengok rekod pertembungan kem kite menentang Liverpool yang dulu2 tu.Kat bawah ni terdapat satu rekod statistik head to head yang sangat menarik mengenai pertembungan kem kite menentang Liverpool di Anfield dalam kancah saingan liga domestik sepanjang 5 musim yang lalu :

Musim 2005/2006
-Liverpool 1 Chelsea 4 (match terbaik dari ladang, kredit untuk Joe Cole & Lampard score.!)
(klik sini untuk tonton video gol2 dalam match ini)

Musim 2006/2007
- Liverpool 1 Chelsea1 (Lampard score.!)


Musim 2007/2008
- Liverpool 2 Chelsea 0


Musim 2008/2009
- Liverpool 2 Chelsea 0


Musim 2009/2010
- Liverpool 0 Chelsea 2 ( lampard score.! )

Melihatkan statistik head to head kat atas ni, secara umumnya aku bleh cakap peluang atau peratus kemenangan tetap 50%-50%.Sama ada team Liverpool mahupun team kite, kedua-duanya sama kuat sahaja, cume taraf & kedudukan kite sejak kebelakangan ini jauh lebih stabil dari mereka.Kedudukan terkini dalam ligapun dah macam langit dengan bumi.Top of the league versus Top of the relegation zone.Memang ketara sangatlah.

Ape2pun untuk pertembungan malam esok akan menjanjikan suatu kelainan di Anfield.Ape yang lain sangat tu ? Tunggu jelah malas esok erk.

Rafa : "Ko tengok Carlo, punyalah celaka Hicks & Gillet.Dulu time aku duk kat sini, aku beli sape2pun diorang tak kesah.Sekarang bile aku duk kat Inter, satu2 diorang ungkit keburukan aku kat Anfield.Cakap aku tak pandai beli player lah, itulah,inilah..macam2..Shial betul.!"

CA : "Rilek fara,rilek...Akupun harap Romanpun tak akan buat camtu jugak kat aku kalau aku sudah tak de kat Chelsea nanti."

Inilah sebab kenapa aku suka Gerard.Jangan cium camera sudahlah malam esok erk,..Lawan MU tak pelah nak cium seribu kalipun kat camera video.

Ewood Park - Taman Permainan Big Sam

Posted by KampungChelsea On Friday, October 29, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menang,menang dan seri.Itulah yang berlaku pada rekod head to head match kem kite menentang Blackburn sepanjang 3 musim yang lalu di Ewood Park.Ramai yang cakap Blackburn team "cikai" dan tak delah susah sangat nak menang dengan diorang.Memandangkan kite dah seri serta drop points kat sane musim lepas, aku rase match esok akan menjanjikan satu kelainan dan yang pastinya, anak buah big Sam akan beri yang terbaik menentang kem kite.

Pedulikan rekod kemenangan besar 5-0 tahun lepas di SB, kerana kali ini pentas cukup berbeza.Player Blackburn juga tidak mempunyai masalah kecederaan seperti kem kite.Hanya seorang sahaja di antara mereka yang injured iaitu Keith Andrews.Player tersebut tidaklah terlalu penting sangat kalau nak dibandingkan dengan player kite seperti Lampard & Alex.

Lampard & Alex masih berada dalam keadaan belum cergas sepenuhnya walaupun diorang dah kembali dari kecederaan serius untuk beberapa hari yang lalu.Lampard dah start training hari rabu yang lepas.Yang pastinya, Lampard will be comeback for Ewood Park match malam esok.

Jika Alex still tidak bermain, aku tidak risau sangat.Kita dah ade JT & Ivanovic yang kebal di bahagian centre back.Bosingwa juga dah kembali dan memberikan perfomance yang sangat bagus dalam match2 menentang Wolves & Aston Villa minggu lepas.Ashley Cole juga tiada sebarang masalah dengan kakinya dan diharapkan Ash dapat buat yang terbaik untuk malam esok.

Actually kalau nak diikutkan, fizikal player Blackburn dengan kite lebih kurang je.Tengok jelah defender solid diorang, Christopher Samba.He looks very strong and so hard to beat it.Tu pasal aku mengharapkan sentuhan dari Didi, Nik & Flo nanti.

So rasenyer, untuk match esok akan jadi tough.Tak kirelah menang 1-0 ke, 2-1 ke, yang penting ialah menang, dapat 3 mate seperti biasa dan kekal sebagai top of the league.

Aku tinggalkan entri kali ini dengan satu paparan video highlights match di antara kem kite dan Blackburn musim lepas.



Statistik di Eastlands

Posted by KampungChelsea On Friday, September 24, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lupakan jelah penyingkiran dari Carling Cup kepada Newcastle United tu, jom kite bukak buku baru yang mana buku baru ini lebih penting dari buku Carling Cup yang hanya sesuai untuk team2 yang ketagih trofi murahan je.By the way, bagi fans lalang yang belum tahu, tahun lepas Chelsea juga tersingkir dari Carling Cup kalau tak silap aku tersingkir di pusingan ke-5 di Ewood Park tapi still bleh kebas 2 trofi mahal lepas pada tu.Ni ape, baru je layak ke pusingan ke-4 dah berlagak macam orang dah bleh trofi besar.Taulah dah lebih 5 musim tak bleh sebarang trofi.Chelsea nak berlagakpun tak pelah sekarang top of the league n tahun lepas menang trofi league.

"Carling cup is not our priority"(Ancelotti).Ini bukan alasan tapi ini kenyataan.Sejak bile Carling Cup menjadi piala keutamaan untuk RA & CA ? Mahal sangat ke harga trofi ini kalau nak dibandingkan dengan trofi Piala FA & EPL yang kite kecapi musim lalu.Nama dah bukan piala priority dan kate-kate CA bukanlah indah khabar dari rupa tapi ianya benar belaka.Jika ia sebuah piala priority, takkanlah CA turunkan lebih 4/5 player muda ketika menentang Newcastle United tu sedangkan key2 player tak main.Team Newcastle United bukan team cap ayam seperti Northampton & Scunthorpe United.Mereka team power yang menurunkan lebih banyak player utama than youngster.

Anyway, sempena dengan match penting dan gempak pada hari sabtu ini, aku paparkan rekod statistik sepanjang pertembungan kem kite menentang team City di Eastlands pada season 2005/2006 - 2009/2010 :

2005/2006 - City 0  CHELSEA 3
2006/2007 - City 1  CHELSEA 0
2007/2008 - City 0  CHELSEA 2
2008/2009 - City 1  CHELSEA 3
2009/2010 - City 2  CHELSEA 1

Ape2pun kepada player2 The Blues, selamat menikmati kembali ke saingan trofi liga yang lebih kompetitif.Lupakanlah trofi Carling Cup yang hanya sesuai untuk team cap ayam.Oh ye, lupe plak nak bagitahu, tahun lepas trofi Carling Cup merupakan trofi tunggal milik MU dan jugak arsenal tak dapat ape2 coz tersingkir di pusingan ke-5.(Arsenal hanya menang trofi "Best talk show & Best history melalak every season je)

Ramires sekali lagi akan mengambil alih tugas Frankie yang masih lagi entah ape2 injured di bahagian hernianya tu.Pendapat akulah, aku rase baik bagi chance kat McEachran dari Ramires tu.Melihatkan perfomance diorang ketika menentang Newcastle, memang jauh ketara sangat yang mana Ramires langsung tak de function sedangkan McEachran perform sangat bagus with the best control ball & skill yang mantap.CA perlu lihat ape yang berlaku di sebalik kemerosotan sesetengah player & juga improvement sesetengah player jugak.Jangan menurunkan beberapa pemain yang daripada dulu asyik x improve je perfomance.Kena bukak mate skit erk...Kalah atau menang, kena rilek,steady n jangan emo seperti fans Arsenal yang sentiasa memaki hamun blog orang di kala chelsea kalah tapi time Chelsea menang, senyap plak dan tidak mampu berkata-kata ibaratkan Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung.Ape2pun always support Chelsea forever...

The Tough Rivals is Coming Up.!

Posted by KampungChelsea On Monday, September 20, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan mudah 4-0 ke atas Blackpool coz selepas ini, tiada lagi game yang mudah buat kite.Kegagalan untuk menjaringkan lebih banyak gol di separuh masa kedua menentang anak buah Holloway semalam jugak menjadi sedikit menjadi tanda tanya kepada kite bahawa mungkinkah selepas pada match menentang Blackpool ini, kem kite akan merasai tough match yang sebenar ?

Tough match yang sebenar ?

Yup, kerana hari sabtu ini kita bakal menentang team epl yang "sebenar" iaitu Manchester City.City antara salah satu team rivals yang mampu menggugat perfomance hebat kite sekarang ini. Harus diingat, kite telah mengalami kekalahan 2 kali kepada mereka musim lepas.Itu sudah cukup menyedarkan kepada kita bahawa selepas pada match dengan Blackpool semalam, there is no easy game for us now.

Sebelum tu tidak lupa jugak pada hari rabu ini sebelum lawan City, kita akan melayan kunjungan dari geng2 Newcastle United(NU) dalam saingan pusingan ke-3 Piala Carling.Jelas aku katakan bahawa NU bukan calang2 team beb.Walaupun baru je masuk carta epl, keupayaan mereka tidak boleh dipandang rendah.Terbaru, mereka telah mengejutkan Everton 1-0 di Goodison Park hasil jaringan Hatem Ben Arfa.


Head to head against Newcastle United in EPL from Season 2007/2008 & 2008/2009 :

NU  0   Chelsea 2 (Season 2008/2009 in St james Park)
Chelsea  0  NU  0 (" " " in SB)

NU 0 Chelsea 2 (Season 2007/2008 in St James Park)
Chelsea 2 NU 1 (" " " in SB)


Head to head against Manchester City(MC) in EPL from last season & 2008/2009 :

Chelsea 1 MC 4 (last season in SB)
MC  2   Chelsea 1 (" " " in City of Stadium)

Chelsea 1  MC  0 (season 2008/2009 in SB)
MC   1   Chelsea  3 (" " " in City of Stadium)


Tak leh blah tengok rekod kite lawan MC last season.Hancur beb.! Anyway, aku harap CA & Ray Wilikins akan buat sesuatu plans yang terbaik pada hari sabtu ini untuk mengelakkan daripada berlaku lagi peristiwa buruk di sebalik kekalahan berterusan kepada City seperti last season.Ape2pun semoga kem kite sukses mara ke pusingan ke-4 Piala Carling Cup nanti.

Head To Head Community Shield : Versus Red Devils

Posted by KampungChelsea On Friday, August 06, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sempena dengan match menarik Community Shield (CS) pada hari ahad ini(lusa) menentang MU, ape kate kita cube imbas kembali dua match CS yang sebelumnya iaitu time kem kite menentang MU iaitu pada season 2007/2008 & 2009/2010 :

  • CS Season 2007/2008

-Time ni Jose Mourinho still pimpin kem kite sebelum Avram Grant amik alih untuk tugas Jose itu selepas tamat match UCL menentang kelab Norway,Rosenborg.

-Sedikit hampa apabila perisai CS pada tahun 2007/2008 ini berjaya digenggam oleh MU.MU mendahului match menerusi key player diorang, Ryan Giggs namun sebelum beberapa saat wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, Malouda sukses menyamakan kedudukan 1-1.

-Scoreline 1-1 kekal sehingga ke wisel 90 minit perlawanan.Kemenangan match tersebut terpaksa ditentukan menerusi penalty shoot-out.


-Lampard,Pizarro,Wriight Philips failed menyempurnakan penalti shoot-out dan MU juara CS 2007/2008.


  • CS Season 2009/2010
 

-Match kompetitif pertama big bos kite iaitu Ancelotti(CA).Kem kite telah sukses memalukan anak buah Alex Ferguson dan match CS tersebut terpaksa ditentukan sehingga ke penalty shoot-out apabila final scoreline 90 minit berkesudahan 2-2.Hasil jaringan CarvalhoLampard telah sukses mendahului MU 2-1 pada ketika itu.Namun sebelum wisel penamat perlawanan 90 minit dibunyikan, gol penyamaan oleh Rooney di minit2 terakhir perlawanan menyebabkan pesta kejayaan trofi CS kem kite terpaksa digenggam selepas berakhir penalty shoot-out tersebut.

Namun gol Rooney itu hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga sahaja coz kem kite telah sukses memenangi penalty shoot-out 4-1 yang mana kesemua player kita berjaya menyudahkan misi penalty shoot dengan cemerlang.Bagi kem MU plak, hanya Carrick sahaja berjaya menyempurnakan penalty shoot-out untuk teamnya itu.

Kita juara CS untuk tahun 2009/2010 !!! Memenangi CS 2009/2010 dengan menewaskan MU merupakan kemenangan pertama match kompetitif CA bersama kem kite.

Macam mana pulak dengan season baru ini ? Still perisai CS berada dalam genggaman kem kite lagi atau tidak ? Just wait n see...

Edisi Last Kopek - Head To Head Lawan Wigan

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 09, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Oklah,menjelang menetang Wigan sebagai match epl terakhir musim ni malam ni, aku telah sediakan 6 match kita dengan Wigan sebelum ini sama ada di FA Cup atau EPl dan sama ada di Sb atau di JJB,check it out :


EPL 2009/2010          Wigan   3   CHELSEA   1
EPl 2008/2009           CHELSEA   2    Wigan  1 (*gol Lampard minit last2*)
EPl 2008/2009          Wigan   0   CHELSEA  1
EPl 2007/2008             CHELSEA  1  Wigan  1
FA Cup 2007/2008       Wigan  1  CHELSEA 2 (*gol cantik Belletti*)
EPL 2006/2007           Wigan 0     CHELSEA  2

Head To Head Lawan Liverpool di Anfield

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 28, 2010 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kat bawah ni rekod head to head team kite menentang Liverpool di Anfield sepanjang dari musim 2005/2006 sehinggalah 2008/2009 :

2005/2006 - Liverpool  0   CHELSEA  0 (UCL)
                  - Liverpool  1   CHELSEA  4 (EPL) *TERBAIK DARI LADANG*

2006/2007 - Liverpool  1    CHELSEA  0 (UCL)
                  - Liverpool  2    CHELSEA  0 (EPL)

2007/2008 - Liverpool  1     CHELSEA 1 (EPL)
                     Liverpool   1     CHELSEA 1 (UCL)

2008/2009 - Liverpool  2   CHELSEA 0 (EPL)
                  - Liverpool  1   CHELSEA 3  (UCL) *TERBAIK DARI LADANG*

P/S : Yang tak bleh blah, every year kita mesti jumpe diorang di UCL sama ada di peringkat group,quarter final dan semi final,memang terbaik dari stor(Kecuali musim ni)

Strok.!

Posted by KampungChelsea On Friday, April 23, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Match epl tinggal lagi 3 game same ade aku nak bersuka ria atau berduka, itu semua tak penting.Yang penting lusa ni ade match penting lawan budak2 penyakit stroke nih.Seperti biasa aku mengharapkan kekalahan atau seri dari budak2 manyoo dengan spurs lepas maghrib esok dan tengok kem kita menang besar ke atas Stoke.

Info terkini mengenai budak2 berpenyakit Stroke:

Kedudukan Liga sekarang : 11

Jumlah Kekalahan pada musim ini dalam liga : 11 jugak

Kekuatan : Fizikal dan kuasa istimewa(OKU)

Pemain paling dibenci : Rory Delap a.k.a si tangan panjang

Pemain paling disukai : Shawcross a.k.a budak si kaki penyayang.Kegiatan amal yang dia yang terbaik musim ini ialah membuatkan seorang player mude sengal terlantar di hospital selama berbulan-bulan.

Rekod musim ni : Kite beat 2-1 di rumah diorang.Kat FA Cup kita singkirkan diorang jugak di SB dengan skorline 2-0.

So peratus kemenangan aku tak nak cakap besar dan berlagak, takut jadi cam kat WHL, masak ar aku lepas ni.Peluang 50%-50%.Harapan aku hanyalah 3 mata dan terus menuju ke puncak genggaman trofi idaman EPL.
Lu jangan main2 dengan gua.....argh....

Head To Head : Rekod Lawan ManKayu

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 01, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


















Big 4 match dalam match yang ke-33 di antara team kita menetang mankayu di Old Kerepot hari sabtu ini dikatakan sebagai "final countdwon" dalam menentukan siapa bakal menjadi juara EPL pada musim ini.

Mankayu sekarang ini hanya berada sebagai pendahulu untuk sementara waktu sahaja dengan 72 mata, sementara team kita berada di tempat kedua dengan 71 mata.Dengan tinggal 6 match epl je lagi, team kita wajib menang hari sabtu ini untuk menjadi juara liga musim ini.

Camner dengan arsenal ? Adakah mereka masih lagi berpeluang dalam mengejar title epl musim ni ?

Jawapannya YA.Jika team kita atau mankayu menang hari sabtu ni, arsenal masih ade peluang lagi,kerana mereka hanya mempunyai perbezaan 3 mata sahaja dengan team kita dan 4 mata dengan mankayu.Tentu Arsene Wenger mahu melihat match hari sabtu ini berakhir dengan keputusan seri dan itu sememangnya peluang terbaik arsenal untuk memintas kedudukan team kita nanti.Tetapi jika team kita menang, kemungkinan arsenal pasti juga akan merampas kedudukan no.2 dari mankayu.

Untuk 1st season, kita dah beat mankayu 1-0 di SB hasil jaringan kapten kita,Terry.Tetapi untuk match di Old Kerepot nanti skorlinenya pasti sangat berbeza.

Secara keseluruhannya sepanjang pertembungan team kita dengan mankayu di Old Kerepot, United memperolehi kemenangan sebanyak 27 kali,Chelsea pulak 17 kali, dan seri 23 kali.Gol yang disumbangkan oleh mankayu sebanyak 106 kali sementara team kita 68 gol.Standard ar,main kat Old Kerepot.Bukan kat SB.

Kat bawah ni antara 10 pertemuan terakhir team kita menetang mankayu di EPL.

8 Nov 2009 - Chelsea  1  Mankayu  0  (SB)
11 Jan 2009 - Mankayu  3  Chelsea  0 (Old kerepot)
21 Sept 2008 - Chelsea  1   Mankayu  1
26 Apr 2008 - Chelsea  2  Mankayu  1 (HANGAT !!!)
23 Sep 2007 - Mankayu  2  Chelsea  0
9 Mei 2007 - Chelsea  0  Mankayu  0
26 Nov 2006 - Mankayu  1  Chelsea  1
29 Apr 2006 -  Chelsea  3  Mankayu  0 (*revolusi mourinho*)
6 Nov 2005 -  Mankayu   1   Chelsea  0
10 Mei 2005 - Mankayu  1   Chelsea  3 (*revolusi mourinho*)
......................................................................................................................................................

3 APRIL 2010 - Mankayu ?  Chelsea ?

Semuanya bakal terjawab pada hari sabtu ini,jam 7.40 malam,aku belum mandi lagi dan belum lagi solat maghrib.Channel ESPN Star Sport 812.Pertembungan hidup atau mati big 4 match ? Fergie chewing gum vs Ancelotti so serious.

P/S : Oh,camner aku boleh terlupa,musim ni kita dah beat mankayu juga di Community Shield.So musim ni kita dah beat diorang 2 kali dan jika kita berjaya beat diorang hari sabtu ni, ia akan jadi hatrick win beb.!

Head To Head Chelsea Lawan Aston Villa

Posted by KampungChelsea On Friday, March 26, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Menetang Aston Villa esok bukanlah satu ujian yang mudah buat Chelsea.Aston Villa sangat menunjukkan perfomance yang hebat musim ni.Manchester United sudah kalah di tangan mereka 1-0 di Old Kerepot musim ini.

Dalam 5 match terakhir Aston Villa meneruskan rentak permainan mereka tanpa kalah.Aston Villa juga belum kalah di halaman mereka sendiri pada tahun 2010 ini.

Walaupun chelsea memiliki perfomance yang hebat di gelanggang sendiri musim ini tapi ia tidak boleh dibanggakan sangat kerana Aston Villa merupakan team yang sangat kebal dan kuat untuk dikalahkan.

Dalam 5 perlawanan terakhir Chelsea dan Aston Villa di SB.Chelsea mencatat 3 kemenangan dan 2 lagi berakhir dengan keputusan seri.

Rekor pertemuan kedua tim di Stamford Bridge:
EPL - Chelsea 2-0 Aston Villa (5/10/2008)
EPL - Chelsea 4-4 Aston Villa (26/12/2007) *Terbaik dari ladang!!!*
Carling Cup - Chelsea 4-0 Aston Villa (8/11/2006)
EPL - Chelsea 1-1 Aston Villa (30/9/2006)
EPL - Chelsea 2-1 Aston Villa (24/9/2005)

Berita buruk : Selepas Ivanovic, Carvalho pula mengalami kecederaan di bahagian lututnya yang menyebabkan dia tidak akan bermain bersama Chelsea dalam 4 minggu.Very bad news beb.!

Ape-apepun bagi sesape yang miss match lawan Portsmouth hari rabu lepas, korang boleh tengok video highlights tu kat bawah ni.Layan....


Menjelang Menetang Inter : Head To Head

Posted by KampungChelsea On Tuesday, February 23, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...















Tidak ada rekod pertembungan antara team kite menetang Inter dalam kejohanan Eropah.Walaupun kita dan inter milan sentiasa bermain dalam liga juara-juara eropah, kita tak pernah sekalipun berhadapan dengan mereka.Termasuk juga dalam saingan Piala UEFA dan piala yang lain-lain.

Pertembungan team kite menetang inter hanya sekali sahaja berlaku iaitu semasa perlawanan dalam kejohanan World Football Challenge,awal musim 2009/2010.Keputusannya chelsea menang 2-0 menerusi jaringan Drogba dan Lampard.

Dalam kejohanan World Football Challenge di Amerika, Chelsea berjaya menjadi Juara.Sementara Inter hanya menduduki tempat ketiga.

Yang menariknya pertembungan Inter menetang Chelsea lusa ini(Pagi khamis), kedua-duanya sama-sama menjadi pendahulu liga iaitu Chelsea sebagai pendahulu EPL setakat ini dan Inter juga pendahulu liga Serie A setakat ini.Namun ada yang lebih menarik daripada hal ini iaitu pertembungan Mahaguru menetang Anak Murid(Jose Mourinho vs Chelsea)
Jika korang masih ingat tahun lepas dalam kejohanan World Football Challenge yang berlangsung di Amerika, kita menang 2-0 ke atas Inter hasil jaringan cantik Drogba dan gol menerusi sepakan penalti oleh Lampard.

Head To Head : Rekod Chelsea Lawan Sengal

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 06, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Secara keseluruhan derby London di antara Chelsea dan Sengal telah mencatat sebanyak 172 kali pertembungan sejak 9 November 1907.

Kat bawah ni hasil keptusan Chelsea lawan Sengal dalam 5 musim terakhir.Kalau ikut aku, baik kira yang 2 tahun lepas sehingga sekarang coz musim 2005/2006-2006/2007 dah kire musim yang classic dah, dah lapuk.

2009/2010Arsenal 0-3 Chelsea 29-11-2009

2008/2009
Arsenal 1-4
Chelsea 10-05-2009
Chelsea 1-2 Arsenal 30-11-2008

2007/2008
Chelsea 2-1 Arsenal 23-03-2008
Arsenal 1-0
Chelsea 16-12-2007

2006/2007
Arsenal 1-1
Chelsea 06-05-2007
Chelsea 1-1 Arsenal 10-12-2006

2005/2006
Arsenal 0-2
Chelsea 18-12-2005
Chelsea 1-0 Arsenal 21-08-2005


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png