Chelsea kalah lagi dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut. Minggu lepas tewas 3-2 kepada barisan MSL All Star, kali ini tumbang pula kepada AC Milan 1-0, yakni itu game terakhir dalam siri jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.
Sudah pasti ini keputusan yang mengecewakan. Namun kita harus berfikir positif. Kita hanya kalah di perlawanan persahabatan sahaja. Jadi, dalam perlawanan ujian seperti ini bukanlah menentukan secara mutlak prestasi kelab Chelsea.
Bukan Chelsea sahaja yang mencatat keputusan hambar dalam pra-musim. Manchester City pun tewas 1-0 kepada kelab Asia, Al-Hilal. Real Madrid lagi teruk, tumbang mengejut 2-5 kepada Benfica.
Perkara penting ialah meraih kemenangan di perlawanan yang kompetitif. Musim lepas Chelsea menang semua friendly match tapi sukar untuk menang dalam perlawanan kompetitif.
Perlawanan persahabatan Chelsea di US sekadar nak menguji tahap prestasi pemain. Nak melihat corak permainan serta keserasian pemain muda dengan pemain senior. Tak hairanlah, RDM membuat banyak pertukaran. Dari keeper hingga striker.
Tapi masalahnya bila terlalu banyak buat pertukaran, tempo hancur. Contoh macam Malaysia lawan Arsenal. Malaysia hampir-hampir untuk menang, namun K.Rajagopal membuat banyak pertukaran sehingga Arsenal berjaya mendapatkan dua gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 3 minit nak tamat.
Dari segi penilaian aku, Hazard, Marin & Piazon mempamerkan prestasi yang bagus. Mereka nampak sudah serasai di antara satu sama lain. Cuma Lukaku lambat panas. Kejap bagus kejap hambar. Kena banyak training lagi kalau nak capai level Abang Drogba. Sekarang masih di tahap amateur. Begitu juga dengan Kevin De Bruyne yang agak kaku. Terlalu lama pegang bola & ketika dapat bola, dia tak tahu nak hantar bola kepada siapa.







