Assalamualaikum sekali lagi aku ucapkan kepada semua pelawat blog KC ni.Ape khabar ?
Bertemu sekali lagi dalam entri "Kugiran KC Babak Kedua" yang aku cakap nak buat sebelum ni.Sebelum ni dah buat entri "Kugiran KC' so ade next part plakkan untuk entri tersebut.
Mengenai gaji Ballack dipotong merupakan news yang sangat menarik untuk diceritakan.Kenapa dan mengapa Roman Abramovich memotong gaji Ballack ?
Kalau nak mengikut persembahan sebenar dan prestasi Ballack musim ini tidaklah begitu hebat sangat.Ballack lebih banyak membuat "fault" daripada menjaringkan gol dan membantu Chelsea meraih kemenangan.Tapi bukan sebab itu Roman memotong gaji Ballack.Untuk pengetahuan korang,sebelum ni Roman sudah banyak kali terkena mengenai kes seperti ini.
Masih ingat dengan kes Shevchenko ? Roman terpaksa membayar wang yang banyak kepada Shevchenko walaupun pada masa itu Sheva sudahpun keluar dari Chelsea dan bermain untuk kelab lain.Bukan sahaja Sheva,malah Roman juga terpaksa membayar wang pampasan yang begitu banyak kepada Crespo,Gudjohnsen dan bekas pemain2 chelsea yang lain.
So kontrak Ballack bersama Chelsea maybe akan berakhir tak lame lagi,dan untuk mengelakkan kes "malang" itu berulang lagi,Roman memilih jalan bijak dengan memotong gaji Ballack.Ini juga dapat mengelakkan Chelsea daripada berlakunya krisis kewangan kelab itu lagi.
Kesian jugak dengan Roman kan,terpaksa melaburkan duit yang banyak untuk kelab dan juga pemain Chelsea sendiri.Dan aku juga faham kenapa dan mengapa Roman menolak request gaji yang diinginkan oleh Joker, kerana kontrak Joe Cole akan berakhir tak lama lagi jugak di Chelsea dan Roman sudah serik untuk membayar wang pampasan yang banyak kepada pemain chelsea yang sudahpun keluar dari Chelsea.
P/S : Haha thanks to Roman kerana melabur banyak duit untuk kelab Chelsea.Tanpa duitnya, maybe tak akan ade jugak pemain2 hebat yang akan join chelsea nanti.Tapi untuk kes Roman dengan Mourinho hari tu,aku masih lagi "kecik hati" dengan Roman yang menyebabkan Mourinho terus blah dari Chelsea.