Showing posts with label ulasan aku. Show all posts
Showing posts with label ulasan aku. Show all posts

Barisan lemah didahulukan Barisan Kuat diutamakan

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 14, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tajuk entri ini tidak ada kena mengena langsung dengan hal ehwal politik.Jangan salah sangka plak.

Oklah game pagi tadi MU lawan Arsenal memang ade kaitan dengan team Chelsea.Actually aku mengharapkan draw tapi lain plak jadinya.MU menang & Arsenal kalah.Nak harapkan Arsenal menang di Old Kerepot ? Seperti kera mendapat bungalah.Macam biaselah, itulah storyboard yang berlaku setiap season.Sekarang MU di atas balik dengan 34 mata, 3 mata didepan Chelsea yang berada di tangga ke-4.Arsenal ? Dah aku jangka, diorang tak kekal lama kat atas.Orang lain top of the league berminggu-minggu tapi diorang tak sampai seminggu dah drop balik.

Predicton aku mengenai team Arsenal sentiasa tepat & padat.Tak sampai 2 minggu, dah drop balik standing top of the league.Pesanan aku mudah sahaja, lain kali jangan cakap besar dan jangan overconfidence.Bile dah menang, riuh sekampung tapi bile kalah, menyepikan diri & mencari alasan yang tidak munasabah.Bile dah top of the league, berlagak kate "We sure we will EPL this year" sedangkan team tu tak berapa konsisten.Chelsea & MU rilek je duk kat top of the league berbulan-bulan, tak de plak nak bagi statement macam tu.

Chelsea berada dalam situasi kebangkitan.Walaupun draw dengan Spurs, yang penting kite sudah nampak detik2 kebangkitan yang dipamerkan oleh barisan Chelsea di WHL.Abang Lampard sendiripun ade cakap, jika kite perform cam lawan Spurs tu, tak mustahil musim ni EPL sekali lagi akan jatuh ke tangan kite.

Peluang untuk menang dengan MU still 50%-50%.Tapi selepas pada game dengan MU, peluang untuk menang adalah 100%.Emirates Stadium ? Of Course 3 mata penuh.! Ini bukan gurauan tapi ini adalah kenyataan.Rujuk sahajalah ape yang berlaku pada tahun lepas & sebelumnya.

Sekali lagi nak ingatkan, jika Chelsea menang dengan MU next week, title race maybe sekali lagi berada dalam genggaman kite.Arsenal ? ManCity ? Hanya tinggal kenangan.

Kesimpulannya, mentaliti & perspektif adalah aspek penting dalam bola sepak.Barisan kuat ade juga zaman jatuh bangunnya.Tapi kalau barisan lemah, sentiasa jatuh sahaja setiap tahun.Itulah yang membezakan mentaliti & perspektif barisan lemah & barisan kuat.

This Is Not Chelsea Year ? Aku tetap redha...

Posted by KampungChelsea On Monday, December 06, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.Tapi xbleh nak kemam pasal benda dah terjadi.

Sepanjang aku minat & tengok game2 Chelsea, aku rase musim ni yang paling teruk kite punya krisis.1 lagi, tak pernah aku tengok zaman2 dulu drop point lebih 3 minggu.Kalau adepun, tak sampai 2 minggu, dah kena fired.Contoh cam Scolari.Heran jugak pada zaman Jose Mourinho, result 1/2 je drop, tapi terus Jose blah takut kena pecat dari Roman.

Zaman Ancelotti bleh aku kate zaman "luar biasa".Krisis paling teruk adalah season ni.Assistant blah, key player injured tak henti2, pastu ade back-up plak tak leh harap & tak menjadi perfomancenya.Campur plak player star yang ade dah slow prestasi.Begitu juga dengan yang baru beli tak menunjuk sebarang peningkatan dari semase ke semasa.Yang lebih teruk lagi, baru je beli, terus je injured.Main tak berape banyakpun.Sial betulkan ? Ini salah management.Kesilapan melepaskan beberapa tonggak penting ke kelab lain juga adalah salah silap dari pengurusan.Membeli player cap ayam juga salah pengurusan.

Mengenai taktikal & perfomance player, memang dua2 salah.Kalau taktikal menjadi, tapi perfomance hampeh tak de guna jugak.CA perlu pandai buat pembaharuan sekarang ni.Die mesti dah tahu player2 Chelsea yang die gune sekarang adalah player2 di zaman Jose.Die kena sedar mengenai perkara itu.Jose sudah mempopularkan Didi,Lampard,Terry,Cech,Essien & seumpama dengannya. So CA kena buat revolusi mengenai player2 yang aku sebutkan itu.Nak lebih rasa dihargai, beli aje new player bulan Januari nanti.Baru puas hati gune player yang dicreatekan sendiri.Kena bijak gune player orang, sebab bile tak pandai nak didik nanti, takut kena kritik plak dengan orang yang terbabit, malu plak kang.Hope you know what i mean, CA.

Akhir kate, jika tahun ni bukan tahun Chelsea, maksud aku andai katalah musim ni Chelsea tidak ditabalkan menjadi juara liga atau pentas kompetitif yang lain, aku masih redha.Aku  tidak pernah menyesal menyokong Chelsea.Tapi jika benarlah satu musim itu kite tidak memenangi ape2, itu bukan Chelsea.Kite bukan skuad budak tadika, kite adalah skuad berpengalaman.Malulah kalau trofi league jatuh ke tangan team yang tidak sepatutnya menggengamnya.

P/S : Sempena dengan Awal Muharram esok, aku berharap golongan2 yang kurang ajar seperti fans Arsenal dapat menginsafi perbuatan mereka.Ade yang menyoal kenapa aku membuat provokasi kepada fans arsenal  dan jawapannya sangat mudah.Iaitu kerana sikap & tingkah laku mereka.Nak kritik tak de masalah, begitu juga dengan mengutuk.Tapi kena professional.Sikap kite tu kena matured.Kalau mengutuk dengan menggunakan perkataan2 yang kasar,lucah dan sbgnya sape yang tak marah bai ? Anda ingat saya suka2 nak provokasikan mereka tanpa ade sebab.Saya ade sebab kenapa saya berbuat demikian.Orang fitnah kite, & memberi tuduhan yang tidak tentu hala, sape yang tak rase bengang ? Anda bercakap senang kerana perkara ini tidak jatuh ke muka anda sendiri.Kalau anda ada blog & orang tersebut bukan sahaja menghina team faveret anda malah menghina & memfitnah anda sendiri, tentu anda akan berbuat perkara yang same seperti yang saya buat sekarang ini.Hanya dengan cara ini dapat menyedarkan golongan yang kurang ajar itu.Nak gune cara fikizal, itu bukan cara orang Islam.Anda jangan cube mengajar ape yang saya buat sekarang ini.I'm professional.Jika anda tidak pernah menyokong ape yang saya buat, anda tidak boleh mengajar saya.Please take note ape yang saya terangkan ini.Kepada golongan yang kurang ajar plak, aku nasihatkan agar ubah sikap.Jika anda tidak ubah sikap caci maki hamun anda kepada owner & juga die hard fan Chelsea yang lain, macam mana orang lain nak respek anda.1 lagi, berbudi bahasalah ketika bermesej dengan orang.Islam mengajar kite supaya menghormati orang lain dan bukan mencemuh mereka.

Peace no war.!
Renung2kan & selamat beramal.Wslm.

Kelab Budak Tadika potong line Chelsea kejap

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 28, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dengan ini, aku memaklumkan bahawa team budak tadika cergas ceria berjaya memintas standing dari no.1 Chelsea.(yg tak tahannya..budak tadika ni siap buat peace lagi tu kat Chelsea...)

Tapi jika Chelsea berjaya menang dengan Newcastle United malam ni, Chelsea akan TOP balik.Harap maklum, sekian terima kasih.

Kelab budak tadika cergas ceria hanya akan mengeTOPkan diri mereka selama 45 minit sahaja coz MU akan rampas balik standing diorang jika mereka beat Blackburn nanti (begitu juga dengan Chelsea.)

P/S : Ape ? Top of the league selama 45 minit je ? Kesian...

Fikir Dulu Sebelum Cakap

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 17, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.mirrorfootball.co.uk/news/Arsenal-midfielder-Samir-Nasri-taunts-Chelsea-s-strength-in-depth-after-crushing-Sunderland-defeat-article630093.html

Kelakar juga bile bace statement dari budak kecik ni...Dah le kecik, sejak die join team tadika tu, pernah ke die cium tofi ?

Die tak perasan ke sekarang ni Chelsea still top of the league ? Die masih tak sedar ke awal musim ni team tadika seni die dah kalah 2-0 dengan Chelsea ?

Match league masih "berguni".Chelsea baru kalah sekali dua, dah berani cakap cmtu ?Die xtahu ke, musim lepaspun Chelsea pun ade kalah cmni jugak tapi tengok ? Still dapat double trophy.

Mentang2 team die dah duduk second place in league & just beza 2 mate dengan Chelsea, dah berani cakap cmtu kat team Champions.Die tak sedar lagi ke bulan 12 nanti, die bersame team tadika die akan kena "ayam" plak dengan Chelsea kat Emirates nanti cam last season teruk kena bedal 3-0 kat tempat sendiri.

Kem Chelsea adalah kem yang berstandarkan egois yang tinggi,bangga & teramat riak.Kalah menang adat permainan.Yang penting ialah hasil di akhir musim tu yang menentukan segalanya.

P/S : Ape2pun selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua die hard fan Chelsea yang beragama Islam.Teruskan sokongan serta pengorbanan anda untuk Chelsea.Di hari yang mulia ini, janganlah ade di antara kite yang keji mengeji dan caci mencaci antara satu sama lain seperti mane yang selalu fans Arsenal amalkannnya di blog orang.Jangan jadi macam mereka.Emo,keji-mengeji,caci mencaci di blog orang adalah amalan harian diorang.Kite sebagai fans Chelsea kena jage maruah kite.Kite adalah fans professional yang sentiasa menjage etika serta adab bermesej dengan orang lain.Renung2kan & selamat beramal.Wslm.

Eksklusif - Liverpool bak seperti Angan2 Mat Jenin

Posted by KampungChelsea On Wednesday, November 10, 2010 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aslkm.

Jika kalah mahupun menang, kenapa dan mengapa fans Liverpool selalu mengungkit dan sering bertanyakan kepada Chelsea, kenapa masih belum menang sebarang trofi UEFA Champions League ?

Berani die tanya soalan camni kat team Champions yang setiap musim cium piala dan sekarang ni TOP OF THE LEAGUE untuk 2 musim berturut-turut.

Soalan yang sangat menghairankan.Lebih menghairankan lagi tak ke orang nak tanye, nape Liverpool dah nak dekat 20 tahun tak menang EPL ? satu lagi tak de ke somebody yang pro nak bertanye nape musim ni dan musim sebelumnya Liverpool tak layak masuk UCL yang anda banggakan sangat tu ? Nape sekarang main kat Liga EUROPA tapi tak main UCL dah ? Nape sekarang duk kat pertengahan liga ?

Kepada fans liverpool.Sudah2lah tu, jangan cakap kosong dan tak tentu hala lagi.Cermin team sendiri tu dulu baru nak komen team orang lain.Nak bercakap mengenai sejarah atau pernah menang trofi eropah biar seiring dengan mase dan perfomance sekarang.Kalau dah lebih 5 musim tak menang sebarang piala, n then sekarang baru nak bercakap mengenai team anda pernah menang trofi eropah pada zaman lapok tu, baik xpayahlah.Itu menunjukkan anda seorang yang tidak professional.Bercakaplah mengenai prestasti semasa.Sudah2lah berkhayal dengan sejarah yang lame.Sejarah tak perlu dikenang.Sejarah perlu dijadikan panduan dan pengajaran.Kalau ade sejarah hebat tapi sekarang duk kat pertengahan liga, tak de guna jugak.

Sejarah Chelsea baru saja bermula, jangan risau.Selepas ini akan ade lagi 2/3 trofi dari sang juara, Chelsea.

Ape2pun renung2kan & selamat beramal semua.

Wslm.

P/S : Fans arsenal juga, sila amik note ape yang dituliskan di atas ni...Jangan bertanye soalan yang sudah ade jawapan lagi erk selepas ni.Penulispun kadang2 bosan dan menyampah jugak dengan soalan2 yang same yang asyik ditanya oleh golongan2 mereka yang terlampau bijak ini.Cam tak matured je kan ?

Biler Nak Pegang Trofi Ni ?

Posted by KampungChelsea On Monday, April 19, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bagi yang belum atau missed match lawan spurs hari sabtu yang lepas, korang boleh tengok balik highlights kat atas ni.

Tadi baru je tengok match wigan lawan arsenal dan final skorline sangat menggembirakan aku coz team anak didik uncle wenger kalah dan seterusnya berakhirlah epilog cinta trofi epl musim ni untuk diorang.Try next season erk,huhu.Ape2pun match epl tinggal sahaja lagi 3 perlawanan dan musuh ketat kita, manyoo hanya kurang 1 mata sahaja lagi dengan kita.So ape peluang kita selepas ni, jom check kat bawah ni :


Stoke City (25 April)
Liverpool (1 Mei)
Wigan (9 Mei)


Ketiga-tiga perlawanan ini kalau kita masih drop points aku tak tahu ar,mungkin team kita dah giler agaknya.Lawan stoke hujung minggu ni kat sb, come on ar takkan tak leh nak bedal.Maybe lawan liverpool pasti akan jadi tough game.Tapi kalau setakat liverpool kita tak leh nak kantoi, aku tak tahu ar.Game penutup tirai pulak lawan Wigan dan diharapkan game ni adalah game bersuka ria kerana aku harap lepas daripada game dengan liverpool, kita dah boleh genggam trofi epl dengan jayanya.

Kat bawah ni antara list pra match manyoo plak dalam 3 perlawanan yang tinggal :


Tottenham (24 April)
Sunderland (1 Mei)
Stoke City (9 Mei)


Sakit mate jugak tengok baki perlawanan yang ade pada budak2 manyoo ni.Yang pasti dan harapan aku ialah dapat tengok spurs buat kezutan di old kerepot hujung musim ni.Sebab lepas je game tu, aku tak harap sangat dengan kemampuan anak2 buah Bruce dan Tony tu.


"Aku dah mimpi dah terry dengan lampard pegang tempurung ni hujung minggu ni"

ape2pun layan sketsa kartun kat bawah ni
Photobucket


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png