Showing posts with label youngster. Show all posts
Showing posts with label youngster. Show all posts

Preview UEFA CL : Chelsea vs Bayer Leverkuesan

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 13, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertemuan Chelsea menentang Bayer Leverkuesan akan diserikan lagi dengan kepulangan seorang lagenda yang tidak asing lagi iaitu Michael Ballack ke Stamford Bridge. Pastinya ia kepulangan yang dinantikan oleh para peminat kite selepas melihat Ballack meninggalkan markas Chelsea musim lepas.

4 tahun, Ballack berada bersama The Blues. Die juga sempat hidup di zaman kegemilangan Jose Mourinho. Banyak kenangan dan pencapaian terbaik yang die lakukan, termasuk kejuaraan berganda pada 2 musim lalu bersama Carlo Ancelotti.

Ketika sampai di Stamford Bridge, Ballack ade cakap, die mahu tamatkan kariernya di sana, namun jodoh Ballack tak panjang. Pada 9 Jun 2010, die telah dilepaskan ke Bayer Leverkuesan dalam status free transfer. Aku anggap ia satu pemergian yang terpaksa oleh bekas kapten Jerman itu kerana secara lazimnya, Ballack mahu stay lagi dengan Chelsea. Tapi sayang  management kite tidak memperbaharui kontraknya itu.

"I was very happy. For me the draw could hardly have been any better. I am looking forward to travelling there again, to playing there. Emotionally this will certainly be a special match for me," (BALLACK)


Ya, ia akan menjadikan satu match yang sangat special & emotional kepada kelab kite & juga fans. Selamat kembali semula ke Stamford Bridge, Ballack.

Tahukah anda, ini kali pertama kite diundi menentang kelab jerman itu. Kire first time lah kite jumpa leverkuesan ni pasal diorg bukan selalu dapat main UCL, biasenya main europa league je. Macam team kite lain, every season dapat qualify.

Strategi & taktikal :

Line-up mungkin berbeza sedikit dengan line-up di Stadium of Light hujung minggu yang lalu. Melihatkan kepincangan secara tidak diduga oleh barisan pertahanan kite dalam match berkenaan, mungkin AVB akan menurunkan different player, different shape & dynamic. David Luiz yang tidak dapat beraksi dalam UCL season lepas, berkemungkinan besar akan diturunkan malam ini, bergandingan dengan JT.

Di bahagian tengah, AVB tidak ada sebarang masalah untuk menurunkan Mceachran, selepas Ramires digantung beberapa perlawanan, dek kerana red card yang diterimanya ketika menentang MU, tahun lepas. Meireles akan handle di bahagian right winger dan satu lagi tempat rasenya Lampard dah chop.


Dengan Lukaku yang tak dapat beraksi dalam pentas ini, maka seeloknya di bahagian serangan dipimpin oleh Sturridge - Torres - Mata. (Drogba belum fit lagi.) (kalou,anelka,malouda - tempat diorg hanya di-bench) Walaupun aku tak sure sama ada Torres boleh diturun atau tidak, tapi aku harap AVB bagi peluang kepada die lagi sekali. Kelakar gak bace komen kontroversi Torres yang mengatakn midfield chelsea lembab, slow dan older,hahaha. Aku syak, lepas pada ni die kena denda kot,kehkeh. Untuk Key player, aku menaruh harapan tinggi kepada Mata. Sudah dua game die beraksi cemerlang. Hantaran, kreativiti yang dimilikinya sangat ditagih oleh kita musim ini.

(4-3-3)
Cech
Bosingwa - JT - D.Luiz - A.Cole
Meireles - Lampard - Mceachran
Sturridge - Torres - Mata

Kate orang, first game kalau dapat menang dengan jumlah gol yang besar kan best juga, baru puas hati. Tapi kalau menang sampai 100 gol pun, hadiahnya tetap 3 mata je. Rasenya Chelsea boleh menang lebih dari 2 gol. Untuk match sabtu lepas, lawan sunderland, aku telah menerima krtikan pedas dari beberapa pihak yang menyelar, strategi, taktik management kite teruk. Bagi aku, strategi yang coach kite buat dah okey, cume mistake last2 minit tu tak sape yang jangka, ia boleh jadi macam tu. Pengeluaran awal Sturridge, Mata adalah satu plan yang play-safe. Player penting mesti dikeluarkan lebih awal sprt yang dijangka, kerana faktor kecederaan mungkin akan menimpa mereka jika kite membuat keputusan last2 minit. Kite ade banyak perlawanan penting lagi selepas ini, dan lawan MU pula minggu depan. So, fitness & keadaan key player perlu di-jaga secara rapi dan saksama.

Jangan lupe malam ni, match akan bermula jam 2.45 pagi. Live @ Channel 813.

P/S : Selamat datang juga diucapkan kepada Islam Feruz, pemain muda yang baru sahaja ditanda-tangani oleh Chelsea semalam. Bertambah lagilah youngster dalam kem kite,huhu.

"Burger" Hamburg dari Chelsea

Posted by KampungChelsea On Thursday, August 25, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak sangka, ramai betul player muda kite di-jual. Ada yang dijual & ada juga yang di-loan.

Mancienne, Bruma & Gokhan Tore, ketiga-tiga player ini secara serentak telah dijual ke kelab jerman, Hamburg pada bulan Julai lalu.

Hamburg nampak gayanya memang suka beli player muda kite. Dan yang terbaru, sekarang ini ialah Slobodan Rajkovic. Mereka telah menandatangani kontrak defender muda Serbia itu selama 4 tahun(tidak dinyatakan berape fee transfernya ke sana). Sure, ini semua plan dari Frank Arnesen(ex-sporting director Chelsea). 4 youngster chelsea "dikebas" begitu sahaja, tentu sahaja transfer berkenaan ada kaitan dengan Arnesen yg pernah bekerja di Stamford bridge lebih dari 3 tahun.


Agak kecewa juga kerana Rajkovic merupakan centre back yg berbakat. Die tough, tinggi & mempunyai skill pertahanan yang solid. Dengan usia mudanya itu,aku menjangkakan die mampu menjadi se-legend Terry & sehebat Gerard Pique. Tapi entah tibe2 Chelsea memutuskan untuk melepaskannya pergi.

Alasan utama penjualan tersebut kerana Rajkovic masih belum mendapat permit kerja di England & pihak management kite juga mengatakan, proses work permit die bermasalah skit.

Asal susah sangat nak dapat work permit erk ? Kesian aku tengok Rajkovic. Perfomance die sangat bagus dalam match pre-season bulan lepas. Alasan sebab ada masalah dengan work permit memang aku tidak boleh terima. Ye lah, tahun lepas di-loan, tahun ni kena jual wlpn case die tu tak delah kritikan sangat. Kesian kat ko, Rajkovic.

Terkini, Tomas Kalas telah dipinjamkan ke kelab Vitesse selama 1 musim. Hmmm, rasenya tengoklah lepas habis loan nanti, konfem kena jual juga si Kalas tu. Macam tak tahu, itu polisi management Chelsea. Yang muda di-loan, di jual dan yang tua pula dibelai.

Undian : Best of the best Chelsea youngster 2010-211 ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 17, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Calon2 pemain muda terbaik Chelsea bagi musim 2010-2011 :



1.Fabio Borini
- Setakat ni die telah score 6 gol dlm 9 penampilan utk kelab loannya, Swansea City. Ingatkan Sturridge je bleh score gol byk2, Borini pun bleh wat jugak.

  
2. Ryan Bertrand
- Debut pertama bersama skuad 1st senior ketika menentang Birmingham bulan lepas. Match tersebut dimenangi oleh Chelsea dgn scoreline 3-1. Gol ketiga dlm match tu hasil daripada assist Bertrand.Nice cross.


3. Daniel Sturridge
- Kalau ade anugerah player loan terbaik, rasenya Sturridge yg akan bolot semuanya ,kehkeh. 11 penampilan bersama Bolton, die score 8 gol. Hmmm big impact from Chelsea.


4. Josh Mceachran
- Ade yang telah melabelskan die sebagai  "A New Iniesta". Kalau tgk dari segi cara permainan especially skill & pass mmg sama cam Iniesta. Mceachran juga pandai buat trough pass, gesture badannya yg cool, dribble ball yg cantik. Perfomance terbaik die mase lawan Newcastle Utd tahun lepas kat saingan Carling Cup.

Actually ade banyak lagi player muda kite yg boleh masuk dalam list ni (cam Jack Cork, Van Aanholt, Bruma, Kakuta dll) tapi secara jujurnya ke-empat2 player yg aku nyatakan kat atas ni paling gempak, paling terbaik. So pendapat korang cmner ? Sape youngster Chelsea terbaik untuk season ni ? Borini ? Bertrand ? Mceachran ? Sturridge ?

Profile : Kenali Ryan Bertrand

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 28, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom kenali serba sedikit info mengenai youngster kite, Ryan Bertrand. Debut professional pertamanya untuk Chelsea pada 20 April 2011, lawan Birmingham.Ala last week punya games yg kite menang 3-1. Bertrand lah yg buat cross superb utk gol ke-2 Malouda tu beb.Another wonderkid selain dari Josh Mceachran.

Ryan Bertrand atau full-name Ryan Dominic Bertrand lahir pada 5 Ogos 1989 di Southwark, London, England.Die bermain di posisi left back(winger), posisi yg same dgn Ashley Cole.

CFC telah menandatangani kontrak Bertrand pada Julai 2005 dari kelab Gillingham.Pada musim 2006/2007, Bertrand dua kali di-loankan ke kelab Bournemouth, yang mana pada waktu itu die bersama dengan Jack Cork (another youngster chelsea).

Pada Ogos 2007, Bertrand join kelab Oldham Athletic secara pinjaman sehingga bulan Januari 2008.

N then pada 4 Januari 2008 selepas loannya berakhir di Oldham, kemudian dia dipinjamkan pula ke kelab Norwich City, for the rest of the season 2007/2008. ( Berape banyak daa die punya loan,kehkeh.Tapi biaselah player mude macam die ni perlu diberi byk pendedahan & experience di kelab2 bawahan..)

Misi loan yg seterusnya di kelab Nottingham Forest.Pada 5 Ogos 2010, Bertrand setuju dgn kontrak pinjaman selama 6 bulan di sana.First debutnya utk kelab tersebut ketika menentang Burnley. Bertrand kembali semula ke Chelsea selepas tarikh pinjamannya tamat pada 3 Januari 2011.


Ketika match menentang Birmimgham last week, die menggantikan Ashley Cole pada awal separuh masa kedua dan membuat assist kpd second goal dr Malouda, memberikan kemenangan bergaya Chelsea 3-1 mengatasi Birmimgham.Cross cantik yg tepat yg tepat ke arah Malouda & Malouda meyambut baik hantaran Bertrand itu dgn menanduk kemas menewaskan Ben Foster.

Tak lupe juga, die pernah beraksi utk skuad muda England bawah 17 tahun, bawah 19 tahun & skrg ni Under-21 plak.

Anyway, Bertrand is talented player.Like Mceachran, Bertrand juga mempunyai skill & kreativiti yg bagus.Harap lepas ni, CA banyak bagi peluang die perform.Kalau tak 1st starter, super-subpun jadilah kan ? Good luck for u, Bertrand.Hope u success in CFC.


Kredit : Wikipedia

Official : Chelsea sign "New Kaka"

Posted by KampungChelsea On Thursday, March 17, 2011 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selepas Alex, Ramires & Luiz, kini datang sorg lagi mamat Brazil yg muke ala2 Kaka skit.

Kelab Sau Paulo secara rasminya mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan player muda talented diorg, Lucas Piazon ke Chelsea selepas kelab Juventus mengaku kalah dalam proses rundingan transfer tersebut.

Piazon berhijrah dari Sau Paulo ke Stamford Bridge dengan tag harga sebanyak 5.3 juta pound.Wlpn nilai harga tersebut tidak segempak nilai Torres & Luiz tapi kedatangan Piazon pastinya akan menaikkan lagi taraf industri youngster Chelsea.Baguslah dengan transfer kali ni, murah + muda...biasanya asyik beli player2 star je, so tindakan pihak scout chelsea kali ini lebih bijak dari tahun sebelumnya. iaitu mengutamakan player masa depan dari player tua yg dah pancut awal.

Untuk pengetahuan anda, Piazon bermain di posisi yg sama sprt Abang Lampard & Kaka iaitu Attacking Midfielder(CAM)

Dia juga telah lulus dalam ujian test medical dari klinik Chelsea.Tapi buat mase sekarang Piazon belum boleh lg beraksi bersama kite pasal umurnya baru 17 tahun.Mengikut undang2 dari pihak FA England, hanya player yg berumur genap 18 tahun baru bleh join secara official team tersebut.So, Piazon akan datang balik ke Chelsea pd bulan Januari tahun depan.Yakni selepas die habis exam SPM.

P/S : Tak dapat Kaka yg real tupun xpe, coz kite dah dapat "new Kaka junior" punye,hehe.Lebih murah, lebih power & lebih berbaloi-baloi.

Official : Bruma & Van Aanholt di-loan

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 26, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Eish, tak sangka makin lama makin banyak kelab luar berminat nak pinjam youngster kite.Tahulah sekarang ni proses perkembangan bakat muda sekolah akademik chelsea dah maju ke hadapan dengan lebih gah,kehkehkeh...

Yang terkini, secara rasminya duo youngster berbakat kite, Kakuta & Van Aanholt akhirnya telah bersetuju untuk dipinjamkan ke kelab2 yang berkenaan.Kakuta ke Fulham manakala Van Aanholt ke Leicester City.Mereka berdua akan kekal di sana sehingga akhir musim ini.

Anyway, aku wish gud luck & all the best lah utk mereka.Harap dapat improve serta kembangkan lagi bakat hebat diorg kat sane.Semoga lepas habis loan nanti hrp dapat join Chelsea balik & tunjukkan ape yg mereka dapat serta study kat sane tu nanti.Jangan pergi makan angin je, hasil tu kena ade gak.

2 dah kena loan, tp yg belah kanan sekali tu xperlulah di-loan..sebab die dah pro & bleh bawa fresh di bahagian midfield kite.Kalau loan & jual gak, memang nak cari pasallah CFC ni,kehkehkeh...

FA Youth Cup : Milan Lalkovic 2 Arsenal 1

Posted by KampungChelsea On Friday, January 21, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FA Youth Cup report : Kem muda Chelsea bawah 18 tahun memberi perkhabaran yang cukup baik dalam kempen FA Youth Cup musim ni apabila menewaskan Arsenal 2-1 dalam pertembungan London youth derby semalam.

2 jaringan penyelamat dari Milan Lalkovic sudah cukup untuk memalukan barisan kanak2 seni itu.Lebih menarik lagi, Josh McEachran juga turut serta beraksi dalam match ini.

Untuk cabaran yang seterusnya, aku wish gud luck & all the best.Harap tahun ni kite dapat kekalkan lagi trofi FA Youth Cup ini selepas last season kite jadi juara buat pertama kalinya dalam tempoh 49 tahun. "Abang borek adik rintik", skuad Chelsea memang terbaik dari ladang.Sama ada junior mahupun senior, sama sahaja.Dua2nya champions.Biaselah mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasinya, kan ?

Untuk laporan penuh bagi game semalam, korang bleh klik sini

P/S : " Di mana ada kekalahan di situ ade LOL." Tagline ini tersangatlah sesuai bagi pihak yang kalah itu.Pesanan aku mudah je...jangan cakap bongkak & takabbur selagi team anda itu tidak dapat mencium at least 1 piala lagi setakat ni.Jangan berbangga dengan standing league sekarang jika ending season masih trophyless,sedarlah diri skit.Usahlah nak mempertikaikan keadaan Chelsea sekarang ni jika team anda masih di-tokok lama serta kebudak-budakkan & usahlah juga nak berdebat dengan fans Chelsea jika daya pemikiran anda masih belum matang.Fokus untuk ape yang cikgu anda akan ajar anda kat sekolah nanti.Tak de guna EMO bab2 bola, kalau bab2 agama anda buta & abaikan.

Pertunjukan bakat muda bermula

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 21, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Turnbull (GK); 
Bruma, Alex, Ivanovic, Van Aanholt;
Zhirkov, Ramires, Benayoun; 
Kakuta, Sturridge, Borini.

Jangan terkejut jika aku mengatakan bahawa line-up kat atas ni merupakan line up yang akan turun menentang Newcastle United pagi khamis nanti.

No JT, no Ash, no Essien, no Mikel, no Malouda, no Nik again, no Didi, and maybe no Frankie again on thursday carling cup match maybe akan sedikit mengejutkan sesetengah dari kite yang menginginkan line-up terkuat untuk perform lawan team yang agak powe iaitu Newcastle.

Jika ini percaturan serta perancangan dari CA, aku setuju dan aku tak de sebarang masalah.Lebih2 lagi hari sabtu ini masih ade match yang lebih penting dari match hari khamis ini iaitu menentang Manchester City.

Untuk pengetahuan korang, pentas Piala Liga Carling inilah antara pentas yang paling sesuai untuk kem kita menurunkan seberapa banyak player muda kite.Nak harapkan untuk perform di pentas EPL mahupun UCL mungkin sangat mustahil bagi mereka.Namun dalam pentas inilah mereka perlu menunjukkan bakat hebat mereka itu kepada kite.

Mereka yang aku maksudkan itu ialah Van AanHoltz, Bruma, Kakuta, Sturridge, Borini.

Takkanlah piala liga carlingpun still nak turunkan barisan terkuat, lagipun ape gunenya player muda, kalau kita tak gune diorang untuk piala yang tidak begitu kompetitif sangat untuk CA,Ray Wilkins & RA.

Lawan Blackpool, Nik,JT & Frankie semuanya tak perform tapi player2 kita tak de menghadapi sebarang masalah untuk mencatat kemenangan besar bersertakan jumlah gol yang agak "melampau" setiap minggu.

Anyway, jangan lupe untuk menyaksikan match The Blues menentang Newcastle United dalam saingan pusingan ke-3 Piala Carling secara live di Astro Channel 817 jam 2.45 pagi.Keep the blues flying high.

Game over for Neymar & persaraan dari dunia bola sepak oleh Sam

Posted by KampungChelsea On Friday, August 20, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selepas mendapat tekanan serta paksaan dari geng2 anti EPL(Robinho,Pele,Mano Menezes(coach Brazil),Orlando Silva(Menteri Sukan Brazil), akhrinya Neymar megumumkan bahawa dia mahu stay di Santos & seterusnya menolak tawaran berharga dari kem kite.

Melepas ?

Yup, memang melepas tapi Chelsea langsung tidak rugi ape2..Dengan kedatangan budak muda genius, Ramires, jelas aku katakan bahawa transfer failed dari Neymar tidak memberi ape2 kecewaan kepada aku dan juga Chelsea.

Takziah aku ucapkan kepada familli Neymar mengenai isu ini coz untuk pengetahun korang, familli Neymar dah jatuh hati dengan tawaran gaji yang kite layangkan kepada Neymar iaitu 55 ribu pound seminggu.Tapi ape boleh buat beb, geng2 anti EPL itu telah merosakkan segala plans kite & familli Neymar.Kononnya mereka berkata, jika Neymar bermain di EPL, so rosaklah masa depan talented player2 muda brazil.Ceh...

Jika Ramires menjadi salah satu pemain terbaik epl hujung musim nanti, aku mahu geng2 anti EPL itu tarik balik kenyataan yang diorang luahkan itu kepada famili Neymar & Chelsea.

1 berita yang sangat menyedihkan dari kem youngster kite apabila right back, Sam Hutchinson telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak selepas kecewa dengan kecederaan lutut yang dialaminya.Kecederaan parah di bahagian lututnya itu telah menyebabkan Sam tidak dapat bermain dalam tempoh yang agak lama dan memaksanya untuk bersara dari dunia bola sepak.

Kecederaan yang dialami oleh Sam itu sukar disembuhkan dengan cara mudah dan menurut pihak medik, jika Sam sembuh sekalipun, dia tidak akan mampu untuk mengembalikan semula keadaan fizikal yang sesuai dengan pemain bola sepak professional yang lain.

Ia sangat menyedihkan bagi aku.Sam merupakan right back yang bagus dan mempunyai masa depan yang cerah di kem kite.Pengumuman persaraan dari bola sepak oleh Sam merupakan satu news buruk kepada mana2 die hard fan chelsea yang mahu melihatnya untuk perform bersama skuad senior.

Ape2pun good luck for you, Sam.Umpama lirik yang dipetik dari lagu Dewa "Hadapi Dengan Senyuman".Hadapi dengan senyuman,semua yang terjadi biar terjadi,hadapi dengan tenang jiwa semua...

P/S : Lirik tersebut khas & khusus untuk Sam.Aku & Chelsea akan sentiasa support anda tidak kira sama ada dari depan atau belakang.Chelsea will support you forever.All the best for you,Sam.!

Youngster Oh Youngster...

Posted by KampungChelsea On Wednesday, August 11, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Syok jugak bile kite berbicara mengenai player muda kem kite...Lebih2 lagi bile mereka dah start perform dengan skuad senior.Realitinya, player2 muda kite sangat berbakat dan itu memang tak dapat dinafikan lagi.Kat bawah ni aku listkan name2 youngster kem kite yang boleh pergi jauh,
  • Kakuta
  • Borini
  • Sturridge
  • Bruma
  • Sinclair
  • AanHolt
  • Jack Cork
  • Ryan Bertrand
Nama2 yang aku listkan kat atas ni antara youngster kite yang sangat berbakat dan tidak mempunyai masalah untuk pergi jauh.Jauh mana, itu aku tidak pasti cume performance diorang dah makin meningkat dari semasa ke semasa.

Jeffrey Bruma maybe dalam mase 2/3 tahun lagi dah bleh amik ganti tempat JT.Tapi perfomance die perlu diasah lagi coz masih banyak lagi yang perlu dia belajar dari JT.Manakala Sturridge plak, melihatkan aksi2 cemerlangnya ketika menentang MU dalam match CS, tidak ada sebarang masalah untuk die bermain bersama Nik,Didi & Kalou pada musim baru nanti.Aku memuji kecekalannya ketika cuba untuk melepas tembok besar MU di match CS beberapa hari yang lalu.

Berita terkini sekarang ini ialah mengenai perpindahan winger, Scott Sinclair ke kelab divisyen Championship, Swansea.Kem kite telah melepaskannya ke sana dengan harga yang tidak melebihi 1 juta pound.

Kecewa ?
Yup, aku memang kecewa dengan transfer Sinclair itu.Sinclair antara salah satu pemain muda kite yang talented.Kenapa & mengapa begitu mudah kem kite menjualnya ke Swansea ? Situasi ini mengingatkan aku ketika kem kite menjual Stoch ke Fenerbahce dan ia sangat memedihkan jiwa aku coz aku mahu melihat dua player muda yang best ini perform bersama skuad senior pada musim baru nanti.

Tidak lupa juga news mengenai defender, Manciennye yang khabarnya kelab Wolves mahu membelinya dari kem kite.Perlukah kita menjualnya seperti kita menjual Stoch & Sinclair ?

Sama2 kita renungkan dan berfikir sejenak mengenai perkara ini.Kalau dah mula nak jual youngster, sampai bile youngster kelab kite akan maju ? Asyik nak jual je, bile nak jana diorang.Dengar cite plans RA & CA nak built a new fabublous youngster untuk kem kite.Kalau dah jual Sinclair,Stoch,Mancienne, ape kejadahnya nak bulit a new fabulous youngster club...

Dah le pembelian player baru kem kite musim ini tidak sehangat seperti tahun2 yang sebelumnya.Nak kate tak tak de duit...duit income dah banyak masuk ke akaun RA.FIFApun dah allow transfer window untuk kem kite.So ape kesnya tak nak beli player baru ni ?

Dengan kekalahan mudah ke atas geng2 MU, satu kesimpulan yang perlu aku inform kat korang ialah kem kite perlu beli 2/3 player baru.Satu untuk posisi defender, satu untuk attacking midfielder(coz Benayoun xbest seperti yang diharapkan...) & satu lagi untuk posisi striker.Amacam ? Terbaekkan beb.!

Kejutan yang melucukan.!

Posted by KampungChelsea On Friday, July 30, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bagi sesape yang belum perasan, kem kite telah menerima satu kejutan yang sangat melucukan pada match friendly semalam apabila budak2 tadika tanjung jambatan Stamford kita kalah 5-1 kepada geng2 Wycombe Wanderes.

Actually aku tak frust langsung tapi nak tergelakpun ade....Pasal ?

Korang tengoklah line-up yang main semalam,

Chelsea XI against Wycombe Wanderers: Walker, Clifford, Ince, Deen-Conteh, Bertrand, Sinclair, Cork, Clifford, Lalkovic, Di Santo, Djalo - Subs: Tore, Blackman, Philliskirk, Sampayo, Prosen.

Lupakan trio2 senior, korang tengok di barisan line-up kat atas ni...Kem kite pakat rembat je ambik player2 muda yang main semalam tu...entah2 Ray Wilkins pi cilok diorang kat atas ni dari kem Sengal kot..

Matic,Bruma,Aanholt,Sturridge,Kakuta,Borini,Sam Hutchinson tak perform beb...CApun tak de...Nak cari video highlights match semalampun sampai sekarang aku tak jumpe2 lagi kat website...

Player2 youngster yang main semalampun CA letak secara rambang je...Skuad ke-4 beb...macam mana aku tak bleh tahan nak gelak...

Sampai JT,Lampard & Didipun tergelak sakan dengan match friendly semalam...

Lampard : Kahkahkah Didi, Sape yang main semalam tu sampai teruk kena tibai ?

Didi : Entah ar Frank, Jangan2 Brad Pitt dengan Lady Gaga kot yang main,hahaha

JT : Nak terkencing aku tengok baby2 kite main semalam...wakaka

P/S : Team lain kalau turun skuad ke-4 diorang, konfem lagi teruk kena tibai...MU pun dengar cite, turun skuad 1st je kat match friendly...

Di Santo ke Wigan ? Bruma plak ke Wolfsburg ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 20, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Atletic Wigan dilaporkan berminat untuk mendapatkan youngter kem kite iaitu Franco Di Santo secara pinjaman.Tidak lupa juga satu lagi berita, kelab Jerman, Wolfsburg semakin rapat dan hampir untuk mendapatlan bek winger, Jeffrey Bruma secara pinjaman.

Betul atau tidak, aku tidak tahu tapi aku harap 2 news mengenai 2 youngster kite ni tidak benar.

Ape kes dua kelab tu nak dapatkan youngster kite ?

Di Santo baru dipinjamkan ke Blackburn last season n tiba2 Wigan plak nak loan die.Begitu juga dengan Bruma.Bruma antara salah satu youngster kem kite yang sangat berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah di Stamford Bridge(SB).Takkan senang2 kem kite nak bagi loan kat Wolfsburg.Baru nak kembangkan skit bakat youngster kem kite, dah ade kelab yang berminat...adeh...

Jika yang masih belum tahu, last season, Di Santo dipinjamkan ke Blackburn dan dia hanya score 1 gol sahaja dalam 22 penampilan bersama kelab Blackburn itu.So jika dia di Wigan next season, berapa jumlah gol yang bakal die score nanti ? Pasti ada yang akan cakap dia hanya mampu menjaringkan 2 gol sahaja.

Manakala, perfomance Bruma semasa match friendly menetang Crystal Palace pada hari sabtu yang lepas agak bagus.Aku rasa sangat kecewa dan rugi jika kem kite sudi melepaskan die ke Wolfsburg walaupun secara loan coz aku mahu melihat die perform bersama skuad senior kite pada musim baru nanti.

CA & RA baru sahaja mengatakan yang diorang mahu melihat kem kite dapat mengembangkan bakat player muda kita ke tahap yang lebih tinggi pada musim baru nanti.Tapi jika asyik mahu memberi loan sahaja kepada kelab lain, sampai bile kita nak melihat kemajuan dalam bakat player muda kita nanti.Jadikan iktibar dari kes penjualan Stoch ke Fenerbahce itu.Stoch is a good youngster blues player tapi aku sangat terkejut dan juga merasai sedikit kekecewaan coz kenapa dan mengapa kem kite begitu mudah melepaskan Stoch yang berbakat besar itu ke Turki.

So, korang nak lihat Bruma ke Wolfsburg ? atau nak melihat juga Di Santo dipinjamkan buat kali kedua dalam tempoh 2 musim ke kelab Wigan ?

Korang fikirlah sendiri...


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png