Aku baru sahaja bincang pasal Meireles 20 minit tadi, tiba-tiba keluar official news dia dah sertai kelab Fenerbahce.
Ada yang cakap pembelian Meireles ni membazir kerana dengan hanya 12 bulan sahaja di Chelsea, dia tidak beri banyak sumbangan. Harus ingat, tak kira player mana yang keluar sekalipun, dia tetap meninggalkan kesan positif kepada kelab & juga penyokong.
Antara jasa Meireles kepada Chelsea :
1. Dia score gol penting ketika Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester City di Stamford Bridge. Masihkah anda ingat pada waktu itu, Chelsea team pertama yang meleburkan rekod unbeaten City.
2. Score gol last2 minit ketika Chelsea menyingkirkan Benfica pada suku akhir UCL.
3. Menjaringkan gol cantik ketika Chelsea menewaskan Birmingham di pusingan ke-5 Piala FA. Meireles merembat kencang dari luar kotak penalti untuk menyempurnakan debut pertama RDM sebagai interim manager.
Keluarnya Meireles tentu bersebab. Pertama kerana Meireles tahu dia tak akan dapat tempat dalam 1st starter. RDM lebih gemar gandingan Mikel-Lampard. Nak main di bahagian right midfielder, Ramires dah cop. Masuk pula si Oscar konfem buat Meireles rasa lagi terpinggir. Kedua, kedatangan Meireles ke Chelsea hari tu pun sebab AVB yang ajak. Dan selepas AVB dipecat, Meireles berniat untuk keluar dari Stamford Bridge. Dan niatnya itu tercapai.
Apa pun good luck buat Meireles. Tak kira anda berpindah ke kelab mana sekalipun, aku sebagai fans Chelsea akan terus support ko. No hard feeling, tak ada simpan dendam apa2. Semoga sukses selalu.
Raul José Trindade Meireles
(31 ogos 2011 - 3 September 2012)
48 penampilan 6 gol 2 trofi (Piala Fa & UCL)
(31 ogos 2011 - 3 September 2012)
48 penampilan 6 gol 2 trofi (Piala Fa & UCL)
Bila dah banyak sangat beli pemain tengah, maka pemain2 yang terdahulu dibuang. Polisi ni kononnya bertujuan untuk memberi peluang kepada muka2 baru, bakat2 muda. Tapi kita harus tahu perancangan merombak team secara besar-besaran biasanya mengambil risiko yang tinggi. Ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi. Bila tak menjadi, maka timbullah persepsi seperti ini "menyesal board club buang pemain2 yg berpengalaman. player muda mentaliti tak kuat". "menyesal lepaskan Drogba, Torres banyak bazirkan peluang, banyak hilang bola"
P/S : Essien di-loan, Meireles dijual. Jadi, sekarang ini tinggallah 3 pemain centre midfielder Lampard-Mikel-Romeu. Bolehkah Chelsea nak mengharapkan gandingan Mikel-Lampard lagi ? Romeu pula aku tak tengok lagi cara dia main macam mana. Adakah sebagus musim lepas atau sebaliknya. Oscar ? dia lebih kepada attacking dan Ramires ? Ramires sesuai main right wing. Harap RDM bijak buat rotation terhadap 5 pemain ini. Salah satu daripadanya kalau nak dropkan kat bench pun tak ada masalah sebab tak ada sumbanganpun kalau dia main kat atas padang.
