Showing posts with label sam hutchinson. Show all posts
Showing posts with label sam hutchinson. Show all posts

Sam Hutchinson

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 27, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sam Hutchinson merupakan pemain muda Chelsea yang berusia 21 tahun. Sam atau nama penuh Samuel Edward Hutchinson tidak ada kaitan dengan Sam Allardyce, Sam Mobile ataupun Shaheizy Sam.

Sam memulakan karier awal di Akademi Chelsea pada tahun 1999, yang mana pada waktu itu, dia baru berusia 7 tahun. Jose Mourinho lah yang telah membawanya masuk ke skuad utama pada tahun 2007. Jose pernah label kan Sam ini sebagai pengganti John Terry. Bakat Sam terus digilap dari semasa ke semasa dan dia memulakan debut pertama bersama skuad utama Chelsea pada bulan Mei 2007 menentang Everton dalam saingan EPL. Sebelum itu, Sam telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama The Blues.

Malang tidak berbau, Sam terpaksa mengumumkan persaraan awal dari karier bola sepak kerana mengalami kecederaan serius di bahagian lutut. Desas-desus mengatakan dia mungkin tidak akan kembali pulih disebabkan kecederaan yang ditimpanya itu amat kritikal sekali.

Walaupun telah bersara, namun semangat Sam tidak pernah luntur. Dia telah diambil bekerja dengan Akademi Chelsea sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sains Sukan di Universiti.

Selepas setahun mengumumkan persaraan, Sam secara tiba-tiba telah kembali bermain bola sepak di skuad Reserve Chelsea. Berita ini mengejutkan ramai pihak termasuk penyokong The Blues sendiri. Masalah kecederaan lutut Sam beransur pulih.


Apa yang membezakan Sam dengan pemain lain ialah semangat dan ketabahan. Hasilnya dia telah diserap kembali ke skuad senior Chelsea. Pada 29 April 2012, Sam diberi peluang bermain pada perlawanan menentang QPR. Masuk menggantikan Bosingwa, dia sempat beraksi lebih kurang 10 minit.

Benarlah kata Jose Mourinho, "pemain berpengalaman harapan utama, pemain muda mudi mewarisi masa depan pasukan". Sam boleh dianggap sebagai prospek penting yang mungkin akan menggalas tugas selaku ketua utama pasukan jika Terry bersara nanti.

Info tambahan : Sam beraksi di posisi bek tengah. Kadang-kadang dia juga boleh bermain di posisi sayap kanan.
 tak main pun dapat juga pegang trofi Champions League. Inilah yang best nya jika anda menjadi pemain kelab Chelsea.

Game over for Neymar & persaraan dari dunia bola sepak oleh Sam

Posted by KampungChelsea On Friday, August 20, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selepas mendapat tekanan serta paksaan dari geng2 anti EPL(Robinho,Pele,Mano Menezes(coach Brazil),Orlando Silva(Menteri Sukan Brazil), akhrinya Neymar megumumkan bahawa dia mahu stay di Santos & seterusnya menolak tawaran berharga dari kem kite.

Melepas ?

Yup, memang melepas tapi Chelsea langsung tidak rugi ape2..Dengan kedatangan budak muda genius, Ramires, jelas aku katakan bahawa transfer failed dari Neymar tidak memberi ape2 kecewaan kepada aku dan juga Chelsea.

Takziah aku ucapkan kepada familli Neymar mengenai isu ini coz untuk pengetahun korang, familli Neymar dah jatuh hati dengan tawaran gaji yang kite layangkan kepada Neymar iaitu 55 ribu pound seminggu.Tapi ape boleh buat beb, geng2 anti EPL itu telah merosakkan segala plans kite & familli Neymar.Kononnya mereka berkata, jika Neymar bermain di EPL, so rosaklah masa depan talented player2 muda brazil.Ceh...

Jika Ramires menjadi salah satu pemain terbaik epl hujung musim nanti, aku mahu geng2 anti EPL itu tarik balik kenyataan yang diorang luahkan itu kepada famili Neymar & Chelsea.

1 berita yang sangat menyedihkan dari kem youngster kite apabila right back, Sam Hutchinson telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak selepas kecewa dengan kecederaan lutut yang dialaminya.Kecederaan parah di bahagian lututnya itu telah menyebabkan Sam tidak dapat bermain dalam tempoh yang agak lama dan memaksanya untuk bersara dari dunia bola sepak.

Kecederaan yang dialami oleh Sam itu sukar disembuhkan dengan cara mudah dan menurut pihak medik, jika Sam sembuh sekalipun, dia tidak akan mampu untuk mengembalikan semula keadaan fizikal yang sesuai dengan pemain bola sepak professional yang lain.

Ia sangat menyedihkan bagi aku.Sam merupakan right back yang bagus dan mempunyai masa depan yang cerah di kem kite.Pengumuman persaraan dari bola sepak oleh Sam merupakan satu news buruk kepada mana2 die hard fan chelsea yang mahu melihatnya untuk perform bersama skuad senior.

Ape2pun good luck for you, Sam.Umpama lirik yang dipetik dari lagu Dewa "Hadapi Dengan Senyuman".Hadapi dengan senyuman,semua yang terjadi biar terjadi,hadapi dengan tenang jiwa semua...

P/S : Lirik tersebut khas & khusus untuk Sam.Aku & Chelsea akan sentiasa support anda tidak kira sama ada dari depan atau belakang.Chelsea will support you forever.All the best for you,Sam.!


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png