
Bayern akhirnya dapat tuntaskan misi balas dendam mereka dua musim lepas dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Chelsea.
Manakala Chelsea mengulangi skrip yang sama seperti tahun lepas iaitu gagal menjuarai UEFA Super Cup. Musim lepas tewas kepada Atletico Madrid, kali ini kepada Bayern Munich pula. Hajat Mourinho untuk merangkul gelaran Uefa Super Cup pertamanya tidak kesampaian.
Jika jaringan penyamaan yang dramatik oleh Javi Martinez pada minit2 akhir extra time itu tidak terjadi sudah tentu Chelsea ditabalkan sebagai juara. Hasil daripada gol tersebut membolehkan scoreline manjadi 2-2 & mengajak perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalty. Kesemua pemain berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam sepakan penalti kecuali Lukaku selepas sepakan lemahnya berjaya diselamatkan oleh Neuer.
Aku hampir2 nak raikan kejayaan Chelsea pada minit ke-120 tetapi Javi Martinez memang betul2 spoilkan keadaan. Apa boleh buat, itulah bola sepak. Macam2 boleh berlaku.
KTBFFH.
