
Sebagai peminat Chelsea, aku bersetuju jika Courtois kekal lagi bersama Atletico Madrid musim depan. Jika kembali semula ke Chelsea pun, dia hanya akan sekadar berada di bangku simpanan sahaja kerana Cech tetap menjadi pilihan utama. Jadi, Courtois boleh kekal lagi di sana untuk tempoh beberapa tahun akan datang & kembali semula bila Cech bersara.
Courtois ni boleh lah dianggap sebagai antara keeper muda terbaik di Eropah. Dia membantu Atletico meraih 3 gelaran (Europa League, Uefa Super Cup & Copa del rey). Aksinya ketika menewaskan Real Madrid dalam final Copa Del Rey sangat mengagumkan.
Bila Cech bersara (mungkin 4/5 tahun nanti), tak perlulah Chelsea bersusah payah nak pikir beli keeper baru kerana kita sudah ada Courtois !
