Seri dengan Arsenal ini bukanlah satu keputusan yang positif kerana kita sedang bersaing untuk merebut tempat ke slot play-off UCL. Seri atau kalah jawapannya drop point. Kita tercicir mata berharga di Emirates.
Menentang anak buah Arsene Wenger ni, RDM menurunkan skuad kedua, yakni most of it ialah pemain simpanan. Perancangan tersebut dibuat kerana mahu merehatkan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan penting menentang Barca hari rabu nanti. Ivanovic digantung, David Luiz & Drogba masing-masing cedera. Lampard direhatkan manakala Mata & Ashley Cole bermain dalam 10-15 minit terakhir. Namun Arsenal gagal juga menumbangkan kita. Mereka yang mendapat cuti rehat lebih lama dari Chelsea tetap tidak mampu merobek gawang Cech. Bayangkan jika Drogba, Ivanovic ,David Luiz Lampard & Ramires beraksi, mungkin scoreline akan berubah & kemenangan memihak kepada Chelsea.
Secara keseluruhannya, permainan kedua-kedua pasukan seimbang. Kelemahan Chelsea hari ini ialah kita kekurangan fungsi di bahagian tengah hingga menyebabkan bahagian serangan tidak cukup efektif. Hanya di bahagian pertahanan sahaja yang cemerlang, menafikan beberapa percubaan merbahaya dari jentera serangan Arsenal. Sturridge bukan tidak bagus, cume masalah dia ini ialah kurang team-work. Dribble bola lama gile, passing tak mahu. Hanya mahu shoot sahaja. Torres yang diberi peluang main 1st starter gagal memberi perfomance yang diharapkan. Alasan sebab tiada sokongan di bahagian tengah. Boleh diterima alasan itu ? ya kerana memang benar midfield tidak support striker. Ketiadaan Ramires menyebabkan tengah menjadi slow.
Keputusan seri tanpa jaringan di Emirates Stadium tidak mengubah kedudukan ke-6 Chelsea. Setakat ini kita memungut 58 mata. Hanya beza 1 mata sahaja dengan Spurs & Newcastle yang masih lagi tidak bermain 1 perlawanan. Baki 4 perlawanan liga yang tinggal ini kita wajib menang lah untuk terus kekal dalam pemburuan tempat ke-4. Kalau drop point lagi, tak tahu lah aku nak cakap apa lagi.
P/S : Sekalipun gagal mengakhiri liga di tangga ke-4, Chelsea tetap akan layak juga ke slot liga juara-juara eropah JIKA kita menang trofi tersebut musim ini. Seperti yang dilakukan oleh Liverpool pada tahun 2005. Gagal akhiri liga di top 4 spot namun kerana menang UCL pada waku itu, UEFA tetap memberi mereka slot play-off ke saingan berkenaan. Atas sebab kerana mahu mengekalkan status juara bertahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yeah , midfield memang tak aktif . Camner nak score kalau striker tak disupport ? Defenders played well . Bertrand tuh mcm oke je . Teringin nak tengok dia maen lagi kerap . Baru game td nampak Romeu . Haha .
Keep winning the remaining games , Chelsea . KTBFFH ~
Yeah , midfield memang tak aktif . Camner nak score kalau striker tak disupport ? Defenders played well . Bertrand tuh mcm oke je . Teringin nak tengok dia maen lagi kerap . Baru game td nampak Romeu . Haha .
Keep winning the remaining games , Chelsea . KTBFFH ~
aku nak gambar ni ....dorang macam nak buka langkah silat jer.....ni nak lawan bola atau main silat ahahhahahahha....siap cahil buka langkah kaki kuda dgn tangan yg mmg cukup mantap ....pastu rvp nak lompat buat aksi silat burung helang wakakkkakaka....
apapun kita kurang d bahagian tengah...kurang supporter dr tgh ke striker....
daniel byk main solo dr pass bola ke pemain lain dalam box penalty....
torres performance drop skit aku nampak kali ni...hehe xpe2 ....next time kita akan menang....
barca kalah dgn RM ....so next week barca dan ilang keyakinan ...kita akan belasah barca balik...
We will win this time! UCL will go to London for the 1st time..~