Dalam bola sepak, apa yang penting ialah kemenangan. Tidak kira anda bermain cantik atau pun buruk, janji menang. Orang putih cakap football is about winning, no matter what you play ugly football or not.
Seperti Chelsea ketika menentang Barcelona dua hari lepas, ramai yang mengkritik cara strategi RDM negatif & tidak bagus untuk bola sepak. Tapi persoalan sekarang ialah siapa peduli ? ada kami peduli Chelsea nak bermain negative football atau tidak ?
Sekali lagi aku ingin jelaskan dalam bola sepak, kita nak cari kemenangan & bukan bermain cantik. Kalau hendak bermain cantik sangat, sila tengok tarian balet atau queen prom. Macam mana nak menang ? Taktikal. Ini cara terbaik untuk mencatat kemenangan. Bermain cantik itu satu bonus sahaja, taktikal mestilah nombor satu.
Kita semua tahu, pasukan Barcelona is one of the best team in europe, also in world. Mereka mempunyai trio striker yang boleh menjaringkan hatrik pada setiap perlawanan. Jadi, pasukan seperti itu sukar untuk ditandingi jika kita mengamalkan konsep menyerang melebihi bertahan. Sedangkan Inter Milan yang menjadi juara UEFA CL dua musim lepas pun mengamalkan corak bertahan ketika menentang Barca. Kalau ada yang masih ingat, ketika musim 2008-2009, Guus Hiddink juga menerapkan taktik yang sama seperti RDM & JM lakukan iaitu meletakkan parking bus atau senang cakap berkampung di gawang sendiri.
Kata RDM
“You know when you play Barcelona, you’re going to have to do a lot of defending. I watched them against all the other teams – [AC] Milan, Real Madrid – and they’re going to have a lot of possession.
Possession juga tidak penting. Di atas padang, kita kena pandai guna peluang, pandai menutup ruang. Menentang pasukan seperti Barca, memang kita tidak boleh beri can langsung kepada mereka. Space & dynamic mereka wajib dihalang. Statistik menunjukkan Barca membuat 20 shoot sedangkan Chelsea hanya 2/3 shoot. Tapi yang menang juga ialah Chelsea. Apa guna kalau shoot 20 kali tapi gagal merobek langsung gawang kita ? sedangkan Chelsea dengan hanya 1 pass, 1 shoot terus menerjah jaring.
Nasib juga memainkan peranan. Sebagus mana pasukan anda bermain, sehebat mana anda beraksi, jika pasukan anda tiada nasib, ibarat seperti kera mendapat bunga.
Lawan kepada taktik menyerang ialah bertahan. Chelsea seperti team yang ala2 total football. Kebanyakan pemain kita dapat bermain dalam berbagai posisi. Contoh seperti Drogba. Dia bukan sahaja berperanan sebagai striker, malah dia juga berbakat menjadi defender. Begitu juga dengan Ivanovic. Posisi right back namun beraksi seperti seorang striker. Essien pun pernah bermain di position Ivannovic pada suatu ketika dahulu. Torres juga tak nampak macam striker tulen kerana dia bermain lebih ke arah winger.
Kita pentingkan taktikal. Untuk menang dengan Barca, kita hanya perlu lebih banyak bertahan. Ada peluang, kita lancar counter attack. Serangan balas juga boleh menghasilkan banyak gol daripada anda menyerang tanpa henti.
Corak defensive Chelsea adalah corak pertahanan paling terbaik di dunia. Tidak pernah aku lihat lagi dalam sepanjang aku menonton perlawanan Chelsea sebelum ini, Chelsea bertahan begitu superb sekali. Mengekang Messi dari memberi dia ruang serta menjaringkan gol merupakan aksi paling hebat yang dibuat oleh defender The Blues. Sehinggakan Xavi & Iniesta hilang arah ketika membuat hantaran. Dan Cech menyelamatkan keadaan dengan gaya yang cukup impressive..
Pengurus ada hak untuk merancang strategi yang beliau inginkan. Terpulang kepadanya untuk mengamalkan corak bertahan atau tidak. Jika itu dapat memberi kemenangan,apa salahnya ? Setiap pasukan ada cara mereka tersendiri, termasuk Chelsea. Ada yang suka main cantik tapi tak menang. Ada team yang baru menang trofi picisan tapi bersorak macam menang epl. Ada team yang mencatat kemenangan dengan hanya menggunakan kaedah diving di kotak penalti pihak lawan.
Aku berhujah semua ini kerana aku mahu menjelaskan bahawa ada kala dalam bola sepak, kita tak perlu main cantik sangat. Barcelona seperti api, jadi bangang apa RDM nak tewaskan mereka dengan menggunakan api juga. Kita gunakan kaedah "air" untuk tumbangkan mereka. Walaupun air itu tidak sejernih mana namun api boleh dipadam dengan air, tak kira air itu jernih atau tidak.
Jika anda nak art sangat kononnya lah, anda sokonglah Arsenal. Bermain cantik tapi tak menang. 6 tahun bermain cantik tapi trofi mana ? itu satu persoalan yang sering kita tanya kepada Arsene Wenger sejak mereka berlabuh di Emirates Stadium.
P/S : Sebut pasal Arsenal, kita akan menentang mereka esok(sabtu), pada jam 7.45 malam.