Masih lagi bermasalah di bahagian pertahanan. Di tambah pula dengan keputusan buruk, straight 3 perlawanan tanpa kemenangan. Pagi tadi, kita seri. Walaupun seri, jalan ceritanya masih sama. Defends bolos, banyak peluang disia-siakan serta susunan line-up AVB lagi sekali tidak menjadi.
Gol sulung Chelsea dijaringkan oleh Ramires. Menerima hantaran bijak Torres, Ramires menyelinap masuk kubu Genk dan melepaskan rembatan dari jarak dekat yang gagal ditepis keeper lawan.
Susulan berikutnya, kita dihadiahkan sepakan penalti. Namun sayangnya sepakan penali tersebut gagal disudahkan dengan baik. Agak terkejut kerana tukang penalti itu David Luiz. Aku masih konfius dengan susunan line-up & taktikal AVB. Jika Lampard beraksi 1st starter, berkemungkinan besar kita akan mendahului perlawanan dengan 2-0.Penalty kick seharusnya diberikan kepada midfielder or Striker dan bukan defender. (jika Anelka tak boleh, kita masih ada Meireles ataupun why not Torres, kan ?)
Kemasukan Sturridge di separuh masa kedua memang ada impak. Alangkah bagusnya jika die lebih awal beraksi dalam match ini. Seperti yang aku jelaskan dalam post-match sebelum ni, AVB harus tahu mana satu pemain yang boleh perform dalam sesuatu perlawanan. Sturridge dalam perlawanan penting tidak menyerlah tapi dalam perlawanan biase2 seperti menentang Genk pagi tadi, die cukup impresif.
Berkenaan dengan gol penyamaan pihak lawan, aku tidak mahu membuat sebarang ulasan. Kenapa ? kerana punca kita bolos, adalah sama sahaja. Orang yang sama, situasi yang serupa. Memang kita suka mengakhiri setiap perlawanan tanpa clean-sheet. Ape boleh buat, formasi AVB lebih ke arah attacking & bukan defending. Terlalu fokus untuk menyerang sampai lupa cara nak bertahan sebagai satu pasukan. Seteruk-teruk zaman CA, bahagian defending kita tidaklah gopoh seperti musim ni.
Meskipun seri, Chelsea masih tetap mengungguli kedudukan E dengan 8 mata. Hanya satu lagi kemenangan akan membawa kita ke pusingan kalah-mati. KTBFFH.
KC, for me, AVB must drop Bosingwa for a while. Look at our few games at this moment showing lack of focus at defensive areas, especially at our right defense. Ivanovic is the better defender at RB post. Mikel must be benched too. From now on, the formation is going to be;
Cech
Iva - Luiz - JT - ACole
Romeu
Ramires - Lampard
Anelka - Torres - Mata