Earls Court. Stadium baru Chelsea ?
Secara ringkasnya rancangan nak bina stadium baru sudah dibuat pada beberapa tahun yang lalu. Pak Roman sedia maklum mahu meningkatkan lagi publisiti serta tahap pembangunan stadium Chelsea. Stamford Bridge hanya mampu memuat lebih kurang 42,500 tempat duduk, sedangkan stadium baru yang telah di-gembar gemburkan itu boleh mengisi seramai lebih 60 ribu seats.
Itu sebab kenapa dan mengapa Chelsea beriya-iya sangat nak tukar stadium. Kalau tak de sebab mahupun alasan, ape gile mahu keluar dari Stadium Stamford Bridge yang telah menyimpan banyak memori pahit manis yang dikongsi bersama oleh para penyokong The Blues.
Sayangnya, tidak lama sahaja lagi, Chelsea bakal keluar dari Stamford Bridge. Mungkin pada tahun 2015, kita sudah berada di Home baru. Seperti mana yang telah dilaporkan oleh agensi-agensi & juga pihak CFC berkenaan dengan perkara ni.
P/S : Lagi 4 tahun ni, kalau ada umur yang panjang, rezeki mencurah-curah, aku harap dapat jejak ke Stamford Bridge buat kali terakhir.
Hmm.. ak pn harap dapat pluang pergi stadium stamford bridge sebelum stadium tu ditutup. tu salah 1 impian ak klau dapat p london hehe :p..