Dalam perlawanan biasa kita boleh menang, tapi dalam perlawanan-perlawanan besar, kita bermasalah sedikit. Jadi di sini aku ada 6 point yang wajib diambil tindakan dengan serius oleh AVB :
1) Cech perlu lebih fokus... Bertopeng baru seperti Batman, die perlu lebih peka dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh ketika menentang Liverpool, die tidak boleh membuat short pass kick. Walaupun gol pertama yang Liverpool dapat itu 85% salah Mikel tapi die tidak boleh mengambil jalan mudah ketika membuat goalkick. Pengulaspun berkata, jika ada 1/2 pemain lawan berada di sekitar kubu sendiri, keeper tidak boleh membuat hantaran pendek kepada team-matesnya. Ini akan mengundang padah.
2) David Luiz harus tukar posisi. Die tidak sesuai bermain di centre back. Bukan sahaja lawan Liverpool, untuk game2 sebelum ni die beraksi terlalu kalut & gopoh. Luiz kena main defensive midfielder (alah yang macam Alex Ferguson buat kepada Phil Jones tu. Dari centre back ke centre midfielder.) Luiz bermain tidak sabar, selalu hilang posisi & pergerakannya. Lawan naik buat serangan , tiba2 die maju ke hadapan sedangkan die perlu berada di belakang sedikit dengan posisi pihak lawan.
3) Gandingkan Alex & JT. David Luiz kalau terus nak main centre back, bagi die main dalam perlawanan2 biasa sahajalah. Untuk big game, JT harus bergandingan dengan Alex. Kalau bulan 1 nanti, Roman murah hati, kita beli defender baru seperti Gary Cahill atau Diego Godin.
4) Kekalkan Ivanovic di bahagian RB (sayap kanan). Bosingwa ? Die boleh main, cume main dalam perlawanan2 tak penting.
5) Sudah tiba masanya di bahagian tengah AVB guna Mceachran & Oriol Romeu. Sudah2 lah letak Mikel. Dia jarang berjasa kepada kita. Banyak buat onar adelah mamat nigeria tu.
6) Malouda diharapkan lebih banyak berada di bench dari bermain 1st starter. Dribble tak lepas, cross hancur. Ada satu dua je hantaran die yang boleh pakai, lain-lain bangang. Aku masih konpius kenapa AVB harus mainkan die di right winger. Kalau guna 4-3-2-1 sekalipun, di bahagian serangan why not Mata & Anelka, untuk membantu Torres/Drogba.
Itu sahaja perubahan yang perlu kita buat. Kepada AVB, kalau tidak mahu kedudukan anda tergugat lagi, sila take note point ini. Kalau tidak faham, bolehlah google translate. (itupun kalau kau bace blog akulah HAHA). Anda tidak tahu apa yang bermain di fikiran Roman sekarang ini, jadi sila berjaga-jaga. Ditambah pula Hiddink tengah bersantai tunggu keje baru.
Berubah lah sebelum nasi jadi bubur.
Off-topic : Tahniah harimau malaya !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak bg AVB baca blog ko?
1. tulis dalam bahasa english.. sbb org2 cmtu mmg malas gile nk translate.. mahupun google translate...
2. tweet kt AVB : bagi link post ko skali...
3. happy and enjoy.. :)
Aku perasan Luiz mmg suka tinggal posisi utama dia. Lepas tu, JT pun mcm dah xtau nak kata apa kalau dia tertinggal sorg2 kt bwh, sbb dia pun agak shaky skrg ni. Kalau nak jual, mesti cpt2 dpt pengganti. Jgn mcm masa kte jual Belleti, Deco, Ballack, Joe Cole then kte yg terkandas. Byk game pasni. FA Cup, Carling Cup, EUFA CL Cup, EPL lagi. Hmm... AVB kene agresif skit.
yeah, agree dgn point no.6... kenapa aku minat chelsea akhir2 ni adalah sebab ada McE dlm skuad chelsea... (even aku fan Man Utd)
serius, aku pun wonder nape la AVB x nak letak or test McE secara berkala n konsisten.. baru lah tau dia boleh menyumbang ke tidak...
http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/chelsea/8914180/Jason-Burt-Where-it-has-all-gone-wrong-at-Chelsea-as-they-lurch-from-one-crisis-to-another.html
KC, try review the url given. So far, ada betul jugak ape artikel ni tulis. Ntahla...
@kufazuke
- TQ
@ahmad tajuddin
- mceachran itu bagus cuma jarang diberi peluang bermain..lama kelamaan kena jual/loan juga budak tu...
@maman
- great article sebab ia mengupas satu persatu, dari segi disiplin pemain, corak serta tempo permainan chelsea, taktikal AVB..cume utk artikel ni, aku hanya berbicara mengenai isu2 yang terbuka sahaja..yg jelas nampak permasalahannya...aku boleh ulas satu persatu yg berlaku, cume kalau diulas satu2 macam artikel itu, memang satu entripun tak cukup,...macam buat satu novel..6 perubahan drastik ini sudah cukup memadai...