Fuh, akhirnya...akhirnya Chelsea kembali mencatat kemenangan dan meraih clean sheet minggu ini. Walaupun menang tipis 1-0, bagi aku, itu sudah cukup memadai bagi kita untuk terus kekal dalam persaingan kejuaraan liga.
Gol kemenangan dijaringkan oleh Abang Lampard pada awal separuh masa kedua. Hasil daripada cross cantik Ivanovic, Super Frank membuat diving header menewaskan keeper lawan, Paul Robinson.
Pujian harus diberikan kepada Cech yang banyak menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya. Kesian juga kat die, dah le injured kat hidung, darah tak henti-henti keluar, tapi masih lagi dapat membuat save2 power. Begitu juga dengan Ramires yang membuat satu halangan terbaik (clear-block). Ivanovic hampir-hampir nak menjaringkan gol sendiri, namun tandukannya terkena palang.
Tapi tak leh blah tengok Torres shoot last2 minit tu. Gile ape depan gol, sepak macam player ragbi.
Kejayaan di Ewood Park hari ini meletakkan Chelsea di tangga ke-4, 6 mata di belakang pendahulu, ManCity yang skrg ni sedang beraksi menentang QPR. Tahniah Chelsea, syabas AVB.
P/S : Chelsea sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas ada contact ketika Samba menyekat Sturridge di penalty-box. Tapi bab-bab macam ni, aku sudah lali. Klaim banyak2 pun tak gune kalau pengadil bangang. Bile tengok Mike Dean yang adili game, dah agak dah, memang die takkan bagi penalty kick kepada Chelsea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
legaaaaaaaaaaaaa~
Win ugly? Maybe that's the best way to find our gravity back on track. For AVB, please learn from all the past defeats. TQ.