Untuk fixture minggu ni kita akan berdepan dengan Liverpool. Macam biasa tak perlu nak dikecohkan sangat kerana perlawanan ini standard form sahaja. Walaupun tagline nya "Big Game" tapi bagi aku, ia hanya tipikal situation. Memandangkan pencapaian Liverpool dalam 5/6 tahun terakhir ni sangt mengecewakan, jadi aku kategorikan ia perlawanan biasa. Ibaratkan singa lawan ayam. Kadang-kadang ayam ni bile bertemu dengan binatang buas seperti singa boleh pula ia melawan, tapi lawan angsa, burung & haiwan-haiwan jinak yang sejenis dengannnya, ia pula mati kena sembelih.
Aku percaya kekuatan Liverpool sangat bergantung kepada Suarez. Tanpa Suarez siapalah Liverpool. Kalau nak harapkan Carrol jambang itu, maka tidak bertelurlah mereka sehingga habis musim. Terbaru, si arnab itu sudah menjaringkan 4 gol ketika mewakili kem Uruguaynya membelasah Chile 4-0. Semua gol die rembat. Apa makan si arnab itu aku tak tahulah tapi makanan hariannya semua orang tahu ialah carrot. (watch up dog, bugs bunny)
Perlawanan seperti ini fokusnya sudah pasti ke arah Abang Torres & Meireles. Meninggalkan Liverpool pada pertengahan musim lepas boleh dikatakan pilihan bijak dari El-nino. Untuk memperolehi piala & kejayaan, dia harus keluar dari kelompok katak di bawah tempurung. Tak kisahlah kalau jumlah golnya tidak sebanyak yang die jaringkan ketika bersama The Kop, yang penting die perolehi kejayaan bersama The Blues. Antara ciuman piala pertamanya bersama kita ialah ketika Chelsea menjuarai Barclays Asia Trophy di Hong Kong dalam siri jelajah pre-season . Walaupun ia hanya friendly cup, tapi yang penting die cium cup tersebut. Bukan tahu cium kamera sahaja tiap-tiap tahun kan ?
sekadar peringatan...
Harapan aku, mestilah mahu tengok Chelsea menang. Kalau menang sambil clean-sheet itu dah kira bonus. Dua big game sebelum ni kita kalah (dengan MU & Arsenal). Jadi menjelang menentang Liverpool, aku mahu semua pemain kita fokus, lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan. AVB juga tidak perlu gopoh-gopoh untuk terapkan permainan serangan secara aggresif. Ada kalanya terlampau menyerang memakan diri juga. Beratkan dari segi taktikal dari permainan cantik. Main cantik kalau tak menang tak de guna, amik iktibar ape yang berlaku ketika Spain lawan England di Wembley. Begitu juga dengan perlawanan yang berlangung di antara Malaysia menentang indon semalam.
P/S : Formasi 4-3-3 (Ivan main RB, centre back JT- D.Luiz/Alex). Tengah letak Ramires, Meireles, Lampard. Untuk attacking side kita ada Mata untuk membantu abang Torres mengutip gol & bukannya mengutip bola lagi ye.
Chelsea 2-0 Liverpool huhu :p.. my prediction.. Torres, Lampard.