Khidmat Hiddink diperlukan dengan segera !
Ops, jangan salah sangka. Khidmat Hiddink diperlukan dengan segera itu tidak bermakna AVB perlu keluar.
AVB masih perlu bersama Chelsea, cume Hiddink boleh dijadikan pakar motivasi kepada player-player kita. AVB seorang pengurus yang bagus, kalau tidak bagus, masakan boleh 4 piala bersama Porto musim lepas kan ? Cume waktu ini & kini AVB mengharungi tugas yang lebih sukar dari pekerjaannya bersama Porto dulu. Porto tak sama macam Chelsea. Liga mereka juga tidak begitu mencabar kalau nak dibandingkan dengan EPL. Chelsea antara kelab popular & para pemainnya berstatuskan terbaik di dunia. Yang menjadi masalah sekarang ini ialah AVB tidak tahu nak handle pemain-pemain star tu. Skuad Chelsea mempunyai pemain star yang banyak ragam. Ada yang keras kepala, sellfish, ada yang emosi & ada juga yang suka cetus kontoversi. Kalau nak ikutkan permainan menentang Liverpool, kite beraksi bagus. Buruk di separuh masa pertama & baik di separuh masa kedua. Cume nasib untuk mencapai kemenangan itu tidak ada hari ini.
Terlalu banyak rotasi yang dibuat oleh beliau menyebabkan Chelsea gigit jari ketika menentang top team. Tidak tahu mana satu pemain yang betul-betul boleh beraksi dalam perlawanan penting. AVB masih tercari-cari rentak permainan Chelsea. Sebagai contoh, kita boleh lihat, setiap perlawanan, akan ada sahaja line-up yang berbeza. Tak tersusun, itu sebab pemain kita susah nak cari persefahaman. Iyelah, setiap perlawanan line-up berlainan, macam mana nak kukuhkan chemistry di antara pemain kita.
Sebenarnya setiap game tak perlu rotation. Pemain seperti Torres susah nak beradaptasi dengan baik jika terlalu banyak perubahan dalam sisterm permainan berpasukan.
Antara pemain yang tak boleh main dalam big game ialah Mikel. Die sangat menghampakan. Gol pertama Liverpool aku akui, memang salah dia. Walaupun terlebih dahulu, bermulanya kesilapan itu terjadi disebabkan short pass dari Cech, tapi Mikel, tidak pandai nak control ball dengan baik. Tak pasal-pasal Liverpool dapat gol free. Kedua, Malouda. Ada dua perangai yang dapat aku klasifikasikan orang Perancis itu, pertama die dribble tak lepas. Kedua, cross tak menjadi. Walaupun bagi assist kepada gol pertama Chelsea, tapi hakikatnya keseluruhannya perfomance die lembab. Kejap bagus kejap tak bagus. Tak konsisten namanya.
Kelalaian di bahagian pertahanan aku malas nak ulas panjang kerana dah berulang kali aku pot pet pot pet pasal masalah itu. Ditambah pula dengan formasi AVB yang lebih menekankan aspek serangan aggresif dari solid defensif . Secara ujurnya, AVB seorang pengurus muda yang memerlukan pengalaman di Tanah England. Beliau perlu lebih banyak belaja dari orang2 yang sudah banyak makan asam garam. Disebabkan itu, Roman perlu panggil balik Hiddink. Hiddink seorang pengurus yang genius, macam Jose Mourinho. Dia ada faktor yang boleh ubah karekter pemain Chelsea. Tak perlu nak pecat AVB, kerana khidmat Hiddink hanya untuk memberi keseimbangan kepada cara pengurusan AVB. Hiddink boleh bagi tips atau nasihat kepada AVB berkenaan dengan susunan line-up & mencipta taktikal yang lebih baik.
Memandangkan sekarang ni, Hiddink tidak mempunyai kerja kerana baru sahaja resign selepas Turki gagal ke Euro tahun depan. Jadi, ape tunggu lagi, mintalah bantuannya dengan segera sebelum keadaan jadi lebih teruk lagi.
P/S : Kekalahan kepada Liverpool ini meletakkan Chelsea ketinggalan 12 mata di belakang City. Sama macam tahun lepas, kita teringgal terlalu banyak point dengan pendahulu liga. Tapi aku percaya Chelsea boleh bangkit. Macam tahun lepas juga, pertengahan musim turun dan akhir-akhir musim, naik sedikit demi sedikit. Dari top 5 ke top 2. Sekarang ni masih awal, jangan terlalu bersedih sangat. Masih ada 26 game lagi, ape nak dirisaukan. Chelsea akan bangkit, percayalah.
Shaky defends, poor stamina & commitment. They all played too "relax". Kenapa Malouda dapat main smpi habis game? Wallaweh.. Mikel? Always hard to believe why he keep playing 1st eleven. But to be honest, from forward to defends we were out control & no chemistry. Only Lampard give the expectation we need. Accept the defeat..~