David Villa sudah pun memutuskan kelab yang akan disertainya pada musim depan tetapi sejauh ini enggan menyebut nama kelab itu.
Penyerang antarabangsa Sepanyol yang kini mewakili kelab Valencia itu menyumbatkan gol tunggal Sepanyol 1-0 ke atas Iraq, sekali gus membolehkan negara itu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pertandingan Piala Konfederasi di sini kelmarin.
Villa berusaha menjauhkan diri daripada buruan media sejak tiba Afrika Selatan tetapi namanya dikaitkan dengan empat pasukan iaitu Real Madrid, Manchester United, Barcelona dan Chelsea.
"Jika hendak dibandingkan Villa dengan pemain lain di Eropah, beliau bersama Fernando Torres boleh menyarung jersi sebarang pasukan nasional dalam dunia," kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque, yang enggan menyebut nilai pemain itu.
Namun, dalam perkembangan terbaru, Barcelona dan Real Madrid masing-masing sedia menawarkan wang pemindahan sebanyak 50 juta euro ($101 juta) untuk mendapatkan penjaring utama dalam pertandingan Euro 2008 yang lalu itu.
Selepas memberi ulasan singkat kepada pihak televisyen, Villa kemudian bergegas meninggalkan sekumpulan wartawan yang cuba mendapatkan ulasan tentang masa depannya.
Gol Villa ketika menundukkan Iraq adalah jaringannya yang ke-30 untuk Sepanyol, kemenangan ke-14 berturut-turutnya.

Jaringan itu juga bererti Villa mengatasi rekod Fernando Hierro, yang sebelum ini berada di tangga kedua di belakang Raul sebagai penjaring terbaik Sepanyol dengan 44 gol selepas 102 kali muncul untuk pasukan negaranya.
Kemenangan Sepanyol itu juga bererti ia menyertai Brazil, Perancis dan Australia sebagai empat pasukan yang berjaya memenangi 14 perlawanan berturut- turut.
Sejauh ini, belum ada pasukan yang berjaya memenangi 15 perlawanan berturut-turut dan Sepanyol berpeluang melakukannya jika ia mengalahkan Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A esok.
0 Response to 'Villa Say No Komen.!'