Manchester City dan Chelsea merupakan pasukan kegemaran untuk mendapatkan Carlos Tevez selepas bintang Argentina itu menolak tawaran lumayan Manchester United.
Penasihatnya, Kia Joorabchian, berkata Tevez mengambil keputusan tidak mahu kekal di Old Trafford kerana berasa 'beliau bukan pemain yang paling dikehendaki' di sana.
Ketua eksekutif United, David Gill, telah berbincang dengan Joorabchian dengan harapan untuk mengekalkan penyerang Argentina itu.
Sekalipun dengan tawaran lima tahun yang bakal menjadikannya antara pemain yang bergaji lumayan, Tevez tetap membuat keputusan untuk berpindah kelab.
Menurut Joorabchian, pemainnya itu juga menolak kemungkinan pemindahan ke Liverpool bagi menghormati para penyokong United dan kelihatan akan menyertai City atau pun Chelsea.
Joorabchian memberitahu TalkSport: 'Kami tidak menimbangkan pemindahan ke Liverpool kerana wujudnya persaingan semula jadi antara Manchester United dengan Liverpool.
'Beliau (Tevez) amat menghormati dan menyayangi para penyokong Man United. City dan Chelsea mungkin dua kelab yang akan dipertimbangkan.
'City telah berhubungan dengan kami. Saya telah berbual dengan (pengerusi eksekutif City) Garry (Cook) dan juga (pengurus) Mark (Hughes) beberapa kali.
'Kami belum bercakap dengan mereka tentang kontrak, kami juga belum berbincang dengan Chelsea kerana kami menghormati yang Carlos masih merupakan pemain Manchester United.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tevez xsesuai kat chelsea,die mungkin ke city
aku xbrape ske sgt klu chelsea beli tevez ni
tp tevez okay lagi dr adebayor yg si ancoloti minat tu..hampeh
adebayor masuk chelsea ? haram siot...
xde taste tol le ancelotti nie..nak beli adebayor yg sengal 2??drogba tu 1000x lagi power la...
chelsea mmg sengal habis klu beli adebayor,haha
beli adebayor cam beli pemain kemboja la,haha main cam sial nak join chelsea,pegi mampos ler adebayor
sian kat supporter manyur,diorg nak tevez kekal,tapi mu tetap nak jual tevez,dah ler si ronalo tu dah pegi real,tevez pun nak kena jual gak,sian ko manyur,mmg hancur ler musim depan karang
ceh,c anceloti yg terhegeh2 nak kat ADEBAYOR.xtau malu ke??ADE x de ati pon nak g club SHIT cam celSHIT ni..kalau AC milan tu ye la kot..celSIAL=club lucah(blue) BPL..huahuahuaaa..