
City, melalui pengumumannya berkata, kontrak pemain berusia 19 tahun itu berakhir hujung bulan ini dan dia menolak tawaran baru kelab yang berbelanja besar itu.
Yuran perpindahannya akan ditentukan oleh tribunal apabila kedua-dua kelab itu gagal mencapai persetujuan.
Chelsea perlu membayar yuran perpindahan kerana Sturridge berusia bawah 24 tahun dan sebagai balasan, pemain itu tidak boleh meninggalkan City tanpa bayaran di bawah peraturan Bosman.
Pengurus City, Mark Hughes sudah berusaha mengekalkan Sturridge tapi agak keberatan untuk bersetuju mengenai permintaan gajinya.
“Kami sudah mengemukakan tawaran yang baik untuk Daniel pada tahap kariernya ketika ini tapi ditolak, beberapa minggu lalu,” kata Hughes kepada BBC Manchester Radio.
City menuntut yuran perpindahan sekitar £10 juta (RM57.7 juta) bagi penyerang itu, yang menjaringkan enam gol dalam 31 penampilan manakala Chelsea dilaporkan hanya sedia membayar £3 juta (RM17.31 juta). - AFP
0 Response to 'Chelsea Pikat Sturridge'