MUNICH (Jerman): Bayern Munich mengeluarkan amaran keras bahawa Franck Ribery tidak akan dijual.
Pengurus besar kelab itu, Uli Hoeness, berkata pengurus baru Louis van Gaal, kelihatan ghairah bekerja rapat dengan bintang Perancis itu.
'Beliau (van Gaal) benar-benar mahukan pemain itu kekal di sini. Kami tidak akan lepaskan Ribery,' jelas Hoeness.
Ribery, 26 tahun, ialah salah satu 'komoditi' paling hangat dalam pasaran dan dikaitkan dengan Manchester United, Chelsea dan Real Madrid.
Bagaimanapun, Bayern kelihatan sudah bersedia menghadapi minggu-minggu yang sibuk untuk menolak lamaran bagi mendapatkan pemain midfield itu.
'Saya pasti akan ada tawaran buat Ribery yang akan kami terima untuk empat hingga enam minggu akan datang.
'Kami tidak mempunyai sebarang keputusan muktamad tetapi kami tidak berminat dengan khabar-khabar angin dari media England,' tambah Hoeness.
Walaupun Ribery seakan pasti tidak akan bergerak ke mana-mana, keadaan yang sama tidak dapat dinyatakan untuk penyerang Italy, Luca Toni.
Masa depan pemain Italy berusia 32 tahun itu kelihatan dalam kedudukan goyah menyusuli kehadiran rakan pemain penyerang cdari Stuttgart, Mario Gomez dan Ivica Olic dari Hamburg. -- The Sun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'No Sale 4 Ribery.!'