TASHKENT: Bekas pengurus Brazil, Portugal dan Chelsea, Luiz Felipe Scolari kini diumumkan jurulatih Bunyodkor, juara Uzbekistan itu berkata semalam.
Bekas jurulatih yang menjuarai Piala Dunia berusia 60 tahun yang dipecat kelab Liga Perdana Inggeris di barat London Februari lalu bersetuju menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama kelab Uzbekistan itu.
“Bola sepak Uzbekistan kini semakin berkembang manakala Bunyodkor sebuah kelab dinamik dengan potensi cukup besar,” Scolari dilapor sebagai berkata dalam laman web kelab itu.
“Saya tahu, saya berada di tempat dan masa yang tepat,” katanya.
Scolari yang membantu Brazil meraih gelaran dunia kelima pada 2002, menggantikan rakan senegara dari Brazil, Zico yang membantu Bunyodkor meraih gelaran liga serta separuh akhir Liga Juara Asia tahun lalu sebelum meletak jawatan Disember lalu untuk menyertai CSKA Moscow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Scolari Sah Jadi Manager Kelab Bunyodkor'